Cara-Cara Untuk Menghilangkan Ulser Mulut

Aduhai sakitnya ulser dalam mulut ni. Tiga empat hari ini tiba-tiba je panas selepas hujan lebat berminggu-minggu membuatkan tekak rasa kering dan mula lah timbul ulser di dalam mulut. Kalau ada ulser di bahagian gusi dan lidah pun kita dah rasa sakit dan mood terus ke laut, apatah lagi kalau ulser teruk di kerongkong. Siapa pernah kena ulser di kerongkong? Ainaa ingat lagi pernah terkena ulser teruk di kerongkong selama seminggu kebetulan pula masa tu exam akaun dan add math SPM! Bila terkena ulser di kerongkong ini lagi susah untuk kita makan minum dan air liur sendiri pun kalau telan rasa sakit yang amat. Lagi sedih bila perut lapar tapi kita dapat makan dan minum apa-apa. Betapa seksanya bila ada ulser di dalam mulut. Tak ramai yang tahu cara merawat dan menghilangkan ulser sebab kebiasaannya orang akan biarkan ulser sehingga sembuh sendiri. Tapi apabila terkena ulser teruk sanggup ke kita biarkan?


ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser



PUNCA BERLAKU ULSER DALAM MULUT :

Yang selalu kita dengar orang tua-tua cakap ulser ini disebabkan badan kita kekurangan air dan menjadikan badan kita panas dan lapisan nipis dalam mulut mula pecah. Tetapi ada juga sebab-sebab lain kita tidak tahu antaranya:

- Kecederaan yang berlaku pada lapisan nipis mulut seperti tergigit, air/makanan terlalu panas.

- Kekurangan zat (segala jenis vitamin B dan zat besi)

- Stress

- Alahan kepada makanan seperti nanas

- Penyakit seperti SLE dan penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman

- Pengambil ubat seperti steroid dan anti-histamine (ubat selesema)

- Kesan radioterapi dan kimioterapi




CARA - CARA UNTUK MENGHILANGKAN ULSER :



1) MINUM AIR DALAM KUANTITI YANG BANYAK


ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser

Kita disarankan untuk mengambila sekurang-kurangnya 8 gelas atau lebih kurang 2 liter air sehari untuk keperluan tubuh. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang minumlah air masak secukupnya. Malah, kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada kekurangan air dalam tubuh.

2) MENGGUNAKAN GARAM


ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut. Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut anda sembuh dengan cepat, namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.

3) MINUM AIR KELAPA

ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.

4) GUNAKAN AIS KIUB

ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Ini juga tips yang boleh kita cuba iaitu meletakkan ketul ais atau kiub ais untuk meredakan bengkak dan denyut pada tempat serawan itu. Sebenarnya, ais ini lebih kepada mengecutkan serawan agar tidak membengkak dan mengurangkan radang (inflammable).

5) MADU LEBAH

ulser, ulser mulut, ulser teruk, cara merawat ulser, pecah mulut, pecah bibir, cara-cara untuk menghilangkan ulser mulut, cara untuk menghilangkan ulser


Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.



Selain daripada cara-cara di atas, boleh juga beli ubat tahan sakit di farmasi seperti Bonjela (untuk orang dewasa) dan Aloclair Spray (untuk kanak-kanak). Bonjela tidak sesuai untuk kanak-kanak sebab ia agak pedih untuk kanak-kanak. Tapi ubat-ubat seperti ini Ainaa tak berapa suka sebabnya membuatkan mulut kita atau bahagian yang disapu akan terasa kebas dan hanya kejap saja kesannya, selepas itu akan sakit semula. Tapi mana-mana lah yang selesa untuk diri masing-masing, kalau dah teruk sangat memang pergi ke klinik dan dia akan beri ubat seperti ini.


(sumber: wom.my dan celikvitamin.com)

