Minum Ais Menyebabkan Kanser Rahim



KANSER! Siapa je yang tak takut dengan kanser tambah-tambah kanser rahim. Nauzubillahiminzalik, mintak jauh dari segala penyakit kanser ni. Apa yang kita tahu penyakit kanser ni susah nak sembuh dan ada sesetengah individu yang kata penyakit kanser tiada penawar! Ainaa pun jenis kalau minum air memang tak boleh tak ada ais malah walau musim hujan plus sejuk, pagi-pagi buta pun Ainaa akan minum ais. Tak kisah air sejuk/ais kosong pun asalkan A.I.S. Teruk tahu sebenarnya tabiat ni. Tapi sejak tiga empat minggu ni memang Ainaa dah kurangkan minum ais. Orang kata, mencegah lebih baik dari merawat kan.


PUNCA TERJADI KANSER RAHIM
(sumber: https://wannuraterapi.wordpress.com/2015/07/10/punca-terjadinya-kanser-rahim/)

1)MINUM MINUMAN BERAIS, BERGAS KETIKA HAID
Penyelidikan membuktikan bahawa minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersisa / terlekat di dinding rahim; selepas 5 hingga 10 tahun boleh menyebabkan “ketumbuhan dan kanser rahim’. Pengambilan ais semasa haid juga menjadikan rahim menjadi kembang dan tidak elok untuk kesihatan rahim. Ais juga boleh menyebabkan pengeluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan. Jika diamalkan berterusan mungkin menjadikan keputihan semakin teruk. Ketahui bahawa minuman berais boleh menjadi asas kepada penyakit kronik dan membawa keburukan terhadap sistem pencernaan, sistem reproduktif wanita (rahim), sistem imun, sistem repoduktif lelaki, tubuh menjadi lemau dan sentiasa tidak bermaya.


2)TERJATUH/TERPUKUL PERUT
Bahagian tubuh yang tercedera akibat terjatuh, terpukul terutamanya bahagian perut terhantuk dengan benda keras menyebabkan muntah darah atau rahim boleh terluka.


Dah tahu puncanya kan, jadi kita mestilah elak/mencegahnya dengan cara tinggalkan minuman berais, gas dan elakkan jatuh atau perut terhentak dengan benda-benda keras. Selain itu, kita boleh juga mengamalkan pemakanan untuk mengelakkan sakit kanser. Pemakanan apa?



VIVIX SHAKLEE. Buat pengetahuan kakak-kakak dan abang-abang, kandungan utama Vivix adalah RESVERATROL yang merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan tersebut sebagai pertahanan daripada penyakit. Kajian yang telah di jalankan oleh para penyelidik mendapati Resveraterol mampu memberi kesan positif terhadap semua peringkat kanser serta dalam masa yang sama mampu untuk mencegahnya. Apabila Resveraterol diberikan dalam dos yang tinggi ia bertindak dengan menutup dan mencegah tumor kanser dengan menghalang pembentukan salur darah baru yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor kanser. (diambil dari pelbagai sumber)

Dimana boleh dapatkan VIVIX SHAKLEE ini? Akak cantik dan abang sado boleh contact agent sah shaklee - WHATSAPP CIKNA 018-9719799

SEO Blog Jatuh?

SEDIHNYA ALAHAI! Ainaa dah agak SEO blog ini akan jatuh memandangkan hampir setahun Ainaa tinggalkan dan langsung tak ambil kisah pasal SEO. Jatuh gedebuk pulak tu! Auch!


Sedihnya tengok SEO dari 90-100% terjunam jatuh ke 26. Patutla pageviews dah tak sebanyak yang dulu. Kalau dulu-dulu ada orang yang guide, ada penasihat SEO ketika Ainaa jadi ahli ExchangeFeedGroup (EFG). Tapi sayangnya Ainaa dah tak jadi member memandangkan Ainaa pun start busy masa tu. Bila nak aktif blogging balik ni baru teringat akan SEO BLOG yang sangat penting tapi itulaaa. Nak dapat PV gempak-gempak seperti dulu dah tak boleh. Haih, lemah semangat pulak rasanya....

