Semester Two, DONE!





Yeay! Tamat untuk short sem, semester dua ni. Walaupun hanya ada dua subjek tapi sebab ada projek yang nak kena handle, semuanya jadi padat. Hari khamis lepas adalah kelas terakhir kami dan Jumaat tu Ainaa terus fly balik Kelantan. Sebulan lebih tak balik rumah, terus homesick jadinya. Semua classmates Ainaa yang semester lepas, sekelas lagi untuk sem dua ini dan separuh lagi adalah classmate baru.






Dua-dua lecturer lelaki dan apa yang boleh katakan, seronok dan pengalaman yang sangat mencabar juga dalam kelas Dr.Alizaman D.Gamon dan Sir Ata Hanifee. Thank you Sir Ali and Sir Ata, mengajar kami selama sebulan setengah ni dan sabar dengan kami. Kami enjoy dengan sir yang suka buat lawak dan banyak berlakon dalam kelas. hehe

Cuti semester tak mula lagi sebenarnya, ini Ainaa cuti sendiri memandangkan sem ni Ainaa hanya ada final exam satu paper je dan pulak tu hari last minggu exam, so Ainaa balik bercuti dulu. Nanti hari exam pergi CFS semula dan lepas exam terus balik kelantan lagi. HAHA sekali-sekala buat kerja gila.








Hampir Dua Bulan Dibiarkan Sepi

Aduhai, berupdate juga blog ni setelah hampir dua bulan dibiarkan sepi. Dari bulan 11 langsung tak update sebabnya Ainaa ada short semester jadi memang kalut siapkan projek dalam masa sebulan lebih dan dengan pelajarannya lagi. Ini nak mula menulis semula mula la liat dan segala penyakit malas. Tapi tak apa, sementara ada cuti sebelum masuk semester tiga ini.... Ainaa cuba rajinkan diri dan lagi pun memang banyak cerita yang dah basi untuk dikongsikan dalam blog Nik Ainaa ini.



Nampaknya, selama Ainaa tak berblogging ini ada banyak perubahan pada blog ni. Dah banyak yang update dan salah satunya nak letak gambar tu, boleh direct terus dari laptop kita eh? Wah, hebat-hebat. Senang lepas ni tak payah nak kena upload dulu satu-satu. Ainaa belum explore semuanya lagi, nak kena cari ni apa lagi yang baru.

Milik Engkau Saja - Acik Lana

Dalam kalangan kaki-kaki novel, sudah tentu kenal dengan penulis terkenal Acik Lana ini. Acik Lana yang berbakat dalam menulis ini sudah menghasilkan sembilan buah novel dari bawah penerbitan yang berlainan. Lima buah novelnya dari bawah penerbitan Kaki Novel, satu buah bawah Lovenovel Publication, dan tiga buah novel yang diterbit sendiri oleh Acik Lana di bawah terbitan Booku. 

Ainaa pernah update entry tentang novel limited edition Acik Lana di ENTRY INI <-- klik). Salah satu novel Acik Lana yang menjadi buruan orang ramai. Dan kali ini Acik Lana kembali lagi dengan karya kesembilannya yang bertajuk MILIK ENGKAU SAJA.




Kini pre-order sudah dibuka! Boleh dapatkan dengan Booku. Kalau berminat nak dapatkan, boleh KLIK KAT BAWAH ini ya.




Seperti yang Acik Lana katakan, ini bukan novel limited edition seperti novel PYPAC.... Buku ini juga boleh dapat dengan seller online dan di kedai-kedai buku tapi mungkin lambat berbanding beli dengan Booku.

Game Minions Paradise

Disebabkan cuti ini Ainaa hanya bersenang lenang di rumah, Ainaa yang dah lama tak main game ini pun godek-godek cari game apa yang best dalam PlayStore. Memang banyak game baru dan top free game yang ada tapi game Minions Paradise jugak yang dipilih. Sebabnya dah banyak kali tertengok game ni dalam PlayStore tapi selalu kalau game Ainaa abaikan aje. Kelmarin tak silap Ainaa baru install. Orang lain dah mungkin dah mula bosan dengan game ni tapi Ainaa baru terkedek-kedek nak try. Uhuk.




