#8Share: Cash Out Kali Ke-3


Assalamualaikum .

Lama illos doh haku tak cash out 8Share ni. Nuffnang pun tahun ni baru 1 kali. Illos lama tak lama. Tapi duit cukup-cukup macam selalu jugak. Aish! T_T Tak baik merungut. Tak baik.... tak baik !!




Yeah... yeah.... I know it. 


LET'S SAY ALHAMDULILLAH


and ......


SCOOBY SCOOBY DOOOOO !!


Haha. Terencat emosi sudah. @_@ bolayan si penganggur ni. Tak ada kerja nak cari kerja. Adat pelajar masa sekolah malas yaa ampun, kalau boleh tiap-tiap minggu nak mengelat. Nampak sangat!! HAHAHA 

Tapi sekarang dah habis sekolah ni, rasa nak je buat macam selalu.... bangun awal-awal pagi, mandi wangi-wangi, siap-siap then jadi budak paling lambat ke sekolah. Lalala~ Nakal? Eh, haku pergi sekolah pun dah cukup rajin tahu. = P


Sebelum melencong pasal alien planet pluto apa, baik patik nak mengundur diri dulu.


DAAA !!!




#8Share: Khas Kepada Pengguna 8Share, Mari Menderma


Assalamualaikum!

Kepada pengguna-pengguna 8Share, mari sama-sama kita menderma walau serendah RM1 kepada Klang Utama Caring Home. Seramai 46 kanak-kanak (lingkungan 1-24 tahun) yang memerlukan bantuan kita semua! 


MAKLUMAT SELANJUT BOLEH KE LINK DI BAWAH :




Macam mana untuk menderma? Senang saja, tak perlu susah ke bank atau transfer duit secara online. Anda hanya perlu LOG IN akaun 8Share anda.


UNTUK LANGKAH SETERUSNYA SILA LIHAT DIBAWAH :

1- Login akaun 8share anda

2- klik "Talk To Us" dan hantar mesej anda untuk memberitahu jumlah yang ingin ditolak. Minimun derma RM1 . (Pastikan earning anda mencukupi)




3- Earning anda akan ditolak dan  Yuna 8Share akan balas mesej anda. DONE!


Senang saja kan? Mari sama-sama kita beramal!



SHARE ! CARE ! LOVE !

Kelas Memandu - Part 1


Assalamualaikum!

Mueh mueh mueh !! Nak gelak tergolek-golek boleh? Macam tak caya je anak mami abah ini dah bosar. Haha Siap masuk kelas memandu dah. Caya tak caya tak boleh nak elak dah bahawa daku ini dah 17 tahun dan nak akan menjadi angka 18. Alamak! Semakin tua. T_T

Sebenarnya niat nak buat lesen pada bulan satu tahun depan. Tapi masa majlis akhir tahun kelas 5Syafie(A) hari Rabu lepas.... Semangat nak ambil lesen tu berkobar-kobar apabila ada dua rakan yang nak menghadiri KPP-1 pada hari khamis. Nak join jugak! 


Lepas dah beritahu abah tu, kena ambil sungguh lesen dengan abang saya. Haha dan semalam, hari jumaat pergilah kitorang dua beradik menghadiri KPP-1. Dari pukul 7:30 pagi lah dah cikgu memandu datang ambil kitorang.

 KPP-1 ni berlangsung selama 6 JAM !! Kau bayangkanlah! Dari 7:30 sampai pukul 6 baru pulang ke rumah. Balik aje dari kelas KPP-1 tu memang kepala dah berputar-putar siap datang dengan pakej nak muntah lagi! Ni baru namanya belajar sampai muntah hijau!! Sakit-sakit.... *__*

Hari isnin atau jumaat minggu depan kena masuk ujian berkomputer pula. Entah macam manalah nasibku. Harap-harap lulus. Tak mau lah kena ulang!! Harap sangat dapat cepat-cepat siapkan lesen memandu ni. Argh. >_<

#Business: Couple Set (Stok Terhad!)


Assalamualaikum and hi uolls !

