Sejak Bila Jadi Cuai?

Aduhai, sejak bila aku jadi macam ni? Menyampah sangat kan kalau sesuatu benda itu kita secara tak sengaja buat tapi beri impak atau masalah besar untuk kita. Sejak bila Ainaa jadi cuai sangat ni?


Kecuaian Pertama: 
Minggu lepas, Ainaa secara tak sengaja jatuhkan hard disk kawan sekelas Ainaa yang lelaki. Sebenarnya dia bagi hardisk tu sebab dia nak Ainaa masukkan movie yang Ainaa ada tapi nasib tak menyebelahi bila hardisk dia menjunam jatuh selepas beberapa minit ada kat tangan. Mula-mula Ainaa ingat handphone yang jatuh sebab yalah.... masa tu baru habis kelas jadi kat tangan memang banyak barang dengan buku-buku, handphone dan hardisk tu.

Punya lah Ainaa gelabah dan takut. Buat salah siapa yang tak takut walaupun secara tak sengaja. Jadi haritu jugak Ainaa bagi tahu kat dia. Dia memang terkejut campur muka garang gila. Ainaa mintak maaf dan cakap nak bayar ganti rugi pun dia balas "Tak apa" padahal muka dah bengang. Rasa bersalah tu dah macam menghantui Ainaa je sampai sekarang. Keesokkannya say sorry melalui whatsapp pun dia tak balas. Nampak sangat marah kan?

Harap hari ini lepas dah bayar ganti rugi, walaupun dia cakap "TAK APA" dia tu, harap lepas  ni oklah. Tak adalah malu sangat nak jumpa dia dalam kelas. Harap-harap lepas ni semua jadi seperti sedia kala. 


Kecuaian kedua: 
Ini semalam Ainaa keluar dengan kawan-kawan sebilik, pergi TBS ambil sorang lagi kawan sebilik kami. Dan masa perjalanan nak balik tu, tercicirkan tiket KTM yang hanya berharga RM1. Dan masa dekat penjaga tiket kat situ, dia cakap kena bayar RM30! 

Pergh. Terkedu Ainaa masa tu. Dugaan apakah ini? Tak cukup dengan duit beratus-ratus bakal melayang nak bayar ganti rugi orang, ini kena keluarkan duit untuk bayar kecuaian tercicirkan tiket KTM tu? Tiket RM1 je tapi hanya sebab hilangkan tiket tu kena bayar RM30? Aduhai.... 

Nasib baik lah ada seorang sister ni, tiba-tiba masa Ainaa tengah terkedu tu dia datang bagi tiket yang Ainaa tak sengaja cicirkan. Ya Allah baikkan sister tu. Kalau orang lain tu buat tak tahu je tu. Walau Ainaa lupa muka sister tu dan tak kenal pun dia, semoga Allah memberkatinya. Amin.

................

Tak sampai seminggu, dua kecuaian yang Ainaa buat dan tak sengaja buat. Teruk sangat dah ni. Entah kenapa jadi cuai sangat ni. Hmm... Harap lepas ni tak ada lagi berlaku benda macam ni. Tak sanggup nak kena hadap. 

Review Cinta Paling Agung

Harini memandangkan Ainaa hanya ada kelas pagi dan petangnya memang free, Ainaa dengan roommates tengok filem melayu yang terbaru iaitu CINTA PALING AGUNG. Lakonan Aaron Azi,  Siti Saleha, Mia Sara dan pelakon-pelakon dari indonesia. Ainaa lupa nama apa.


Cerita dia mengisahkan Khairi dan Amyza yang berkahwin atas dasar suka sama suka tetapi setelah 9 tahun berkahwin, diorang masih tak ada anak. Mia Sara sebagai Hanna itu hanya anak angkat kepada pasangan Khairi dan Amyza. Tapi ada yang cakap Hanna tu anak kandung diorang. Entahla, entah Ainaa yang konfius atau Ainaa yang tak fokus. HAHA. Ok, setelah hampir 10 tahun diorang kahwin itu, sikap Khairi ni dah berubah dan dia juga dah berpaling tadah cintakan Dewi, gadis indon.

Khairi berterus terang dengan Amyza nak kahwin satu lagi dengan Dewi dan Amyza tak boleh terima. Amyza mula memberontak dalam diam, tak bercakap, tak tengok suami dia ni dan tidur pun dah asing. Tapi kawan-kawan Amyza cuba nak satukan kembali diorang dengan ubah penampilan Amyza dan suruh Amyza buat syarat kepada Khairi. Khairi diberi masa selama 30 hari untuk layan dia sama seperti awal-awal pernikahan diorang  sebelum bercerai. Kiranya ini tektik terakhir untuk kembalikan Khairi yang cinta akan Amyza.

