Bahaya Plagiarism!

plagiat, plagiarism, copyright, meniru, mencuri hak cikpta, assignment, credit, sumber


Awak, awak, yang tengah baca ni SILA BERHENTI PLAGIAT KARYA ORANG LAIN!! Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini isu copy paste tanpa dinyatakan sumber asal (credit) ini makin berleluasa. Tidak kira sama ada plagiat karya (hasil tulisan) penulis dalam bentuk buku atau novel atau pun plagiat isi kandungan sesebuah website atau blog. Minggu lepas kecoh di kalangan penulis-penulis novel apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalin semula novel-novel di pasaran dan disiarkan di aplikasi seperti Wattpad dan BeeTalk. Untuk kes copy kandungan dari website atau blog lain dan paste di blognya tanpa ditulis sumber malah mengaku itu adalah hak dia itu juga sentiasa berlaku dari dulu lagi. Tapi apabila karya kita sendiri yang ditulis di blog Nik Ainaa kena plagiat oleh website yang beribu pengikut, memang saya marah! Curi, paste dan claim artikle itu ditulis oleh mereka!

Tahukah PLAGIARISM itu DILARANG sama sekali? Ya! Ada orang menganggap benda copy and paste ini benda biasa dan tak salah, mungkin mereka tak tahu kalau di universiti mereka akan belajar betapa pentingnya copy rigt ini dan plagiat hasil orang lain itu adalah sebab utama untuk gagal dalam subjek. Berani mahasiswa mahasiwi plagiat assinment orang lain, lecturer akan dapat kesan dengan mudah dengan menggunakan satu system software ini, dan bila-bila masa saja assignment itu dicampak dan digelar sebagai 'sampah' sebelum mereka yang plagiat ini digagalkan dalam subjek tersebut. Itu isu dalam universiti, belum lagi isu plagiarism diluar sana yang boleh disaman dan dibawa ke mahkamah! Ada ke sampai saman-menyaman? Ada, kenapa tidak ada sedangkan kes novel di bawah penerbitan Lovenovel yang diambil dari kilang dan dijual murah-murah oleh orang tidak bertanggungjawab juga boleh disaman, apatah lagi kes lain.


APA MAKSUD PLAGIARISM?


Maksud plagiarism yang tertulis di pustaka.upsi ialah perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil dapatan atau ciptaan sendiri. atau Dalam bahasa mudahnya, plagiarism adalah menciplak sesebuah karya dan mengaku sebagai hasil tulisannya tanpa diberitahu sumber sebenar karya/artikel tersebut.


Plagiarisme adalah Jenayah di bawah Kanun Kesiksaan


Kesalahan plagiat adalah jenayah di bawah kanun kesisaan yang boleh dikenakan tindakan sivil atau tindakan jenayah, dimana hukuman mandatori jenayah adalah penjara. (cc: universitipts)



Beringat sebelum kena. Jadi untuk mengelakkan dari dikenakan sebarang tindakan disebabkan kecuaian kita sendiri iaitu mencuri hasil cipta orang lain, pastikan setiap kali kita menyalin semula karya orang lain haruslah disertakan dengan sumber yang diambil. Jangan pernah sesekali terlihat dengan  plagiarism kerana bahaya plagiarism itu membinasakan.

comment dan share jika anda setuju.

6 ulasan:

  1. Jangan suka2 tau ambik karya orang lain tanpa memikirkan hak orang lain..sama2 kita fikirkan..

    BalasPadam
  2. Sekarang ni ramai org nak jalan pinyas jer..main cedok jer tulisan org lain..dahla tak.bagi kredit langsung ..siap ngaku plak tu entri dia..

    BalasPadam
  3. At least kredit lah kan..akk pun pernah gak 1 komuniti amek gambar akk kt page dia. Page femes gak.

    Erm..nmpk sgt cetek ilmu

    BalasPadam
  4. ooo..rupanya berat juga hukumannya. cetak rompak pun lg berat kan

    BalasPadam
  5. Itulah takut juga nak main copy paste hak orang nie kan..

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.