Hisyam Hamid Akui Sudah 8 Tahun Berkahwin

biodata hisyam hamid


Abang Nara respek dengan Hisyam Hamid yang tanpa berselindung dan segan silu mengakui status perkahwinannya itu. Kalau artis lain kadang-kadang ada yang nak sorokkan. Konon takut populariti jatuh. Berasal dari Singapura, Rosmawati Hanafi telah menjadi bunga di hati Hisyam sejak 8 tahun yang lalu. Kata Hisyam kepada Harian Metro:-
Saya tak pernah nak sembunyi apa-apa mengenai status perkahwinan. Benda itu tak betul. Sejak kahwin 8 tahun lalu, saya cukup terbuka mengenai status saya.
Jauh sekali menafikan atau menyorok saya sudah ada isteri dan 2 anak. Tak baik, kecil hati isteri kalau saya buat begitu.
Mungkin ramai lagi tak begitu kenal latar belakang saya, tapi untuk kata saya sorok status, itu tak betul. Peminat yang mengikuti kerjaya saya tahu siapa isteri dan anak saya.
Malah kalau ada yang bertanya pun, saya tak keberatan mengaku saya sudah berkahwin.
biodata hisyam hamid
Comel-comel sungguh anak Hisyam Hamid ini. Semoga masjid yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga rezeki Hisyam juga semakin murah dalam bidang lakonan. Buat peminat pelakon ini, anda bolehlah LIKE Facebook HisyamHamid FanClub. Lagi beberapa gambar pelakon kacak ini dengan membaca artikel sepenuhnya.
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid
biodata hisyam hamid

Review: Mereka Yang Awesome! (Part 2)


ASSALAMUALAIKUM!!


Pada bulan lepas, saya dah Review: Mereka Yang Awesome (Part 1),
jadi sekarang..... tiba giliran part 2 pula. Seperti yang pernah dikatakan, saya akan 
review yang mana ada di 'Nuffnangers Who Recently Viewed Your Blog'.
Nasib bulan ni sikit aje. Macam bulan lepas, lebih 20 blog yang saya review. 
Hiuhiu Terlalu lah banyak kan?

Okey, sekarang.... Tanpa lengahkan masa.
Meh kita tengok siapa yang bertuah tu.




1- Things On My Mind


http://aku-dia-1911.blogspot.com/ ]

Cer teka blog siapakah ini? Cepat... Cepat! hehe Ok, saya bagitau ya.
Ini adalah blog penulis novel Suami Aku Ustaz! Eehh... Cam tak caya jea cik/puan penulis datang singgah ke blog daku ini. Hee

Btw, siapa yang belum baca lagi novel Suami Aku Ustaz, boleh lah baca bab awalnya di blog penulisnya. Confirm best! Memang sesuai untuk remaja-remaja.


2- Aqilah Azmi's

http://qileh.blogspot.com/ ]

Hari tu, review yang part 1 dah review blog sis Qileh dan kali ini blognya kena review lagi. Hehe Blog sudah berubah ya? Simple but I like it!! Saya memang suka tengok blog yang simple tapi nampak cantik.

Meh semua kita singgah ke blog sis Qileh!


3- Story Of My Life

http://farezshahevil.blogspot.com/ ]

Mula-mula tengok header bro Farez Shah ni dah terlintas yang bro Farez ni maybe tinggal atau belajar kat US. Woo!! Bestnya!! Ternampak pulak gambar-gambar di Instagramnya..... Ehehe best betul.

Mari semua blogger kita singgah ke blog bro Farez Shah!


4-  Aku VS Dia

http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/ ]

Aku vs Dia. Dia vs Aku. Hehe Kali ini blog berwarna purple putih ini pula yang menjadi 'mangsa'. muehmueh Empunya blog ni blogger femes ni. Memang dah banyak kali saya ternampak dan masuk ke blognya.

Nak kenal siapa dia? Pergilah singgah ke blognya! :P


5- Farra Bell Personal Blog

http://farra-izzaty.blogspot.com/ ]

Saya suka dengan template blog Farra ni. Berbunga-bungaaa..... Blog yang simple tapi cantik dipandang. Nak singgah ke blog sis Farra? Klik jea link kat atas tu.


6-  Diyana Wan's Site

http://diyanawan.blogspot.com/ ]

Blog Wan ni pun simple but so nice! Gadget cukup teratur disusun disebelah kanan. Dan... siapa yang sedang mencari giveaway untuk join, bolehlah ke blog Wan kerana terdapat senarai GA yang sedang berlangsung di blognya!


