cara putihkan gigi, tips putihkan gigi, cara mudah putihkan gigi, memutihkan gigi


Entry yang lepas Ainaa ada share "MAKANAN JUGA MENYEBABKAN GIGI MENJADI KUNING" dan awak yang tengah membaca entry sekarang ni yang belum baca entry itu, boleh terjah ya lepas dah habis baca cara-cara putihkan gigi yang Ainaa share. Sumber yang ditulis adalah dari sumber yang digabung dari web Kasih Petua dan Nisa Kay.



TIPS PUTIHKAN GIGI YANG KUNING



SIWAK

Jangan remehkan salah satu jenis kayu yang sudah digunakan dari zaman Rasulullah ini. Sebab sampai saat ini, sudah banyak sekali saintis yang membenarkan bahawa siwak memang terbukti berkesan dalam mencerahkan warna gigi.


STRAWBERRY

Beberapa buah yang ada di sekitar  memiliki kelebihan yang tidak Anda duga sebelumnya. Seperti buah strawberry, mungkin hingga kini belum banyak orang yang menyadari selain dari bentuknya yang cantik dan rasanya yang menyegarkan, juga bisa dijadikan sebagai ubat pemutih gigi alami. Dengan cara mengunyahnya secara rutin, gigi Anda sudah bisa mendapatkan manfaat tersebut. 


KULIT LEMON

Sudah dari zaman lalu ramai orang yang menyadari manfaat dari buah lemon. Bahkan, bagian kulitnya juga bisa dimanfaatkan untuk memutihkan gigi. Caranya ialah dengan menggunakan lapisan dalam kulit lemon untuk menggosok permukaan kulit secara merata.


SERBUK KARBON/ARANG

Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit gituh. Then bila betul-betul untuk bersihkan serbuk karbon, kang tertelan lak. Serbuk karbon akan serap kotoran terkumpul pada gigi. 


MINYAK ZAITUN

Yang ni pon boleh bantu putihkan gigi. Cari minyak zaitun asli, bukan yang dah proses dia bau wangi tu tau. Sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh jugak titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.


PRODUK TENUSU

Kajian mendapati bahawasanya KEJU, SUSU dan YOGURT mengandungi mineral yang membantu menguatkan gigi dan membantu memutihkan gigi. Selain tu, susu dan yogurt dapat membantu mengekalkan kebersihan kaviti mulut.


BAKING SODA

Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi, tapi sikittt je ye ! Tak boleh banyak banyak. Campur dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria gituh. So gigi dan gusi akan terhindar dari bakteria.

3 Comments