TRAVELOKA SALE-ABRATION: Diskaun Hebat Untuk Hotel Dan Penerbangan!

Selamat bercuti semua! Apa yang Ainaa tahu, cuti persekolahan sudah bermula pada hari ini dan begitu juga pelajar universiti., ada yang bercuti kerana ‘study week’ dan ada juga yang bercuti sebab ‘mid-sem break’. Kalau yang cuti study week tentu-tentu sibuk buat persediaan peperiksaan yang bakal berlangsung selapas tamat je cuti study week kan. Sama je dengan Ainaa, nama je mid sem break tapi tak sempat nak melancong kalau assignment dah bertimbun. Senang kata, walau pun ramai yang bercuti selama seminggu ini sudah tentu ramai juga yang tak dapat pergi melancong kan. Cuti seminggu itu hanya sempat untuk pulang ke kampung dan kalau ya boleh pergi bercuti, tempat dekat-dekat saja yang sempat, jalan-jalan dalam negeri saja boleh la.

Tapi tak apa, jangan risau semua. Kalau cuti bulan tiga ini kita tak dapat manfaatkannya, apa kata kita buat plan awal-awal untuk cuti yang akan datang ini iaitu cuti pertengahan tahun bagi pelajar sekolah selama dua minggu dan cuti semester bagi pelajar universiti selama tiga bulan! Wah, lama tu cuti yang ada dan sangat rugi kalau kita tak plan dari sekarang. Mak ayah dah boleh fikir nak bawak anak-anak bercuti kemana dan Ainaa sendiri dalam kepala ni sudah rangka percutian bersama keluarga dan bersama rakan-rakan. Cuti tiga bulan, memang banyak tempat nak pergi.


Kenapa mesti plan cuti awal-awal? Banyak manfaatnya kalau kita dah merancang dari sekarang dan antaranya sudah tentu kita akan dapat tiket penerbangan dan hotel yang murah! Tapi kali ini, dengan TRAVELOKA SALE-ABRATION, kita dapat menikmati diskaun yang lebih hebat dari biasa! Eh, betul ke? Sudah tentu YA dan promosi hebat ini memang sedang berlangsung jadi sesiapa yang tak nak ambil peluang ini memang rugi. Nak bercuti ke mana? Bandar Ho Chi Minh, Jakarta, Bangkok atau Shanghai? Sebut ke mana saja anda mahu pergi, boleh terbang dengan promosi bersama TRAVELOKA SALE-ABRATION!

APA ITU TRAVELOKA?

·                    Traveloka adalah satu platform bagi sesiapa yang ingin menempah tiket flight dan hotel domestic atau pun antarabangsa
·                    Sebarang tempahan flight dan hotel boleh dibuat menggunakan aplikasi Traveloka atau di laman web
·                    Anda akan dapat mencari flight dan hotel yang terbaik disamping dapat memaparkan harga yang rendah dan berpatutan!

THE traveloka SALE-ABRATION



·                     Nikmatilah tawaran penerbangan untuk pelbagai destinasi  DAN tak lupa juga tawaran hotel yang akan buat anda rambang mata!

·                     BUKAN ITU JE, Diskaun tambahan 8% sehingga RM40 untuk tempahan anda, dengan menggunakan kod kupon DEALFLY (sah digunakan hingga 19 Mac 2017) di halaman pembayaran.
·                     Tempah dari: 10 - 31 Mac 2017

*UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH LAYARI https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration*


Dah tengok promosi hebat penerbangan dan hotel yang ditawarkan Traveloka? Memang rambang mata dan rasa semua tempat je nak pergi. Promosi ini lah yang kita kena rebut dan tempat dari sekarang sebelum tarikh tamat tempahan Traveloka sale-abration ini. Ainaa sendiri pun dah senaraikan tempat-tempat yang Ainaa nak pergi dan sekali dengan hotel yang ditawarkan. Senang sangat nak merancang percutian dengan Traveloka dan Ainaa suka!


KENAPA ANDA TIDAK BOLEH LEPASKAN PELUANG TRAVEL BERSAMA TRAVELOKA SALE-ABRATION?

(MANFAAT MENGGUNAKAN TRAVELOKA)

Transaksi dalam talian yang selamat
Keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. E-tiket atau baucar hotel akan diterima secara terus dalam emel anda.

 Hasil carian yang paling meluas
Perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah dengan mudah. Cari hotel terbaik dari yang bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tigerair, Firefly, AirAsia dan banyak lagi.

Kad Saya, penempahan pantas, pembayaran selamat
Jimat masa dengan mendaftar butiran kad anda sekali sahaja untuk tempahan akan datang dan maklumat kad akan dilindungi sepenuhnya.

Khidmat Pelanggan 24/7
Perlu bantuan? Hubungi kami pada bila-bila masa melalui emel, telefon atau perbualan langsung.

Urus tempahan dalam talian anda
Log masuk untuk mengakses e-tiket/baucar hotel pada semua peranti anda, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian.



Eh, kenapa masih termenung lagi? Jom kita plan cuti kita sekarang dan jangan sesekali lepaskan peluang ini. Promosi hebat seperti TRAVELOKA SALE-ABRATION ini susah tau nak jumpa. TEMPAH TIKET PENERBANGAN ANDA SEKARANG! Hanya di atas talian: https://www.traveloka.com/en-my/

4 ulasan:

  1. cuti sekolah ni, xda plan ke mna2 dgn kluarga. masing2 sbuk dgn kerjaya.. huhu.

    BalasPadam
  2. Best kalau dapat bercuti kat luar negara. Tapi tak berkesempatan ag.

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.