Shopping Novel Lagi!


Pada  hari isnin yang lepas, Pesta Buku Kelantan 2013 telah
berlangsung di Dewan Jubli Perak. Hajatnya nak pergi pesta buku ni
hari sabtu ini sebab masa tu ramai penulis yang datang

Tapi hajat terpaksa dibatalkan sebab esok, Jumaat nak pergi ke Melaka.
Jadi saya pergi lepas solat Zohor dengan kawan saya.
Kelabu mata dibuatnya tengok novel-novel tapi rasanya tahun ni tak berapa best.
Sebab banyak novel yang saya nak tak ada. huhu

Tapi tak kisahlah. Still dapat pancing beberapa novel. hehe
Hari tu dah pancing novel kat PBAKL di entry INI.
Dan sekarang pancing lagi!


Yeah! Itu dia....
Kalau ikutkan nafsu memang nak beli lagi.
Tapi tak kan lah nak habiskan semua duit yang ada kan?
Jadi berpada-pada aje lah.... Ni pun novel yang saya tercari-cari,
Pergi Tanpa Alasan dan Dia Bukan Arissa tak ada.
So ini jealah hasil tangkapan pada kali ini.

Nampaknya koleksi novel saya dah semakin bertambah.

 (Yang kosong kat sebelah kanan tu muka surat)
*klik untuk kanta pembesaran*

71 naskah novel yang saya ada. Bulan 12 ada pulak pesta buku
kat Kelantan. huhu entah bila nak habis baca kalau asyik beli-beli
tapi tak baca-baca pun. Kan kalau saya dah mula baca kerap kali seperti dulu,
satu novel semalaman. Memang buku entah kemana, result exam jatuh menjunam.

Masa tu barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. heh.

Tips Tingkatkan Trafik Blog Anda



Assalamualaikum! 
Hari ini saya nak kongsi sedikit tips untuk
tingkatkan trafik blog kita. Semua tips ini adalah cara
yang pernah saya gunakan.

Sebelum itu, buat pengetahuan anda. Jika dalam blog anda mempunyai
sebarang iklan, contohnya Nuffnang. Trafik blog anda sebenarnya membantu kita
mendapat earning yang lebih banyak.

Maksud Trafik Blog Yang Saya Fahami

Apa yang saya faham tentang trafik blog adalah jumlah pelawat yang melawat/datang ke blog kita. Contoh yang mudah, apabila datang seorang pengguna internet ke blog kita, maka trafik blog juga akan meningkat satu. Kira trafik blog itu merupakan jumlah pengguna internet yang datang ke blog kita.


Cara - Cara Tingkatkan Trafik Blog

(1) Blogwalking

Blogwalking bermaksud anda melawat dari satu blog ke blog. Pastikan setiap kali anda melawat blog blogger lain, tinggalkan link blog anda di chatbox blog mereka dan jika dalam blog mereka tidak mempunyai chatbox, tinggalkan dibahagian comment. Anda juga boleh follow blog mereka jika anda mahu dan kalau anda merasa dengan tindakan itu akan menarik tuan punya blog untuk membalas lawatan anda.

CONTOH :

PERINGATAN buat blogger, jangan sekali-kali tinggalkan link iklan di chatbox blogger lain kerana boleh mendatangkan amarah pada tuan blog.


(2) Join Giveaway/Segmen/Contest Blog

 Anda perlulah rajinkan diri untuk join GA yang diadakan oleh blogger-blogger lain. Pastikan anda mengikut syarat-syaratnya dan melawat kesemua peserta yang turut mengikuti GA itu. Dan guna cara (1) semula. Jika terlalu ramai, melawat sahaja setakat mana yang anda mampu. Buat pengetahuan anda, trafik blog saya start meningkat apabila saya join GA salah seorang blogger Malaysia dan saya melawat dan follow kesemua blogger yang join GA tersebut. Sejak itulah trafik blog saya semakin meningkat dari hari ke hari. Tapi janganlah sepanjang masa entry anda berkaitan dengan GA dan jangan kerap sangat. Anda hanya perlu join GA kurang daripada 3 GA dalam seminggu


(3) Kerap Kali Update Entry

(A)
Cara yang berikutnya adalah selalu update entry. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Pastikan entry anda mengandungi isi yang berguna seperti tips atau tutorial berkenaan blog, tips kecantikan atau kesihatan, cerita-cerita yang menarik untuk dikongsi seperti cerita pengalaman travel anda atau apa-apa kisah yang anda alami, cerita-cerita yang sedang hangat di negara, perkongsian ilmu agama atau apa-apa lagi ilmu yang lain.

