Balik Kampung




          Annyonghaseyo , awak semua . Sihat ? Dah makan ? Hehe Saya sihat je . Bertambah sihat !  : )  haha okey ni cerita pasal balik kampung belah mommy saya . Kampung saya kat Kelantan jugak . .  Kelantan tu kat mana ? Jangan nak sibuk ! haha gurau je . Kuala Balah . Yup , tu kampung saya . Ayah saudara saya , AyahJid nikah . Dia punya tarikh kenduri hari isnin lepas , 28/11/11 . Saya bertolak ke sana hari ahad , sahari sebelum kenduri tu . Ada lah dalam 2 - 3 jam dari rumah saya ke Kuala Balah .

        Memang meriah . Kebiasaannya time orang nak nikah mesti ada usik mengusik kan ? Usik pengantin laa . hehe Saya tak tahu lah pulak family belah mommy saya tu ada je yang nak di usik . kalau belah abah saya tak ada lah pulak . Biasa nya saya baca dalam novel je yang family dia usik pengantin . Tak sangka betul . Mak - mak saudara saya habis usik AyahJid . haha Tapi AyahJid buat slamber je . Ceh , saya pulak . . Tersengeh - sengeh tengok AyahJid kena usik . haha seronak ! Saya kan tak biasa sangat dengan family belah mommy saya ni , jadi saya banyak senyum berbanding bercakap . Tak pasal - pasal AyahJid cakap . . .


" Kenapa lah Ainaa ni pemalu sangat ? "


          Saya ? Sengeh jea lah . haha saya pun tak tahu nak komen apa . . Kadang - kadang terfikir jugak , 


" Aku ni , pemalu ke orang nya ? "


          Saya tak ada jawapan untuk tu . FullStop ! Pemalu ke tak tahu malu ke , belakang kira . Yang penting , sekarang ni kita tengok cerita pasal balik kampung . hoho hmmm . . .  dekat sana , susah nak tidur . Bising ! Budak - budak ni duk tengok Tv , pasang kuat pulak tu . huhu Reda jealah . . Nama pun budak - budak . hehe Malas sebenarnya ni nak cerita panjang - panjang so setakat ni jea yea . Jangan marah . haha okey Annyong ! :)

Novel

        Yop ! Selamat pagi , semua . Sejuk kan pagi ni ? Kat home saya ni dah seminggu berturut - turut hujan . Sejuk ? Usah dibilang , sejuk amat ! Haha minah Indon mana lah pulak terlepas ni . Memang sejuk tau kat KotaBharu ni . Hish ! Apatah lagi tempat orang , tempat kita sendiri pun sejuk hingga terasa ke tulang . Hmm pagi yang dingin ni rasa nak cakap pasal novel je , so tadah telinga yea semua . Saya nak cakap panjang - panjang pagi ni . huhu
 
       Macam yang sebelum ni saya cakap , saya memang meminati novel ! Teramat ! Tapi , saya ada sikit je koleksi novel - novel saya . Saya masih pelajar so mana ada duit nak beli novel tiap - tiap bulan . Kena kumpul dulu . huhu buat masa sekarang ni , saya ada 11 buah novel . Erk . . . Sebenarnya saya keliru sikit kat situ , novel dipanggil naskah ke buah yea ? Hmm . . Tak apa lah , kita teruskan je . Novel - novel saya semua novel cinta . Novel islamik ada SATU jea . Ceh ! haha biasa lah remaja zaman sekarang , tambah - tambah lagi perempuan . Memang minat novel - novel cinta ni . Lelaki ?  Tak ramai . Cuba lah tanya , dalam banyak - banyak lelaki yang ditanya mesti 1/10 yang minat . Tu pun yang selebihnya minat jugak novel , tapi bukan novel cinta la .