Maaai maaai maaai. Mai tengok baju-baju untuk pasangan kekasih tak kira sama ada dah kahwin atau belum. = ) Marilah tengok-tengok kut ada yang tersangkut boleh buat order dengan saya. ; )


SERIOUS BUYER ONLY - PM KAMI JIKA BERMINAT


 HFH 2609-01 Big K Character Printed Casual Sweater Top

Measurement:
Lady: S: Shoulder to Sleeve:65cm Length:61cm Bust:110cm
Men: L: Shoulder:42cm Sleeve:61cm Length:65cm Bust:102cm

Material: Cotton

colour size :
blue - L
red - S

RM45 EXC POS


 HFH 116-01 Stripes Design Couple Set (Men Top + Lady Top)

Measurement:
Men: Shoulder:47cm Sleeve:60cm Length:68cm Bust:101cm
Lady: Shoulder:41cm Sleeve:59cm Length:63cm Bust:92cm

Material: Cotton

RM54 EXC POS



 HFH 124-01 V Neck Causal Tee Couple Set (Men Top + Lady Top)

Material Cotton

Measurement 
Men: XL: Shoulder:44cm Sleeve:21cm Length:68cm Bust:106cm
Lady: M: Shoulder:35cm Sleeve:15cm Length:58cm Bust:86cm

RM45 EXC POS



 HFH 8132 Couple Set (Men Pant + Lady Dress)

Measurement:
Men : Waist:70-130cm Length:56cm 
Lady : Length:66cm Bust:-cm

Materials : Cotton

RM49 EXC POS


HFH 8132 Couple Set (Men Pant + Lady Dress)
Measurement:
Lady: M: Top: Shoulder:36cm Sleeve:15cm Length:59cm Bust:84cm
Pant: Waist:64-72cm Length:26cm
Men: L: Top: Shoulder:43.5cm Sleeve:20cm Length:68cm Bust:100cm
Pant: Waist:68-82cm Length:53cm

Material: Cotton
size all :
M
L

RM50 EXC POS


Perlahan-lahan Mula Berniaga


Assalamualaikum and hi uolls !!

Ampun! Masih tiada masa untuk update blog dan update link drama-drama
adaptasi novel. Mula-mula lepas SPM rasa nak duduk rumah goyang 
kaki, goyang pinggul tapi baru beberapa hari dah rasa boring.

Maklumlah. Dia biasa sebelum SPM ke sekolah pagi-pagi lagi pulang pula
dah lewat petang. Hujung minggu pun sanggup korbankan masa rehat
pergi terkejar-kejar ke sekolah nak study group dengan 
kawan-kawan. Memang penat!

Tapi bukan ini yang saya nak cerita. Haha. Melencong ke lain pulak.
Sebenarnya memang dah lama saya teingin nak berniaga.
Konon-konon nak jadi usahawan muda. Haha. Ok. Tak kelakor.
Jadi dengan bantuan abang saya, saya dah start business online.


BIG SMILE = ) . BIG SMILE = )  . BIG SMILE = )






Jemputlah kawan-kawan semua ADD FRIEND saya dan skodeng
dress, blouse, couple t-shirt, skirt etc dalam facebook
business saya INI. Semuanya trend masa kini dan cantik-cantik.
; )  : )  ; ) : )

Blog Kelab Pencinta Novel Melayu (KPNM)


Assalamualaikum and hi uolls !!

Kepada mereka yang minat novel atau kaki drama adaptasi novel, saya ada GOOD NEWS untuk anda. Apa yang news? Daku ini dengan berbesar hatinya ingin memberitahu dunia bahawa Kelab Pencinta Novel Melayu sudah ada blog! Haha. Good news tak? = P




Kenapa saya cakap ini merupakan good new kepada peminat-peminat novel melayu dan drama adaptasi novel? Banyak sebabnya.... ^_^

Antaranya........


- Untuk update bab-bab awal novel yang telah diterbitkan(don't worry, akan diminta izin dahulu dengan penulis) atau kebanyakkannya saya letak link terus ke blog penulis aje ya.

