Review Blog: 5 Blogger Yang Comel


Hari ini saya nak review blog-blog pemenang
giveaway yang saya sponsor. Tahniah untuk mereka!
Sebarang kekurangan direview saya ini, mohon maaf awal-awal. :)

1- Nurin Aireen
 

Rasanya tak ada apa yang saya nak komen blog Nurin sebab blog Nurin memang dah cukup sempurna. Susunan gadget pun bagus dan tak berat. Blog Nurin pun comel aje saya tengok. Tahniah! =)

2- Duniaku Vanilla

  Wah, comel betul blog adik Vanilla! Kagum betul saya dengan adik. very perfect! Nanti ajarkan saya boleh? hehe Ohya, Si Budak Vanilla tu blog adik kan? Nasib baik terniat nak cari blog personal adik. hehe kalau tak memang saya review aje blog tu. hehe

3- Afiqah


Mula-mula masuk blog Ieka, saya dah terdetik mesti blogger baru belajar. Rupa-rupanya tak adalah baru juga, setahun dah kan. Hehe jangan marah ya Ieka. Maybe Ieka jarang update atau malas nak cari temple baru yang lebih comel untuk blog Ieka. Tak apa, slow-slow. Untuk tarikan lebih ramai ke blog Ieka, Ieka kena cari temple yang lebih cantik. Search aje kat google, memang berlambak.

4- Najihah Story
 

Emm... Nyumm... Nyummm... hehe Terus rasa lapar masa masuk blog Najihah ni. Tak ada apa kut untuk saya komen. Just a perfect blog, simple but nice.

5- Nur Hidayah's World
 

 Cerahnya blog Hidayah. hihi tak apa. Asalkan comel sudah. Kaan? Very nice. Semua gadget yang penting dah ada dalam blog dan sudah tersusun cantik. Tahniah ya = )


Itu sahaja review daripada saya.
Hope koma semua berpuas hati lah erk.
hehe ; D

#Nuffnang: CPUV Untuk Saya!

ALHAMDULILLAH!

Akhirnya Nuffnang beri juga CPUV untuk saya.
Patutlah earning naik mendadak pun. Ada CPUV rupa-rupanya.
Hehe Syukurlah. Ingatkan Nuffnang merajuk dengan saya sebab 2-3 hari
ni jarang ternampak iklan nuffnang di blog saya.

Sepatutnya saya yang merajuk sebab dari awal tahun lagi memohon untuk
CPUV. Mujurlah saya tak merajuk. Still update dan berusaha
tingkatkan trafik blog.


Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

"Sabda Rasulullah S.A.W : "Allah tidak memberi sesuatu nikmat ke atas seseorang hamba lalu ia berkata alhamdulillah, melainkan apa yang diberinya adalah lebih baik dari apa yang diambilnya" [HR: Ibn Majah]."


 Lagi RM16.50 untuk cash out kali ke-4!
Jom tekan-tekan iklan di blog!!
=)

Sponsor Next Giveaway

Alamak!
Sorry uolls...nampaknya walaupun saya bercuti tapi still
tak dapat update Tonton Online. Maaf ya. Saya guna laptop lain.
Link website yang saya share tu saya tak ingat linknya. huhu

Apa-apa pun ingat lagi tak last entry hari tu?
Yang saya tengah cari sponsor... ALHAMDULILLAH!
Ramai yang nak sponsor tapi ada jugak yang nak sponsor apa yang saya
tak perlu. Sorry, saya terpaksa tolak yang berkaitan dengan review blog ataupun
topup untuk sorang. Saya nak memudahkan peserta aje.

Giveaway tu akan mula pada 1/7/13.
Jadi buat sementara ini, inilah sponsor yang baik hati mahu
sponsor. Siapa yang nak join GA akan datang ni, bolehlah like
and follow sponsor. Tapi kena selalu jenguklah, kut-kut ada penambahan sponsor.

Sponsor - Sponsor :


- Skirt Stylista : 1 Pemenang
- Like : Fanpage, Album, Picture


- Cursor Tema : 4 Pemenang
- Follow : Blog
- Like : This and this


- Top, dress, aksesori, make up
- Follow : Blog 


- Topup RM5 - 2Pemenang, Novel Adam & Hawa
- Follow : Blog
- Like : Fanpage


- Pretty little badges : 10 Pemenang
- Like & Share : Fanpage 


- 3 Instant Hijab & 3 Bag
- Like : This and This


- Tudung/Shawl - 1 Pemenang
- Follow : Blog,
8- LUV hijab

- Tudung Nur Kasih - 2 Pemenang
- Like : Fanpage 
- Follow : Blog  

9-Qeela Aini

-Earrings 2x, Nano white infinity trial cream 1x
- Follow : Blog 1, Blog 2

10- Sha Dhira San

- Perfume: 2Pemenang , Shawl & Inner: 2 Pemenang
- Follow : Blog
-Like : Fanpage

11- Tiey Smilez

-Hair Ribbon Clips : 4 Pemenang
- Follow : Blog
- Like : Ini dan Ini

Sponsor Diburu!