Tips Untuk 'Move On' Selepas Putus Cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta
Ada yang pernah mengalami putus cinta? Ops, tertanya soalan sensitif pulak. Tapi kebanyakan mereka yang sedang alami dunia percintaan ini (remaja biasanya) tentu ada juga yang kecundang di tengah jalan tak kira lah sama ada masing-masing memang sudah tidak serasi atau ada yang bersikap curang atau salah seorang tu memang jenis suka bertukar-tukar pasangan. Sakitnya memang tak dapat nak dilihat tapi kesan selepas putus cinta dapat dilihat oleh orang sekeliling apabila kita bersikap muram, depress, kerap menangis, selalu termenung dan suka menyendiri. Dan ianya mengambil masa untuk kita kembali ceria seperti sedia kala tapi pasti ke yang kita betul-betul lupakan si dia? Memang pelbagai pe'el (sikap) yang ada selepas putus cinta ini. Ada yang boleh 'move on' dengan cepat, ada yang bertahun-tahun baru boleh lupakan dan ada juga yang langsung tak boleh lupakan!
move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta
Sedih tu memang sedih dah orang yang kita pernah sayang kan, tapi tak boleh la kalau kita terus-menerus bersedih sedangkan masih ramai lagi di luar sana yang sukakan kita dan boleh menjadi pasangan malah kita akan dapat yang lebih baik lagi. Jadi tak perlu lah nak buat kerja gila nak kelar tangan ke seperti kes baru-baru ini, nak pergi terjun bangunan ke, nak lompat dari jambatan atau nak balas dendam. TAK PERLU! Sebab kita boleh dapat yang lebih baik dari yang dulu. Buang sikap bodoh dalam percintaan, jangan ingat sebab kita dah sayang dah cinta ketat-ketat dia akan jadi milik kita. Bila-bila masa saja hubungan kita dengan si dia boleh terputus. Pasangan suami isteri pun boleh bercerai, apatah lagi pasangan yang tiada langsung ikatan termasuk ikatan tunang.

Jadi mari lah siapa-siapa yang sedang alami putus cinta itu untuk move on, bangkit semula dan buktikan yang kita juga boleh capai kebahagiaan kita sendiri, boleh meneruskan hidup walau si dia sudah meninggalkan kita. Ingat, kita masih ada keluarga yang sayang kita sangat-sangat dan kita masih ada orang yang bernama sahabat yang sentiasa ada dengan kita susah senang. Aish, terbebel pula. Mari kita baca tips selepas putus cinta di bawah ini yang diambil dari web Sirap Limau dan selepas baca boleh praktiskan mana tahu lagi cepat kita dapat move on.


TIPS UNTUK MOVE ON SELEPAS PUTUS CINTA

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta

move on, putus cinta, cara nak move on, tips putus cinta, remaja, kisah percintaan, tips untuk move on selepas putus cinta


Cara-Cara Hilangkan Parut

petua hilangkan parut, cara-cara menghilangkan, parut lama, parut luka, bio-oil


Parut ini biasanya disebabkan luka yang telah sembuh seperti luka jatuh, luka terkena pisau, luka kulit gatal, melecur terkena air/minyak panas atau apa-apa saja luka yang meninggalkan kesan parut di tubuh badan kita. Kalau dalam kalangan perempuan, parut jerawat la yang menjadi musuh utama. Dah nama pun parut jerawat, mesti la di muka kan parut itu 'mencacatkan' muka kita yang dah lawa ni. Ada juga parut lama terkena masa kecil atau pun dah dewasa yang melekat di kulit badan. Malu kan kalau kulit kita berparut. Kalau parut di kaki dan badan tu boleh la sembunyi dari kawan-kawan tapi bila kahwin nanti mestilah pasangan kita akan nampak juga.

Aish, malu la kalau dibiarkan parut macam tu je. Tak nak lah orang mengata kita, "Eh muka lawa tapi kaki penuh parut" atau "Geli aku tengok muka dia penuh parut weh". Sudah tentu la kita akan merasa sakit hati kalau orang mengata macam tu tapi kita bersedih je sebab orang kata benda betul. No, no! Mana boleh dibiarkan! Kita kena usahakan cara untuk hilangkan parut yang mencacatkan kulit kita. ini. Ainaa pun dulu-dulu masa kecik jenis lasak jadi parut tu tak usah cakap memang ada. Tapi itu dulu-dulu, zaman hingusan. Sejak Ainaa ada jumpa satu cara ini untuk hilangkan parut, memang kulit dah licin, bebas dari parut! Kawan-kawan siap dengki lagi tau sebab kita tak ada parut. Hehe. Sebelum Ainaa share cara yang Ainaa praktiskan, mari Ainaa kongsi dulu petua dari blogger Eray Majid yang Ainaa ambil dari blognya.


PETUA HILANGKAN PARUT HITAM - ERAY MAJID


1) Scrub

Salah satu cara. boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.

2) Guna Madu

Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

3) Kayu Manis

Hah ini pun bagus. Tambah lagi baunya yang wangi. Tumbukkan beberapa batang kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.

4) Timun

Selain baik untuk hilang mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut hitam di muka. Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar.