7- Hajar Rash's

http://hajarashikin.blogspot.com/ ]

Alamak! Birunya... Hehe Segalanya biru! Blog sis Hajar dah cukup bagus tapi kalau template belakang tu... warna biru muda. Maybe akan lebih nampak cantik dan lembut. Ni pendapat saya jea.. Hee


8- theizzaati.blogspot.com

http://theizzaati.blogspot.com/ ]

Peminat starbuck coffe kah? Hehe kalau nak tahu jom ke blog sis Izzaati! Blog yang cukup simple dan tak menyerabutkan mata. Hoo


9- Nina Shuki DreamLand

http://ninakaryana.blogspot.com/ ]

Waaah!! I like this blog!! Paling suka dengan headernya. Cukup kreatif! Design oleh Nina Shukri sendiri. Agak-agak Sis Nina Shukri terima tempahan untuk edit template blog tak? Hehe


10- IanFaizal.Com

http://www.ianfaizal.com/ ]

Blog yang penuh dengan tips, info dan juga merupakan blog peribadi Ian Faizal. Info dan tips apa yang ada? Nak tahu singgah ler ke blog Ian Faizal!


Done 10 blog yang direview. Sebarang kecacatan atau
kekurangan, mohon maaf awal-awal. Dan terima kasih juga kepada
mereka yang sudi singgah ke blog saya walaupun blog sudah tidak aktif
seperti dulu-dulu. Thank you, you! Hee

#Nuffnang: Merajuk Sekejap


Assalamualaikum!

Sejak saya dah tak berapa nak aktif sangat blog ni....Tiba-tiba semua iklan 
BE Nuffnang credited semuanya. Lepas tu senyap macam tu. Dah tak ada yang baru. 
Hailaa... risau jugak. Tapi nak buat macam mana. Kesibukan yang melanda tahap
 petala tujuh! Ehek! Hiperbola punya ayat.

Dan memang dah jarang-jarang jenguk kat Nuffnang. Tadi nak tengoklah
earning naik ke tidak. Tak naik tapi ada.......


Oooohhhh Laaaa Laaaaa! Hehehe
Alhamdulillah! Nasib baik inchik Nuffnang merajuk sekejap.
Lain kali jangan merajuk ya sayang ku.....  ヽ(*≧ω≦)ノ


Pelakon Ariana Rose di Kelantan


ASSALAMUALAIKUM!

Ini cerita semalam punya. Semalam saya satu family ke airport Kelantan
nak hantar abang yang dah nak pergi semula ke U nya. Dah abang 
pergi, syahdu lah! Memang dah tak hiraukan orang sekeliling. Pakat terkejar
ke balai berlepas sebab dah lewat. Tapi tiba-tiba kak ipar panggil saya.

"Tu bukan ke pelakon Ariana Rose?"

Waaaah!! Terus air muka berubah jadi teruja! Berpaling.... eeeh....
lain muka Keith Foo! Memang nampak lain dari dalam tv. Nampak... 
lagi handsome kut. HaHa

 Yang ni kak ipar n anak saudara saya bergambar 
dengan Keith Foo yang handsome ni. Hehe

Yang lain-lain tu, dengan peminat dia.


Tak sangka gila! Mula-mula pelik sebab masa tu Fathia pun ada.
Cuma saya tak nampak. Sebab rabun jauh dan kebetulan tak pakai cermin mata
malam tu. Jadi terlepas nak tengok Fathia yang pakai tudung. Cuma nampak muka putih
melepak dan memakai tudung jea. Muka tak jelas.

Dato' Muzri pun ada, pemilik KaryaSeni. Lepas tu ternampak penulis
Melur Jelita. Rasanya memang betul dah tu Melur Jelita. Sebab tak perasan
sangat semalam. Lepas kak ipar saya cakap Ziela Jalil pun ada.

Sayangnya saya tak nampak pun mereka. Yang nampak, Keith Foo, Melur Jelita
dan Dato'Muzri. huhu boleh pulak tak ingat pakai spec.

Dan... ooh! Dah lama tak tengok cerita Ariana Rose. Tak sempat! Busy!

Mengandung Gara-Gara Novel di Pasaran


ASSALAMUALAIKUM!

Diambil dari salah satu sahabat dalam FB yang post status ini :



PERKARA YANG PALING DITAKUTI SELAMA INI TERJADI JUA!!