Berjaya atau tidak rancangan 30 hari Amyza? Kalau berjaya, apa jadi dengan Dewi, gadis yang berjaya buat Khairi jatuh cinta untuk kali kedua? Dan kalau rancangan Amyza tidak berjaya untuk pikat kembali suaminya, adakah diorang akan bercerai seperti mana dalam syarat yang ditetapkan?

Kau orang kenalah tengok sendiri. Tak syiok lah kalau Ainaa cerita siap-siap. Kan-kan. Emm jadi konklusi keseluruhan cerita Cinta Paling Agung.... best jugak. Hehe Cerita melayu biasalah. Korang tengok je dulu, lepas tu ikut suka lah best ke tidak.

11 Jam Tersangkut Dalam Jammed

11 jam tersangkut dalam jammed?? Kat mana lagi kalau bukan di Kelantan yang memang akan sesak bila tiba musim raya. Tapi Ainaa rasa tahun ni jammed paling teruk.

Ini bukanlah pengalaman Ainaa tersangkut jammed selama 11 jam, tapi kawan-kawan Ainaa yang juga bertolak dari Kota Bharu nak ke Petaling Jaya semalam. Abang Ainaa ikut jalan Terengganu, tak lalu Gua Musang.

Yang Ainaa tahu kawan cakap, jam 10 pagi bertolak dari Kota Bharu dan jam 9 malam masih ada kat Gua Musang! Dasyat sangat kan? Dari KB ke Gua Musang 11 Jam?? Pergh. Teruk-teruk!

Nasib baik abang Ainaa ambil keputusan nak lalu Terengganu sebab dah tahu Gua Musang jam tapi tak sangka teruk macam ni.


Semua ni terjadi mungkin sebab kereta api di Kelantan dah diberhentikan dan semakin ramai yang berhijrah kerja kat luar kan. Mungkin. Apa-apa pun lepas ni kena balik ikut Terengganu kalau musim perayaan. Tak sanggup nak sangkut dalam jammed macam ni.

Selamat Hari Raya!



Kepada sahabat sepermainan dari kecil yang seronok dikenang, sahabat SKPPG walau dah ramai yang daku lupa nama, sahabat SMUAS seperjuangan pening kepala siang malam untuk spm, sahabat EFG yang sporting gila² dan selalu buat daku gelak tak hingat dunia, sahabat di CFS IIUM baru dikenali yang nama kalian pun ada yang belum sempat nak ingat dan kepada semua pembaca blog Nik Ainaa yang sangat-sangat dihargai dihargai......

Sepuluh jari patik hulurkan (yang perempuan sajalah), kata maaf patik tuturkan kerana selama perkenalan kita tentu ada yang tergores, terhiris, tersentuh, terasa, ter..... segala salah silap laku, kata² atau umpatan yang dibuat atau terbuat mohon dimaafkan walau sepahit dan sekelat kopi tanpa susu dan gula. Daku hanya insan biasa yang selalu dan tak pernah terlepas dari melakukan kesalahan.

Akhir dihujung pena yang tidak berdakwat ini, saya hadiahkan pantun tak jadi empat kerat: 


Biskut brownies, biskut raya.
Enak dimakan, di hari raya.
Saja nak ucap, Selamat Hari Raya.
Duit raya, jangan lupa bagi ya.😁

#Cabaran20Hari : Pengalaman Main mercun Masa Raya?

Pengalaman main mercun? Alahai, kita budak baik mana ada main mercun. Kah! >___<



Tapi betul, Ainaa paling-paling pernah main bunga api yang budak kecik main tu kan dengan mercun bawang. Itu pun main masa sekolah rendah dan sekali saja pernah main. Sadis tak sadis tetap kena berterima kasih kepada abah sebab ajar kami jangan membazir dan untuk menggelakkan kami beraya tak cukup jari. Hehe

#Cabaran20Hari : Senarai Kuih Raya Pilihan Hati

Tak banyak kuih raya yang Ainaa suka makan dan lagipun Ainaa tak suka sangat kuih raya. Tapi kalau kuih apa-apa pun, asalkan sedap Ainaa telan je.


SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI:

1) Kuih Raya Chipsmore (yang mak buat)
2) Royale Cappuccino
3) Cheese Tat / Tat Telur
4) Almond Crunch


Gambar sumber google

#Cabaran20Hari: Nostalgia Kad Raya

Dah lama Ainaa tak dapat kad raya. Sadis kan? Ini disebabkan sekarang zaman orang hantar ucapan raya dan kata maaf hanya melalui whatsapp. Jadi bagi mengenang nostalgia lama kad raya yang Ainaa pernah dapat, sanggup pergi selongkar dan tangkap gambar untuk dikongsi di sini.