Rahsia Kulit Kekal Cantik Dan Sihat


Setiap orang ada masalah tersendiri waima masalah kulit atau kesihatan. Tapi setiap masalah boleh diselasaikan dan ada rahsia penyelesaiannya!

JOM BACA RAHSIA UNTUK KEKALKAN KULIT CANTIK & BADAN SIHAT.

Apa itu ESP Shaklee?

Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

ESP SHAKLEE ni molek sangat untuk ibu mengandung & ibu yang menyusu, pelajar dan pekerja yang selalu balik kelas/kerja penat-penat untuk tambah tenaga, dan juga bagi kanak-kanak (setahun keatas) untuk tumbesaran yg sempurna.

VITAMIN C PLUS SHAKLEE pula bagi siapa yang nak kulit cantik & cerah boleh amalkan Vita-C ini. Vita-C juga boleh melambatkan penuaan & menyekat pembentukan pigmentasi (yang menyebabkan jeragat). Bukaa saja bagi sesiapa yang nak kulit cantik je boleh makan Vita-C Plus Shaklee, tapi boleh juga kepada perokok, akak abang yang mudah stress, dan juga sesuai untuk semua orang yang inginkan kesihatan yg baik.

VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE adalah yang paling terbaik di pasaran. Ini kerana ianya diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta).

APA KHASIAT VITA-E SHAKLEE?
Ianya baik untuk jantung bagi melindungi sel darah merah dan dari penyakit jantung, mengurangkan tekanan darah. Bukan itu saja, 1 kapsul Vita-E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. Malah bagi individu yang mempunyai imun badan yang lemah juga sangat sesuai mengamalkan Vita-E Shaklee

Banyak lagi khasiat ESP, VITA-C dan VITA-E SHAKLEE ini yang boleh membantu anda kekal sihat, mempunyai kulit yang cantik, badan cergas dan elak penyakit dan banyak lagi.

BERMINAT DENGAN FULL SET SKINCARE INI? WHATSAPP 018-9719799 (CIKNA)


CREDIT: INFO PELBAGAI SUMBER

Dilema Insomnia


Dalam entry yang lepas [ PUNCA TIDUR LEWAT ] sebagai seorang pelajar dan dalam masa yang sama... Kadang-kadang Ainaa juga mengalami kesukaran untuk tidur. Kali ini bukan disebabkan tengok movie ke baca novel atau main hanset tetapi memang tak boleh nak tidur walau dah paksa!

APA ITU INSOMNIA? Insomnia adalah gangguan psikis meskipun faktor fizikal juga berpengaruh. Secara simtomatisnya, gangguan inilah yang ingin dielakkan. Dengan kata lain, penyakit insomnia merupakan ketidakmampuan seseorang untuk tidur selama tempoh yang sepatutnya. Penyebab gangguan susah tidur ini disebabkan bila individu itu stress, mempunyai teman tidur yang berdengkur dan juga boleh disebabkan oleh gangguan jiwa.

Jenis-jenis insomnia ini bila seseorang itu sukar untuk mula tidur (permulaan insomnia) atau mudah tidur tapi bila terjaga kemudian tidak boleh tidur semula (kronik insomnia) atau mudah tidur, tapi terjaga setiap satu jam dan tak boleh tidur (fragmented sleep).

Banyak kajian menunjukkan insomnia ni dikaitkan dengan kekurangan MAGNESIUM. Fungsi Magnesium ni membantu otot dan saraf kita jadi lebih relaks yang turut membantu kita untuk tidur lena.

Apa kata  kita cuba Ostematrix untuk menyelesaikan masalah insomnia :)



Ostematrix ni tablet kalsium dan magnesium. Kita susah sangat nak tidur sebab tak cukup magnesium untuk activate hormon tidur kita. Dengan adanya Vitamin D, kalsium lagi cepat diserap ke dalam tulang dan lagi cepat kita rasa. Bukan setakat bantu kita tidur je tau. Ostematrix juga membantu kita dapatkan tidur yang berkualiti.

SELAIN ITU,  bagi sesiapa yang sakit pinggang, lenguh badan, selalu cramp... baguslah ambil OSTEMATRIX ni.

MARI DAPATKAN OSTEMATRIX DGN CIKNA, WHATSAPP 018-9719799. SELEPAS INI  DAH BOLEH TIDUR DGN LENA & BANGUN PAGI DGN SEGAR!

