AFB FEEDS

Bingsu Di Caffé Bene

bingsu, aiskrim korea, korea, food lover, k-pop, hanbing, caffe bene, ioi mall

















Peminat-peminat korea tentu tahu pasal BINGSU dan mana-mana food lovers pun tentu akan
memburu bingsu ini kan memandangkan ianya sangat menggoda dan tergugat iman dibuatnya. Mula-mula Ainaa tergoda dengan bingsu ni bila ada sponsored di facebook yang cafe korea tu, Hanbing kalau tak silap. Memang menggoda sungguh dan time tu juga dah plan dengan kawan-kawan nak try makan bingsu atau aiskrim korea ni. Jadi dua minggu lepas kita orang pun keluar pergi IOI Mall di Puchong sebab ingatkan Hanbing tu ada juga kat sana... Rupa-rupanya hanya di IOI Putrajaya yang ada dan satu lagi di Bangsar. Sedih juga la sebab dah plan kan tapi boleh pula tersilap tempat. Hahaha. Nasib baik sorang kawan Ainaa tu dia cakap Caffe Bene pun ada jual bingsu ni, maka kita orang pun masuk la ke sana. Jadi tak ada lah kempunan sangat kan.


bingsu, aiskrim korea, korea, food lover, k-pop, hanbing, caffe bene, ioi mall



Tapi bila masuk je, terus kita orang blur. Tak tahu nak order apa sebab bingu manggo yang kita orang nak tu tak ada. Tapi last-last beli je yang Cookies & Cream bingsu (sebalah kiri gambar) yang double punya atau big bowl la tu untuk dikongsi seramai empat orang. Biasala kan time pergi tu hujung-hujung bulan jadi kena berjimat-cermat tapi kira ok lah empat orang share bowl besar. Pertama kali makan bingsu dan ternyata memang sedap walau mula-mula tu Ainaa rasa cookies & cream bingsu tu tak menarik minat. Yalah, warna putih je kan lain la dengan bingsu manggo... menggoda! Nasib baik sedap weh kalau tak ada juga yang balik frust menonggeng. Harga untuk double RM22.8 dan bila dibahagi empat memang ok sangat. Apa pun lain kali nak juga pergi Hanbing dan rasa sendiri manggo tu, cukup-cukup la telan air liur tengok di Facebook.

You Might Also Like

8 Surat Cinta

  1. kena pergi try nieyh! elsa dah laa gila makan hahaha

    singgah isi tabung :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/tahniah-kepada-pemenang-giveaway-new.html

    ReplyDelete
  2. Macam sedappp je, haish menggoda betul gambar tu :D

    ReplyDelete
  3. Bingsu yang ni macam murah sikit dari Bingsu Hanbing yang saya pergi tu hehehe.
    jom check dekat

    https://anothersyed.blogspot.my/2017/02/food-review-hanbing-korean-dessert-cafe.html

    ReplyDelete
  4. ya allah ainaaaa...sedapnyaa..dah la tengah craving benda sweet2 ni..huhu

    ReplyDelete
  5. Maksud Bingsu apa? Macam ABC juga kan? Kalau musim panas ni memang tak cukup makan 1 bowl...

    ReplyDelete
  6. nampak sedap ! memang ada plan nak try bingsu tapi tunggu masa jee

    ReplyDelete
  7. oooo camtu rupanye bingsu.. Adehhh tak penah tahu dan tak pernah rasa.. hehehe

    ReplyDelete