- Untuk anda yang ingin berkongsi karya anda, boleh email kepada saya ( ainaaazlan@yahoo.com ) TAJUK CERITA, NYATAKAN CERPEN/E-NOVEL, NAMA PENA, LINK FB dan LINK BLOG(kalau ada). Kalau karya yang ingin dikongsi adalah e-novel, boleh hantar dari bab 1 - bab 20 sahaja. Subject email mestilah "KARYA AHLI KPNM : (CERPEN/E-NOVEL) TAJUK KARYA ANDA - NAMA PENA ANDA"

- Tujuan lain pula untuk promote novel-novel yang HOT dipasaran atau novel-novel yang bakal diterbit.

- Kelebihan anda mengikuti blog KPNM ini ialah akan ada CONTEST/GIVEAWAY khas kepada mereka yang mengikuti blog KPNM. Yang tak ada blog? Dont worry be happy. Akan ada cara lain untuk anda join giveaway/contest tersebut melalui blog. Kalau ada yang nak sponsor novel untuk contest boleh turut email saya ( ainaaazlan@yahoo.com )

- Bagi anda yang ingin berkongsi REVIEW NOVEL pun boleh email saya. Nyatakan TAJUK NOVEL, PENULIS, NAMA ANDA. Bagi yang tak ada email ke ada masalah dengan pengggunaan email ke, boleh hantar review anda ke page admin -- > https://www.facebook.com/…/Ainaa-Azlan-Page/145858785516718… . Yang ni untuk review sahaja. Yang nak hantar karya sila usahakan hantar melalui email.

- Lagi kelebihannya adalah dalam blog KPNM ini jugalah saya akan UPDATE DRAMA/FILEM ADAPTASI NOVEL.


Hokeyh! Itu main copy paste dalam group KPNM je. Sebab mak cik ni penat nak. Ahak! Pemalas !! Ok-ok, stop! Saya nak ajak semua tak kira kakak, adik, abang, mak, ayah, nenek, cucu untuk sama-sama follow blog KPNM. 

Daku ini sudah tebal muka untuk merayu-rayu sampai leleh hingus untuk makcik makcik cantik semua follow. Haha. Over je lebih. Tak nak paksa. Tuan hamba nak follow, follow lah. Tak nak, ada haku heran? Haha Maaf.... Ampun. T_T


KELAB PENCINTA NOVEL MELAYU
Admin : Ainaa Azlan / Ainaa Azlan Page ( ainaaazlan@yahoo.com )


F.R.E.E.D.O.M !!


Assalamualaikum and hi uolls !!


Alhamdulillah. Setelah 12 tahun berada di alam persekolahan.
Dan setelah 1 tahun gigih buat persiapan untuk berperang.
Dan akhirnya setelah 10 hari berperang.....


PADA 25/11/14 TAMAT JUA PEPERANGAN KAMI


Lepas ni dah boleh kembali berblog tapi tolong bagi sikit lagi masa. Kami nak goyang kaki selama sebulan! HaHa

Pertandingan Menulis: TOP Novelis Malaysia




ANDA BERBAKAT? JOM CABAR DIRI ANDA DENGAN SERTAI PERTANDINGAN BAKAL NOVELIS PALING TOP DI MALAYSIA!



| TEMA & SYARAT |




[ PENYERTAAN HENDAKLAH DIHANTAR PADA ATAU SEBELUM 30 JANUARI 2015 ]



| 5 TIP YANG ANDA PERLU TAHU |





| PANDAUAN PENYERTAAN |




Dah siap baca? Senang aje kan syarat-syaratnya. Anda boleh hantar banyak mana pun penyertaan! Dan umur tidak terhad. Asalkan anda berbakat dan berminat... Tunggu nak berangan, menulis, dan hantar! Hehe Menang ke terpilih, tak terpilih ke, itu belakang kita. Yang penting, kita dah cuba!

Tapi kan.... Hadiahnya SANGAT LUMAYAN. hehe MASYUUKK gitu.