Dating Dengan Seorang Pelacur



Setiap orang dalam dunia ni mempunyai kisahnya yang tersendiri. Kadang-kadang kita nampak orang tu happy tapi dalam sebaliknya, nampak orang tu banyak duit tapi tak bahagia dan macam-macam lagi. Benda yang kami cakap tu boleh dikaitkan dengan kisah ni.
Pada satu hari, lelaki ni ditakdirkan bertemu dengan seorang pelacur. Wanita tu datang seolah-olah ingin bagi ‘servis’ kepada lelaki tersebut.. Dan apa yang lelaki itu buat selepas itu pasti buat anda akan rasa respect kat lelaki ni. Sesetengah orang kalau dah terdesak, diorang akan lakukan apa sahaja untuk teruskan hidup. Walaupun benda tu bukanlah pilihan diorang..

Sehari bersama seorang pelacur..

Pada November lepas, lelaki yang bernama Josh Stoneman telah ke Kemboja. Pada satu hari, dia bangun tidur dan terus keluar bersiar-siar tanpa hala tuju. Tapi, apa yang dia tahu ialah dia ingin ambil angin serta ambil beberapa gambar di kawasan bandar dan sungai di Kemboja.
Selepas berjalan, dia duduk di pinggir sungai dan lihat pemandangan sekeliling. Selepas itu, datang seorang wanita duduk di sebelah. Dari segi penampilan gadis tu, Josh fikirkan bahawa wanita tu adalah seorang pelacur.

‘Saya bukan pelanggan, saya kawan..’


Wanita itu mengenalkan dirinya sebagai Anette. Mereka berdua senyap seketika dan selepas itu Josh terus bertanya ‘awak apa khabar?’. Walaupun Anette tak berapa lancar berbahasa Inggeris, Josh faham apa yang Anette ingin sampaikan. Mereka berborak mengenai sungai dan bandar di Kemboja selama beberapa minit.
Akhir sekali Josh tanya apa pekerjaan Anette. Anette menjawab pekerjaan dia ialah seorang pelacur. Bila dia memberitahu pekerjaannya, Josh nampak raut mukanya yang sedih dan pada yang sama ingin tahu bahawa Josh berminat ingin jadi pelanggannya atau tidak. Lalu Josh bagitahu ‘Saya bukan pelanggan, saya seorang kawan’.

Tidak pernah dibawa makan oleh seseorang sebelum ni..

Josh lihat keadaan fizikal Anette, boleh katakan bahawa Anette mempunyai rutin makanan yang tak seimbang. Josh bertanya dimana kedai makanan yang menarik di sana. Selepas memberitahu beberapa pilihan restoran di situ, Josh menawarkan untuk belanja Anette makan.
Semasa mereka berjalan, dia nampak beberapa orang lihat ke arah Anette. Kaum wanita lihat Anette dengan perasaan jelik, kaum lelaki sebaliknya. Akhirnya mereka sampai di kedai makan. Josh bertanya, ‘Pernahkah sebelum ni seseorang bawa awak makan?’ Anette menjawab ‘Tidak pernah’.

Selepas itu, Josh bawa Anette ke market..
Selepas makan, Josh dengan Anette pergi ke pasar. Tapi kali ni Josh rasa berbeza dari kebiasaan. Jika sebelum ni, Josh sering disapa oleh penjual-penjual barang pakaian, tapi tidak pada kali ni. Penjual nampak kelibat Anette bersama Josh dan terus beralih pandangan seolah-olah mereka tiada disitu. Mereka akhirnya membeli seluar jeans dan baju. Dengan $32 (Matawang Kemboja), Anette dapat membeli sepasang kasut baru, pakaian untuknya dan juga untuk adik perempuannya.
Selepas membeli belah, Josh dan Anette terus sambung berbual dan ingin tahu antara satu sama lain dengan lebih dekat. Pada ketika itu Josh rasa sebak kerana Josh sedih cara orang lihat Anette, cara Anette melihat dirinya sendiri dan cara orang lihat mereka bersama.

‘Tapi saya perkara yang sebenar..’

