Hotel​ ​Booking​ ​Bersama​ ​Traveloka


Korang semua tahu kan di mana2 tempat mesti akan ada hotel. Takkan ada satu tempat pun yang takda hotel. Boleh dikatakan hotel ini penting dan selalu saja diperlukan oleh orang ramai. Banyak kelebihan dan keburukan tentang hotel ni seperti dapat memberi kita tempat untuk berteduh dan berehat jika kita dah lama memandu dan memberi kita peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi Ainaa nak tanya korang, Apa itu Hotel? Ni satu persoalan yang jarang korang akan dapat kerana persoalan ni akan dijawab sendiri, korang tak perlu jawab pun. Ini kerana dari dulu lagi kita dah dinyatakan secara amnya, hotel ni adalah sebuah bangunan di mana orang akan datang dan tinggal untuk semalaman atau lebih apabila dorang keluar dari kawasan dorang. Tapi kita tak tahu apa maksud dan tujuan hotel ini diadakan atau dibangunkan.

Sumber : Google

Jadi, apa itu hotel? Hotel atau sebuah rumah rehat merupakan sebuah institusi yang menawarkan tempat penginapan berbayar untuk para pelancong tidur apabila mereka tidak berada di rumah, biasanya untuk jangka pendek. Dari cuma satu bilik yang mempunyai katil, almari, meja kecil dan singki pada masa dahulu, hotel moden menawarkan kemudahan lain seperti televisyen, bilik mandi en-suite dan penghawa dingin. Selain itu, kebanyakan hotel turut mempunyai telefon, jam loceng dan sambungan Internet; selain kemudahan untuk membuat minuman panas dalam bilik. Hotel yang lebih besar mungkin mempunyai kemudahan tambahan seperti restoran, kolam mandi atau taman kanak-kanak, dan menyediakan perkhidmatan persidangan dan majlis sosial. Ini berbeza dengan hostel,
yang biasanya lebih murah. Tempat tidur hostel juga boleh jadi berbentuk seperti asrama dan bilik biasanya dikongsi. Motel pula ialah hotel terutamanya bagi pemandu kereta di mana bilik motel itu pintunya biasanya menghadap tempat letak kereta. Di Jepun, hotel kapsul menyediakan ruang bilik yang minimum dan kemudahan yang dikongsi. Kalau orang nak tahu perkataan hotel terbit daripada perkataan Perancis- hôtel (kata asal hôte bermaksud tuan rumah), yang sering dirujuk kepada versi Perancis untuk rumah bandar berbandingpa bangunan yang sering menerima pengunjung, berbanding sebuah tempat yang menyediakan penginapan. Dalam penggunaan Perancis secara kontemporari, hôtel kini mempunyai sama makna dengan istilah Inggeris, dan hôtel particulier pula digunakan untuk maksud yang lama.

Kenapa Ainaa tanya apa itu hotel? Ini kerana setiap kali kita pergi bercuti, kita mesti akan menginap di hotel kan. Sebelum nak pergi ke satu tempat tu, kita mesti akan survey dulu hotel mana yang murah, keadaan dan suasana yang best, mesra kanak2, yang ada kolam untuk kanak2 mandi dan juga yang berpatutan. Tujuan ni adalah Ainaa nak tahu korang selalu survey dan book hotel kat site mana. Korang tahu tak, apa kemudahan yang korang akan dapat, apa tempat2 yang menarik yang berdekatan dengan hotel yang korang nak book tu, macam mana nak pergi dari airport ke hotel tu. Di sini Ainaa nak beritahu yang Ainaa ada jumpa satu site ni yang akan dapat tolong korang dengan persoalan2 yang di atas tadi tu.


Sumber: Google


Site tu adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel utama di Asia Tenggara, yang melayani lebih daripada 100,000+ laluan penerbangan dan 100,000+ hotel di seluruh dunia. Korang boleh dapat kadar harga hotel dan penerbangan termurah setiap hari. Kalau korang cari hotel yang murah, korang boleh tempah hotel dalam talian kat website ni jugak. Konfem korang akan berpuas hati sebab terdapat pelbagai pilihan hotel dan promosi dengan tiada bayaran tempahan dan jaminan harga terbaik dan berpatutan. Kalau korang tak tahu hotel mana yang korang nak pilih di bandar destinasi korang, korang just perlu masukkan nama bandar destinasi je. Lepas tu, website ni akan bagi maklumat yang menunjukkan hotel di kawasan itu. Korang juga boleh pilih dari segi penarafan, harga dan populariti - yang mungkin membantu dalam pencarian untuk hotel yang the best dan berpatutan.


Korang tak perlu berfikir panjang selepas ni kat mana korang nak cari site mana yang korang nak book hotel yang murah dan terbaik. Korang boleh booking hotel online melalui Traveloka dengan mudah saja. Jadi apa yang Ainaa cakap ni, renung-renungkan, selamat bercuti ye…..

19 Comments

  1. mmg best booking thru traveloka..dh byk kali booking

    ReplyDelete
  2. saya selalu pakai agoda ja, sebelum sampai ke destinasi awal-awal dah book.. :)

    ReplyDelete
  3. kak lina pun memilih traveloka...jimat dan cepat....terbaik traveloka

    ReplyDelete
  4. mudah booking hotel dengan traveloka.

    *ainaa ditag di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/09/comeback-giveaway.html ;)

    ReplyDelete
  5. Okeyh . Lepas ni boleh cuba book melalui travaloka

    ReplyDelete
  6. Saya memang kaki travel. Tpi lom pernah guna ni. Maybe i'll try.

    ReplyDelete
  7. best traveloka nih...aiiloiikeeee <3

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi cuba site ni. Selalu book pakai trivago je. Boleh la try pasni.

    ReplyDelete
  9. Dengan traveloka ni.. banyak boleh jimat ;)

    ReplyDelete
  10. Mmg teruja masuk web traveloka...

    ReplyDelete
  11. Traveloka selalu ada promosi dan diskaun... Tu yg best tu...

    ReplyDelete
  12. Rambang mata masuk website traveloka...

    ReplyDelete
  13. Kami pun selalu guna traveloka ..mudah cepat n jimat

    http://sweetniena.blogspot.com

    ReplyDelete