CEPAT! CEPAT! SERTAI SEKARANG !!

Contest: Seri Aspirasi Bersama Fair & Lovely


PERNAH TAK MIMPI NAK MUNCUL DALAM MAJALAH? IA MUNGKIN BOLEH JADI REALITI BILA ANDA SERTAI SERI ASPIRASI BERSAMA FAIR & LOVELY!


{ 1 OKT 2014 - 30 NOV 2014 }




| LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN |

1- Beli mana-mana produk Fair & Lovely bernilai RM10 ke atas dalam satu resit untuk kelayakan penyertaan.

2- Sertai secara online atau dapatkan borang peraduan di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

2- Ikuti kisah Seri Aspirasi bersama Jasmin.

4- Lengkapkan butiran peribadi dengan tepat dan jawab soalan-soalan mudah, termasuk aspirasi yang ingin anda capai!


| HADIAH-HADIAH |



Underwater Photography- Napie Art Photography


So WOW! Terkejut. Tergamam. Sangat cantik!
Alang-alang buka FB tu terjumpa page Napie Art Photography.
Tersangatlah awesome! Paling tak tahan underwater photography.
Sangatlah WOW gambar-gambarnya.










Sangat cantik kan? Kalau mahu melihat banyak lagi hasil kerja
Napie Art dan mahu menggunakan perkhidmatannya boleh ke Napie Art Photography.

#Nuffnang: CPUV October 2014


Assalamualaikum.

Waaaaah!!! Ramai betul yang update entry pasal CPUV.
Kita pon nak menyibok jugak lah. Hehe
Last update tentang Nuffnang ni bulan lepas. Iaitu cashout ke-8.
Juga merupakan cashout pertama 2014. Hahaha Saja nak biarkan banyak sikit.
Ops! Bukan tamak ya. Cuma tangan belum gatai nak click cashout. Hee

Tapi syukur sangat kepada Allah rezeki dari Nuffnang ni tak henti-henti.
Walau sedikit, lama-lama mana tahu jadi setinggi Gunung Everest.
Haha Iye tak? Betul tak? = )





Alhamdulillah. Ada 14 campaign yang masih berstatus 'on going'
dari bulan lapan hingga sekarang. 


Syukran jazilan Ya Allah wa syurkan 'ala Nuffnang. *^_^*

Kek Coklat Kukus di Hari Raya Aidiladha


Assalamualaikum!

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Eid Adha 
buat rakan-rakan seIslam. Jangan makan daging 
banyak-banyak sangat tau. Hehe

Pada malam raya Aidiladha tahun ni... macam raya puasa je,
Sehari suntuk lekat dekat dapur buat kek. Almaklumlah, first time buat
kek sendiri. Selama ni tukang kacau je. Ops! Haha

Semangat nak buat kek ni sebab nak buat kek macam kak ipar buat.

Kek yang saya namakan kek Kitkat n M&M's

ini yang kak ipar buat raya puasa lepas.

Tapi cheq terlupa pulak nak beli Kitkat n M&M's ni jadi kek yang patut
ada hiasan-hiasan coklat ni digantikan dengan kek coklat moist.

Guna resepi dalam internet yang kak ipar bagi. Siapa-siapa yang nak boleh
lihat resepi di Blog Cikgu Suraya. Guna resepi cikgu sat noh.

bersepah atas meja.

Tiru punya tiru resepi.... Alamak! Terlebih letak susu pekat.

yang ni terlebih sukatan susu pekat manis.

So saya decide yang ni tak letak topping. Takut nanti tambah dengan
topping jadi semakin manis. Kan ada jugak yang kena diabetes 
gara-gara makan kek coklat daku ini. kuakua.

Tapi usaha itu tangga kejayaan. Tanpa berputus asa, kali ini dengan
telitinya... buka biji mata luas-luas buat kek satu lagi.
Kali ini lebih berhati-hati dan hasilnya......


