AFB FEEDS

Viral Kisah 'Tokwan' Yang Masih Belajar

TOKWAN DAH BERUMUR PUN MASIH KUAT ULANG ALIK KE KELAS!






Tengah layari Facebok tiba-tiba ternampak satu posting yang di share dari OHBULAN. Kisahnya seorang 'Tokwan' yang merupakan pelajar uia sedang mencari kelas dan cerita ini di tweet oleh student uia juga di Twitter. Terbaiklah Tokwan walau dah berumur tapi masih gigih belajar dan apa yang paling Ainaa kagum jadual kelas Tokwan itu berterusan tiga subjek tanpa ada gap! Nak pula kalau ketiga-tiga kelas itu berbeza kuliyyah... fuh kalau Ainaa mahu lembik lutut. Setiap kali habis kelas memang akan habis 10 minit awal tapi kalau dah kelas pertama di Kuliyyah HS dan kelas kedua di IRK, memang berlari lah jawabnya. Jauh setakat mana antara dua Kuliyyah itu, Kuliyyah IRK di hadapan berdekatan pintu masuk Uia manakala Kuliyyah HS di belah belakang. Senang kata dari hujung ke hujung la. Tapi itu kelas Ainaa lah. Tokwan itu kelas di Kuliyyah AIKOL dan kalau tak silap Ainaa Kuliyyah AIKOL jauh juga dengan masjid.



NOMBOR 'KOD RAHSIA' SETIAP KELAS, SETIAP KULIYYAH


Kalau tak sesat cari kelas, bukan Uia namanya! Ainaa tak pasti universiti lain juga ada 'kod rahsia' seperti uia atau pun tak tapi student first year macam Ainaa ini memang mula-mula tengok nombor kelas itu dah berpusing-pusing nak cari. Dah rasa macam nombor bilik rahsia je setiap kod tu. Contohnya kelas Ainaa LR 3 1.23... Mula-mula memang tak faham tapi dah beberapa minggu kat sini dan Ainaa pun lebih kurang 4 kali buat campus walk... Boleh la jumpa tapi belum pro lagi. Nak ke kelas kena lalu jalan yang sama yang setiap hari Ainaa lalu dan kalau Ainaa dari tempat lain dan nak ke kelas, memang boleh sesat. Nasib baik selama ini ada kawan-kawan jadi kalau sesat pun sesat bersama. Hehe sorang-sorang mau menangis.



KULIYYAH LAIN, KELAS DI KULIYYAH YANG LAIN


Ada orang Kuliyyah IRKHS, tapi kelas kau di Kuliyyah ADM. Senang kata, jangan ingat kelas yang dapat hanya ada di Kuliyyah kau.... Memang tak lah. Nasib baik kelas Ainaa di HS dan IRK je. Dan setiap kelas mesti ada gap jadi tak ada lah terkejar-kejar sangat.


map iium gombak, map uia, uia gombak, viral tokwan cari kelas, life di uia
map iium gombak



Ainaa pasti setiap universiti ada kelainannya dan ada cabarannya tapi apa pun kita sentiasa bersemangat nak ke kelas. Tak kira lah jalan ke je ke atau naik bas atau ada kenderaan sendiri. Dan sudah tentu pengalaman sepanjang kita belajar di universiti tersebut akan terbinanya banyak kenangan pahit-manis dan kisah lucu ke atau kisah memalukan kita. Hehe Semoga kita dapat terus beristiqamah untuk belajar. Kalau rasa malas ke kelas, cepat-cepat ingat Tokwan yang gigih cari kelas itu. Malu la kalau kita yang muda ini kalah sedangkan Tokwan mampu je.

You Might Also Like

3 Surat Cinta

  1. Pengalaman reen belajar dlu kampus kecik je. Jadi, hanya sesat waktu kali pertama saja.. Lps tu alhamdulillah hehee

    ReplyDelete
  2. betul tu. zmn sy belajar dlu,kite panggil kamsis A dan B. kamsis A kat pintu masuk.Kamsis B kat pintu belakang yg asalnye dl maktab perguruan. Berlari kauuuuu... haha. trun bukit naik bukit. smp kelas berpeluh ketiak. lepas tu class cancel.. ape la perasaan kan?haha..bile ingt rasa kelakar. sekarang dah 9 tahun di alam pekerjaan..

    ReplyDelete
  3. Pelik betul bentuk bangunannya tu... jenuh nak berjalan... hehe..

    ReplyDelete