Syiok jugakla bagi orang yang tengah bosan macam Ainaa ini. Kadang-kadang main sampai habis bateri dan paling tak suka tengah main malam-malam, tiba-tiba keluar "CANNOT CONNECT TO SERVER"!  T__T Rupa-rupanya game ini pun perlukan internet dan sadis sekali Wi-Fi kat rumah ayah Ainaa dah sekat siap-siap sampai jam 1 pagi saja. Maklumla sebab dah biasa tidur lewat kat asrama, jadi balik rumah pun jadi burung hantu kadang tu terlajak sampai pukul 4 pagi. Aigoo~



Berterabur kan? Peduli hape, asalkan boleh letak kita on je. Kah. Ainaa baru saja level 12, budak-budak baru nak up kata orang 'keyel'. HAHA. Game Minions Paradise ini nanti balik asrama kena uninstall kalau dah kena guna internet sangat tapi lainlah kalau semester dua nanti Ainaa bernasib baik dapat bilik dekat dengan modem Wi-Fi.






Kau orang mesti dah level tinggi-tinggi kan. Ainaa tak sabar sebenarnya nak boleh main game belon dan gelongsor air tu. Hehe Tak boleh main yang real, dalam game pun kira lepaslah sikit-sikit.

Review Blogger Newbie Tsuki Tasnim

Annyeong sahabatku, Tsuki Tasnim! Haha Ini pertama kalinya ada kawan yang sama minat berblogging. Sebelum ini ada je kawan yang suka blogging tapi dia orang semua dah lama tinggalkan dunia blog. Tasnim pun dulu pernah jadi blogger tapi berhenti masa tingkatan tiga tak silap. Kini dia kembali lagi dengan nama pena Tsuki Tasnim. Budak-budak korea ni. Kekeke. =P



"Oii Tasnim, asal lawa sangat header blog kau hah? Balik CFS nanti siap, aku paksa kau ajar aku buat header. Muahaha."

Kalau nak tahu, kawan kedahan yang Ainaa cakap di entry -END OF SEMESTER ONE- itu, Tsuki Tasnim lah. Tapi yang tak tahannya, budak tu boleh naik lif tekan sendiri. Cait!

 
AMARAN KERAS!! Harap mampu bersabar dengan perangai sekepala kita orang. Jangan lupa FOLLOW --- > blog Tsuki Tasnim, blogger kedahan. Blogger Nik Ainaa pun kalau tak follow lagi boleh follow. >__<

Kerana 'Bluetick', Kawan Bergaduh

Satu perkara kecil yang BAHAYA, sangat bahaya. Hanya kerana BLUETICK kawan boleh jadi lawan, girlfriend boyfriend boleh berperang!




Application WhatsApp sekarang bertambah maju, dibuatnya satu tick tanda mesej kita berjaya dihantar, doubletick tanda pihak di sana sudah menerima mesej dan bluetick tanda pihak menerima sudah membaca mesej tersebut. Itulah yang bahayanya, kalau penerima mesej tersebut bluetick aje mesej itu, gaduh lah jawabnya. Ainaa tak faham sebenarnya kat mana yang patut sampai nak bergaduh-gaduh. 

Macam Ainaa, Ainaa tak buat 'bluetick' dalam whatsapp, tiada bluetick hanya ada doubletick memandangkan Ainaa jenis buat kerja, jeling buka whatsapp kejap tengok mesej dan terus lupa nak balas kemudiannya. Kita nak balas nanti selesai kerja yang kita buat tapi selepasnya memang lupa nak balas walaupun selepas buat kerja itu kita main je phone. Tak semua mesej Ainaa baca disebabkan group whatsapp yang banyak dan notification setiap group memang terlalu banyak. Cuma kalau rasa mesej itu penting memang Ainaa akan balas segera walau tengah buat hal lain kecuali tengah memandu.

Yang masalah sekarang, doubletick pun boleh buat orang nak gaduh. Aduhai, lepas ini Whatsapp kena buat bair boleh sembunyikan bluetick dan doubletick itu. Sakit kepala nak layan kerenah orang yang tak paham-paham. 'Ke aku sebenarnya yang tak paham?' T__T

Pengguna Smartphone Huawei

Sekarang ini Ainaa guna handset jenama Lenovo sejak bulan dua yang lepas. Mula-mula guna itu best juga lah sebab bateri tahan lama, dua hari sekali baru cas. Dan kadang-kadang itu ada pernah Ainaa pergi kem 3 hari, sepanjang 3 hari itu Ainaa tak cas pun. Puas hati walau kamera depan tak berapa nak cantik.