Tadaa... moist moist gitu. Menjadi jugak kali yang kedua.
Mudah sangat resepinya. Dapat pulak kek yang sangat lembut lagi 
sedap. Edeh, naik lif tekan sendiri *perasan* Haha.

Raya pun raya jugak, tapi SPM jangan lupa semakin menghampiri.
Jadi... ini jadinya pada malam raya pertama iaitu semalam....




Buat latihan tubi untuk SPM sambil menikmati kek coklat moist 
yang dibuat oleh diri sendiri. 


Its okay, Ainaa.... SPM sekali seumur hidup saja!

Chaiyok! *>_<*

Drop Your Link And I'll BW Yours (Part 3)


ASSALAMUALAIKUM!


Seperti yang pernah ditulis di senarai cadangan untuk aktiviti 2014
di entry INI.... di perancangan yang ke-4 saya ada suakan mahu
blogwalking blog blogger lain. Jadi ni nak buat lahni. 



Korang letak link blog korang dan akan saya BW ke link blog yang
ditinggalkan di ruang komen entry ini. 
Okey, sekarang dah boleh.....


DROP YOUR LINK AND I'LL BW YOURS !!


#Novel: Yang Seperti Dia - Limited Edition (Idea Kreatif Publication)


-ORDER DIBUKA DARI 27 SEPTEMBER 14 SEHINGGA 15 OKTOBER 2014-

Assalamualaikum.

Buat peminat-peminat novel yang ingin mendapatkan novel Limited Edition
dari Idea Kreatif Publication. Lebih-lebih lagi kepada peminat penulis
Hani Fazuha dan Syeena Hamdan, boleh lah dapatkan novel L.E ini dengan ajen-ajen terpilih IKP:



| PERHATIAN |

*Novel ini hanya SEKALI CETAK sahaja 
**TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA BOOKSTORE! 
***Cara untuk dapatkannya hanya MELALUI ONLINE SEHINGGA 15 OKTOBER
**** Berminat? Hubungi ajen-ajen IKP seperti yang tertera di atas.



YANG SEPERTI DIA - LIMITED EDITION
Penulis : Hani Fazuha(Asalkan Dia Bahagia) & Syeena Hamdan (Langit Biru Yang Sama)

ISBN : 978-967-0718-11-8
Harga : RM 27(Semenanjung) + postage RM 6 = RM33
               RM 30(Sabah Sarawak) + postage RM 10 = RM40


Sinopsis :

ASALKAN DIA BAHAGIA
Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira. 
Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila bahagia yang dia ada seakan tiba-tiba 
ditarik pergi.
Payahnya menjadi seorang Haris Aryan apabila setiap kebaikannya sering disalah erti.
Payahnya menjadi seorang Ikmal Reza apabila setiap yang dia mahu tak pernah mampu 
dimiliki.
Lebih payah lagi apabila cinta yang wujud di hati, harus disimpan sendiri.



LANGIT BIRU YANG SAMA
Peliknya cinta bila kita sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh tiba-tiba ada.
Sakitnya rasa apabila kita tahu orang yang kita suka sebenarnya tidak layak untuk kita cinta.
Ainun sedar, dia bukan siapa-siapa. Walau Alzam kata ‘kita’ memandang langit yang sama, tapi bumi yang kita pijak ada bezanya.
Tapi, Alzam ada caranya yang tersendiri bagaimana untuk menjadikan Ainun hak miliknya.

Mischievous Kiss 2: Love in Okinawa (DramaJepun)


OMG! OMG! OMG!

MISCHIEVOUS KISS 2 ???

Nak melompat-lompat sampai ke bintang rasanya. Macam tak caya. Haha
Ada sambungan Mischievous Kiss: Love in Tokyo. Wooh! Teruga giloss. Ahak!
Tapi daku lupa Mischievous Kiss II akan ada bulan 11 ni atau bulan 12.
Lebih kurang hujung tahun nilah drama Jepun ini akan ada.




Tapi, sementara menunggu Mischievous Kiss 2 : Love in Tokyo..... korang boleh lah
cuci mata tengok drama Jepun episod honeymoon iaitu

 Mischievous Kiss 2 : Love in Okinawa.