Josh percaya bahawa Anette bukan sahaja seorang pelacur, dia seorang pewaris. Dia berhak untuk mendapat kasih sayang seperti manusia yang lain. Selepas dia dapat pakaian, Josh beri wang lebih dan akhirnya mereka berpisah. Anette akhirnya percaya bahawa Josh tidak mengharapkan balasan.
Josh nampak Anette berjalan dengan semangat dan gembira sekali. Dengan pakaian baru, makanan, Josh sedar bahawa Tuhan itu pemurah dan penyayang. Josh menyeru agar kita sebagai sesama manusia, lakukan kebaikan dan tak mengambil kesempatan ke atas insan yang kurang bernasib baik.

SUMBER : http://www.ohbulan.com/lelaki-ini-kongsi-pengalaman-bagaimana-dia-keluar-dating-dengan-seorang-pelacur-akhirnya-ini-terjadi/

Baca Secara Online III

Assalamualaikum, hi, konnichiwa, annyeong, ni hao, hola! Sebelum tu, entry kali ini adalah sambungan entry "Baca Secara Online" dan juga entry "Baca Secara Online II". Memandangkan ramai yang bertanya macam-macam di entry yang lepas-lepas, jadi Ainaa buat part 3 ni bagi menjawab soalan-soalan tu semua. Sambil tu Ainaa nak perkenalkan application novel online/e-novel bagi peminat novel dan orang-orang yang suka baca cerita secara online ni.

First, Ainaa keliru sebenarnya sama ada soalan tu dia tanya ada tak link novel di pasaran atau pun dia tanya Ainaa ada jual tak novel-novel tu. Tapi tak apa, Ainaa jawab. Kalau korang nak baca bab awal novel-novel yang ada jual kat kedai-kedai buku tu, boleh ke blog/wordpress/web penulis atau try search bab beserta tajuk novel yang korang nak baca. Contoh, search di google "Suri Hati Mr Pilot Bab 10". Ni bagi siapa yang tak tahu lah macam mana nak specific kan sebab ada je yang tak tahu. Kalau search "suri hati mr pilot" di Google terlalu am. Nanti susah pula nak cari bab awal novel tu.

Bagi sesiapa yang nak beli novel secara online pula, kalau dah nak gi kedai jauh pulak tak pun malas kan.... Boleh beli dengan seller-seller online di Instagram. Ramai je sekarang yang jual novel secara online. Salah satunya seller online di Instagram @jualnovelmelayu_murah dan @abamnik_bookstore .


Inilah web/application yang Ainaa nak kenalkan kepada peminat-peminat novel. Ainaa rasa dah ramai yang tahu pasal WATTPAD ni yang korang boleh install dalam Play Store Jadi kemana pun korang berada, boleh baca e-novel secara percuma... janji ada internet! Ya, untuk buka Wattpad ni perlu ada wifi/data internet baru boleh baca. Nak buka melalui laptop pun boleh melayari wattpad.com .

Segalanya di hujung jari je sekarang. Nak baca apa-apa novel boleh search di Wattpad atau Google saja. Nak beli novel secara online pun klik-klik je tunggu depan rumah tengok-tengok dah sampai. Itu saja kut untuk Baca Secara Online III ini. Kalau ada apa-apa soalan boleh tinggalkan komen, Ainaa akan cuba untuk bantu.

Dan.... Kat bawah ni ada senarai users/publishers yang ada upload bab awal novel-novel waima dah berada dipasaran, bakal terbit atau yang terus habis di Wattpad. So, selamat membaca and enjoy your reading.

BACA NOVEL SECARA ONLINE DI WATTPAD :

1) @karyaseni2u (https://www.wattpad.com/user/karyaseni2u)
2) @October_Love (https://www.wattpad.com/user/OctoberNovel)
3) @syamnuriezmil (https://www.wattpad.com/user/syamnuriezmil)
4) @sha_ibrahim (https://www.wattpad.com/user/sha_ibrahim)
5) @annaleejue (https://www.wattpad.com/user/annaleejue)
6) @BukuFixi (https://www.wattpad.com/user/BukuFixi)
7) @FarahHusain (https://www.wattpad.com/user/FarahHusain)
8) @sara_aisha (https://www.wattpad.com/user/sara_aisha)
9) @UmieNadzimah2015 (https://www.wattpad.com/user/UmieNadzimah2015)
10) @AcikLana (https://www.wattpad.com/user/AcikLana)
11) @DeknaLee (https://www.wattpad.com/user/DeknaLee)
12) @KayDelaila (https://www.wattpad.com/user/KayDelaila)
13) @KaryaLepakRinAhmad (https://www.wattpad.com/user/KaryaLepakRinAhmad)
14) @erk888 (https://www.wattpad.com/user/erk888)
15) @AmeeraAmeer6 (https://www.wattpad.com/user/AmeeraAmeer6)