(B)
Dalam entry anda, perkara yang  anda perlu elakkan ialah elakkan menggunakan perkataan singkatan atau lebih dikenali bahasa SMS. Jangan menggunakan font/tulisan yang kecil dan bewarna muda pada entry anda. Jangan update entry yang panjang jika entry anda itu adalah merapu atau tidak menarik untuk dibaca. Jangan update entry yang berunsur cacian terhadap seseorang/blogger lain atau terhadap politik. Ini boleh menimbulkan benci terhadap pembaca.

(C)
Pastikan tajuk entry anda adalah tajuk yang hot dan boleh menarik minat kepada siapa yang terbaca tajuk entry anda. Dan sila pastikan tajuk entry anda bersesuaian dengan isi entry.


(4) Rajinkan Diri Promote Blog Anda dalam Facebook, Twitter dan Lain-2 Laman Sosial

Anda perlu join group-group blogger dalam FB dan promote link blog anda disitu. Promote blog anda sekurang-kurangnya satu kali sehari. Pastikan bukan satu group sahaja yang anda join, kalau boleh join group sebanyak yang mungkin supaya lebih ramai yang kenali blog anda. klik SINI untuk lihat group-group blogger yang terdapat dalam FB. Promote juga link di twitter dan mana-mana lagi laman sosial.


(5) Share Entry Blog Anda Dengan Google Dan Laman Web Lain


Seperti anda lihat gambar di atas, ada button share di dashboard. Klik pada button share itu dan dia akan keluar seperti bawah ini.


Anda perlu add laman web lain. Caranya klik sahaja pada 'browser people' atau yang ada gambar orang itu dan tick kepada siapa yang anda mahu share. Anda boleh lihat dalam gambar di atas itu, saya ada share kepada 'technology'. Buat pengetahuan anda, dalam technology yang saya share itu ada beberapa laman web yang tersohor seperti busuk.org, facebook+fanpage, Google Ads, Mashable, Twitter Followers, Youtube dan banyak lagi. Cara inilah yang sebenarnya banyak membantu kita menaikkan trafik dengan cepat. Yang kedua, dengan cara (4).


(6) Ramah Mesra Bersama Blogger Lain

Bagaimana cara nak beramah mesra dengan blogger lain? Cara pertama anda add lah beliau dalam FB atau Twitter dan berbuallah dengan mereka. Tapi saya pasti perkara ini tidak ramai yang melakukannya. Ada cara yang lain, cara yang selalu saya buat iaitu dengan like fanpage blogger dan comment pada statusnya dan cara satu lagi comment entry blog blogger lain. Pastikan anda membaca terlebih dahulu isi kandungan entrynya dan barulah anda comment. Nyatakan pendapat/respond anda tentang isi entrynya.


(7) Jadi Sponsors Dalam Giveaway

Yang ini kepada yang ada kemampuan sahaja. Tapi cara ini memang boleh meningkatkan trafik blog malah juga dapat tingkatkan follower blog anda. Beri syarat kepada penganjur blog untuk peserta follow blog anda. Anda boleh sponsor top up, shawl, blouse, novel/majalah/buku ilmu atau lain-lain benda lagi. Tak perlu sponsor benda yang mahal-mahal, serendah RM10 pun sudah memadai. Atau jika anda berkebolehan dalam mengedit/menghiasi blog, boleh juga anda gunakan kemahiran anda itu untuk dijadikan barang/benda sponsor (Sponsor edit blog).


(8) Link Anda Dalam Bloglist & Blog Direview

Yang ini anda boleh bertukar bloglist dengan blogger lain. Anda letakkan link blog dia dalam bloglist anda dan dia letak link blog anda dalam bloglist dia. Tapi janganlah pula anda memaksa. Cara membolehkan link blog anda berada dalam bloglist dan direview blogger lain ialah guna cara (2). Manalah tahu kalau rezeki anda menang bloglist atau review blog.


(9) Pastikan Blog Anda Kemas Dan Ringan

Dan yang paling utama sekali jangan sekali-kali biarkan blog anda berat. Maksudnya apabila hendak masuk ke blog anda, pelawat terpaksa menunggu loading yang lama. Ini akan membuatkan pelawat terus klik pangkah(keluar daripada blog anda). Pastikan juga template blog anda kemas dan gadget yang penting mencukupi. Seperti gadget follow, chatbox dan archive entry yang lama. Pastikan ketiga-tiga gadget ini ada dalam blog anda kerana ianya adalah gadget yang penting. Jangan guna button follow seperti bawah ini.


Jika anda mahu menggunakannya juga, sila pastikan gadget follow yang ini turut sekali ada.