5) Daun Senduduk

Nie kalau rumah anda ada daun nie. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.

6) Guna Sirih

Banyak kelebihan daun sirih. Selain baik untuk penjagaan kewanitaan, sirih juga baik untuk parut degil. Tumbuknya beberapa helai daun sirih. Tempelkan pada muka yang ada jerawat. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilaslah muka dengan air bersih. Amalkan secara konsisten.



CARA HILANGKAN PARUT - NIK AINAA


petua hilangkan parut, cara-cara menghilangkan, parut lama, parut luka, bio-oil

BIO-OIL. Ya, sejak Ainaa ambil berat pasal kecantikan dan tak suka tengok parut zaman kecik ini... Ainaa guna Bio-Oil yang memang famous untuk minyak hilangkan parut. Mula-mula dulu Ainaa guna bio-oil, Ainaa rasa Bio-oil ni mahal (tak mahal mana pun sebenarnya, dalam RM30 lebih) sebab botol kecil je time beli tu. Tapi bila dah pakai dan Ainaa nampak kesan dia yang terbaik, terus hilang rasa bio-oil ni mahal. Harga berbaloi dengan kesannya!  Paling best bila parut-parut lama dah hilang sepenuhnya. Sukanya lahai.

Sejak itu, memang Ainaa pengguna setia bio-oil. Kalau tumit kaki rasa pecah Ainaa guna bio-oil, ada parut kesan terkena pisau guna bio-oil, ada kesan lebam hitam di pergelangan tangan (disebabkan pegang mouse dan tangan bergesel dengan mozek) guna bio-oil, kulit mengelupas pun Ainaa akan guna bio-oil ini sebab kesannya memang menjadi. Ada hari itu tiba-tiba je kulit wajah rasa terlalu kering dan ada parut ruam di dahi.... Terus Ainaa sapu bio-oil di seluruh muka. Dua tiga hari je lepas guna baru perasan dah tak ada kulit mengelupas dan parut ruam. Best kan guna bio-oil ni.

Sesetengah orang mungkin tak suka guna bio-oil sebab berminyak tapi boleh je kalau kau orang pakai bila waktu malam, dah nak tidur kan kisah apa rasa berminyak pun. Nak cantik nak hensem kena la berkorban sikit. Kawan Ainaa ada juga tanya boleh ke pakai di muka? Hmm... Tak ada pula Ainaa tengok larangan guna bio-oil di muka tapi larangan jangan sapu di tempat luka tu adalah. Lagi pun selama ini Ainaa sapu di muka tak ada hal, tak ada kesan buruk. Tapi kalau nak sahkan, boleh tanya di farmasi.

Ainaa sangat-sangat syorkan pada sesiapa yang nak hilangkan parut atau masalah seperti yang Ainaa alami untuk menggunakan Bio-oil. Mungkin kalau nak hilangkan kesan parut itu ambil masa sikit tapi yang pasti memang menjadi cuma kena sabar je. Daripada kau orang beli produk lain yang mahal-mahal tapi kesannya nahi, lebih baik guna bio-oil. Tetapi kalau kau orang ada masalah kulit yang sensitif, lebih elok minta pendapat dengan doktor masing-masing. Tanya sama ada bio-oil sesuai tak dengan kulit kau orang. Yang mana kulit jenis semua produk okey, boleh cuba guna bio-oil.

GIVEAWAY JANUARY AL-KHAWLAH GROUP

giveaway, al-khawlah group, shaklee, malaysia, jepun, contest, hadiah percuma, facebook,


Ainaa nak minta jasa baik semua yang mempunyai akaun Facebook untuk join GIVEAWAY JANUARY AKG ini. Dua pemenang bertuah akan dipilih secara random. Pemenang bakal menerima syampoo LUSH FRESH HANDMADE COSMETICS BERNILAI RM 60.


CARA PENYERTAAN GIVEAWAY JANUARY AKG :


1) PERGI KE FACEBOOK ' ANIS FARHANA BINTI IBRAHIM ' <--- KLIK

2) LIKE POST GIVEAWAY TERSEBUT

2) ISI FORM DENGAN KLIK LINK DI BAWAH 


3) TAG KAWAN ANDA (

4) SHARE DI WALL (PASTIKAN PUBLIC)

5) KOMEN "DONE"


giveaway, al-khawlah group, shaklee, malaysia, jepun, contest, hadiah percuma, facebook,

Sebab Bisnes Tidak Laku

peniaga, pernigaan, businessman, sebab perniagaan tak laku, sebab business tidak laku