Hal inilah yang sering saya dan kawan-kawan bercakap sejak terbaca novel yang ada unsur yang sepatutnya tidak ditulis atau tidak patut diolah dalam sesebuah buku bacaan . Saya tahu, novel yang ada unsur ini memang laris di pasaran. Tapi kita patut fikir akibat dan hukumnya kepada pembaca dan penulis sendiri. Jangan menulis hanya semata-mata nama!

Sebagai seorang pembaca/peminat tegar novel, memang banyak saya jumpa novel yang ada unsur begini. Kebanyakkannya masih terkawal. Tapi tetap ada juga novel yang tidak terkawal (mengolah hubungan intim suami isteri).

Patut diberi amaran keras kepada penulis dan pembaca. Tak kira penulis di buku atau blog atau mana-mana laman web/laman sosial. Jangan menulis cerita yang hanya untuk keseronokan diri dan pembaca. Kepada pembaca pula, pilihlah novel/buku bacaan yang tiada unsur yang tidak sepatutnya diolah dalam buku/novel.


PERINGATAN KEPADA SEMUA TERMASUK SAYA SENDIRI


Siapa Nak Novel?


Assalamualaikum!


LAILAHAILLAH !! ALLAH-HUAKBAR !!


Bermulanya tahun 2014, bermula lah detik-detik kesibukan saya menjadi seorang
senior di sekolah dan sibuk belajar.... dan belajar. SPM doohh!! *_*
Sekarang ni blog pun dah terabai sedikit. Dan.... pada akhir tahun 2013, sempat saya
buat aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan di blog seperti di entry INI.

Salah satunya... buat GA/Segmen sekurang-kurangnya 1 kali sebulan kan?
Ni nak buat lah ni. Hehe masih dalam perancangan. Bagi penutup 2013, saya adakan
GA novel PISA. Dan sekarang ni saya pun terfikir nak buat GA hadiahnya berupa novel!
sebagai GA pembukaan 2014 di blog 'terchinta' saya ni.....


Terfikir-fikir nak buat GA hadiah novel yang diadaptasi.
Dan yang ada dalam fikirannya saya ini ialah novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Saya juga fikir nak cari sesiapa yang sudi sponsor novel-novel diadaptasi.
Tapi bagi syarat tu mestilah max 2 syarat. Tak nak bebankan peserta-peserta.


Kat bawah ni perancangan saya :

Tarikh Mula GA : 19 Jan 2014 - 2 Feb 2014 
Hadiah GA : Novel-Novel Diadaptasi (Drama/Filem)
Syarat yg Boleh Ditetapkan Oleh Sponsor : Maksimun 2 Syarat
Pemilihan Pemenang : Top Referral/Random.org *Tertakluk pada jumlah hadiah*

Berminat Menjadi Sponsor? PM Nik Ainaa di SINI

#8Share: Tak Naik-Naik!!


ASSALAMUALAIKUM!

Dah lama dah sabar ni. Dan dah lama ditunggu-tunggu.
Earnings 8Share tak naik dah berminggu-minggu!! Geerr..... Kenapa sih?




Dua minggu yang lepas.... RM42.40. Hari ini, setelah dua minggu.....
masih RM42.40 !! Apo derr......

Nak kata orang tak klik? Memang saya yakin ada yang klik sebab saya
sering kali exchange link dengan abang dan kawan-kawan saya.


Ada siapa yang tak naik-naik jugak macam saya ni? Haaah.......

Lima Anak Kahwin Serentak


ASSALAMAUALAIKUM!

Wah! Wah! Sejak buka sekolah ni memang busy dan tak dapat nak update.
Heh, busy lah sangat. Malas sebenor-benornya! Tu yang terlepas
gosip-gosip hangit camni. Eh, hangat.  Muehmueh

....................................

sumber : Sinar Harian

Lima anak kahwin serentak


ALOR SETAR - Majlis perkahwinan anak pasangan, Che Ariffin Abd Manaf, 54, dan Sharifah Fatimah Syed Hussain, 50, di Seri Aman, Lorong Seri, dekat sini, dimeriahkan dengan sambutan lima menantu serentak.
Kelima-lima anak pasangan, Farhana, 28, Mohd Farhan, 25, Mohd Syafiq, 24, Mohd Anis, 22, dan Mohd Anas, 20, dikatakan menyuarakan hasrat mereka untuk mendirikan perkahwinan secara serentak.
Lima adik beradik berkenaan turut mencipta sejarah tersendiri apabila diarak bersama pasangan masing-masing sejauh 200 meter (m) sehingga ke kediaman mereka dalam cuaca panas terik.