Punca Tidur Lewat

Pelik tak pelik kalau Ainaa balik kampung... duk rumah mesti Ainaa akan tidur lambat. Pukul 3 pagi selalu baru nak tidur tak pun kadang-kadang sampai ke subuh. Padahal kalau di hostel, Ainaa lah yang tidur paling awal dan Ainaa juga yang bangun paling awal. Lain betul tabiat kat asrama dengan kat rumah.

Ainaa agak punca Ainaa tidur lewat ni sebab bila kat rumah Ainaa mana ada nak risau kena buat assignment ke ada discussion, replacement class, basuh baju ke. Basuh baju pun jadi punca? Iyalah basuh baju bukan guna mesin, kena kerah tenaga guna tangan. Sebab itu juga di asrama Ainaa jadi rajin basuh baju tiap-tiap hari! Tak nak baju bertumbun punya pasal kan banyak-banyak tak ada tempat pulak nak sidai. Kalau di Uia PJ, memang Ainaa jarang tidur lambat. Kita akan hargai masa tidur tu bila kita tiada masa rehat di siang hari. Kelas Ainaa setiap hari dari pagi sampai malam siapa je tak 'pengsang' awal kan. Tu belum lagi lepas kelas malam ada buat discussion pula. Hurm... seksa betul nak hadap.

Kat rumah pula memang banyak sangat masa terluang sampai terbuang dengan benda-benda tak berfaedah. Benda yang kita tak boleh buat di asrama, benda tu la yang akan kita marathon. Tengok movie, baca novel sampai 3-4 pagi dan kemudian pulun tidur lepas subuhnya. Dasyat betul penangan 'aura' di rumah ni. Hehe.

Haila pelajar. Bila nak ubah feel tidur lewat tu agaknya.


Namun kadang-kadang ada juga Ainaa tidur lewat disebabkan insomnia. Yang itu nanti Ainaa cerita di entry seterusnya.

I Can't Follow!

Lama sangat tinggal blog ni alih-alih BUTTON FOLLOW tak berfungsi! Alamak, apa yang tak kena ni? Ainaa nak balas follow blogger lain pun susah, nak join giveaway pun tak boleh..... Asyik error je!

Gambar first ni bila Ainaa tekan button follow yang ada kat sidebar blogger lain.


Dan gambar kedua ni bila Ainaa nak follow blogger lain secara manual. Alah, yang kena masukkan link blog tu yang ada dekat dashboard blogger kita.


Pelik betul. Kalau blog yang ada floating follow button boleh pula tapi ya lah tak semua blog yang ada floating button tu. Ada siapa-siapa tahu tak kenapa terjadi error bila nak follow blog? Macam mana nak buat?

Drama Hapi Mari (Happy Marriage)

Ainaa ni memang dari kecik suka tengok cerita Jepun dan komik Jepun. Tu sampai sekarang cerita Shin Chan pun layan lagi. Hehe Ainaa lebih suka tengok drama Jepun berbanding drama Korea dan Melayu. Cerita melayu lagi la, dah lama tak tengok dan drama korea Ainaa akan banyak skip.

Cerita Jepun kali ini yang Ainaa tengok ialah Hapi Mari atau Happy Marriage yang di adaptasikan dari manga jepun Hapi Mari karya Enjouji Maki. Drama ini hanya ada 12 episod dan dalam satu hari  je Ainaa marathon depan lappy. Cerita ni memang best walaupun tak semua jalan cerita diambil dari manga tapi masih sama. Pelakon hero Dean Fujioka sebagai Hokuto Mamiya dan heroin Nana Seino sebagai Chiwa Takanashi. Tak silap Ainaa, drama Hapi Mari ni salah satu Top Manga dan manga pilihan ramai. Kalau dah top, ceritanya mesti la SUPERB! Ainaa bagi 4.5/5 stars.