Tapi selepas handset Ainaa kena air hari itu, setiap hari kena cas. Bukan itu sahaja, baru-baru ini mula lah timbul macam-macam masalah. Handset tak masuk cas, bukan masalah charger sebab dah guna charger lain tapi still ada masalah ketika nak cas phone. Masalah lain, asyik 'hang' je sampai kadang-kadang satu hari itu terpaksa off-on dua tiga kali. Sakit hati duh, rasa nak je baling handphone ni. Itu yang niat nak tukar handset. Dan entah kenapa Ainaa berkenan sangat dengan smartphone jenama Huawei. Tapi dalam masa yang sama takut nak beli hanset China. Itu yang dalam dilemma walau dah buat survey dalam internet. 




Jadi sekarang Ainaa nak survey pengguna-pengguna smartphone Huawei, molek ke hanset ni? Berbaloi tak dengan harga? Apa kelemahan Huawei yang selalu kena hadap? Ada 'hang' ke tak? Ainaa tercari-cari hanset yang tak mudah 'hang', cepat dan tentula best selfie. HAHA.

End of Semester One


Harini baru rajin nak update entry ini, padahal habis final exam dua minggu sudah. Sekarang Ainaa tengah cuti sem. Entah kenapa awal dari univesiti lain yang ada baru tengah study week dan ada yang baru mula exam. Tapi tak apalah, lagi pun nak habiskan cepat asasi ni. Tak naklah dua tahun, setahun setengah pun okey. Kan orang lain dah masuk degree kita baru habis asasi.T__T

Untuk semester pertama ini Ainaa hanya ada empat subjek. ENGLISH, ARAB, ICT dan ISLAM & OTHER RELIGION. Nampak je ada sikit subjek tapi jadual padat macam ada 20 subjek. Huh. Untuk semester-semester seterusnya berharap sangat jadual ada kelonggaran sikit. Sikit pun jadila. Ini tidak, asyik dari jam 8 pagi sampai 6 petang dan 4 petang.....  rasa sadis sangat hidup. Huu. Bertabahlah ya Ainaa. Rezeki dapat belajar di Uia ini pun dah cukup bersyukur berbanding dengan kawan-kawan yang tak dapat sambung belajar ke IPTA. Apa orang cakap, susah sekarang tak apa. Bila nanti inshaAllah kita peroleh hasilnya.

Mari Ainaa nak belanja gambar bersama rakan sekelas dan rakan sebilik semester satu ini.



 Classmate Ainaa dari lima kelas yang kebanyakkannya kos Human Sciences dan kami satu kelas, yang beza kelas pun kelas arab je dan kelas lain-lain semua kami sama. Nak sebut nama satu-satu memang tak larat tapi sepanjang kelas semester satu ini, Ainaa lebih berkawan dengan orang Kedah. Tak perlu kut nak mention namanya, biar dia sendiri baca. =P






Say hello to my roommates yang brutal. Perangai gila-gila diorang yang selalu beri pengalaman baru untuk Ainaa, selalu buat Ainaa gelak tak hingat dunia. Walau diorang tak sama dengan kawan-kawan Ainaa yang dulu, walau kita orang berbeza.... Tapi dioranglah S.A.H.A.B.A.T. Selalu bersama, selalu bersepakat, saling melaser mulut. HAHA. Roommates dari tiga negeri, Kelantan-Selangor-Johor tapi dikuasai oleh Johor sebab tiga orang Johor, dua selangor dan Ainaa sorang-sorang Kelantan. Ahaa.



Itulah dia, classmate dan roommate Ainaa sepanjang semester pertama ini. Tamat sudah semester pertama. Kita tunggu short sem iaitu sem.2 pada bulan November pula. Fuhh, menghitung hari untuk habis asasi dan sambung degree.


Baby Maal Hijrah


ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.
Bertambah lagi umat Islam di Awal Muharram.


Pagi tadi pada jam 3:32 pagi, kakak ipar Ainaa selamat melahirkan anak sulung perempuan di salah sebuah hospital di Jepun. Gembira betul nampaknya abang Ainaa tu, panjang lebar dia bercerita anak dia sama dengan muka dia. Haha.

