AFB FEEDS

Cat Signature Cafe And Studio, Bangi


1 April 2017


Yeay! Akhirnya tercapai jugak hasrat Ainaa nak gi Cat Signature Cafe and Studio ni setelah berbulan-bulan plan tapi asyik cancel je. Terima kasih untuk roommates Ainaa yang sudi layankan je Ainaa nak gi Cat Signature ni walaupun aku tahu kau tak minat pun kucing malah takut kucing. Ku terharu, guys. Nak jadikan cerita pada bulan empat yang lepas, kawan Ainaa sorang ni entah apa angin dia nak mandi di water park la apa lah dan dia yang ajak sewa kereta. Tapi disebabkan kita orang semua nak minimise kan penggunaan duit tu, maka water park cancel dan FRIM di Kepong tu pun kita orang terpaksa cancel atas sebab kes 'penghuni ghaib' yang pernah Ainaa cerita. Last-last kita pergi ke Cat Signature Bangi tu, Putrajaya dan Melaka. Entah macam mana dari plan nak ke Port Dickson boleh melencong ke Melaka. Dah jadi unplanned vacation tapi paling kelakar gi Melaka semata-mata makan malam ikan bakar je. Yalah, nak gi jalan apa kalau sampai sana pun dah maghrib... Kereta pula nak kena pulangkan pukul 10 malam.

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe

Cat Cafe, Makanan Semua Sedap-Sedap

Okay la, itu cerita unplanned trip kita orang. Ni Ainaa nak cerita Cat Signature Cafe and Studio tu. Kitorang mula bertolak dari Gombak ke Bangi dalam pukul 10.30 pagi macam tu dan sampai pada pukul 11pagi di Cat Signature Cafe and Studio. Kawan-kawan Ainaa je tahu macam mana Ainaa excited gila masa tu sampai tengok kedai pun dah sengih lebar. Time tu kita orang sampai je terus masuk lepak cafe jap dan tunggu sampai 11.30 pagi sebab katanya belum buka sepenuhnya lagi. Memandangkan dah waktu lunch kan, kita orang makan kat situ terus... Malas nak gi kedai makan yang lain. Harga kat situ bagi Ainaa berbaloi dengan tomyam dan nasi putih yang di order, memang sedap lah. Tomyam dia rasa kaww gitu. Air chocolate nutella tu awesome tapi kena minum kasi habis terus kalau tak nanti dah tak sedap. Lepas makan kenyang-kenyang tu terus Ainaa pergi kaunter untuk bayar tiket naik ke cat studio yang berada di tingkat atas. Bayaran masuk yang dikenakan hanya la RM10.


cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
design tempat makan yang comel

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
ada hiasan bentuk bulus

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
kalau dapat minum dalam gelas kucing tu mesti comel je

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
Air chocolate Nutella, yummy!

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
Tomyam kat sini sangat la sedap

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
bayar dulu baru boleh naik ke studio ya


Cat Studio, Kucing Comel Tapi Sombong

Bila masuk tu ya Allah rasa nak je jerit sambil melompat dan peluk kucing-kucing tu semua. Comel gila! Gebu-gebu je semuanya. Tapi sayang peraturan kat situ dilarang buat bising dan kucing-kucing tu pun bukan main sombong tak nak orang pegang, peraturan pula tak boleh paksa kucing tu kalau dia tak suka. Aish, agak leceh sikit di situ tapi Ainaa faham sebab dia nak jaga kucing tu, kan orang buat nakal pergi penyet kucing ke tak ke trauma kucing tu. Jadi dua orang kawan Ainaa yang ikut juga masuk Cat Studio tu kesian la kat dia orang yang tak biasa dengan kucing atau bukan jenis pencinta kucing macam Ainaa. Sebab nya bila dia orang tak biasa dan kucing-kucing tu pulak sombong, memang dia orang hanya dapat belai kucing-kucing tu semua tanpa dapat peluk la. Macam Ainaa empat lima ekor kucing juga Ainaa dukung sedangkan dia orang dapat dukung sekor je. Sabar je la ya kawan-kawanku nak buat macam mana dia tak suka kau orang pegang. Kucing pun dapat rasa mana orang yang betul-betul suka kucing dan yang mana suka ala kadar kan. Okey, merapu je.

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe

Ainaa ada kucing yang dah lama sangat Ainaa teringin nak tengok dan belai iaitu kucing gergasi dan kucing kaki pendek. Tersangat-sangat lah comel sampai Ainaa rasa nak sumbat dalam beg bawak balik bela kat asrama. Yang kaki pendek tu, alahai geram je tengok kucing tu lompat sana lari sini tak padan ketot. Harap ada rezeki la nak bela sekor pun dah okey kucing kaki pendek tu. Yang kucing saiz besar tu pula bulu dia macam bulu karpet kalau buat bantal peluk best jugak. Besar dia lebih besar dari baby umur setahun, agak-agaknya la sebab besar sangat kucing tu pun. Time Ainaa pergi asyik nak tidur je kerja dia. Comel! Nak tahu macam mana uniknya bentuk Cat Singnature Cafe And Studio tu dan betapa comel kucing-kucing kat situ boleh layang gambar-gambar ni. Jangan lupa ya pergi sana juga, confirm pencinta kucing akan jadi gila excited macam Ainaa.

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
anugerah-anugerah yang dia orang dapat

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
rumah si bulus

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
hai awak kenapa bekeng sangat ni

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
syiok la tu orang urut dia

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
sudikah engkau menjadi milikku?

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
kucing gergasi yang gebu

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
dua ekor ni bergusti

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
si ketot yang tersangat la comel

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
sombong tak nak orang pegang

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
tempat si bulus bermain

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
kucing ni selesema. sian dia

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
malu la tak ada bulu.... tu yang pakai baju tu

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
tempat bermain

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
suasana cat studio

cat signature, cat signature cafe and studio, cat signature bangi, bangi, bandar baru bangi, cat studio. cat cafe
termenung jauh nampak

Nampak kan betapa seronoknya kalau dapat pergi Cat Signature Cafe And Studio ini yang terletak di bandar baru Bangi. Yang mana belum pernah pergi boleh datang sini bawa anak-anak atau pun kawan-kawan. 








You Might Also Like

8 Surat Cinta

  1. comelnya.... geram!! tapi ai tak suka peluk kucing.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya.. gumuk2 kucing dia

    ReplyDelete
  3. Bagus untuk pencinta kucing..akak tak leh ngan kucing sebab akak takut kucing...bukan benci tau..takut je

    ReplyDelete
  4. Waa.. tak pernah lagi pergi cat studio.. terasa nak pergi.. comel kucing2 tu >.<

    ReplyDelete
  5. Dulu2 pelihara juga kuching ini, tapi sejak ada anak kecik dirumah kesian plak tinggal kan mereka diluar dengan rumah mereka sendiri... Harap anak dah besar sikit nih boleh sambung semula hobi Nieve nih... ;)

    ReplyDelete
  6. ha, ni cerita yg tv3 tu ada buat photoshoot drama kat sini..haha, bru tau kat bangi jer..

    ReplyDelete