AFB FEEDS

Axia Steering Lock


Kes Axia Steering Lock, Sahih Atau Tidak?


Kalau dulu memang kecoh pasal stereng Axia ni boleh terkunci ketika memandu. Banyak juga la dengar cerita dan ramai pengguna Axia yang mengadu macam-macam pasal Axia ni. Walau macam mana pun cerita buruk tentang Axia yang keluar, tapi kita dapat lihat rata-rata kereta adalah jenis Perodua Axia. Nak buat macam mana kereta ni selain kat dalam dia luas dan selesa... ianya juga sangat murah berbanding kereta-kereta lain jadi memang ramai pengguna Axia lebih-lebih lagi dalam kalangan yang baru bekerja dan juga mahasiswa yang inginkan kereta.

axia, perodua, perodua axia, kereta malaysia, kereta, jenis kereta, axia, axia steering lock, steering lock,


Baru-baru ini ada salah seorang pemandu Axia yang dulu dikatakan dia kemalangan disebabkan steering lock tetapi pemandu tu menafikan dan katanya sebab nak elak kucing. Yang lain-lain pemandu tu tak tahu lah sahih ke tak aksiden sebab steering lock. Cuma tak dinafikan, steering kereta jenis Perodua Axia ni boleh terkunci! Betul, sebab Ainaa sendiri yang mengalaminya. Tapi tak tahu la kut kita yang memandu ni tersalah langkah ke apa, yang peliknya, bila bawa kereta lain tak ada pula nak steering lock bagai.

Ainaa pernah dua kali kena steering lock Axia. First tu bila kereta tu baru je beli, plastik pun tak sempat nak koyak lagi. Time tu kita orang sekeluarga ke Tesco, abah yang pandu dan parking la kereta seperti biasa..... pergi beli barang-barang dapur dah sudah tu balik semula ke tempat parking, sekali tak boleh masuk kunci! Macam-macam cara dah kita ni buat pusing sana pusing sini steering tapi tak boleh. Siap fikir ada orang nak curi kereta ni tu yang tiba-tiba lock. Last-last call abang suruh datang tapi tak sempat abang sampai tak tahu la macam mana boleh terbuka pulak lock  tu. Gelabah kau, ingat kena tidur kat Tesco tu dah.

Itu cerita steering lock bila mula-mula Axia baru dibeli, lepastu memang okey je tak ada masalah. Mami Ainaa yang selalu pakai pergi pasar, tak pernah pula terkena steering lock ke apa. Dan bila satu kali tu Ainaa ada balik cuti sem, memang Ainaa la yang akan jadi pemandu dan juga tukang driver untuk gi ambil anak-anak buah dari sekolah. Ainaa ni macam biasa la lepas ambil budak-budak tu dari sekolah, mesti akan singgah kat kedai runcit yang berdekatan dengan sekolah dia orang juga dekat dengan rumah Ainaa. Beli roti dan aiskrim untuk budak-budak ni, upah sebab rajin pergi sekolah.

Haa yang ni la Ainaa kena, time parking jugak. Kita ni bila dah parking nak la betulkan tayar.... sekali duk pusing steering tu boleh pulak terkunci. Nak buka tak reti. Memang time tu cool habis, cool la sebab fikir kalau tak dapat pusing steering ni, balik jalan kaki saja. Hahaha Ainaa pun selamba je la tinggalkan kereta dan pergi beli kat kedai tu. Pergi semula kat kereta, try pusing sikit steering.... eh, terus tak berkunci. Aih, pelik-pelik betul la Axia ni nak steering lock bagai. Nasib baik kena bila kita nak parking kereta, kalau kena time tayar kereta tengah berpusing? Nauzubillahiminzalik.

You Might Also Like

10 Surat Cinta

  1. Bahaya juga kan Aina... kena hati2...

    ReplyDelete
  2. Hati-hati Aina, minta berhati-hati ketika memandu. Streering lick ni bahaya, lebih lagi ketika drive.

    Moga tiads lagi lock seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  3. Kena call Perodua tanya betul2 apa masalah steering lock tu. Bahaya kan..! :(

    p/s : by the way, cantik template blog Aina.. like it.. :)

    ...

    ReplyDelete
  4. bahaya jugak kan..tapi mmg kena pndai la bab steariing lock ni

    ReplyDelete
  5. mmg dh slalu dgr dh kes stering lock.. pelik yer mcm mne blh jd? tkt plk rsenya dgr cmni..

    ReplyDelete
  6. Bahaya ni ainaa.. Kena hati-hati.. nasib tak terlock masa memandu kat highway.. Semoga dijauhkan..

    ReplyDelete
  7. Rasanya mmg design gitu. Sama mcm alza. Bila Kita parking pastu gerakkan stereng dia Akan autolock. Kena pusingan stereng ke Kiri sambil pusing kunci (start enjin) cubala

    ReplyDelete
  8. ha iye kan kecoh pasal kes ni tempohari..saya pakai viva dah nak masuk tahun ke 8..tak lama lagi habis bayar..meskipun kecil tapi tak de masalah pada saya.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. Stering lock semua ada kan dkt setiap kereta tujuan sbg lock stereing apabila kereta dimatikan dlm Mode Park and enjin off, ia sbg security utk kereta tu. Tp yg jd bahaya apabila bawa kereta ttbe ia terjadi sreering lock tu yg ni minta2 dijauhkan sekali terjadi semasa memandu.

    ReplyDelete
  10. Bahaya juga tu..
    HArap2 tak kena..

    ReplyDelete