SPONSOR DIBURU SEHINGGA 30/07/13


YEAH! Kembali lagi memburu sponsor!
Kali ini saya mahu buat GA yang gempak!! Hadiah semestinya gempak!
Hehe bila? bagaimana? apa? Okey, ok.
Saya buat ni bertujuan raya, hadiah-hadiah tu nanti korang bolehlah buat raya kan?
GA ini akan berlangsung pada 01/07/13 sehingga 22/07/13.
*tarikh mula akan diawalkan jika sponsor mencukupi awal *
Ini kerana saya takut sponsor sibuk jika dilewatkan tarikh tamatnya.
Nanti tak boleh nak pos pula hadiah-hadiah tu.

Nak sponsor? Sila rujuk & baca kat bawah ini terlebih dahulu!

1-Barangan yang boleh disponsor :

*Pakaian (blouse, shawl, skirt dan lain2)
* TOPUP RM5 ke atas (kalau boleh kesemua rangkaian)
* Berkaitan blog masih diterima (tidak terima: review, header, banner dan doodle)
* Majalah, Novel, Buku Islamik (Genre 18sx ditentang keras)
* Aksesori (purse, kasut, gelang, rantai, brooch dan lain2)
* Barangan printing & cenderahati (contoh boleh rujuk di SINI)
* Barangan handmade (apa2 sahaja yg berkaitan dgnnya)
* Barangan makeup (lips balm, pewarna kuku dan lain2)
* Dan lain-lain lagi akan dipertimbangkan

2- Sponsor untuk 3 pemenang dan ke atas bagi topup, barangan handmade
& berkaitan dengan blog 2 ke atas. (akan dipertimbangkan)

3- Syarat di kenakan tidak melebihi dua syarat.
Jika anda sponsor untuk 4 pemenang atau lebih, anda boleh kenakan 3/4 syarat.

4- Barangan pos akan dipos oleh sponsor sendiri. Pemenang
akan menuntut hadiah mereka dengan anda.

5- Hanya sponsor yang betul-betul nak sponsor saya cari.
Tak mahu tipu-tipu maa....

Ok! Dah baca semua? Ini bukan cerewat ya. Tapi bagi menyenangkan peserta, 
nanti tak adalah timbul syarat yang banyaklah apalah.


KELEBIHAN KEPADA SPONSOR :

* Blog anda akan dimasukkan ke dalam bloglist blog saya
* Jika ada masa, saya akan review blog/fanpage anda
* Follower & Liker anda akan meningkat
* Trafik blog anda juga akan meningkat serta merta
* InsyaAllah anda akan dimurahkan rezeki
* Pahala bagi orang-orang yang baik hati ini. Sebelum tu betulkan niat. =)

Mahu sponsor? PM saya di SINI dengan butiran-butiran tersebut :

* NAMA
* LINK BLOG & FANPAGE
* LINK FACEBOOK
* BARANGAN YG INGIN DISPONSOR
* UNTUK BERAPA PEMENANG
* SYARAT INGIN DIKENAKAN KPD PESERTA

Itu sahaja kut. Selesai PM saya tinggalkan komen kat entry ini yg anda dah
PM saya ya. Takut saya tak perasan pula ada mesej.

Harap-harap ada yang mahu sponsor. =')

Busy + Bad News


Yeah, i'm busy as a bee!

Nak masuk seminggu dah saya tak update blog dan tonton online.
Busy sebab banyak kerja kat sekolah. Yalah, buka sekolah nikan, macam-macam
kerja ada. Sebagai pelajar, badan dakwah sekolah lagi dan sebagai nuqobat.
Erk! Lupa satu lagi tanggungjawab! Ahli koperasi sekolah.
Aduhai, lama dah tak bertugas kat koperasi. Bagi kat junior yang jaga.