SINOPSIS HAPI MARI
(source: http://mangafox.me/manga/hapi_mari/)

In order to help her father, Chiwa Takanashi agrees to an arranged marriage with the company president Hokuto Mamiya – a man she doesn’t know – at the request of Hokuto’s grandfather. Chiwa believes the arrangement isn’t binding, but her new partner seems to think otherwise. Can two strangers living together find their way to a happy marriage?!


Lazada - Black Friday/Cyber Monday


Lazada ni suka kan buat sale sampai Ainaa pun selalu tengok-tengok web lazada.com.my . Dan kali ini sale yang dibuat bermula hari ini, jumaat hingga isnin yang dinamakan BLACK FRIDAY/CYBER MONDAY. Ainaa dah usha-usha barang yang Ainaa nak dan memang rambang dibuatnya. Jom sesiapa yang belum usha tu kita ke Lazada.

Blogger Dashboard Baru

Ainaa yang terlambat ke atau memang baru je hari ni blogger dashboard dah bertukar wajah? Tak adalah bertukar sangat cuma kali ni lebih maju dari yang dulu. Orang kata dah up to date. Tapi dulu dashboard ada upgrade di Template-edit html sampai naik pening Ainaa nak kena cari tutorial. Kali ni rasanya tak perlu tutorial dah kut lagipun semuanya masih sama.



Pengguna Xiaomi Redmi Note 3

Kalau ada yang ingat, dulu-dulu Ainaa ada duk survey hanset itulah, inilah... Masa tu Ainaa pakai Lenovo yang jenis bateri tahan lama. Lenovo series berapa tu tak ingat tapi yang lama punya la. Cukup setahun abang Ainaa hadiahkan hanset Lenovo tu terus rosak, tak boleh nak masuk cas. Ainaa tahan lagi guna hanset lama-lama yang lain tapi nama pun hanset lama kan... Jahanam semuanya.  Bukan kedekut nak beli baru tapi niatnya nak masuk degree baru beli yang baru.

Seminggu dua jugak laa Ainaa tak pakai handphone. Nak call parents pun pinjam roommate punya. Last-last, masa tu balik Kelantan cuti raya puasa.... Puas pujuk ayah Ainaa minta belikan handphone tapi ayah Ainaa buat dek je. Haha. Pujukan tak jalan jadi terpaksa keluarkan duit elaun yang Ainaa kumpul sepanjang asasi tu untuk beli hanset Xiaomi Redmi Note 3 sehari sebelum raya. Kenapa Ainaa beli Redmi Note 3 ni? Sebab harga murah tapi dia punya features tu sama dengan smartphone yang mahal-mahal.

Xiaomi Redmi Note 3 Ainaa beli yang Malaysia di Celcom centre dengan harga RM800 above. Telan air liur juga la nak keluarkan duit tu sebab bagi pelajar macam Ainaa jumlah tu besar jugak. Ada je harga murah lagi tapi yang overseas punya. Dengan 3GB/32GB, battery 4050mAh, fingerprint sensor, 16mp rear camera dan 5mp secondary camera. 


gambar sumber google



So, sekarang dah 4 bulan Ainaa pakai Xioami Redmi Note 3 dan setakat ni memang puas hati. Space yang besar boleh install macam-macam dan paling penting tak 'hang'. Camera pun cantik, puas hati kalau ambil gambar dengan Redmi Note 3.

Ini smartphone pertama yang Ainaa beli dengan duit Ainaa, sebelum-sebelum ni abang-abang je yang bagi dan biasanya handset tersebut hanya mampu bertahan selama setahun. Lepas tu terus k,o! Harap la Redmi Note 3 ni mampu bertahan lama, den tak mampu woi nak beli lagi. Kena tunggu lama sikit nak kumpul duit tu. Kalau asyik setahun pakai tukar botak kepala ni. Kena cari laki kaya macam tu baru boleh nak tiap-tiap bulan tukar pun tak apa. HAHA!

