Reaksi Sepatutnya Ibu Bapa Bila Anak Mendapat Keputusan Peperiksaan



Seperti yang dihebahkan dua hari lepas adalah tarikh di mana keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar bagi yang lahir tahun 1999. Generasi terakhir budak-budak 90-an, lepasni generasi 90-an semuanya dah tua, tak ada dah gelaran kanak-kanak. Cakap pasal SPM ni kan, Ainaa ingat lagi kita orang dulu-dulu panggil tarikh tu sebagai tarikh 'maut' seolah-olah 'tarikh mati' untuk pelajar. Memang lah keputusan SPM sangat menakutkan kerana ramai yang kata itu adalah penentuan masa hadapan kita. Betul atau tidak itu terserah kau orang la. Tapi bagi Ainaa masuk IPTA atau tak itu rezeki masing-masing.

Jangan ingat keputusan rendah tak dapat IPTA dan jangan ingat yang tak dapat keputusan cemerlang tu tak ada masa hadapan. Itu semua dusta. SPM bukan la penentuan tetapi permulaan. Jadi untuk adik-adik yang bersedih dengan keputusan SPM jangan la sedih lama-lama, jangan putus asa, panjang lagi perjalanan nak ke menara gading tu. Bila-bila masa je kau boleh bangkit dan terus menuju puncak dik oi. SPM mungkin gagal, tapi masa depan kelak entah-entah kau yang paling berjaya berbanding yang dapat cemerlang. Jangan sesedih, okey.  Pesanan ni memang clichĂ© tapi Ainaa nak tulis jugak sebagai sokongan untuk pelajar SPM 2016 ini.


NASIHAT KEPADA IBU BAPA :

Kepada mak ayah yang ada anak SPM dan mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan, tolong jangan pulaukan anak anda. Ainaa sedih betul bila tengok ada pelajar yang kena pukul dan maki oleh ibu bapa mereka sebabnya keputusan peperiksaan SPM mereka teruk atau gagal. Paling kesian bila kita tanya, budak tu ada je dapat 'A' dan mungkin bukan straight 'A'... Boleh pula mak ayah maki-maki anak tu di sekolah tu jugak, depan-depan orang ramai. Ya Allah, kesian la anak awak tu. Seteruk mana keputusan yang anak kita dapat, jangan sesekali lakukan perkara-perkara ini:

1) Maki atau marah anak tak kira di tempat awam atau di rumah
Pedih hati anak tu kalau mak ayah marah-marah dia. Sudah la kecewa dengan keputusan peperiksaan yang dia telah usahakan, tambah kecewa bila keluarga tak beri sokongan malah dimarahnya budak tu. Alahai, makcik pakcik tolong jangan jadi kejam. Tolong jangan lakukan mental abuse terhadap anak-anak. Dan kalau ya nak marah sayang (membebel) tu jangan di sekolah atau di tempat awam. Bukan setakat anak kita yang malu, dengan makcik pakcik sekali orang akan kata. Orang kata anak kita dapat keputusan SPM teruk tak apa, jangan orang kata kita ibu bapa yang tak berhati perut.

2) Bandingkan keputusan anak dengan orang lain
Ini pun dikira mental abuse. Jika mak ayah selalu mengungkit dan bandingkan keputusan peperiksaan anak yang tak memuaskan dengan keputusan peperiksaan orang lain yang cemerlang, tak kira sama ada adik-beradik dia sendiri, sepupu-sepapat atau anak orang lain... JANGAN! Stress budaknya nanti. Silap-silap budak tu boleh jadi pedendam. Jangan nak buat perbandingan anak kita dengan orang lain sebab setiap anak ada kelebihan yang tersendiri. Mungkin akademik anak kita gagal, tapi mana tahu bidang lain dia mahir. Kita sebagai ibu bapa yang main peranan cari kelebihan anak kita, cungkil bakat yang tersembunyi. Jangan ingat bodoh dalam akademik maka bodoh dalam segala hal. SALAH SAMA SEKALI! Tolong la ubah pemikiran tu.



Ibu bapa zaman sekarang kebanyakkannya suka marah-marah anak bila dapat keputusan buruk dan ianya bukan tindakan yang betul. Ya, Ainaa tahu sebagai ibu bapa mesti la nak anak dapat keputusan yang cemerlang kan tapi kalau dah anak tu dah usaha cuma bila time exam adalah tu dia tersalah buat ke apa, dan bila keluar result tu jangan la maki anak tu. Sebagai orang tua kita patut boleh fikir rasional dan lebih bertenang terima apa saja malah orang tua yang patut mainkan peranan besar untuk beri sokongan walau result teruk.

Ainaa ingat lagi time Ainaa nak SPM tahun 2014, Ainaa bukan main pulun belajar dan target tinggi mana yang Ainaa rasa boleh dapat... Sekali hari pertama exam SPM Ainaa jatuh sakit teruk dan boleh dikatakan sepanjang peperiksaan SPM tu Ainaa terganggu. Bila kita sakit, nak jawab exam pun terganggu dan bukan fizikal je terjejas, mental pun terkena tempias. Sepanjang SPM tu kerja Ainaa fikir negatif dan menangis je. Hati pun asyik sensitif.

 Nasib baik mami abah yang banyak beri sokongan, yang kata "jangan risau apa-apa sebab Ainaa dah usaha. Kalau tak boleh nak buat macam mana. Usaha pun dah.". Ainaa pun bila mami abah kata macam tu, Ainaa tawakal dan pesan siap-siap jangan taruh harapan dengan result nanti. Tapi, bila keputusan peperiksaan SPM keluar.... Alhamdulillah syukur sangat walau tak dapat yang target tapi masih ada dan jauh menyimpang dari sangkaan Ainaa yang ingat Ainaa akan gagal. Tapi tak banyak la yang dapat dan abah masih boleh senyum sambil melawak cakap "banyak dah tu 'A' nak banyak-banyak sangat buat apa". Haha Abah memang sempoi dan Ainaa syukur bila dapat mami abah yang selalu bagi sokongan kat anak-anak. Tambah bersyukur bila dapat panggilan ke UIA dan sudah tentu orang yang paling gembira adalah mami abah. 



Rezeki yang tak dijangka-dijangka kita tidak tahu. Jadi jangan cepat mengalah, jangan kata diri kita tak berguna, jangan kata kita tak ada harapan. Eh, dik, makcik pakcik, SPM tu bukan penentuan hidup laa. Gagal sekarang tak semestinya akan gagal selamanya. Berjaya sekarang tak semesti akan terus berjaya. Be positive, okay.

5 ulasan:

  1. SPM bukan penamat segalanya. Bukti dah banyak. Yang failed SPM pun lagi ramai yang berjaya dari straight A's.. Hehe

    BalasPadam
  2. singgah malam minggu...
    betul tu..walau apa pun keputusan yg diperolehi..
    ibu ayah perlu terima dan terus memberi sokongan...
    kalau sudi,meh la join segmen yg sedang berlangsung....
    http://seindahcerita.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-seindahcerita-by-nieyl.html

    BalasPadam
  3. Kak Sue setuju..benda yang sama juga Kak Sue kerap bagi tahu pada anak-anak Kak Sue..keputusan peperiksaan bukan penentu masa depan.. :)

    BalasPadam
  4. Ibu bapa ni kena tahu, result tu hasil daripada ibu bapa itu sendiri juga sebenarnya. Dekat rumah ada tak pantau progress anak2? Ada tak tanya kerja sekolah anak dah siap ke belum? Dan kalau anak tu dah berusaha tapi masih tak dapat apa yg diinginkan, janganlah marah dia. Usaha semua dah ada kot, mungkin bukan rezeki dia lagi. Well said aina.

    BalasPadam
  5. Yang ibu bapa marah tu bagi anak2 yang malas belajar dan ambil SPM sambil lewa aje.
    Bila keputusan keluar baru menyesal. Bagi yang dh habis usaha tu okaylah, apa2 keputusan kita terima.

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.