Oklah, tak baik mengeluh.
Cuma nak kasi tahu saya busy minggu ini sebab itu tonton online
saya tak update lagi minggu ini. Apa-apa pun minggu depan insyaAllah ada masa.
Sebab minggu depan sekolah 3 hari jea, 2 hari lagi saya cuti.
Alhamdulillah. Abang saya keempat itu dapat juga ke Yaman. =)


 
 
 I'm sorry!
 
Saya tak dapat update lagi episod drama-drama yang ada kat Tonton Online.
Website yang saya share link tu tak boleh dibuka.
Website mereka ada masalah. Dah cuba cari website lain tapi sayang
website lain tak memuaskan seperti website yang saya share ini.
Website lain update episod drama tu lambat sangat. Ada yang kena download saja 
pulak tu. Apa-apa pun saya cuba untuk update tonton online.
 
Kepada yang menanti drama-drama kat tonton online,
saya akan cuba update secepat mungkin. Maaf atas kesulitan ini.
Yang pasti, kalau website tu dah ok...
Saya akan pastikan saya update cepat-cepat. hehe ; D

 
* NAK DAPAT PERKEMBANGAN NOVEL & DRAMA/FILEM ADAPTASI NOVEL? KLIK SINI UNTUK JOIN GROUP KPNM *

Baca Secara Online II

Assalamualaikum! Konnichiwa!
 ^_^

*ENTRY BERSAMBUNG DARI 'BACA SECARA ONLINE I' DAN SAMBUNGANNYA"BACA SECARA ONLINE III*

Entry ini adalah sambungan entry INI?
Entry yang simple tapi top 2 paling femes dalam blog ini.
Wah! Alhamdulillah. Tak sangka entry yang simple camtu boleh
tarik perhatian orang ramai.

Ramai yang tanya full version novel boleh ke tidak baca secara online.
 Jawapan saya YA dan TIDAK!
Novel-novel yang berada dipasaran TIDAK ada dimana-mana laman web
atau lebih tepat lagi dalam internet. Anda boleh baca secara online tapi hanyalah
bab-bab awal novel. TAPI! Bukan semua juga novel yang boleh anda baca
 bab awal. Kita tidak boleh sesuka hati nak upload full version
dalam internet novel yang berada dipasaran.

Manakala yang boleh anda baca secara full version ialah mini novel yang
ditulis dimana-mana blog atau laman web penulis.
 Anda juga boleh baca cerpen secara online.
Okey, sekarang dah faham ke tidak? =)

Saya ada link blog penulis. Contohnya, SuriRyana, AcikLana, IzzAlejandra,
AdahHamidah dan ramai lagi. Malah blog penulis diblog pun ada.
Kalau nak tengok lebih lanjut boleh
rujuk kat bloglist 'LINKIE ♥' disebelah kanan blog Miss Spectacles ini.

Nak baca bab awal novel Teduhan Kasih dan Sebenarnya, Saya Isteri Dia tak?
; D

TEDUHAN KASIH


SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA
 (BAB 1) (BAB 2) (BAB 3) (BAB 4) (BAB 5) (BAB 6)
(BAB 7) (BAB 8 & 9) (BAB 10) (BAB 11) (BAB 12) (BAB 13)
(BAB 14) (BAB 15) (BAB 16) (BAB 17) (BAB 18, 19 & 20) (BAB 21)

SELAMAT MEMBACA! ^_^

Beli Uniknya Cinta - Sha Ibrahim (Limited Edition)

Selamat pagi bloggers! :)

Siapa peminat novel kat? Cepat angkat kening kanan!
Heh. Ok, tak payah corner-corner belah lain.
Kalau anda peminat novel tentu anda tahu kan yang Acik Lana
penulis Aku Bukan Mistres, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, 
Kalau Memang Harus Begitu dan paling latest Pelangi Cinta Buat Suami.

Tahukah anda sebelum terbitnya PCBS, ada satu lagi karya Acik yang diterbitnya
sendiri? Tajuknya Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC). 
cover PYPAC

 Maaf, anda terlambat sebab order untuk PYPAC dah lama TUTUP!!
Alhamdulillah! Saya sempat membelinya. Saya beli masa
first order lagi, harga RM41 tak silap saya masa tu.
Then apabila second order Acik kurangkan harga tu. Hiuhiu sedih tau!

But yang tak sempat beli tu don't worries!
Sebab Acik akan buka third order selepas raya ini!!
Yang paling penting PYPAC dengan cover baru yang lebih seksi!
OK, I'm so jealous! Ni yang rasa nak beli pulak. huhu

*BUKU-BUKU YG DITERBIT OLEH PENULIS TIDAK ADA
DIMANA-MANA BOOKSTORE DI DUNIA.*
...........

