Hari ini bermulanya #Cabaran20HariPuasa/Raya 2015 sebagai cabaran untuk semua blogger dan memberi peluang kepada kamu semua membuktikkan kamu adalah blogger tegar. Dan Ainaa pun mahu sahut cabaran ini!


CABARAN 20 HARI : APA ERTI PUASA BAGI ANDA?

Sudah jadi tanggungjawab sebagai seorang muslim dan umat Islam untuk menunaikan rukun Islan dan rukun Iman. Berpuasa di bulan Ramadhan pula adalah salah satu dari rukun Islam yang wajib kita lakukan. Tapi adakah anda tahu erti sebenar puasa?

Pengertian Puasa
Dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.


Puasa bukanlah semata-mata tak makan minum dan pergi tarawih saja, perkara lain yang membatalkan puasa dan perkara dilarang dalam Islam turut kita kena elakkan.

Tapi....tahu tak, yang paling sedih ada juga yang berpuasa semata dari makan minum tapi solatnya masih tinggal! Perkara yang haram masih dibuatnya. Walhal solat sememangnya tanggungjawab yang wajib dilaksankan. Kalau solat tak dirikan, perkara haram dan buruk tak ditinggalkan.... puasa dia hanya sia-sia dari lapar dan dahaga.

jom kita sama-sama perbanyakkan pahala di bulan Ramadhan



1 Comments

  1. Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete