SEPHORA: Tampil Elegan Dengan Lancôme Paris


WANITA dan KECANTIKAN. Tiada perpisahan sama sekali tidak kira yang remaja mahupun dewasa. Wanita, tak suka pakai makeup macam mana pun pasti ingin tampil cantik, elegan dan menawan kan. Wanita mana pun pasti sukakan make up dan kalau ya tak suka, kahwin nanti mesti pakai juga. Sebab itu Ainaa kata wanita dan kecantikan, wanita dan makeup tak akan berpisah. Kita ni, diciptakan sebagai makhluk yang semula jadi cantik dan bila kenakan makeup, tentu la lagi lawa! Tapi nak tahu tak apa yang membuatkan kita lagi nampak menyerlah? Okey, mari-mari semua wanita cantik yang tengah baca tu, Ainaa nak bagitahu rahsianya.


Anda pernah dengar tak SEPHORA? Dulu-dulu Ainaa mampu lalu je depan kedai SEPHORA dan jeling-jeling sikit, jadi mana pernah beli produk kecantikan dari SEPHORA. Apa yang Ainaa tahu, SEPHORA memang famous dan mana-mana foreigner, dari Korea terutamanya pasti akan cari kedai SEPHORA untuk beli barang-barang makeup. Ini berdasarkan apa yang Ainaa tengok vlog orang Korea yang datang ke Malaysia la. Dulu lalu je depan kedai, sekarang? Yeay, Ainaa dapat merasa shopping produk Lancôme Paris di SEPHORA bila Ainaa dapat baucer tunai dari SEPHORA! Sudah tentu dengan sepantas mungkin Ainaa order makeup Lancôme, siapa je tak excited kan kalau dah dapat baucer tunai atau lebih tepat lagi percuma. 


Tadaa! Inilah hasil shopping guna baucer yang Ainaa dapat tu. Susah betul nak buat keputusan nak beli barang makeup apa dari Lancôme sebab Ainaa rasa semuanya Ainaa nak! Semua produk buat rambang mata je tapi akhirnya Ainaa beli makeup yang basic iaitu lipstick L'Absolu Rouge dan bedak Blanc Expert Cushion Compact SPF 23/PA ++ Duo Refill. Terbeliat lidah nak sebut tapi pakai je bedak dan gincu ni terus rasa diri ini sangat elegan! Memang berbeza dengan apa yang dipakai sebelum-sebelum ini dan produk dari Lancôme mampu memikat hati siapa-siapa saja termasuk Ainaa sendiri.




Perbezaan makeup dari Lancôme Paris dan makeup dari jenama lain, bila kita pakai je bedak compact tu warna cream bedak tu lain dari yang lain dan bila pakai di muka, nampak seperti natural beauty gitu. Lipstick Lancôme pula warna sangat menawan lagi-lagi bila pakai di bibir, nampak sangat menyerlah. Elegan! Rasa bertuah sangat bila dapat merasa pakai produk dari Lancôme Paris ni, kalau tak sebab SEPHORA beri baucer tunai tu... Memang tak akan pernah merasa la jawabnya. Maklum la Ainaa masih belajar dan belum kerja. Tapi lain kali kalau anda nak beli make up, Ainaa syorkan beli makeup Lancôme Paris di SEPHORA. Ada banyak lagi pilihan barang-barang makeup di SEPHORA dan boleh beli terus di SINI. Apa pun, terima kasih SEPHORA beri peluang untuk Ainaa merasai menjadi elegan dengan Lancôme Paris.

2 ulasan:

  1. Bestnya.. Syok masuk sephora... semua rasa nak beli. hihi

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.