Ainaa pun suka, akhirnya dapat jugak anak saudara perempuan. Yang kat rumah ni dah dua orang hero, tambah seorang lagi bunga dalam keluarga. Tapi sayangnya dapat tengok gambar je. Jauh nak pergi terbang ke Jepun tu. Tunggu ya baby Maal Hijrah, tungguh ayah awak belanja mak saudara awak ni tiket kapal terbang. 

Nasi Ayam Dan Ice Special di Kafeteria Fresh Garden

Alhamdulillah, meriah rumah hari ini sebab abang Ainaa yang baru berpindah ke Pahang balik Kelantan semalam. Semua adik beradik berkumpul kecuali abang ketiga dan isterinya yang ada di Jepun. Kalau diorang ada jugak mesti lagi riuh rumah ni.

Nak dijadikan cerita, abang Ainaa belanja kami semua makan tengah hari. Mula-mula decided nak makan nasi arab lepas tu tukar beralih ke nasi ayam dan ice special di Kafeteria Fresh Garden Abah Ummi & Abe yang ada di Tanjung Chat, Kelantan. Sebab kami semua nak cuba ice special yang ada kat sana.

 ABC SPECIAL


 JAGUNG CINCAU


MILO FLOAT


Nampak sedap kan? Memang sedap pun dan manis. Terliuh habis masa order nak air apa. Semuanya nampak sedap je dan ada pelbagai lagi pilihan ice special yang ada. Untuk makan pula, kami semua pilih Nasi Ayam. Lima Nasi Ayam Special dan tiga Nasi Ayam Biasa. Yang beza antara special atau biasanya hanyalah size ayam. Kalau yang special ayamnya besar dan kalau yang biasa kecil je tapi bagi yang makan sikit boleh la ambil yang biasa.


NASI AYAM SPECIAL


NASI AYAM BIASA


Bagi orang Kelantan atau siapa yang datang Kelantan dan nak cuba Nasi Ayam & Ice Special, boleh lah ke Kafeteria Fresh Garden Abah Ummi & Abe.

Setelah 5 Tahun

Alhamdulillah, setelah lima tahun berlalu akhirnya Ainaa ketemu juga dia. Siapa dia? Salah seorang geng Ainaa masa darjah enam yang hilang khabar dan hilang jejak begitu saja selepas keputusan UPSR lima tahun yang dulu. Sekarang bila masing-masing dah berumur 18 tahun, baru tadi Ainaa terjumpa dia punya instagram dan wecha. 

Ainaa apa lagi terus add dan hubungi dia. Nasib akaun wechat dia masih aktif dan dia balas mesej Ainaa. Nasib baik juga dia masih ingat Ainaa. 



Group BFF EX-SKPPG tu dah lama ada cuma kawan lama Ainaa yang baru dapat berhubung dengan dia je tak ada. Usaha gigih Ainaa cari dia selama bertahun ni, nak call tak ada nombor. Nak ke rumah dia dah pindah. Ainaa sampai search nama dia di google dan semua media sosial yang ada. Tapi baru hari ini ada rezeki walaupun mula-mula Ainaa was-was nak add sebab muka lain.

Yalah, hampir enam tahun kut tak jumpa. Last jumpa pun masa tu umur 12 tahun, sekarang dah 18 tahun. Tempoh waktu semua sedang membesar dah tentu muka pun dah lain.

Tapi bulan depan dia dah nak kahwin dah. Entah bila dapat berkumpul dengan semua. Rindu sangat. Rindu yang hampir enam tahun sudah tertanam.

PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!





PROMOSI PENGHABISAN STOK L’AROME SLIMMING SERUM !!

Pasti semua dah kenal dengan L’arome Slimming Serum atau nama barunya
L’arome Warm Serum.  Bukan sahaja untuk
kurus dan pecah lemak. Sebenarnya  banyak
kegunaanya.




APA YANG L’AROME BOLEH BANTU
LAGI?

    LEMAK: pembakaran lemak
berlaku sangat pantas

    SELULIT: perubahan ketara
hanya dalam tempoh 1 minggu

    LANGSING: perubahan yang amat
ketara dlm 3-7 hari

    STRETCH MARKS: hampir 100%
hilang dlm masa 1 bulan

BAHAN UTAMA L’AROME ialah
dari APPLE STEM CELL
Menggunakan teknologi Apple Stem Cell terkini dari Switzerland dalam membantu
membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan. Menghilangkan
selulit, orange peels, strecth marks & parut.

