Lagi Kes Kucing Tersepit Pintu 'AutoGate'

Ingat lagi tak kes dua minggu lepas pada 30 Januari heboh pasal kucing yang tersepit pintu jenis autogate ini. Sedih sangat tengok video dan gambar kucing yang diberi nama 'Gate' tak boleh jalan selepas diselamatkan oleh beberapa orang penduduk dan ke esokkanya, Gate disahkan mungkin lumpuh. Allahu. Ainaa tak kuat la kalau melibatkan haiwan comel ni... Berair jugak mata dibuatnya bila tengok video dan gambar Gate seret kaki. Kesian sangat dengan kucing Gate tu. Nasib baik ada insan yang baik hati untuk jaga dan rawat Gate, kalau dibiarkan macam tu.... Aish. Tak sanggup nak bayangkan macam mana Gate nak survive di luar sana dengan keadaan kakinya lumpuh. Berterima kasih sangat-sangat kepada insan yang jaga Gate, tolong ya jaga Gate betul-betul. Besar ganjaran kita berbuat baik pada binatang ini.

kucing tersepit pintu autogate, kucing gate, kucing tersepit, kucing lumpuh, autogate, pencinta kucing, kucing, kelab kucing ku sayang

kucing tersepit pintu autogate, kucing gate, kucing tersepit, kucing lumpuh, autogate, pencinta kucing, kucing, kelab kucing ku sayang


Itu kes kucing si Gate. Hari ini Ainaa ternampak pula post yang di share dalam group 'Kelab Kucing Ku Sayang', juga kes kucing tersepit pintu autogate. Ya Allah, kenapa banyak sangat ke kucing tersepit ni? Bila tahu kes macam ni mula-mula ada juga rasa marah kat tuan rumah punya autogate itu tapi bila fikir balik mungkin dia orang tak perasan dan tak sengaja kan. Sudah menjadi nasib kucing tersebut tapi aduhai.... Entah la. Rasa nak juga marah tuan rumah. Huhu Kucing memang tidak berakal tapi tolong ya siapa-siapa yang menggunakan pagar jenis autogate ini untuk pastikan tiada orang dan binatang yang menjadi mangsa tersepit. Ainaa tahu biasanya yang jenis autogate ini mesti akan keluar menonong tanpa tengok dah pintu tu tapi apa salah kalau tuan rumah tunggu dulu pintu tertutup. Eh, atau buat la macam mana pun asalkan tak ada yang jadi mangsa. Sedih tau tengok haiwan tak bersalah ni sekelip mata jadi cacat.


kucing tersepit pintu autogate, kucing gate, kucing tersepit, kucing lumpuh, autogate, pencinta kucing, kucing, kelab kucing ku sayang


Terima kasih sangat pada yang membantu kucing-kucing tidak bernasib baik ini. Mulianya hati mereka. Semoga perbuatan baik mereka dibalas dengan kebaikan, insyaAllah. Kita pun kena contohi sikap macam ni, bantu haiwan tak berdosa ini walau pun mungkin ada yang tak sukakan bulus ini tapi apa salah tunjuk sikap perikemanusiaan yang ada ini.

2 ulasan:

  1. Alahai kesiannye... Susah juga kalau auto gate ni ye.. hurmm

    BalasPadam
  2. macam-macamkeskalau dh nakjadikan.Anyway jemput ke blog sy.. sy budak baru belajar. http://liyanazafril.blogspot.my/

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.