AFB FEEDS

Kesihatan Merosot?

Entry yang lepas-lepas (entry KeTaweRiang UIA Gombak) Ainaa ada mention yang Ainaa baru sambung degree tapi sekarang rasa macam nak lari balik ke Kelantan je. Dari kecik lagi Ainaa ada alahan dengan habuk dan bukan jenis yang tahan sejuk, kalau tak memang boleh sakit berhari-hari. Tapi ni nak buat macam mana ni dah minggu ke dua, tiap-tiap hari terkena selesema. SETIAP HARI! Seksanya bila hari-hari susah nak bernafas sebab hidung tersumbat dan bila terkena selesama ni, susah nak sembuh. Ainaa rasa hari-hari terkena selesema tu sebab bilik ni selalu tertutup dan buka tingkap pun tak boleh jadi udara dalam bilik ada habuk. Dan kat sini air bukit sejuk sampai ke tulang dan bila pagi-pagi dah kena air memang mula terbersin-bersin lah sampai nak pergi kelas pun tak selesa. Diri sendiri tak selesa dan orang sekeliling kita pun mesti tak selesa bila ada yang asyik bersin je.

kesihatan merosot, selesema, selsema, uia gombak, uia, kesihatan, tips, tips merawat selesema



Ada siapa tahu tak macam mana Ainaa nak rawat selesema ni yang dah dua minggu berturut-turut tak hilang. Kalau ada tips dan nasihat boleh share di ruangan komen ya. Sedih la bila kesihatan merosot macam ni, apa kerja pun rasa tak selesa.

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. Kalau kak PC bila kerap batuk atau selesema biasanya amalkan minum air madu suam...bagi badan hangat sikit...setakat ni alhamdulillah ok...

    ReplyDelete
  2. kesiannye awak.. semoga cepat sembuh ye.. kalau Nurul asyik bersin2 macam tu.. Nurul selalu bawak vicks dekat kelas and selalu bau vicks tu.. Alhamdulillah kurang..

    ReplyDelete
  3. Awal2 lagi rasanya, nanti dah lama dah biasa lah tu, kalau boleh pakai medical mask tu... kalau nampak janggal, pakai yang ada corak2 tu..

    ReplyDelete