Bila kita pergi saja ke mana-mana kedai tidak kira lah kedai runcit ke kedai makan ke atau mana-mana kedai, adakah kita mendapat layanan sewajarnya? Adakah peniaga dan pekerja mereka melayan pelanggan mereka dengan cara yang betul? Majoriti di mana-mana kedai melayu atau pekerja melayu memang suka berwajaah 'beku' dan garang! Bukan nak jatuhkan perniagaan mereka, bukan nak jatuhkan orang Melayu, tapi kebanyakkannya memang macam tu. Ada je yang beri layanan first class yang pekerjanya sentiasa senyum walau penat layan macam-macam kerenah pelanggan tapi itulah, sayang tak ramai pekerja atau peniaga contoh macam tu. Mungkin ada yang kata, "Eh kau tak kerja ditempat aku boleh la kau cakap.". Inilah mentaliti Melayu, bila nak maju kalau asyik membangkang bila orang cakap (comment), bukan nak hadam elok-elok dan perbaiki apa yang perlu diubah.

Bukan peniaga-peniaga itu saja, pekerja atau kerani yang setiap hari kena melayan orang awam seperti pekerja di Pejabat Pos, Bank dan Jabatan Pendaftaran Negara juga sama mempunyai pekerja yang tidak mesra alam ini. Kita kalau dah tahu kerja macam tu perlu melayan kerenah ramai orang awam kenalah pandai handle. Ini tak.... orang tanya sikit dah jawab melenting-lenting, orang tersalah buat dah jeling-jeling. Ini apa yang Ainaa sendiri pernah alami dengan kerani Pejabat Pos. Sampai sekarang kalau nak pergi pos barang malas nak pergi pejabat pos situ. Pekerja menyakitkan hati yang kerek dan garang! Kalau tak boleh layan orang awam elok-elok lebih baik kau cari kerja lain lah, yang tak payah kau nak berhubung dengan ramai orang setiap hari.

Inilah sebab perniagaan tak laku, selepas itu tuduh orang hantar 'benda' supaya perniagaan tak laku. Padahal diri sendiri yang cari pasal yang tak reti nak melayan pelanggan. Kalau teruskan sikap macam tu, macam mana nak jadi peniaga yang berjaya dan pekerja yang berdedikasi? Kita patut sedar diri dan ubah diri kita. Dalam business bukan strategi perniagaan saja yang penting...Cara kita melayan pelanggan kita juga sangat penting. Ini businessman yang dah berjaya memang sangat mementingkan konsep "The customer is always right". Redha saja macam mana perangai pelanggan yang kita dapat, layan elok-elok dan paling penting SENYUM! Kenapa lah susah sangat nak senyum, senyum itukan sedekah. Jangan kata pelanggan saja banyak kerenah letih nak melayan sedangkan diri sendiri tak 'mesra alam' dengan pelanggan.

Tolong ya kalau ada peniaga kedai/restoran atau pekerja kerani seperti di atas yang sedang baca ini, tolong ubah sikap dan tolong senyum. TOLONG SENYUM. Baru pelanggan pun senang dengan perniagaan kita.

King Coco Dijadikan Bahan Ketawa

king coco, king coco mix, coco banyak mix, skandal king coco, capt azrin, king coco kahwin, perampas, isteri kedua, curang, bohsia, gadis litar,


Isu King Coco ini makin menjadi-jadi setelah video yang diakuinya kononnya mempunyai banyak mix menjadi viral dan dijadikan bahan ketawa oleh masyarakat. Pada awal tahun 2017, kita dihebohkan dengan cerita "KING COCO SELAMAT BERKAHWIN DENGAN CAPT AZRIN ANAS". Macam mana tak jadi viral bila sebelumnya kenyataan yang king coco mempunyai skandal dengan suami orang (dah jadi laki dia dah pun) turut jadi viral. Memang hebat PENANGAN KING COCO ini, setiap kata-kata atau perbuatan dari dia pasti akan jadi viral.



King Coco dijadikan bahan ketawa:


Memang selepas viral video si coco ni yang bercakap mat salih dan mengakui dirinya mempunyai banyak mix, king coco menjadi bahan ketawa masyarakat kita dan bukan itu saja... Foreigner pun sekaki turut mengetawakan si coco mix ini. Ini apabila video Mat Dan dan Rhys yang meneka nama artis Malaysia namun di last video gambar king coco yang ditunjukkan dan respond Mat dan bersama Rhys terhadap King Coco memang sangat melucukan!