Ini kerana sesetengah blogger tidak boleh follow kalau follow mengikut button follow gambar pertama itu. Seperti saya, saya tidak boleh follow jika blog itu tidak ada button follow gambar kedua. Masalah apa belum saya ketahui tapi memang tidak akan menjadi jika saya follow menggunakan gadget seperti gambar pertama. Elakkan meletakkan gadget yang tidak terpakai.


(10) Elakkan Meletakkan Like Fanpage Sebelum Masuk Blog Tanpa Button Close

Perkara inilah yang paling membuatkan ramai pelawat ke blog yang marah. Lebih-lebih lagi apabila like fanpage yang keluar sebelum masuk ke dalam blog itu mengambil masa yang lama. Jika anda mahu letakkannya ke dalam blog anda, pastikan ada button close.

contoh gambar like fanpage sebelum masuk blog :
gambar sumber google


Itu sahaja tips daripada saya.
Harap tips ini membantu anda dalam usaha meningkatkan
trafik blog anda. Silalah share jika mahu tapi pastikan nyatakan credit to siapa ya.
muihmuihmuih  = 3

Hadiah Birthday Tahun Ini



Hari itu saya sudah update entry BIRTHDAY saya.
Dan ada saya nyatakan hadiah-hadiah yang saya dapat kan?
Tapi hadiah semakin bertambah. Yeaaa!!  =)

Entah apalah yang special tahun ni sampai ramai orang tersayang
yang bagi hadiah. Sebelum ni hanya mak ayah saya dan kakak ipar saya dan
kadang-kadang kakak angkat saya aje yang bagi. 
Tapi kali ini bertambah sedikit hadiah dan yang paling penting semua hadiah
yang dapat apa yang saya suka dan cinta.

First and foremost, orang pertama yang bagi hadiah kepada saya adalah
kakak ipar saya. Kakak ipar tersayang masakkan chicken chop dan beli kek
Red Velvet. Wah, my favourite. Memang kalau makan kat luar, saya akan order chicken chop.
Sodaaaap!!

Hadiah kedua yang saya dapat, abang saya kedua yang selama ini tak pernah-pernah
nak bagi hadiah birthday tiba-tiba aje belanja Pizza Hut special punya.
Dia cakap siap-siap dah pizza tu untuk birthday saya. muehmueh.

Hadiah ketiga saya dapat benda yang memang saya suka sangat. Iaitu novel !!!
hehe. Novel tu hadiah daripada abang ketiga saya dan kawannya.
Novel tu bertajuk Terima Kasih Cinta terbitan Kaki Novel.



Hadiah keempat ialah bantal comel bewarna merah! My favourite colour!
Hadiah ini daripada kakak angkat saya. hehe



Dan hadiah seterusnya yang saya baru dapat petang tadi.
Adalah....


hahaha petang tadi mak saudara saya datang.
Dia heret saya kat kotak ni dan suruh buka. Lepas tu saya sentuh
kotak tu, nak buka. Tapi kotak tu bergerak. Bergoncang! Terus tak jadi buka.
Takut pula. Tanya mak saudara apa ada kat dalam, dia tak nak bagitau.
Sepupu saya pula dah tersengih-sengih.

Lepas tu dengan perasaan teruja dan tertanya-tanya, saya buka kotak tu dan......

(gambar setelah saya letak dalam kandang. gambar arnab dalan kotak
tak ada)

Ada dua ekor ARNAB !! Hahaha
Besar sungguh arnab tu! Sampai saya takut nak pegang.
Saya memang minat haiwan-haiwan comel ni tapi belum pernah pelihara arnab.
Biasa pegang arnab tapi arnab yang pernah saya pegang kecil. Masih anak lagi.

Tapi yang ni bapak arnab! huhu
Dua-dua warna putih tapi warna telinga dan mata lain.
Seekor warna telinga kelabu dan mata hitam. Yang seekor lagi
telinga warna pink dan warna matanya merah! Eeee.... Comel!  >_<

Alhamdulillah! Rezeki tahun ini.
^_^

Entry Ini Mencecah 20,000+ Pageviews



Pageviews entry yang paling tinggi di blog saya
ialah 23,004 buat masa sekarang [6:53PM/21082013].
Entry INI lah yang saya maksudkannya.


klik pada gambar untuk kanta pembesaran


Seperti yang tertera, entry INI dipublish oleh saya pada 5 Jan 2013.
Bermakna entry INI sudah berusia 7 bulan. Siapa sangka entry yang
 simple INI mampu menjadi pageviews tertinggi di blog saya ini.

Dan ada satu lagi entry yang mencecah pageviews 20,000+.
Boleh dapat dilihat dalam gambar di atas.
Entry drama teduhan kasih mencapai 20,868 pageviews.

Entry teduhan kasih dipublish pada 9 May 2013 tapi pernah menjadi pageviews
yang tertinggi di blog saya. Dalam masa yang singkat entry teduhan kasih mampu
mencapai 20,000+ pageviews.