Suap air Yasin
Kira-kira jam 1 petang, perarakan dimulakan dengan anak kedua dari tujuh beradik, Farhana bersama pasangannya, Mohd Shafarin Mansor, 29, diikuti adiknya, Farhan dengan Fatin Fadlilah Mohd Salleh, 25.
Kemunculan Mohd Syafiq dan Syazwani Ghazali, 24, dituruti Mohd Anis bersama Siti Aishah Mohd Noor, 21, serta tidak ketinggalan Mohd Anas dengan isterinya, Nurul Nadjua Izda Mohd Izham, 19.

Kesemua pasangan pengantin dilihat segak mengenakan persalinan berwarna kelabu, manakala ibu bapa mereka sedondon berbaju biru semasa meraikan kehadiran tetamu.

Lebih menarik perhatian, apabila bapa, Ariffin dan ibu, Sharifah, lima adik beradik berkenaan menyuapkan air bacaan Yasin kepada setiap anak dan menantu baru mereka.


Tanda terima menantu
Ariffin berkata, gimik memberi anak dan menantunya minum air Yasin diadakan buat julung kalinya sebagai cara dia gembira menerima kehadiran warga baru dalam keluarga mereka.

Katanya, dia sengaja merancang dan melakukan acara gimik sedemikian sebagai tanda dirinya dan isteri merestui perkahwinan lima anaknya bersama pasangan pilihan hati mereka.
Lebih menggembirakan, katanya, apabila majlis perkahwinan anak menantunya diserikan lagi dengan kehadiran lebih 6,000 tetamu termasuklah ahli keluarga, saudara mara mahupun kenalannya.

Walaupun berhabis kira-kira RM100,000, namun ia berbaloi apabila anaknya gembira, dan puas hati dapat memuaskan hati tetamu.


Teman sekampung jadi pilihan
Berbanding pasangan lain, anak keempat dari tujuh beradik, Mohd Syafiq dan Syazwani antara menjadi tumpuan ramai sebab tinggal sekampung, manakala jarak kediaman mereka hanyalah sekitar 100 meter (m).

Ketika menceritakan detik pertemuan mereka, pasangan terbabit ketawa, malah kelihatan tidak menyangka jodohnya antara mereka kerana ia seakan-akan cinta pandang pertama.
“Saya sering membawa anak saudara bersiar-siar, manakala isteri juga rapat dengan anak saudaranya. Rasanya hati saling terpaut apabila mata bertentang sewaktu dua-dua kami membawa anak saudara keluar berjalan,” katanya.

Katanya, dia kemudiannya berkawan dengan Syazwani yang merupakan pelajar jurusan Syariah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selama setahun, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Menurutnya, dia terpikat pada sifat bertanggungjawab, penyayang dan keibuan ditonjolkan pasangannya selama perkenalan mereka.


Pelajaran tak diabaikan
Manakala, pasangan termuda, Mohd Anas bersama Nurul Nadjua Izda, 19, menyatakan usia mereka yang muda bukan halangan untuk mendirikan rumah tangga, sebaliknya mereka sudah bersedia.

Nurul berkata, walaupun telah mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap suami, namun ia tidak sekali-kali dijadikan alasan untuk mengabaikan pelajaran.
Meskipun, Anas sudah bekerja, dan Nurul Nadjua Izda masih belajar di tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman namun ia tidak menjadi penghalang.

Katanya, dia akan memastikan dirinya menjalankan tugasnya sebagai isteri sebaik mungkin, malah perkahwinan tersebut diharap mampu menjadi pendorong semangatnya untuk lebih berjaya.

Majlis perkahwinan lima pasangan terbabit diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahya.

Pasangan Hero & Heroin Drama Yang Paling Sweet


ASSALAMUALAIKUM !!


Pada tahun 2013 ini, banyak drama-drama adptasi novel yang ditayangkan di televisyen. Tak kiralah di rangkaian TV3, TV2, TV1, TV9, Astro Ria, Astro Mustika HD dan lain-lain filem yang diadaptasi dari novel yang terkenal atau best seller. Semua pengarah berebut-rebut memilih novel untuk dijadikan drama atau filem memandangkan sekarang ini 'virus' novel merebak dengan berleluasa di dunia!

Kebanyakkan drama dan filem adaptasi novel ini mendapat tempat di hati penonton tak kira tua atau muda dan tak kurang juga ada yang pertikaikan drama atau filem adaptasi novel yang tidak boleh diterima penonton dan peminat-peminat novel. Antara faktornya ialah pelakon yang tidak sesuai, pelakon tidak pandai memainkan watak dan jalan cerita yang diubah dari novel. Kadang-kadang, pengarah tukar tajuk pun boleh mendatangkan amarah peminat-peminat novel tau!

