AFB FEEDS

Drama Cucur Bawang & Kopi 'O' (Adaptasi Novel)


Assalamualaikum!



Yea!! Cucur Bawang & Kopi 'O' !! Satu-satunya novel santai dan cinta
yang saya suka. Paling suka tau! Kebanyakannya novel santai saya tak tertarik sangat.
Memang ada yang best tapi CBKO lagi best! Tak percaya? Pergi beli dan hang baca lah sendiri!!
Dan sangat-sangat berharap dramanya best seperti novelnya juga dan tidak ubah jalan cerita.


Untuk makluman anda, Drama Cucur Bawang & Kopi 'O' ini adalah adaptasi
novel Cucur Bawang & Kopi 'O' karya Hasrudi Jawawi. 
Novel ini diterbitkan dibawah terbitan Buku Prima.


DRAMA INI AKAN MULA DITAYANGKAN DI TVi PADA 14 FEB 14.
DRAMA 13 EPISOD INI AKAN DITAYANGKAN JAM 06:05 PETANG SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT.



SINOPSIS CUCUR BAWANG & KOPI 'O' :




CUCUR BAWANG & KOPI ‘O”
Hasrudi Jawawi

RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-10-4
~720 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Feb 2011


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.

Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.

Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
 
 
Anda boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berdekatan atau anda juga
boleh beli secara online di KarangkrafMall.
ANTARA PELAKON YANG MEMBINTANGI DALAM DRAMA INI :
Mon Ryanti = Rudiana
Zain Saidin = Iskandar
Josiah Hogan = Khairulnizam
Raja Illya = Amanina
Syarifah Nadia = Rosalinda
Puteri Balqis = Maisarah
Rafael El-Arash = Harez
Syatilla Melvin = Liena
Widya Irani = Shila
Mardiana Alwi = Zakiah
MONTAGE DRAMA CUCUR BAWANG & KOPI 'O' :

video
Seperti biasa, kalau anda tak sempat mahu menonton drama Cucur Bawang 
& Kopi 'o' ini boleh menontonnya di TONTON ONLINE .

You Might Also Like

3 Surat Cinta