Kotak yang menyimpan 1001 nostalgia lama.  Sebenarnya tak adanya Ainaa nak selongkar sebab kotak ni memang sentiasa ada dalam almari dan senang untuk ambil. Acah-acah selongkar saja tadi. Hehe.



Kalau nak tahu, ini semua kad raya yang Ainaa dapat masa sekolah rendah. Umur 12 tahun lagi masa tu dan sekarang dah nak masuk 18 tahun. Maksudnya kad-kad raya ini semua nostalgia lebih kurang 6 tahun yang lepas. Kira lama lah jugak tu dan pun boleh dikira nostalgia. Haha

#Cabaran20Hari : Menu Wajib Pagi Raya

Menu wajib di pagi raya keluarga Ainaa ada banyak. Banyak sangat. Tapi Ainaa akan kongsi menu yang memang jadi tumpuan dan serangan ahli keluarga.


1) Kuzi

Ainaa rasa ada yang tak kenal kuzi ni apa sebab ada kawan Ainaa oang Kelantan sendiri tak kenal. Kalau nak tahu kuzi ni dah jadi macam tradisi kami sekeluarga setiap tahun raya. Menu yang wajib dan teratas dalam senarai menu rebutan. Bukan setakat adik beradik Ainaa je yang minat ni tapi semua ahli keluarga besar Ainaa. Biasa kita orang akan tempah roti dan roti jala banyak-banyak untuk cicah dengan Kuzi. Kuzi ni orang tak makan dengan nasi sebab kuah dia manis. Hanya makan dengan roti dan roti jala saja.

Orang yang buat kuzi ni dalam keluarga mestilah mak Ainaa. Setiap-setiap tahun buat, sekali buat macam nak kenduri walhal yang banyak-banyak tu kami je yang habiskan. Memang hantu kuzi betul.


2) Nasi Dagang

Nasi dagang pun selalu je ada dan kalau rasa yang betul-betul sedap itu tentulah nenek Ainaa yang buat. Orang lama, masak memang sedap lah. Tapi mak Ainaa pun masak sedap jugak, serba serbi tahu masak. ;)


3) Kek Raya

Kalau dulu biasa mak Ainaa yang buatkan, tapi sejak tahun lepas anak dara dia pulak yang ambil alih buatkan bila tiba hari raya. Hehe Terima kasih kepada kakak ipar Ainaa kongsikan resepi yang mudah dari blog Cikgu Suraya.


4) Lontong

Lontong ni setiap kali raya kejap ada dan kejap tak ada. Maksudnya, bukan setiap tahun raya ada sebab yang kena buatnya mak Ainaa. Dahla mak Ainaa yang buatkan kuzi, tambah lagi nak buat lontong? Memang tak lah. Jadi lontong ni kalau mak Ainaa gagahkan diri buat baru ada dalam menu di pagi raya. Kalau tak ada pun tak apa.... sebab lontong ni kan sayur je, jadi yang berumur dan yang minat saja yang makan. Budak-budak dan yang tak makan sayur memang tolak tepi lontong ni.



Itu saja menu wajib di pagi raya keluarga yang Ainaa ingin kongsikan. Nak senaraikan semua memang panjang lagi lah entry. Oh ya, lepas baca lap air liur yang meleleh itu ya. HAHAHA.

#Cabaran20Hari : Aktiviti Di Pagi Raya

Assalamualaikum! Belum raya tapi dah nak cerita aktiviti di pagi raya? Tak-tak. Ini Ainaa nak cerita aktiviti kebiasaan kami sekeluarga di pagi hari raya yang lepas-lepas.

Rumah nenek Ainaa JAUH SANGAT dari rumah Ainaa sampai kita orang adik beradik akan maaf bermaafan dulu kat rumah baru pergi ke rumah nenek. Jauh lah jugak rumah nenek Ainaa.... dalam 10 minit  baru sampai. Hik!


Biasa lepas kita orang berkumpul adik beradik dan ambil gambar barulah pergi ke rumah nenek Ainaa. Jumpa datuk nenek, mak ayah saudara, sepupu sepapat dan saudara mara yang lain. Biasanya kita orang akan makan-makan dulu lepas itu baru lah tiba masanya beratur untuk duit raya!

Tak beratur pun sebenarnya, sebab semua macam malu-malu walhal duit raya kawww.... siapa tak nak? HAHA. Kalau datuk nenek Ainaa panggil nak bagi duit raya, kita tersengih-sengih je hulur tangan. Salam dulu baru ambil duit raya. Tak sedar diri kan? Itu nasib baik tak pergi tercegat depan datuk nenek dan mak ayah saudara untuk tunggu bagi duit raya. Heee.