Sila lah jerit kuat-kuat sambil melompat bintang ya. Haha
Sebab drama Jepun Mischievous Kiss 2 : Love in Okinawa yang honeymoon punya
episod ni korang boleh tengok dah kat internet. Saya pun dah tengok!
Hehe pantas! Memang sweet gilos lah uolls. kiukiu :3




Fair & Lovely, Produk Pilihan.


Assalamualaikum.

First time kut nak update fasal produk kecantikan ni. ehe. Siapa kat sini pengguna Fair & Lovely ? Cepat, angkat satu jari. =P Kalau nak tahu, saya pun pengguna produk ni. Dah lama saya setia dengan Fair&Lovely. Mula pakai sejak tingkatan 1. Masa tu beli lah pencuci muka dan krim dia setelah tengok iklan dalam TV. Konon-kononnya nak jadi putih bak sutera lah you! HAHA

Tapi yang penting, saya lebih utamakan kulit supaya tak berminyak dan tak tumbuh jerawat batu ke jerawat kaca ke. Ngee. Lainlah jerawat yang datang sementara kemudian berlalu pergi setelah harinya berlalu. Kalau jerawat yang tu, ku tak hiraukan sangat. Sebab sampai masanya cik jerawat akan hilang. Paham ke idok? Heh. Jerawat time bendera Jepun berkibarlah.

Hampir lima tahun saya menjadi pengguna setia produk Fair&Lovely ni. Tapi satu kali tu pernah juga 'curang'. Hukhuk Ya, ku tahu daku ini sudah main 'kayu tiga'. T_T kenapa curang? Sebab gatal tangan pi capai produk lain. Produk apa tu, biarlah menjadi rahsia. Nanti kata haku buruk-burukkan produk kecantikan yang terkenal tu pula. So korang tak tahu pun tak hape. Tapi sekali tu je beli, sebab kulit saya tak 'ngam' lah dengan krim produk tu. Terlalu berasid kut sampai ku pakai pun rasa pedih-pedih kat muka dan muka jadi terlalulah berminyak.

Then kembali semula kepada Fair&Lovely. Serius, setakat ini, produk Fair&Lovely mampu menghalang muka menjadi berminyak dan jerawat pun takut nak hidup kat kulit daku ini.

Adik-adik yang mana baru nak berjinak dengan semua ni, cubalah guna Fair&Lovely. Tapi kalau tak sesuai dengan kulit adik-adik jangan datang mintak alamat nak bakar rumah saya pulak ya. Itu masing-masing ikut kulit lah. Kalau macam saya,



Fair & Lovely ini menjadi produk pilihan hati.




Produk Dari Jepun Hanya Di NikoNiko Hana Store!


Assalamualaikum!

Siapa di sini peminat setia produk dari Jepun? Atau siapapun yang
baru ingin mencuba produk dari Jepun 
boleh lihat jualan penghabisan stok di NikoNiko Hana Store!

Sudah tentunya ianya berkesan mengikut kesesuaian kulit masing-masing.











cuba sekarang produk dari Jepun ini. 100% original !
Belum cuba belum tahu hasilnya. Serlahkan kecantikan anda sekarang!


Untuk Pertanyaan/Membuat Pesanan : NikoNiko Hana Store

#Nuffnang: Cash Out Kali Ke-8 !!


Alhamdulillah..... Alhamdulillah.

Setelah sekian lama tak cash out... Last cashout bulan 12 tahun lepas.
Lebih kurang 8 bulan tak cashout sekarang baru rasa nak buat keluar duit dalam Nuffnang tu.
Alhamdulillah. Cashout kali ini yang paling banyak sekali jumlahnya berbanding
cashout yang lepas-lepas.




Tapi tak adalah banyak sampai beribu-ribu. Setakat cukup untuk beli satu dua buah novel. heee
Bagi yang belum pernah cashout Nuffnang, teuskan usaha anda. Jangan putus asa!
Pasti akan ada hasilnya juga, Think positive.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.