Video Mat Dan dan Rhys Teka Nama Artis Malaysia:


<< KLIK SINI UNTUK LIHAT VIDEO>>




ANDA INGIN SEWA TAPAK ATAU IKLAN PRODUK DI BLOG INI? WHATSAPP SEKARANG 019-9632283 ATAU PRIVATE MESSAGE KE FACEBOOK AINAA AZLAN 

[GAMBAR] Bila Lee Dong Wook Berambut Blonde

Bila Lee Dong Wook berambut blonde semua gadis di luar sana cair, bergetar tulang rusuk lah dan macam - macam lagi reaksi yang diterima. Tapi tidak dinafikan Lee Dong Wook sangat kacak apabila berambut blonde!


GAMBAR LEE DONG WOOK BERAMBUT BLONDE:



korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair

korea, artis korea, lee dong wook, rambut blonde, lee dong wook in blonde hair
credit : images google



VIDEO LEE DONG WOOK IN BLONDE HAIR:




ANDA INGIN SEWA TAPAK ATAU IKLAN PRODUK DI BLOG INI? WHATSAPP SEKARANG 019-9632283 ATAU PRIVATE MESSAGE KE FACEBOOK AINAA AZLAN 

Pil Gugurkan Kandungan di Laman Sosial

Ya Allah terkejut sangat-sangat bila dapat tahu benda ini. Kes ini viral tiga empat hari yang lepas disertakan dengan screenshot perbualan antara penjual pil gugurkan kandungan ini bersama pelanggan mereka. Tak sanggup nak tengok gambar janin yang telah berbentuk itu, ini pun share dengan tengok tak tengok je gambar. Boleh pula main-main jual dalam laman sosial macam tu je, berani betul! Mana sifat kemanusiaan dan keibuan mereka ini? Kita yang tengok dan melihat pun rasa takut dan jatuh air mata, bagaimana pula dengan mereka yang melakukan benda haram ini? Mana rasa takut melakukan dosa?

Senang-senang je mereka menggugurkan kandungan! Dahlah melakukan zina, selepas itu menggugurkan pula bayi yang tidak bersalah. Manusia zalim! Syaitan bertopengkan manusia! Dalam kes ini, dua-dua bersalah, pada yang menjual dan pada yang membeli harus dikenakan hukuman yang berat. Harap pihak berkuasa dapat siasat kes ini dengan cepat dan bertindak dengan segera.









pil gugur kandungan, gugur kandungan, gugurkan kandungan, berzina, cerita viral
credit : Jat Jaa



HUKUM MENGGUGURKAN JANIN HASIL PERZINAAN 


وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً
"Dan janganlah kalian mendekati zina, sesungguhnya zina itu merupakan perbutan keji dan merupakan jalan terburuk" (HR. Al-Isra: 32)

Bahaya Plagiarism!

plagiat, plagiarism, copyright, meniru, mencuri hak cikpta, assignment, credit, sumber


Awak, awak, yang tengah baca ni SILA BERHENTI PLAGIAT KARYA ORANG LAIN!! Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini isu copy paste tanpa dinyatakan sumber asal (credit) ini makin berleluasa. Tidak kira sama ada plagiat karya (hasil tulisan) penulis dalam bentuk buku atau novel atau pun plagiat isi kandungan sesebuah website atau blog. Minggu lepas kecoh di kalangan penulis-penulis novel apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalin semula novel-novel di pasaran dan disiarkan di aplikasi seperti Wattpad dan BeeTalk. Untuk kes copy kandungan dari website atau blog lain dan paste di blognya tanpa ditulis sumber malah mengaku itu adalah hak dia itu juga sentiasa berlaku dari dulu lagi. Tapi apabila karya kita sendiri yang ditulis di blog Nik Ainaa kena plagiat oleh website yang beribu pengikut, memang saya marah! Curi, paste dan claim artikle itu ditulis oleh mereka!

Tahukah PLAGIARISM itu DILARANG sama sekali? Ya! Ada orang menganggap benda copy and paste ini benda biasa dan tak salah, mungkin mereka tak tahu kalau di universiti mereka akan belajar betapa pentingnya copy rigt ini dan plagiat hasil orang lain itu adalah sebab utama untuk gagal dalam subjek. Berani mahasiswa mahasiwi plagiat assinment orang lain, lecturer akan dapat kesan dengan mudah dengan menggunakan satu system software ini, dan bila-bila masa saja assignment itu dicampak dan digelar sebagai 'sampah' sebelum mereka yang plagiat ini digagalkan dalam subjek tersebut. Itu isu dalam universiti, belum lagi isu plagiarism diluar sana yang boleh disaman dan dibawa ke mahkamah! Ada ke sampai saman-menyaman? Ada, kenapa tidak ada sedangkan kes novel di bawah penerbitan Lovenovel yang diambil dari kilang dan dijual murah-murah oleh orang tidak bertanggungjawab juga boleh disaman, apatah lagi kes lain.


