Assalamualaikum!

Serasa-rasa dah lama tak tengok drama-drama korea. Dah lama tinggal
zaman korea ni. Mula-mula tergila-gila dulu masa umur 14 tahun jea. Lepas tu so~so~.
Ada jugak sekali-kali tu nak tengok drama tapi tak sampai separuh jalan, dah stop. Heee
Malas den nak melayan. Drama melayu pun den tak tengok.


Dulu, saya dah tahu kewujudan cerita ni dan dah nak menontonnya tapi tengok jea
banyak sangat episod cerita ni  terus tak jadi. Tapi disebabkan cuti sekolah dah bermula
awal dari tarikhnya sebab dua hari tu cuti sendiri.... muehmueh

Rasa bosan pulak. Nak baca novel pun tak ada mood. Jadi tertarik semula nak tonton
drama korea My Princess ni. Tak sangka pulak BEST!! Haha gelak-gelak pun 
ada tengok cerita ni. Sekarang ni, saya masih menontonnya. Baru tiga hari tengok cerita ni, 
dah masuk episod yang ke16. Hehe Ajaib bagi si insan yang bernama Nik Ainaa.

Kalau tak, drama melayu yang hanya 14 episod pun mula-mula jea sanggup tengok.
Lepas tu say sorry-morry. Tengok-tengok, dah start drama baru. Haha.


Bagi peminat drama Korea tu, ada yang nak join saya tonton drama MY PRINCESS ni? 
Kalau nak join, saya dah sediakan link ke drama tu. Don't worry, subtitle ada punya.  
Korang boleh pilih bahasa subtitle yang korang nak. English, Melayu, Cina, Tamil pun boleh. =) ada lebih daripada 25 bahasa subtitle disediakan.



3 Comments

  1. mmg best. da 2x tengok bahahaha

    ReplyDelete
  2. my princess memang best..dekat http://dramafire.com/ banyak drama2 korea jepun taiwan

    ReplyDelete