        Mukjizat Cinta , Ad + Iz , Akulah Cindarella , Abang Khai Tomboi , M.A.I.D , Tak Mungkin Kuhindar , Sepupuku Suamiku , Aku Bukan Mistress , Cintamu Cintaku , Pergilah Air Mata dan Bila Cinta . Tulah koleksi saya . Dulu saya bagi je kawan - kawan saya pinjam lepas tu . Terfikir pulak buat sewa , so saya buat lah . Mula - mula nak buat Rm3 seebulan . Lepas tu Abah saya tak kasi . Bukan tak bagi disewa . Tak bagi buat Rm3 sebulan lah . So saya ikut je lah cadangan Abah saya , 50 SEN SATU HARI . Okelah lah tu , lagi pun kawan - kawan saya semua sekolah lagi . Mana ada duit nak bayar Rm3 sebulan . Tapi bagi saya , murah dah Rm3 kan ? Saya pun boleh bayar takkan kawan - kawan saya tak boleh ? huhu biarlah . Saya kat sekolah tak beli sangat , tak makan sangat . Sebab tu saya ada je duit . Ahak ! Kat rumah pun saya makan sikit je , kadang - kadang tu dalam satu hari tak makan nasi ! huhu

        Jadi sesiapa nak sewa novel saya tu boleh la , harganya 50 sen satu hari . Murah ? huhu sewa cepat - cepat sebelum saya naikkan harga . hahaha serius ni . Tapi ada peraturannnya . Kenapa ada syarat ? Sebab saya ni cerewet . haha tak ada lah cerewet sangat , sikit je .


Peraturan Meminjam Novel Nik Ainaa :


1. Membuka Novel Dengan Sopan
2. Jangan Meletak Merata - Rata



3. Jangan Bagi Hujung Novel Berlipat



4. Jangan Bagi Hilang ( Penting Ni )


      Okey , tu je syarat - syaratnya . 4 Syarat tu anda mesti patuh . Sekali anda langgar syarat - syarat tu , memang saya tak bagi dah ! haha tengok lah . Saya ni mudah cair kalau dipujuk dengan kawan perempuan . Dengan lelaki ? Kirim Salam jelah . Jangan harap nak cair . Selagi boleh keras , selagi tu saya jadi iceberg . InsyaAllah . haha ada - ada je saya ni kan . Oh yea , buat sementara ni . Available area KotaBharu jea yea . Tapi saya tak hantar lah , saya tak pandai drive kereta atau menunggang motor . hehe * shy - shy cat * . Kay lah , Wassalam . :)

* Entri kali ni ditulis pada pukul 9 a.m , 24 Nov 11 . Sebab tu yang mukadimah saya tulis pagi . Tak ingat nak publish ! >.< . Harap Maklum . *

Hanbok

     Assalamualaikum ! Hehe lama saya tak berceloteh kan ? Biasanya ada jea nak dicerita . Bukan busy , tapi MALAS ! Haha malas nak menaip la , tak ada idea nak tulis apa . Ni baru ada idea , tentang Hanbok ! Tak tahu apa itu Hanbok ? Meh , saya bagi tahu .

" Hanbok ialah pakain tradisional orang Korea "

    Hanbok ke Choson-ot ? Dua - dua pakaian tradisional korea . Korea Selatan ( South Korea ) menyebut Hanbok manakala Korea Utara ( North Korea ) menyebut Choson-ot . Setahu saya Hanbok ini kebiasaannya dipakai oleh orang - orang darjatnya tinggi tapi jarang kelihatan lah pada zaman sekarang . Sekarang ini , Hanbok dipakai ketika majlis formal atau pun majlis -  majlis tertentu . Saya tak tahu lah betul ke tidak , kalau ada salah tegur - tegur lah yea . :)

  
Hanbok






     Okey , tu jea untuk kali . Sorry lah , sikit je info pasal Hanbok ni . Sebab saya pun tak tahu sangat . Huhu . Kay lah , Bai Bai . :)

Jamuan Akhir Tahun !