BAHAGIAN MANA BOLEH DI SAPUKAN L’AROME?
* Boleh disapukan pada double chin.

* Menghaluskan tekstur kulit.

* Mengeluarkan angin-angin dalam badan.

CARA PENGGUNAAN L’AROME :
Untuk pertama kali, cuba dahulu 1pam dan sapukan di bahagian perut
tengah sambil sapu. Gosok, urut, tenyeh, dan tepuk-tepuk pada bahagian berlemak
atau bahagian yang perlu.

SAPUAN PALING EFEKTIF UNTUK L’AROME:-
- 2 x sehari
- pagi selepasmandi
- malam sebelum tidur

Jika ada masa lapang boleh sapu 3x-4x sehari (lagi cepat Nampak keputusannya
sambal tepuk-tepu di bahagian yang telah di sapu). Kunci turun berat badan
ialah bahagian (urutan dari ulu hati kebahagian perut)

TIP:
- Kalau boleh hindarkan dari minum kopi/teh (kecuali green tea) kerana
gangguan metabolism badan.
- pakai girdle/korset (jika ada)
- Jika anda banyak lemak tepu,  amalkan diet protien (makan Ikan, ayam)
- Kurangkan karbohidrat (nasi, mee, roti, kuih muih dan minuman manis)
- elakkan makan telur, kacang soya, kentang, durian, minuman manis,
sejuk, berais dan bergas
- perbanyakkan minum air masak.

TINDAK BALAS L’AROME

- kurang selera makan
- lawas buang air besar
- nyah toksid dan lemak
- mungkin aka nada merah2 atau gatal pada bahagian yg disapu. Jangan
panik/takut...itu normal...serum sedang meresap dan merungkai lemak tepu.












Testimoni 1
 "Saya hilang 2.5inci 2 minggu. Selulit makin hilang!!"
 

Testimoni 2
"Lengan kecik, perut kempis"



HARGA LAROME:
1 botol RM170

All-in-1 bottle – harga treatment jika di SPA RM1.5K-RM3K, tetapi anda hanya perlu bayar lebih kurang 10% sahaja.

HARGA ISTIMEWA PENGHABISAN STOK RM106 SAHAJA !! TERMASUK KOS
PENGHANTARAN (POS)



PM/SMS/CALL/WA: 0126460421

ABC Kelapa di Pantai Cahaya Bulan

Sejak duduk berjauhan dengan family ni, sejak masuk asrama, kalau balik ke Kelantan.... Pantang tersalah cakap mengidam nak makan apa-apa pasti mak ayah Ainaa akan tunaikan. Macam semalam, Ainaa cakap kat mak ayah teringin nak makan abc sebab dah lama tak makan. Jadi semalam abah bawa cari abc di Kota Bharu tapi tak ada.

Dan hari ini, sekarang ni.... Abah bawak pergi makan abc sambil makan makanan laut celup tepung di Pantai Cahaya Bulan. Yeay!


Kenyang perut tambah bila abc dah cair, kenyang dengan air. Fuhh. Memang sedap la tidur malam ni. Haha.

Cabaran7Hari Instablog: Gadget Tercinta

Cabaran terakhir untuk CABARAN 7 HARI INSTABLOG EFGKBBA, gadget tercinta. Sebenarnya Ainaa bukanlah jenis yang gila gadget sampai ada dua tiga gadget, sampai handphone asyik bertukar. Tak. Handphone pun guna yang biasa-biasa dan yang orang bagi. Hewhew. 

Nak tahu tak, semua gadget yang Ainaa pernah pakai sebenarnya semua yang Ainaa sayang. Sebabnya..... alaaa, barang orang bagi,  free. Siapa yang tak suka? Haha.


Ainaa share gambar lama yang diambil tapi inilah phone yang abang Ainaa bagi awal tahun ini dan sampai sekarang masih guna. Ada juga rasa nak tukar phone, nak beli sendiri tapi nanti-nanti jelah. Tunggu Ainaa kahwin dengan anak raja. wink-wink.



Hoyyea! Selesai menyabut Cabaran 7 Hari Instablog ini. Fuuhh. 

