AFB FEEDS

Program Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan

Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."

jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat
yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri
Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun,
kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang
agak mengejutkan di mana 
terdapat penduduk
yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200
ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik disamping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

22 Surat Cinta

  1. program yg baik untuk semua..jom jimat lektrik

    ReplyDelete
  2. Bagus program ni.. Masyarakat seharusnya lebih peka dengan pembaziran elektrik..

    Ramai orang mampu menjimatkan bil elektrik di rumah mereka setiap bulan, dan sekaligus menyelamatkan dunia ini dari pencemaran dan juga masalah rumah hijau yang disebabkan oleh pembaziran penggunaan sumber tenaga..

    #jomjimateletrik

    ReplyDelete
  3. bagusnnya ada program macam ni, dapat meningkatykan kesedaran semua orang tentang pentingnya jimatkan elektrik

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak join event macam ni..

    ReplyDelete
  5. Jom la kita jimat elektrik..bagus program kesedaran macam ni..

    ReplyDelete
  6. wah... betul tu! zaman sekarang ni pun memang banyak berlaku pembaziran elektrik sebab ramai lepas pandang kesannya. good job!

    ReplyDelete
  7. very indeed.. kak no kalau nak travel mesti cabut plug. walaupin dirumah. dah guna cabut. sangat jimat elektrik tau.. x caya cuba

    ReplyDelete
  8. rinduuuuuuuuu, bekas sekolah lama walaupun sempat belajar kat sini setahun,hihi :D

    ReplyDelete
  9. Bagus program mcm ni..bagi kesedaran pd semua betapa pentingnya kena jimat letrik ni

    ReplyDelete
  10. very good programme... bagi kesedaran dengan penduduk2... mmg sekarang kene jimat elektrik as the rate is not the same dengan dulu... skrang agak mahal jugaklah... so kene lah belajar cara nak jimatkan elektrik...

    ReplyDelete
  11. Saving the energy for the future...
    Apa2 menda kita buat kena pikir psal future.
    Esp energy consumption...we might running out of energy in future....

    ReplyDelete
  12. Terbaiklah program macam ni. Selain mendidik pelajar peka terhadap penjimatan elektrik. Dalam masa yang sama dapat mendidik masyarakat untuk capai objektif yang sama. Pendekatan yang holistik.


    Tahniah semua

    ReplyDelete
  13. Good program to educate our children. Hope more school will benefit from it.

    ReplyDelete
  14. Bagu ada program macam ni kat sekolah kita dulu tak ada pun nak kembara2 jauh2 ni hehehehe... good luck

    ReplyDelete
  15. Baru nie tgk bil elektrik, ok je... bila tengok bil air.. wowwwwww.... kena jimat penggunaan air lepas nie

    ReplyDelete
  16. seronok ada event macamni. Let's Jimat Letrik hihi

    ReplyDelete
  17. Elok sangat program ini diterapkan dari sekolah. Sebab ruby pun tahu jimat elektrik masa di sekolah. Memang banyak beza bil setiap bulan. Kalau keluar rumah beberapa hari, cabut plug tau. Itu pun dapat jimat banyak. hehe

    ReplyDelete
  18. Program yg sangat bagus utk memberi kesedaran berjimat dlm penggunaan eletrik. Selalu lupa off suis kalau keluar ^^'

    ReplyDelete
  19. Bagus program camni, bagi kesedaran trutama kat bebudak nih, dorang tau, petik swis, kuar api

    ReplyDelete