Be A Better Muslim

To be a better muslim, how to be a better muslim, muslim, muhasabah, be a better muslim


Dari hari ke hari berlalu, tak sangka kan sekarang kita sudah masuki bulan ke tiga dari dua belas bulan. Rasa seperti ambang tahun baru 2017 baru je dirasai tapi rupa-rupanya sudah dua bulan berlalu. Sepanjang dua bulan ini apa saja yang kita buat, yang kita lakukan? Dua bulan berlalu, ada ke perbuatan kita yang menyenangkan mak ayah dan menjaga mereka dengan kasih sayang? Dalam tempoh yang singkat ini, sebanyak mana ilmu yang kita peroleh? Tak kisah la ilmu dunia atau ilmu akhirat, apa saja yang kita dapat? Dua bulan ini, ada kita perbaiki diri menjadi yang lebih baik? Sikit pun jadi lah. ADA KE?

Ayat yang selalu orang guna, 'cepatnya masa berlalu', 'eh, pejam celik pejam celik je'. Cakap saja boleh, tapi di mana usaha kita selama tempoh yang berlalu pergi? Fikir balik apa yang kita telah lakukan sepanjang dua bulan tahun 2017 yang telah berlalu ini. MUHASABAH DIRI. Sesekali kena 'sentap' kan diri sendiri sebab bila kita tak muhasabah, sampai bila-bila kita duduk di takuk yang sama. Nak jadi mujahid-mujahidah kena sentiasa perbaiki diri dan terus istiqamah untuk menjadi 'a better muslim'. Tak perlu lakukan perubahan secara drastik, perlahan-lahan juga boleh selagi mana kita kuat untuk lawan nafsu, hasutan dan dugaan.


"O Allah, I need Your help to be a better muslim. I know I make it hard on myself and don't try as hard as I should but please don't give up on me."

4 ulasan:

  1. betul tu sis, harus setiap kali solat kita ni kena muhasabah diri

    BalasPadam
  2. Betul tu, rasa cepat sangat masa berlalu....sedar-sedar dah bulan 3 dah...

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.