Sekarang peminat-peminat tegar novel sedang heboh
fasal novel Uniknya Cinta karya Sha Ibrahim.
Penulis novel Biarkan Ia Berlalu, Dia Segalanya, Sha & Shah.
UC ini turut diterbit sendiri oleh SI dan tak akan ada dimana-mana kedai.
Kalau ada pun mungkin hanya kedai tertentu.

cover UC

Saya dah order untuk UC, Insya-Allah apabila UC sudah dicetak
proses penghantaran akan dibuat.
Berminat tak? Novel-novel SI best-best belaka tau.

Macam mana nak order? Sila rujuk di bawah ini :

(PRE-ORDER)
UNIKNYA CINTA ~ SHA IBRAHIM
SEM.MALAYSIA : RM23.00 + RM6.00 POSTAGE = RM29
SABAH/SARAWAK : RM26.00 + RM8.00 POSTAGE = RM34

MAYBANK ACCOUNT : 158266001837 NUR ASNIDAR MOHD SALLEH
EMAIL : princesspangkor@hotmail.com
Tajuk Email : Uniknya Cinta

Sekiranya anda berminat,boleh bank in ke akaun maybank yang tertera dan MESTILAH EMAIL

~ BUKTI BAYARAN
~ NAMA PENUH
~ ALAMAT LENGKAP
~ NO HP

SINOPSIS UNIKNYA CINTA :
DALAM KALUT…COMELNYA TETAP ADA

Nur Amani binti Mukhlis - Dia sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidup yang diciptakannya sendiri sejak dulu lagi. Tiada CINTA yang akan hadir dalam hatinya selagi tanggungjawab kepada ibu bapa dan kelua
rga tidak dilunaskan dengan sebaiknya. Perwatakan Amani yang selamba dan mesra membuatkan dia disenangi ramai lebih-lebih lagi kaum adam. Kala muncul Imran Haniff secara tiba-tiba di dalam hidupnya, prinsip yang dipegang mulai goyah. Hati Amani mula tidak keruan dan dia kian keliru dengan perasaan sendiri. Mampukah dirinya bertahan dengan rayuan dan kata-kata manis serta sikap ambil berat Imran Hanif Hashim itu?

Dalam kalutnya Amani, kecomelannya tetap terserlah di mata Imran Haniff membuatkan hati lelaki itu bergetar hebat setiap detik.

Imran Hanif bin Hashim- Nur Amani binti Mukhlis mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Lain dari yang lain. Di saat gadis seusianya sibuk mencari CINTA, keutamaan Amani hanya kepada ibu bapa dan keluarga menyebabkan hatinya tertarik dengan gadis itu. Sepanjang dirinya mengenali Amani, dia belajar untuk mencintai dan dicintai dengan cara yang amat berbeza. Mereka bahagia dalam usikan dan benih-benih cinta. Namun siapa sangka, mereka berpisah jua atas kehendak Amani. Imran reda jika itulah kehendak Amani dan dia akan menurut walau kasih dan cintanya yang dianugerahkan oleh Yang Esa dalam hati lelakinya hanya untuk Amani.

Kuatkah jodoh antara Imran Hanif Hashim dan Nur Amani Mukhlis?

“Im…Im…Im…Encik Imran. Saya Am…Im…Am…Im…Am…Im…Am,”
“IMAM! Perasan tak?”
“A’ahlah! Comel!”
“Tahu tak apa!”

Uniknya cinta Amani dan Encik Imran, unik juga aturan jodoh mereka.

...........(BACA SINI UNTUK LEBIH LANJUT).....

Macam mana? Berminat? Orderlah sekarang!
Ada satu lagi penulis novel Rindu Dalam Sepi karya Siti Khadijah
yang menjual novel limited edition. Tajuknya Digari Cinta tapi saya tak sure
sama ada order masih dibuka atau belum.

Yang ni sedihnya, DC saya tidak sempat nak order.
Padahal novel RDS tu best... Jadi saya mengharap DC pun best!
Baca sinopsisnya DC juga best.
Aduhai, duit kopak ni weeyh! Hoho Tapi DC murah aje.
RM20 + RM6 (DC + POSTAGE) = RM26

Mintak-mintak lah ada yang lebih-lebih.
Nak cuba tanya kakak ipar sayalah, kut-kut dia nak belanja. Muehmueh =3

cover DC


Tambah Pendapatan Dengan AssignJobs.Com

Assign Jobs


AssignJobs ini akan membayar anda apabila anda siapkan tugasan yang diberi.
Anda perlu siapkan tugasan itu dalam tempoh yang sudah diberikan.
Tak perlu risau, tugasan yang diberika tidak akan melibatkan wang ringgit anda.
Dan tugasan yang diberi TERSANGATLAH MUDAH!