Cabaran7Hari InstaBlog: Breakfast Wajib Anda

Susahnya nak buat entry untuk cabaran kali ini. Kenapa? Sebab Ainaa jarang makan pagi. Kelas asyik mula jam 8 pagi jadi jam 7:30 biasanya Ainaa dah pergi kelas. Tapi sebenarnya memang dari dulu lagi Ainaa tak suka breakfast. Hehe. Cuma sejak masuk asasi ni, adalah jugak rajin sekali dua pergi breakfast dengan kawan-kawan itupun kalau kelas mula lewat macam hari Jumaat. Kelas hari jumaat Ainaa mula jam 10 pagi. Dan kalau Ainaa breakfast, Ainaa akan makan ni,


Lepas tu dalam kelas mula la rasa mengantuk lagi-lagi kalau masa tu kelas subjek Islam And Other Religion. Fuh, memang sedap je tidur tapi nasib baik Ainaa jenis tak pernah tidur dalam kelas. Paling-paling la tersenguk-senguk je. Nampak sangat kan Ainaa ni budak baik? =P


Tak pun kalau Ainaa lapar sangat pagi tu dan tak sempat nak pergi makan, Ainaa beli je roti gardenia yang dulu Ainaa panggil roti 50 sen. Sekarang dah jadi 85 sen, dah naik dah. Haih.....

Cabaran7Hari Instablog: Drama TV/Movie Feveret

Kalau ikutkan Ainaa banyak movie Jepun dan Korea yang Ainaa suka. Tapi yang ini yang betul-betul suka tengok dan sanggup tengok berulang kali.





Itazura Na Kiss atau Mischievous Kiss Love in Tokyo! Dari awal sekolah menengah lagi Ainaa layan drama Jepun ni. Memang orang kata cerita ni sama je tapi tak tahu kenapa Ainaa betul-betul suka tengok drama Itazura Na Kiss.

Sampai ke Mischievous Kiss 2 pun Ainaa sanggup tunggu setiap minggu satu episode tapi kadang tu dua minggu satu episode. Kalau drama atau movie lain, tak ada maknanya Ainaa rajin nak tunggu.

Cabaran7Hari: Apa Anda Selalau Cari Dalam Freezer

Ampun, terlepas Cabaran 7 Hari yang ini sebab akhir-akhir final exam ni Ainaa ada hal kat sana. Tapi sekarang alhamdulillah, exam dah habis dan dah selamat sampai ke pangkuan keluarga. Jadi Ainaa nak tebus cabaran 7 hari yang terlepas.


Apa yang selalu Ainaa cari dalam freezer? Sudah tentula AIS. Ainaa suka minum minuman berais jadi memang setiap hari ais yang akan dicari. Nak dicari benda lain kan jadi meroyan sorang-sorang pulak sebab biasa benda yang kita nak tu tak ada. Ais tu tu kalau makan dengan milo, fuhh sedap. Nak kena buat ni sementara ada kat rumah. Milo ais tabur.

Cabaran7Hari: Perkara Wajib Buat Setiap Hari



Kenapa ada gambar cermin tu? Haaaa, inilah perkara wajib yang Ainaa buat setiap hari dan Ainaa berani jamin gadis kat luar sana pun akan setiap hari tengok cermin. WAJIB! Malah lelaki pun rasanya sama je. 

Kita bangun tidur, perkara kedua buat selepas tengok phone pasti tengok cermin. Lepas mandi, malam sebelum tidur, sebelum keluar ke mana-mana....Cermin yang akan dicari. Malah nak selfie pun kadang-kadang depan cermin. Betul tak? 

Cabaran7Hari InstaBlog: Apa Ada Dalam Wallet Anda?

Cabaran hari kedua, APA ADA DALAM WALLET ANDA? Malu sebenarnya nak tunjuk purse Ainaa tambah lagi yang dalam. Macam-macam benda khazanah disimpan dalam tu. Hehe.


Kita perkenalkan dulu dengan purse pink Ainaa. Purse kesayangan yang kakak ipar Ainaa bagi.


Nampak tak kertas yang banyak-banyak tu, itu semua resit novel lah apalah semua disimpan kat situ. Yang lain-lain itu macam biasalah kad-kad yang biasa ada dalam purse. Dan sampah sarap. Hehe.

