Assalamualaikum!

Pada bulan lepas, saya dah pernah update pasal pelakon terkenal dari Filipina turut serta
berlakon dalam drama KUSINERO CINTA dalan entry INI. Tapi kali ini, saya akan update
entry tentang drama Kusinero Cinta ini dengan lebih detail.

DRAMA KUSINERO CINTA BAKAL DITAYANGKAN DI SALURAN MUSTIKA HD (134) PADA 26 MEI 2014, SETIAP HARI ISNIN-RABU PADA JAM 10 MALAM




SINOPSIS :
Fredo Rivera adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya.

Edrinna Mahadzir pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.

 
Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna. 


Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula,


Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ. Sementara itu, Syed Izmir pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya. 


Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.


BARISAN PELAKON HEBAT :

Jericho Rosales sebagai Chef Fredo
Aaron Aziz sebagai Syed Izmir
Tiz Zaqyah sebagai Edrinna
Jasmin Hamid sebagai Datin Raudah
Arash Mohamad sebagai Datuk Mahadzir
Ziela Jalil
Miera Liyana


GAMBAR DARI DRAMA KUSINERO CINTA :
























0 Comments