Bila Ke Pasar, Nafsu Berkobar-Kobar

Tipu lah kalau cakap nafsu tak berkobar-kobar bila ke pasar. Ainaa rasa majoriti yang pergi ke pasar tak kira lah lelaki ke perempuan mesti akan bernafsu. Nafsu makan lah, jangan pikir lain pula. Betul kan kita akan habiskan banyak duit dan beli apa-apa saja yang kita terliur bila ke pasar, lebih-lebih lagi pasar malam. Macam kat PJ dulu dengan Gombak, pasar malam hanya pada hari Rabu setiap minggu dan itu pun dari pukul 4 petang sampai 8 malam macam tu je. Sudah tentu lah akan ramai yang serbu kan. Kalau pasar kat tempat Ainaa ni, pelajar Uia dan UniKL sekaligus yang serang itu sampai panjang betul nak kena beratur. Lain pula dengan pasar malam Wakaf Che Yeh di Kelantan, setiap hari ada pasar malam dari pukul 6 petang sampai jam 2 pagi kut. Entah lah Ainaa pun tak pasti sebab jarang sangat ke pasar malam (setahun tu sekali je kut pergi) dan tak pernah pun lepak sampai pagi. Jadi pasar kat sana tak adalah sesak dengan orang tapi kalau hari cuti atau perayaan... Itu jangan cakap, memang jalan jem terus.


pasar, pasar malam, pasar malam wakaf che yeh, pasar malam uia
gambar hiasan


Kelmarin hari rabu, pertama kali Ainaa keluar pergi pasar. Tak sangka pula pasar kat sini jenis memanjang dan di sebelah kiri saja ada gerai tapi tak ada lah besar kalau nak dibandingkan pasar malam WCY tiga kali ganda besarnya. Kelmarin habis kelas pukul 6:30 tu terus ke masjid solat Asar dulu dan baru kita orang jalan kaki gi pasar. Kena jalan kaki sebab bas dah tak ada waktu tu dan balik ke hostel (Mahallah) pun terpaksa jalan walau jauhnya yang amat. Bila dah lama tak ke pasar ni tentu lah macam-macam nak beli kan. Lebih-lebih lagi banyak benda yang dah lama tak makan dan bila terjumpa kat pasar tu terus nafsu makan berkobar-kobar.

Banyak makanan yang terliur tapi Ainaa hanya habiskan RM3 sahaja! Ainaa dapat beli Cempedak goreng je memandangkan masa nak beli ayam gunting dan manggo jus tu ramai sangat orang. Fuhh, jimat juga duit tapi dalam masa yang sama macam tak berbaloi je pergi pasar jalan jauh-jauh tapi beli cempedak goreng je. Tak pernah dibuat den la, ini kali pertama tapi selamat la duit. Hehe Dekat PJ dulu biasanya kalau Ainaa pergi pasar mesti akan habiskan RM10 ke atas dan kurang dari RM20, yang itu bila balik ke mahallah mula la rasa menyesal. Dan tidak untuk kali ini! Tak menyesal sebab dapat jimat duit.

Konklusinya, nak ke pasar sila kawal nafsu makan masing-masing ya. Memang puas dapat makan apa yang kita nak tapi kadang-kadang beli banyak pun tak habis, buang, membazir je. Lepas itu mula lah nak rasa menyesal sebab duit dah banyak melayang. Kalau memang tak boleh kawal, bawa je duit cukup-cukup apa yang kita nak beli... Jangan bawa lebih, beg duit tinggal. Itu baru dapat jimat tapi jangan pula bawa sampai RM50, itu kira banyak juga. Cuba lah buat bawa ke pasar RM10 je ke, selamat duit kita.

JIMAT CERMAT ITU KAN AMALAN MULIA

10 ulasan:

  1. Betul tu, pergi pasar malam mesti banyak benda yang nak dibeli. Tapi, kalau syed lebih suka pergi untuk cuci mata tengok makanan sahaja. bukannya nak beli sangat pun tapi lebih kepada suka jalan2.

    BalasPadam
  2. Labur duit kt mknan iru tak rugi .heheh ... nice tips yg last tue .. jgn bwa dompet ..bw rm10 ..heheh ..tips bajet

    BalasPadam
  3. asal nak ke pasar mesti nak cari makanan..hihi..

    BalasPadam
  4. sekarang bawa rm50 pergi pasar mlm pun boleh habis tau..

    BalasPadam
  5. Nafsu makan tu memang susah nak kawal... bila ada pasar, selangkah jalan jumpa makanan, jalan selangkah je makanan... rambang mata je...

    BalasPadam
  6. Kak Sue kalau pergi pasar paling teruja bahagian ulam-ulaman dan buah-buahan..memang sakan borong..

    BalasPadam
  7. nafsu besar, lepas tu x makan kdg2 kalau nk g pasar bw rm5 je sbb xnk elak membazir..memang x makn punya... btw gambar hiasa tu lawa, baru nk tnya kat mn..hihii

    BalasPadam
  8. kadang2 ikut nafsu, banyak beli makanan itu, ini,
    penghabisannya buang aje.
    Membazir.

    BalasPadam
  9. airah pegi pasar pun boros yakmattt.sabar jelah

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.