5 Teknik Mudah Naikkan Follower Instagram

cara mudah naikkan follower, tambah follower instagram, cara mudah tambah follower instagram


Siapa je yang tak nak ramai followers di Instagram lebih-lebih lagi mempunyai pengikut yang ramai di lama sosial adalah salah satu strategi marketing. Bagi sesiapa yang menjalankan business di Instagram, sangat penting untuk memiliki ramai followers ini untuk lebih ramai lagi orang tahu kewujudan produk atau perniagaan kita dan juga untuk meningkatkan jualan. Kita tak boleh kekal dengan pengikut yang ada saja, followers Instagram harus bertambah setiap hari! Memandangkan Ainaa juga melakukan business di Instagram, Ainaa nak kongsi tips yang Ainaa guna untuk tambah followers ini kepada mereka yang baru berjinak untuk memulakan business di Instagram. INGAT, tips yang akan dinyatakan haruslah dipraktiskan setiap hari tanpa ada lopang.


CARA MENAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM


1) Teknik Follow Followers Insta Famous 

cara mudah naikkan follower, tambah follower instagram, cara mudah tambah follower instagram

Cari mana-mana insta yang famous yang ada di Malaysia ini (contoh: @farihanbaharudin). Apa yang perlu dibuat? Follow la setiap followers yang dimiliki insta famous dan hendak lah dilakukan setiap hari kerana apa yang sudah diketahui, untuk follow IG dalam satu hari ada hadnya juga. Tekni ini juga dikenali sebagai teknik curi follower insta.

2) Teknik Follow Insta Business

cara mudah naikkan follower, tambah follower instagram, cara mudah tambah follower instagram
Teknik ini sebenarnya sama saja dengan teknik yang pertama. Cuma teknik follow insta business ini di mana contoh kalau kita berniaga produk kecantikan, jadi kita kena cari produk apa yang famous sekarang ini (contoh: @quputeh.official), follower instagram business tersebut dan jangan lupa untuk gunakan teknik curi follower insta. Pastikan bila lakukan teknik ini jangan fokus pada hanya satu insta business yang diceburi, boleh juga untuk follow insta business yang lain.

3) Teknik Trending Hashtag

cara mudah naikkan follower, tambah follower instagram, cara mudah tambah follower instagram

Gambar di atas adalah contoh trending hashtag di Instagram. Kenapa perlu 'hashtag'? Rasanya semua dah tahu apa saja yang dicari oleh pengguna instagram yang lain lebih berdasarkan kepada hashtag. Contohnya, #kingcoco adalah salah satu hashtag yang trending sekarang ini memandangkan kisahnya sudah menjadi viral di seluruh Malaysia. Guna saja berapa banyak hashtag, lebih banyak hashtah lebih luas lagi produk kita dilihat.

4) Teknik Tinggalkan Jejak

cara mudah naikkan follower, tambah follower instagram, cara mudah tambah follower instagram

Teknik ini digunakan bila kita ke insta famous, tinggalkan sekali comment atau jejak supaya ramai yang tahu kewujudukan instagram kita. Kebiasaan teknik tinggalkan jejak ini dilakukan di insta artis-artis. TAPI INGAT, jangan terlalu agresif tinggalkan jejak di ruangan comment ini... Takut mula nanti di block.

5) Teknik Artis

cara mudah naikkan follower, tambah follower instagram, cara mudah tambah follower instagram

Teknik ini dikenali sebagai teknik artis. Boleh tengok cara-caranya pada gambar di atas.


Itu saja teknik-teknik yang Ainaa ingin kongsi dan yang Ainaa praktiskan. Teknik yang disenaraikan adalah teknik secara percuma bagi sesiapa yang ingin menaikkan follower instagram. Mungkin mengambil masa tapi ianya menjadi dan semudah a b c. Hanya perlu dilakukan setiap hari dan tak leceh, sambil-sambil iklan produk sambil itu kita praktiskan teknik-teknik ini. Ada saja cara yang cepat dan benda nak cepat sudah tentu berbayar. Yang ingin teknik berbayar boleh ke instagram @tambah_folowers_paid .


ANDA INGIN SEWA TAPAK ATAU IKLAN PRODUK DI BLOG INI? WHATSAPP SEKARANG 019-9632283 ATAU PRIVATE MESSAGE KE FACEBOOK AINAA AZLAN .

7 ulasan:

  1. Ya Allah . teknik teknik ni la yg buat kan orang menyampah ha ainaa . adeh , kesian artis artis tu dpt comment macamtu every time . kita yg org biasa baca pun menyampah dah . rasanya elok lagi kalau depa tu promote business secara sopan ke buat paid review atau mintak kawan tolong promotekan okay jugak . huhuhu .

    The Talking Diary

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah betul tu. teknik yg tinggalkan komen di insta artis tu aina xberapa suka sbb macam menyusahkan

      Padam
  2. nice share ! nak cubalah camni hehe

    BalasPadam
  3. boleh buat.. tapi please jaga limit untuk follow tu.. karang sia2 je ig awak kena banned.. lagi teruk kena delete dengan pihak instagram..


    http://www.syahirahvaliant.com/

    BalasPadam
  4. Wah menarik ni bole Ju praktikkan utk insta =D

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.