          Syoknya , majlis akhir tahun . ada makanan . ha ha tahun ni spesial sikit , makan nasi arab ! wow ! ha ha jangan jeles :p nasi arab tepah dengan mak ayah classmate saya , muhammad . ho ho . . . saya ambil sikit jea nasi sebab kenyang ! satu lagi sebab memang saya tak makan banyak ooh . jamuan ni start kul 12 , okey . sementara menunggu jamuan ni . . . start kul 9:30 - 11:14 saya bergambar dengan kawan-kawan . maybe masa kita orang ambil gambar tu ada sesetengah kawan-kawan saya yang lain mengumpat . ha ha saya teka jea yea . maybe diorang cakap

" Nak ambil gambar pun bising2 "
or
" Gedik la aku tengok cara dia orang posing "

    Ho ho ho . . . saya agak2 jea tu yea. saya tak kata mereka cakap macam tu , tapi saya teka sebab saya tengok diorang duk jeling2 kat saya and kawan-kawan saya yang tengah bergambar . tak kesah ! kita orang nak bergambar sebab nak buat kenangan , bukan sebab nak mengedik , okey ? he he okey lah . tak mau gaduh2 . Hmm . . . kat jamuan tadi jamu nasi arab , kek , ayam adly dan macam2 lagi . ayam adly saya makan kat umah . ho ho . . . Banyak tau saya dan kawan - kawan saya posing . Dan tadi selepas jea pulang dari sekolah , mandi2 dulu , sembahyang dulu and then terus buat video . macam slide show , kot . Emm entah . saya tak pandai bap2 ni . Nak tengok ? Tengok kat FB saya . :)

You Are My Friend : )

    Kita kawan selamanya kan  : )  , I hope .



      Wan Fatihah , Raidah Alimah , Alia dasila , Nur Syazfiqah , Aina Syazwani , Nur Husna , Siti Aishah , Nur Maisarah , Niknur Fini dan yang lain - lain . Korang kawan saya yang terbaik pernah saya ada . Memang kawan suka duka saya . Susah nak jumpa kawan macam kamu semua , tentu kamu semua dah ada kawan baru or kawan yang lebih baik daripada saya kan . hu hu saya ? dah ada , tapi korang tetap dihati saya . walaupun ada juga yang saya lupa nama korang dan lupa rupa korang , insya-Allah korang tetap dihati saya . Tetap seorang kawan yang terbaik . Setiap kali saya keseorangan , saya selalu ingat kamu semua . . . kawan - kawan darjah 5 dan 6 tahun 2008 dan 2009 . sedangkan kawan yang sekarang ni tak selalu sangat saya teringat ? maybe sebab korang kawan yang terbaik , maybe sebab korang memahami saya , maybe sebab korang membuat saya tersenyum dan bergelak ketawa , tapi . . . kawan saya sekarang pun mampu buat saya tersenyum dan bergelak ketawa . . . maybe ada yang kurang , kawan2 yang sekarang lain dari korang . maybe sebab . . . meningkat dewasa ? hmm . . . maybe . siapa tahu kan . saya sendiri tiada jawapan untuk tu .



Maaf , kawan .   : )




          Maaf andai kata saya pernah bercakap kasar dengan kamu semua , maaf andai kata saya pernah membohongi kamu semua , maaf andai kata kamu semua berkecil hati dengan saya , maaf andai kata saya pernah menyakiti kamu semua , maaf andai kata saya pernah mengeluarkan kata-kata kesat , maaf andai kata saya pernah membelangkangi kamu semua , maaf andai kata saya ada buat kamu semua marah , maaf andai kata saya mengumpat kamu semua , maaf andai kata saya terabai kamu semua , maaf andai kata saya terlepas cakap dan maaf . . . maaf andai saya tidak menjadi kawan yang terbaik untuk kamu semua . Sorry again . Sorry , friend .  ( bunyi macam orang insaf kan . saya cuba mahu buat terbaik untuk kamu semua , kawan . )


 Bertemu kembali kah kita semua ? ? hmm . . .


          Hmm . . .  bertemukah kita lagi , selepas . . . 10 tahun , akan datang ? ? Insya-Allah . Kalau dipanjangkan umur dan ada rezeki , insya-Allah kita bertemu kembali . Saya harap kita semua tetap keep in touch . kalau dah hilang , tak tahu khabar berita . . . Jangan mengeluh , tak baik . Reda . Walaupun kita jauh , masing2 tetap ada di hati kan ? 10 tahun . . . . macam2 boleh berlaku .

