Gaya comel nenek pintar? Siapakah dia? Nak tahu? Jom ikuti review ini.


Jangan salahkan Ainaa macam mana boleh buat tajuk nenek tu. Idea spontan sebab ada gambar yang diedit oleh abang-abang dari EFG. =P Nak tahu siapa nenek pintar lagi comel yang merupakan salah seorang ahli Exchange Feed Group ini? 




Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik (K.C) atau nama sebenarnya Sayidah Napisah, seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun  di universiti. KC seorang yang ramah dan kalau nak tahu dia jugalah yang paling nakal dalam EFG. Suka mengusik adik, kakak dan abang-abang EFG. Kalau kena usik dengan dia, memang siaplah kau orang. Rasa nak je cubit-cubit pipi hakak ni. Hik.



KC dan makanan tiada berpisah. Kalau tengok dalam instagram KC pun, memang cik hakak seorang ni suka selfie bersama makanan dengan senyuman seikhlas-ikhlasnya sampai nampak gigi comelnya. Lagi bertuah sumbat banyak mana pun makanan, KC tetap maintain comel. Pergh. Nama comel, tuan diri comel, gigi dia pun comel. Bertuah badan siapa buat menantu ni. 



KC yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net . HAHA Bertabahlah ya wahai KC ku yang comel. Tak apa umur 40-an pun tetap comel.



KC dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga. Senyuman penambat hati abang kakak dan adik EFG. Paling tak tahan, rupa-rupanya KC kita ni model colgate sejak dari sekolah lagi. =D






Mula melibatkan diri dalam blogging seawal umur 17 tahun dan  motto utama KC di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya. Bagi yang belum tahu, KC sebenarnya sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik di universiti tempatan. Dan yang paling penting, KC juga sangat cintakan matematik! 

KC bukan sahaja aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp , dia juga merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Dan baru sahaja mendapat Anugerah Akademik Terbaik di Majlis Keunggulan Mahasiswa Kolej Enam Belas 2015 yang dikongsi berita gembira ini di facebook KC. Tahniah untuk KC! =)



Peningkatan blog KC ialah, selepas bertahun KC menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya KC menukar kepada satu nama feminin yang sesuai dengan penampilannya iaitu sayidahnapisah.com. Tak lupa juga template dan header blog KC yang bertambah comel itu. 




Tapi.... trademark blog KC yang burung terbang membawa daun itu, sehingga ke hari ini burung itu tidak pernah berhenti terbang dan masih berada di tempat yang sama. Kasihan burung tu KC. 


.......................................


Ok kita dah habis review kakak Sayidah Napisah dengan gaya comel nenek pintarnya. Nenek comel di EFG. Kau hado? Muahaha. Kalau nak berkenalan dengan KC, kau orang semua boleh singgah follow blognya dan instagram.

Blogger : Kakcik Sayidah Napisah
Link Blog : http://www.sayidahnapisah.com/
Instagram : @sayidahlurvechoc
Twitter : @sayidahlovechoc

10 Comments