tajuk : m.a.i.d
penulis : suri ryana
harga : Rm 26       

saya nak beli novel ni...."m.a.i.d-suri ryana".dah lama dah saya nak beli tapi slalu nya klau saya nak beli mesti habis... = (
banyak kali dh sy cari..tapi xjumpa..novel ni best tau..rugi xbace..saya dah bce skit2 novel ni lam p2u..jalan cite dia pon menarik..sinopsis yg kat blakang buku ni pon sound nice laa...nak beli melalui intrnt pon takut abah xbagi..skarg ni pon duit poket tengh low..kena tnggu bulan depn laah gamaknye...yealah dah main bowling kuat sngt..skali main 2game terus..sigh!dah laa frust sb xterpilih masuk peringkat zon...bybah yg terpilih..tp bybah xnak..bagi kat saya pon xpe...time traning 2bolh pulk main...time b'tndaing..ketar tngan2 ni..yealah..biasa laa 2kan kan kan?!ok2..sejak novel ni ditebitkan lagi saya nak beli..tapi buat cmne xde rezeki =' (



tajuk : kasih yang suci
penulis : meen zulaikha
harga : Rm 19.90

novel ni pon saya nak beli gaak.tajuk novel ni Kasih yang suci dikarang oleh Meen Zulaikha..haa!!korang pernah tegk cite nora elena tv3 kul 7ptg tiap ari isnin-khamis?cite 2 ambil kish drp novel kasih yang suci ni laah..tapi saya xsuka tengok cite nora elena...rase menyampah,saya pon xthu kenapa..saya tahu ni pon dari kawan saya;ada(syuhada)..ada yang cakap kat saya n dialah yang ceritakan sedikit jalan cerita novel ni..masa ada cerita kan hati sy ni dah berdebar2..apatah lagi apabila saya baca sendiri kan?best jugk novel ni tapi sebab watak dalam novel ni nama dia nora elena..jadi menyampah..nasib baek jalan cite nora elena dgn novel lain sedikit..insya-allah klau ada duit lebih nak beli novel m.a.i.d n kasih yang suci skali gus..kan best kalau ada orang yang sudi tolong belanjakan saya novel m.a.i.d n kasih yang suci.AMIN!!hehe


tajuk : cucur bawang dan kopi 'o'
penulisa : hasrudi jawawi
harga : Rm 25.90

oh yea...xlupa juga "cucur bawang dan kopi 'o'-hasrudi jawawi"novel ni pon saya nak beli gaak..jalan cite novel ni best ; kelakar!!!hahaha smpai sakit perut saya sebab ketawa kuat sangat..novel ni pon saya ada baca jugk sikit2 kat blog penulis ni ; http://cucurbawangdankopio-hasrudijawawi.blogspot.com/ ....jemput2 laah bace yea..mesti anda akan terhibur..cehh~ hahaha buat promosi pulak kat sini..novel ni mengisahkan tentang seorang remaja ; rudiana yang kehilangan ibubapa nye sejak kecil dan terpaksa berkahwin dengan seorang duda ; iskandar yang menceraikan isterinya ; zakiah  pada hari meraka diijabkabul juga kerana isterinya telah berbohong kepada nye..dan ex-wife nye meninggal kan anaknye kepada jejaka tersebut..kalau nak tahu lebih lanjut beli laah novel ni..hope ada orang yang nak belanja..haha apelah kau ni ainaa..semuanya nak suh orang belanja..huhu  ^_^



tajuk : gelora
penulis : ma lee chuswan
harga : Rm 17
sinopsis : Adam dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.
Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.

Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.
Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.

Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.

Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.

Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….


okey laah...2jea yang saya nak konsi dengan korang semua..apa2 pon kalau ada novel best2 yang baru tolong info kat saya yea.. nite =D

0 Comments