Siapa yang belum baca lagi entry-entry tersebut boleh lah singgah membacanya.
Dan ini adalah sambungan entry pageviews tertinggi di blog saya.

Mini Giveaway by Puteri & Nina

[ klik banner di atas untuk join sekaki ]

Wah, dah lama tak join GA.
Kali ini saya nak join GA yang kak Nina buat
bersama partnernya, Puteri.


Hadiah-hadiahnya seperti berikut :
  1. 4x doodles - Nasuha
  2. 1x topup RM5 - Yong Atira
  3. 1x topup RM5 - Ika
  4. 1x topup RM10 (maxis) - Amira Idayu
  5. 3x header  Aina Syafiqah
  6. 1x topup RM5 - Shinda Saidi
  7. 2x topup RM5 - Raja Farah
  8. 1x tudung - Puteri Damia
  9. 2x button badge - Alyaa Najlaa
  10. 2x shawl & 1x tudung bawal - Nur Azwa Edora
  11. 3x topup RM5 - Bubu Lalola
  12. 1x novel & keychain - Sarah Arfa Adira
  13. 3x review blog -  Engku Muzahadin
  14. 1x tasbih - Kamalia 

mangsa tag : comel, cun, cantik, hot 

#Nuffnang: Terima Cek Ketiga



Sebenarnya cerita ni dah basi. huhu
Saya terima cek ketiga daripada Nuffnang dalam 3 hari
bulan 8 tak silap. Awal-awal bulan lapan nilah. Tapi baru sekarang
nak share story dengan korang. Kan... dah cakap kat entry INI yang banyak cerita
yang nak dishare tapi tak sempat. 

Tapi nak share juga walaupun cerita dah basi.
hehe



Alhamdulillah!
Nilai cek kali ini lebih tinggi berbanding
cek yang lepas-lepas. Tinggi sikit jea. Apa-apa pun
cek dah selamat tebus sebelum raya hari tu. Sambil-sambil nak
update buku bank. huhu

"TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI SEDEKAH KAT SAYA MELALUI NUFFNANG INI"

Siapa belum daftar Nuffnang lagi? Tak perlu ragu-ragu lagi.
Bukti Nuffnang mampu tambah pendapatan kita boleh dilihat di SINI.

[19/08/13] - Genap 16 Tahun



Alhamdulillah!
Hari ini, 19 ogos 2013, genaplah 16 tahun
saya bernyawa di bumi yang fana ini. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada sahabat yang dikasihi, ingat befday sahabatmu ini.
Terima kasih kepada kawan-kawan FB yang tak henti-henti wish saya di ruang FB saya.
Terima kasih kepada kakak ipar saya sudi buatkan chicken chop dan beli kek red velvet.
Terima kasih kepada abang kedua saya sudi belanja makan pizza semalam.
Terima kasih kepada abang ketiga saya dan sahabatnya, kak anis beri hadiah novel.


TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.


TERIMA KASIH SEMUA !! LOB U MUAAH MUAAH !! 



Sebab Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum!


Rasanya belum terlambat saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA
kepada rakan-rakan blogger yang lain. hehe
Raya kan sebulan. = P

Lama tak saya tak update blog?
Entry yang paling latest adalah bertarikh 27/07/13.
Maknanya 21 hari dah tak update blog. Tak ada entry baru.
huhu lama jugak lah kan.

Ini disebabkan buat persediaan untuk trial exam lusa, hari selasa.
Hafal-hafal madah yang mana kena hafal. And then cuti sekolah 2 minggu.
Fuhh!! Baru aje cuti tengah tahun 2 minggu dah dapat cuti lagi.
Untung budak sekolah tahun ni. hehe

Cuti sekolah saya tak update sebab malas. hoho
Lagipun abang saya yang duk belajar Jordan dan yang bekerja kat
Negeri Sembilan ada balik. So nak luangkan banyak masa dengan family.
Lepas abang-abang saya pergi, tinggal saya dengan mak ayah saya ajelah. Sunyi rumah.
huhu

Busy dengan raya lagi, demam lagi. Banyak yang berlaku 2 minggu ni.
Banyak cerita yang nak dikongsi dengan sahabat-sahabat blogger 
tapi tak ada masa nak update. Malas tu satu hal. Esok jamuan raya kat sekolah. 
Lusa trial exam untuk SMU (Sijil Menengah Ugama).

Tolong doakan saya yang terbaik ya.
=)

Fuh! Memang penuh jadual ni.
Entah bila nak update cerita-cerita hot.
Apa-apa pun, hope korang masih sudi ke blog saya
walaupun blog ini berkemungkinan akan bersawang lagi.
=(

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.