Yang itu semua kita ketepikan buat masa sekarang. Sekarang ini kita cakap pasal pasangan hero & heroin drama adaptasi novel yang paling sweet dan sesuai apabila digandingkan bersama.



PASANGAN HERO & HEROIN DRAMA ADAPTASI YANG PALING SWEET :

 SETIA HUJUNG NYAWA | NELYDIA SENROSE & AMAR ASYRAF

Drama Setia Hujung Nyawa disiarkan di slot Akasia TV3. Drama ini menjadi kegilaan ramai kerana gandingan mantap yang ditampilkan oleh Nelydia dan Amar. Adaptasi dari novel berjudul Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila ini mencerikan tentang Zain yang berkahwin secara tidak rela denagn Ersalina kerana kekasih Zain melarikan diri seminggu sebelum majlis perkahwinan. Ramai penonton gemarkan gandingan antara dua pelakon baru ini sehinggakan drama bersiri ini disambung sebagai telemovie istimewa sempena Hari Raya tahun ini. - sumber GUA.

LOVE YOU MR.ARROGANT | ZARA ZYA & AZLEE KHAIRI


Mencipta rekod sebanyak 4.2 juta penonton di episod akhir dan menjadi sebutan peminat-peminat di lama sosial. Drama bersiri yang diadaptasikan dari novel Love You Mr. Arrogant memperlihatkan gandingan mantap antara Azlee dan Zara. Sebelum drama ini disiarkan, ramai peminat novel ini mempertikaikan gandingan Azlee dan Zara dalam mebawakan watak sebagai Zafriel Irham dan Zaraa Amira.


Selepas sahaja drama ini disiarkan, ternyata telahan mereka tersasar jauh kerana bakat lakonan yang dimiliki oleh kedua-dua pelakon ini menambat hati penggemar drama bersiri slot Akasia TV3 ini. Kerana drama bersiri ini juga, nama Zara dan Azlee semakin dikenali ramai. Mereka memperlihatkan lakonan mantap dan keserasian mereka begitu menyerlah dalam drama ini, sehinggakan ramai peminat mahukan mereka betul-betul bercinta di dunia nyata! - sumber GUA


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA! | TIZ ZAQYAH & IZZUE ISLAM

Sebenarnya Saya Isteri Dia merupakan drama bersiri slot Zehra TV3 yang menggandingkan dua pelakon ini. Drama bersiri yang menjadi fenomena ini memperlihatkan keserasian lakonan antara Izzue dan juga Tiz. Diadaptasikan dari novel judul yang sama hasil tulisan Zura Asyfar. Watak Firash Arshad dan Syafa Aqira begitu digilai penonton. Di malam Anugerah Skrin 2013, drama bersiri ini menggondol Anugerah Khas kerana memberikan impak mendalam dan menjadi fenomena baru kepada penonton televisyen di Malaysia. - sumber GUA


JODOH ITU MILIK KITA | TIZ ZAQYAH & FARID KAMIL

 Drama ini merupakan drama adaptasi yang ditayangkan di Astro Mustika HD dan buat pengetahuan anda drama JIMK ini berjaya mengatasi drama Adam & Hawa dan juga mendapat tempat di hati penonton. Drama dari adaptasi novel Jodoh Itu Milik Kita karya Sara Aisha yang sebanyak 40 episod juga berjaya buat peminat-peminat menyukai gandingan pelakon Tiz dan Farid ini.


 BUKAN KERANA AKU TAK CINTA | NELYDIA SENROSE & SHARNAAZ AHMAD

Gandingan Nelydia dan Sharnaaz ini juga mendapat persetujuan dari peminat-peminat, lebih-lebih lagi watak Jebat dalam novel memang sesuai dilakonkan oleh Sharnaaz. Lakonan mereka juga begitu menyerlah kerana pelakon pandai memainkan watak masing-masing. Drama ini merupakan drama adaptasi dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta karya E-man Sufi. Drama BKATC ini masih ditayangkan di Astro Mustika HD dan sering kali ditunggu-tunggu oleh peminat dan penonton setia drama BKATC.


Mungkin banyak lagi pasangan hero & heroin drama adaptasi novel yang paling sweet tapi pasangan di atas itu adalah pasangan yang terpilih dan mendapat tempat di hati saya. Pasangan hero dan heroin yang bagi saya betul-betul sweet dan sepadan apabila digandingkan. Setuju tak dengan pilihan saya tu? Hee

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.