Tugasan yang diberi contohnya anda hanya perlu LIKE KAT FB,
buat REVIEW, COPY & PASTE dan sebagainya
Mudah kan? Kerja duduk depan lappy dan duit pun masuk.
Hah! Siapa yang tak nak?

Selesai Register anda akan diberikan $2.00. Dan AssignJobs
ini apabila earning anda mencecah $30.00 anda sudah boleh CASH OUT!
Bayarannya dalam betuk USD


Jom DAFTAR sekarang dengan PERCUMA!

Review Blog: Tengku-Boyz.Blogspot.Com


Seperti yang dijanjikan, saya akan review follower 100th saya.
Dan 'mangsa'nya ialah Tengku! Wah, ada pangkat raja tak ni? hehe
Gurau-gurau aje. =D

Sebelum tu, nak mengaku sikit.
Saya tak pandai nak review blog orang sebab blog
saya sendiri tak cantik. Hehe kang dikritik lebih-lebih marah pulak
blogger lain. So, jangan marah eh kalau review saya terbelik-belik. Hoho

Apa yang nak dikata? Hmm....
Ok, apabila saya terjah ke blog Tengku, dua aje terlintas
dikepala otak daku ini, cehceh. Hee. 'Emm... Simple! Dan.... Terang. hiuhiu'
Jangan salah sangka pulak, sebab biasanya blog lelaki kan warna yang gelap-gelap 
sikit kan. Tipikal warna lelaki lah dan perempuan warna girly gitu.

But, saya suka dengan warna yang digunakan.
And what I say, simple! Nama blog Tengku pun, 'SIMPLE TENGKU'.
Paling suka headernya itu, walaupun biasa tapi tampak menarik bagi saya.
Font yang digunakan dan size besar kecik yang nampak sesuai dengan blognya.

Blog yang ringan, jadi tak adalah sakit hati menunggu loading.
Bagus, bagus. Macam tau-tau aje saya jenis malas nak buka blog yang lambat 
loading ni. Kalau lambat memang awal-awal tekan pangkah!


Haa! Nampak tak tu? Boleh baca?
Mula-mula saya ingatkan tulisan Jepun ke Korea ke hape.
Tengok betul-betul, terbaca 'HOME'. Owwh! Font yang digunakan tu
nampak seperti tulisan asing. ohoh. :o

Okey, sekarang mari kita berkenalan dengan bloggernya pula.


klik untuk kanta pembesaran.

Kritik blog sudah, kenal-kenal tentang Tengku pun dah.
Apa lagi? TERJAHLAH BLOG TENGKU-BOYZ!

to Tengku : Thanks follow blog saya! Akan difollow kembali! =)

Gelagat Menonton Upin & Ipin

 

Hah! Inilah 'ABANG' !
Anak saudara sulung saya, Irfan.
Peminat tegar Upin & Ipin. HAHA

 Ni semua gelegat dia menonton rancangan kegemarannya tu.


 

 

 Comel tak? Comel tak ? hehe
Mata sepet, dagu terbelah macam michael jackson, kulit putih melepak.
Rambut macam orang korea. Aduhai, nasib kecik lagi.
Dah besar ramai peminat ni. hoho

Tapi mata abang tak sepet sangat. Mata adiknya lagi sepet.
Tak kisahlah. Dua-dua hero saya. =3

#Nuffnang: Cash Out Kali Ke-3

Alhamdulillah! 


Sebenarnya dari bulan lepas lagi dah boleh cash out.
Tapi saja nak kumpul banyak sikit.
Alhamdulillah! Lega rasanya dapat tekan CASH OUT tu.
Sekarang, kena sabar banyak-banyak menanti cek dari Nuffnang sampai
dua tiga bulan lagi.

Tak apalah. Dua tiga bulan aje, pejam celik pejam celik
cek sampai depan mata. Berbaloikan kita sabar?
Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung yang
datang ke blog saya dan sudi klik iklan yang ada dalam blog ini.

Saya rasa masih ada yang ragu-ragu dengan NUFFNANG ni kan?
Jangan risau, duit yang kita dari nuffnang adalah HALAL.
Kalau korang masih ragu-ragu, boleh rujuk di SINI.

Jom kita main 'klik-mengklik' iklan di blog!  ;D

( Cerita Nuffnang : MY NUFFNANG )

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.