#Nuffnang: Tinggal Kenangan

Dulu Ainaa aktif blogging dan boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti ada cek dari Nuffnang walau ciput je nilainya tapi sekurangnya ada juga. Tapi sejak masuk Asasi Uia ni Ainaa dah tak aktif dan bermaksud earning dari Nuffnang pun susah nak dapat. Sedihnya. Dulu ingat dengan earning yang dapat dari Nuffnang Ainaa nak kumpul dan nak pergi travel tempat idaman Ainaa tapi bila dah tak aktif, semuanya hanya tinggal kenangan... Huhu. Kalau nak tahu, duit yang Ainaa dapat dari Nuffnang tu Ainaa tak pernah sentuh sesen pun! Nampak tak kesungguhan nak gi travel tu? Dapat pergi travel satu tempat pun jadilah.


Bestnya lahai bila tengok bloggers lain yang sekali cash out beribu-ribu. Bila agaknya Ainaa nak cash out beribu-beribu tu. Heee. Harap ianya bukan angan-angan kosong. Seperti trademark Ainaa dari dulu, BIARKAN MIMPI MENJADI KENYATAAN!

Strawmallow Cicah Coklat

Apa itu strawmallow? Strawmallow tu gabungan buah Strawberry dan Marshmallow. Hehe pandai-pandai je Ainaa cipta nama baru. Sesiapa saja yang datang ke Cameron memang tak akan tinggal buah strawberry untuk dimakan tapi kalau macam tu pun tak 'uuumm'. So untuk menikmati strawberry ni lebih sedap kalau dimakan dengan marshmallow dan dicicah dengan coklat panas. Emm nyumm-nyumm Tapi sesetengah orang dia tak berani nak beli marshmallow sebab takut tak halal kan. Kalau dah korang syubhah dengan marshmallow tu jadinya tak payah makan. Makan je strawberry cicah coklat tu sedap jugak.



17°C di Cameron Highland

Pagi yang sejuk di Cameron Highland. Duk bawah selimut tebal tanpa kipas dan aircond pun masih sejuk. Ainaa yang tak berapa sihat ni pun dah semput plus batuk-batuk sebab sejuk sangat. Nampak sangat kan tak boleh pergi overseas musim salji. Ada hati nak main salji padahal tuan badan tak tahan sejuk.


Ainaa tak tahu lah ini sejuk normal Cameron ke atau memang musim-musim hujan ni sejuk tu sejuk lain macam. Siang hari pun sejuk jugak tapi sebab kita berjalan kan, so tak rasa sangat. Elok la datang ke Cameron ni kalau nak merasa sejuk ala-ala di overseas. Walau tak lah sesejuk di luar negara tapi sekurangnya ada la juga tempat sejuk di Malaysia ni. Boleh sekadar nak sejukkan hati awak tu. Hehe

Tanah Rata Cameron Highland - Zermatt Hotel

Assalamualaikum bloggers! Dah lama sebenarnya Ainaa nak datang ke Cameron Highland ni untuk hiking di Mossy Forest. Tapi tak ada rezeki nak merasa panjat Gunung Berinchang tu. Sekarang ni pun walau Ainaa tengah bercuti kat Cameron, Mossy Forest dah ditutup sehingga bulan Mac tak silap sebab musim tengkujuh. Jadinya datang bercuti memang betul-betul berehat je tak ada sebarang aktiviti lasak. InsyaAllah tahun depan kena laksanakan niat nak hiking kat Cameron ni.

Ni Ainaa nak review hotel yang Ainaa menginap sebenarnya. Hotel yang terletak di Tanah Rata betul-betul bersebelahan pejabat pos. Zermatt Hotel, hotel kecik je tapi puas hati sebab bilik sangat selesa.

gambar sumber google





Gambar Ainaa ambil dari inchik google tapi memang betul sama dengan bilik yang kami menginap. Ainaa datang empat orang jadi ambil Family Deluxe yang ada dua bilik/dua ruang. Satu ruang ada katil size king bed dan ruang satu lagi ada dua katil single. Paling best dua-dua ruang ada tv dan paling penting bathroom besar dan sangat bersih! Memang selesa lah Zermatt Hotel ni dan harga pula sangat berpatutan. Dengan bilik Family Deluxe ni satu malam hanya RM180.

