Hari Sabtu yang lepas, Ainaa dengan roomate pergi ke Taman Jaya. Plan yang tak dirancang-rancang sebab sebelum tu kami lepak kat library. Konon buat kerja, buat separuh dah bosan.  Dan terkeluar cakap nak pergi MidValley lah, ke tasik lah. Macam-macam. Sampai salah seorang roomate Ainaa call kenalannya tanya taman apa yang ada tasik berdekatan dengan Petaling Jaya ini dan dia cakap Taman Jaya.

Mula-mula pergi ke MidValley dulu dan naik KTM pergi ke Bandar Tasik Selatan untuk temankan roomate Ainaa tukar tiket. Duk sana sampai asar lepas itu bergerak ke Taman Jaya. Tapi yang ni paling kecewa, pergi-pergi je tengok tak ada bazar berdekatan tu dan pergi mall situ pun tak banyak pilihan yang ada. Terpaksa lah kami beli jugak nasi goreng yang berharga sepuluh hinggit tu!

Tapi.... seronok sebab dapat berbuka dekat tasik. Yuhuuu. Sampai je kat tasik tu terus berselfie dan wefie sementara menunggu waktu berbuka.







Nampak tak disitu, betapa jakunnya kami. Haha Muka masing-masing ketawa je. Seronok dapat keluar ramai-ramai macam ni. Hilang kejap stress.

Ini kali kedua Ainaa keluar selama sebulan ada kat sini. Tapi tak sangka kali ini sampai ke malam baru sampai ke asrama. Pergh, pertama kali jugak jadi 'kutu rayau' macam ni. Hehe Tak pernah-pernah dibuat den.

Dan masa kami tercari-cari bas untuk balik ke asrama....Dapat naik bas percuma dari Taman Jaya ke Universiti. Jimat duit tambang. 

Tapi yang paling penting, sepanjang hari kami keluar itu.... dengan bangganya Ainaa pakai baju EFG. Besar pun besar lah. Tapi puas hati. Haha

1 Comments