APA MAKSUD PLAGIARISM?


Maksud plagiarism yang tertulis di pustaka.upsi ialah perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri. atau Dalam bahasa mudahnya, plagiarism adalah menciplak sesebuah karya dan mengaku sebagai hasil tulisannya tanpa diberitahu sumber sebenar karya/artikel tersebut.


Plagiarisme adalah Jenayah di bawah Kanun Kesiksaan


Kesalahan plagiat adalah jenayah di bawah kanun kesisaan yang boleh dikenakan tindakan sivil atau tindakan jenayah, dimana hukuman mandatori jenayah adalah penjara. (cc: universitipts)



Beringat sebelum kena. Jadi untuk mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan disebabkan kecuaian kita sendiri iaitu mencuri hasil cipta orang lain, pastikan setiap kali kita menyalin semula karya orang lain haruslah disertakan dengan sumber yang diambil. Jangan pernah sesekali terlihat dengan  plagiarism kerana bahaya plagiarism itu membinasakan.

comment dan share jika anda setuju.

Tonton Online: Biar Aku Jadi Penunggu

biar aku jadi penunggu, drama adaptasi novel, drama adaptasi, drama tv3, drama melayu, novel melayu, biar aku jadi penunggu, janna nick, ashraf muslim

Sesiapa yang ingin menonton drama adaptasi novel ini, BIAR AKU JADI PENUNGGU boleh klik backlink di bawah ini. Link yang disediakan adalah dari myflm4u.org .


(EPISOD 1) (EPISOD 2) (EPISOD 3) (EPISOD 4) (EPISOD 5) (EPISOD 6) (EPISOD 7) (EPISOD 8) (EPISOD 9) (EPISOD 10) (EPISOD 11) (EPISOD 12) (EPISOD 13) (EPISOD 14) (EPISOD 15) (EPISOD 16) (EPISOD 17) (EPISOD 18) (EPISOD 19) (EPISOD 20) (EPISOD 21) (EPISOD 22) (EPISOD 23) (EPISOD 24) (EPISOD 25) (EPISOD 26) (EPISOD 27) (EPISOD 28)


SINOPSIS BIAR AKU JADI PENUNGGU:

HARGA : RM37.00
POSTAGE : RM11SEM/RM15SS
WHATSAPP : 019-9632283 UNTUK ORDER NOVEL 


Iffat Hamani dan Afeef Adwan bersahabat sejak di bangku sekolah. Namun, persahabatan yang terjalin disalah guna oleh Afeef apabila menggunakan Iffat sebagai batu loncatan untuk mencapai impian yang sudah lama dirancang.

Iffat yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Afeef, menerima lamaran Afeef dengan harapan mereka punya peluang untuk hidup bahagia atas janji yang ditabur oleh Afeef sebaik sahaja lelaki itu pulang semula ke tanah air. Namun, dua tahun yang dijanjikan akhirnya berlanjutan hingga tiga tahun. Lelaki itu mendiamkan diri tanpa sebarang berita. Tetapi Iffat masih berpegang pada janji dan sanggup menunggu lelaki itu walaupun hati sendiri terluka.

Selepas tiga tahun tanpa khabar berita, Afeef muncul kembali bersama si comel. Kebenaran terbongkar apabila si comel itu merupakan anak Afeef bersama Damia. Mereka berkahwin atas nama cinta. Namun, hubungan itu tidak berpanjangan apabila Damia curang hanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang ada.

Afeef kembali dengan harapan baru dan ingin menunaikan segala janjinya dahulu kepada Iffat.

Iffat yang benar-benar terluka atas apa yang dilakukan tidak mampu berbuat apa. Kehadiran si comel diterima dengan hati yang terbuka kerana sememangnya naluri keibuannya begitu menggebu dan sudah menjadi impiannya sebaik sahaja bergelar isteri. Tetapi kesalahan yang dilakukan oleh Afeef membuatkan dia ragu-ragu untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.

Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.

Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.

“Di mana janji kerana hati, andai ada hati yang disakiti?”

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.