  * haih ! touching2 lah pulak entry kali ni . ha ha . okey lah , friend . Annyong . : )

Penthouse

   Rumah camni lah rumah idaman saya , penthouse ! waaa ~ memang kalau tengok je penthouse ni terus cakap " gila , cantik nya ! " . ha ha okey2 jom kita tengok . ^.^


 lawanya , sedap mata memandang


cantik kan ruang tamu dia


 confirm tidur pasti lena . aha ha ha


 waduh ! canggih !


 :)


 wow ! :o


 bestnya !


 :)


 white :)


 kalau ada jacuzzi , mesti best lagi .


cantik deh !


    Okey , dah tengok ? camne ? cantik tak ? canggih tak ? hu hu okeylah tu je nak share dengan korang semua , annyong . =)

Mood : Boring

   Alahai ~ borim la hari ni . Tak tahu nak cakap apa . okey ! korang nak tau apa fb saya ? nah Klik Sini . Takada modal la nak cakap apa . . . kita tengok ni - - - >


 mini cooper


Ducati


  Fuyoo ! Red + Black = Mantap ! tu lah angan2 saya . . .  Angan2 nak miliki mini cooper and ducati . Fuhhh ! kalau ada  kereta mini cooper , ferrari , ducati or motor bekuasa tinggi lalu depan mata saya . . .  sure saya tak berkelip tengok kenderaan ni sampai hilang dari pandangan mata saya . Dapat kawin dengan tuan empunya mini cooper or ferrari or ducati pun tak apa . ahak ! ( gattai noh ! ) . Dapat berkawan pun jadi lah . Memang tinggi angan2 saya ni . he he he satu lagi penthouse ! Pergh ! tak keluar rumah pun tak apa ( eh ! iyalah tu ) sebenarnya saya tak kenal pun penthouse , saya kenal pun masa baca novel M.a.i.d karangan kak Suri Ryana terbitan KakiNovel  , masa tu saya tertanya2 . . . .

" Apa kebenda penthouse tu ? House rumah . . . Nama rumah kot ? "

    Saya pun dengan rajinnya bukak internet pergi kat google and search : Penthouse . tengok je gambar penthouse terus buat muka terkejut monyet ( agak2nya lah monyet pun tak sekejut saya tu . ha ha ha ) . mulut pun dah terbentuk 'o' camni - - - > ( :o ) wow ! cantik ! haih ! alangkah indahnya dapat tinggal kat rumah tu . Hmmm . . . . . Okey lah tu jea nak cakap , borim ni . . .  tak tau nak cakap apa . Handphone pun sunyi jea . . . . Nak baca novel on9 pun takde update . novel sendiri ? dah banyak kali baca . . . . biarlah . . . . Emmm . . . Bai bai . Annyong ! D:

Hurray !



   Exam dah habis ! fuh ! 9 hari exam , memang jem dah otak ni . dan sekarang ni tengah bercuti , 10 hari cuti . nanti buka sekolah 14/11 dan terus hantar buku teks . esokkannya pulak majlis akhir tahun . heee ~ tak sabar nak cuti . janganlah ada kelas tambahan time school holiday ni . sebenarnya saya tak ada mood nak berceloteh ni , so saya tulis sikit2 jea lah yea . Sementara cuti 10 hari ni saya nak baca novel lah , malas nak keluar rumah . nanti school holiday baru nak lepak dengan kawan-kawan . Alhamdullillah , boleh la jawab exam . sains paper 2 senang kan ? bagi saya senang lah jugak sebab ada jea idea time nak menulis tu . kalau math paper 1 senang , paper 2 ? Allah ! Memang susah ! tersengeh je lah tengok soalan2 dia yang berputar belit tu . he he he . BI pulak , hmm . . .  boleh la ~ . . tapi yang saya geramnya sivik . haish ! hal politik pulak dia keluar , memang saya guna shotgun terus . sejarah ? tak payah cakap , terus buat keluar bom leukmia . hak ambik ! Gedebum terus saya bagi jawapan . saya ni tak minat bab2 sejarah , buka je buku terus zzz . . .  ha ha ha tak ramai kan yang minat sejarah , saya minat math and BI . tapi yang peliknya selalu je markah sains lebih tinggi daripada BI . padahal sains saya kureng minat . minat tu minat cuma kureng sikit minatnya ( haish ! ) okeylah , tu jea saya nak cakap . Annyong !

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.