Kalau pasal makanan ke tak perlu risau, Tanah Rata ni kecik je, Hehe Turun je dari Zermatt Hotel terus kiri kanan ada deretan restoran dan kedai serbaneka. MarryBrown, Starbucks pun ada. Dan kalau nak ke pasar malam boleh jalan sikit dekat kawasan Maybank. 

Okey itu jelah Ainaa nak review Zermatt Hotel di Tanah Rata ni. Penat den seharian berjalan. Hehe

POWERCAT - Run & Save The Cats 2016

Berita baik kepada PENCINTA KUCING!! Kepada yang suka sangat dengan binatang kesayangan Nabi kita ni boleh join event POWERCAT - Run & Save The Cats 2016 pada 24 Disember di Putrajaya. Ainaa pun excited nak join memandangkan semua peminat kucing berkumpul dan join acara larian, atau tak nak lari jalan je boleh! Tapi sayang Ainaa dah balik Kelantan dan nak pergi Putrajaya untuk join event meow ni susah sikit. Harap-harap adalah peluang untuk join.



Untuk acara Running Event, siap ada baju meow lagi tau. Bukan untuk si bulus yang pakai tapi untuk kita. Paling tak tahan.... sesiapa sahaja yang berjaya ke garisan penamat akan mendapat medal bentuk kucing! Ya Allah, sis cannot la... >__<  comel sangat medalnya. Rugi sanga-sangat kalau tak join event ni.





Tunggu apa lagi? Cepat-cepat daftat tiket larian di  | https://goo.gl/cWS1tL | Tarikh tamat pendaftaran hingga 5 Disember.

Aku Yang Tertewas

Macam tajuk novel limited yang tengah hot sekarang tu kan... Tapi bukan nak cerita pasal novel L.E ideakreatif tu tapi Ainaa yang tertewas. Tertewas dengan kelemahan diri setelah sekian lama tak menyerang. Dekat dua tahun jugak dah tak kena tapi kali ni memang Ainaa tertewas!



Sejak bercuti sebulan yang lalu balik je rumah terus kena serangan ASTHMA atau LELAH. Mula-mula kena okey sikit-sikit je tak turuk sekadar boleh guna inhaler. Tapi tiga empat hari lepas memang kena teruk jugak walau tak seteruk dulu yang kena masuk emergency... Last-last terpaksa akur yang inhaler dah tak dapat tampung, pergi la klinik jawabnya. Kira dah lega sikit walau ada batuk-batuk lagi. 

Boleh dikatakan sejak kena sebulan lalu tiap-tiap hari terpaksa sedut sampai naik pening sebab overdose dan pagi tadi lepas pergi sedut kat klinik balik je terus parkinson! Alahai. Ketar satu badan. Nak pegang hanset pun menggigil. Mungkin sebab dah lama Allah bagi Ainaa nikmat sihat dan sekarang dia nak bagi merasai nikmat sakit. Boleh tebus dosa-dosa kecil kat bahu kiri ni jugak. Tak apalah. Kita sakit tak seteruk mana nak mengeluh... kat luar sana ramai lagi yang suffer lebih teruk dari kita kan.


Asasi? Dah Habis Daa



Alhamdulillah... Setelah 1 tahun setengah belajar di Pusat Asasi Uia Petaling Jaya, akhirnya habis jugak. Dah sebulan sebenarnya Ainaa start cuti tapi sebab dah lama tinggal blog jadi malas nak update. Hehe ni pun tiba-tiba je datang angin nak update blog. Kalau perasan sejak Ainaa masuk asasi memang jarang ada entry baru kan.. busy mengalahkan PM. Whops!

Macam-macam dugaan sebenarnya nak 'graduate' asasi ni. Tapi diharungi dengan penat lelah, sabar dan air mata >__< akhirnya lepas jugak stage pra-university. Baru tadika... hehe Belum lagi degree. Sekarang ni kita berhuha-huha dulu sementara tunggu surat tawaran bulan 12 ni. Harap ada lah kerajinan untuk update entry dan blogwalking.

Cakap pasal blogwalking... sambil-sambil SINGGAH plus KOMEN kat entry ni boleh lah tinggalkan sekali link blog awak ye = )

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.