Sesi lepas itu tangkap gambar-gambar itu biasalah. Itu pun kalau sempat sebab lepas itu semua pasti terkejar-kejar nak pergi rumah keluarga sebelah suami atau isteri pulak.

Aktiviti lain-lain bersambung di petang hari pulak.  Biasa lepas pergi rumah nenek kita orang adik beradik melantak kat rumah je. >__<

#Cabaran20Hari : Gambar Dan Ucapan Raya


Sekejapnya masa berlalu, sekejap juga Ramadhan akan meninggalkan kita kan. Entah masih berkesempatan jumpa Ramadhan tahun depan lagi ke tak.

Apa-apa pun sepanjang Ainaa berblogging sejak 2011 kalau ada entry dan setiap penulisan Ainaa di www.nikainaa.com yang membuatkan kau orang tak suka, menyampah, terasa hati atau pun entry yang Ainaa tulis hanya merapu dan syiok sendiri..... tolong maafkan Ainaa insan yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Ikhlas dari Nik Ainaa,


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Pemenang Giveaway EFG Mega Raya 2015

Salam 25 Ramadhan. Hari ini kami umumkan pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 yang Exchange Feed Group (EFG) lancarkan pada 10 Jun sehingga 9 Julai. 

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015
Serlahkan kejelitaanmu dengan Helenz Signature


Pemenang SEO Giveaway EFG Mega Raya 2015

1. http://tengkubutang.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM300)

2. http://www.blogparihh.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html (RM200)

3. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100_25.html (RM100)





Pemenang #duitraya Giveaway EFG Mega Raya 2015 (RM100)

47 - AMY J
http://www.amysyeera.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
48 - NOOR NAJWA
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
50 - MIRABEADS AZIE
http://www.azirahman.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
52 -ZAIDALIFAH HUSSIN
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
54 - ENGKU MUZAHADIN
http://engkumuzahadin.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
61 - AKULA
http://anakbonda.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
66 - UMMUL AZKEE
http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html


128 - SAYE NIZA
http://nizatuangcerita.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html
129 - RIANA LITTLE CUTTIES
http://rianalittlecuties.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html


170 - LELA NURJATI

http://leylanurjati.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

Kepada semua pemenang di minta whatsapp mommy irra 0133560192. Berikan detail

-url blog

-nama

-no akaun maybank/cimb

-email

Lagi cepat korang beri detail, lagi cepat korang dapat duit raya.



Terima kasih kepada semua penyertaan (SENARAI PESERTA) , semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.


Terima kasih kepada penaja UTAMA:

Selamat hari raya maaf zahir batin!

#Cabaran20Hari : Memori Raya Zaman Kanak-Kanak

Memori raya zaman kanak-kanak, paling best sebab selalu dapat duit raya. Kikiki Yang peliknya, dah besar ni jarang dah orang bagi duit raya tapi sejak dah besar ni jugaklah kutipan duit raya banyak berbanding zaman kanak-kanak dulu. Wohooo.

Ok, cerita raya zaman kanak-kanak ni... selalu dapat baju raya lebih. Paling tak tahan, baju t-shirt pun boleh beli buat baju raya. Sampai tujuh lapan pasang kesemuanya baju raya. Nampak tak ketamakkan di situ masa zaman kanak-kanak? Kah! Zaman yang tidak hiraukan apa-apa yang penting, RAYA!

Tapi itu semua dah berlalu. Raya zaman sekolah rendah. Mula je ke tingkatan, baju raya hanya baju kurung dan jubah. Dan semakin lama semakin kurang baju raya. Dah besar kan jadi kita tak nak bebankan mak ayah.

Zaman kanak-kanak, mak buat biskut raya, Ainaa makan. Kadang-kadang tak sempat nak hidangkan untuk tetamu dah habis dimakan. Haha

Tapi yang paling penting, raya zaman kanak-kanak tak sama dengan raya zaman dah besar panjang ni. Perasaandan keseronokan dia tu lain sikit. Hmm

gambar hiasan

Duit Raya Kedua - Daku Masih Layak

Amboi, setiap kali dapat duit raya ke nak buat entry? Tak lah. Ini sebab dapat duit raya sebelum raya. Itu yang terlebih teruja tu. Baru entry semalam kan pasal Ainaa dapat DUIT RAYA PERTAMA dari Madam Razia, lecturer bahasa inggeris.

Hari ini, Ainaa dapat lagi duit raya kedua dari lecturer bahasa arab, Ustaz Nasir. Yeay! Terima kasih Ustaz Nasir!


Ainaa masih layak terima duit raya. Belum cukup 18 tahun lagi, bulan lapan nanti baru cukup. Tapi kalau dah 18 tahun pun, masih layak. Umur 20 pun Ainaa nak lagi duit raya. HAHA


DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.