Cabaran7Hari InstaBlog: Selfie Paling Comel

Ainaa sekarang masih dalam minggu exam final tapi nak jugak curi masa join Cabaran 7 Hari InstaBlog yang pertama ini iaitu SELFIE PALING COMEL! Fuhh, berat jugak tugas tu bagi orang macam Ainaa yang jarang selfie tapi selalu wefie. hehe.

Selfie paling comel ya.... Ini hah selfie paling comel terabad ini dalam phone Ainaa.

Ampun, masih bertiga. hehe.

Muka masing-masing tak boleh blah je. Tapi inila yang paling comel. Comel kan. >__< Ainaa dah sahut cabaran yang pertama bagi CABARAN 7 HARI INSTABLOG, kau orang bila lagi?

Giveaway Nurfuzie Dot Com #1


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Give Away yang ditunggu tunggu oleh cik en dan sponsar sponsar cik en akan bermula pada 1/10/2015 sehingga 30/10/2015

Hadiah bernilai lebih dari RM 1000 boleh dimenangi dengan penyertaan 18 sponsar untuk 28 orang peserta yang bertuah. Mungkin anda salah seorangnnya. Jadi apa tunggu lagi, mari mencuba dengan join Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 ini dengan syarat yang sangat mudah.

Kalau sertai Insyallah rezeki itu ada, Kalau tidak sertai sudah tentu rezekinya tiada
Ini syarat yang perlu untuk menjadikan rezeki itu jadi kenyataan



1. Buat satu entry bertajuk " Giveaway Nurfuzie Dot Com #1"



2. Follow dan like semua sponsar dibawah ini dan copy html dan paste di HTML entri korang :



Follow Blog




Follow Instagram

Shad ,
Nona ,



Follow Twitter






Follow Google+









Masukkan Dalam Bloglist




Fanpage




Nurfuzie.com

Along Maisuri

Shad

Ejulz

Farprettybylh

Kawaidesu Concept

Sayidah Napisah

Emy Amelia

Carehappytips

Jeragat LESS? Seronok


Follow


Cahaya Farah


Irrayan




3. Publish dan letakkan link entri tersebut di komen entri Giveaway Nurfuzie Dot Com #1 sahaja



Tarikh Give away ini bermula 1/10/2015 sehingga 30/10/2015.



Demam Berlarutan

Ya Allah... tak habis lagi dengan masa peperiksaan SPM dulu Ainaa sakit teruk, sekarang final exam pun Ainaa demam walau tak seteruk SPM. Demam dalam kereta yang perjalanan sangat lama dari Kota Bharu ke Petaling Jaya, sampai ke hari ini masih demam dan sakit badan.

Nasib baik juga paper untuk hari semalam dipostpone ke hari Jumaat, kalau tak sejarah akan berulang lagi. Macam mana nak jawab dengan keadaan sakit. Pengalaman pahit ketika SPM. Hari ini Ainaa ada exam untuk Bahasa Arab, alhamdulillah demam hari ini tak seteruk semalam. Gagahkan diri walau badan penat bahkan bukan setakat hidung berair, mata pun berair jugak sebab panas. Dengan hidung tersumbat, kepala pun jadi pening.

Doktor pun dah jumpa, ubat pun dah nak habis. Harap sangat demam, selesema dan sakit badan ini dah sembuh esok. Tak larat nak hadap lama-lama. Badan panas tapi kita terasa sejuk yang amat.

Maaf juga kawan-kawan dan geng EFG tak dapat nak jenguk group Whatsapp, Ainaa tak boleh nak main phone lama-lama dengan kepala sakit. Internet pula dah kembali jadi seperti dulu, segan nak hidup. Huhu.

14 Jam Perjalanan Di Musim Perayaan

Alhamdulillah, Ainaa selamat sampai di UIA Petaling Jaya lebih kurang jam 11 pagi lebih. Sepatutnya kelmarin Ainaa dengan abang Ainaa dah bertolak jam 10 setengah pagi dari rumah tapi tersangkut dalam jammed dari jam 12 sampai jam 3, di kawasan yang sama! Jam yang teruk amat sampai kereta tak bergerak langsung. Berjam-jam kami di tempat yang sama. 

Mula-mula nak lalu ikut Machang tapi jam teruk gila-gila dan kemudian tukar lalu ikut Pasir Putih tapi masih sama. Kalau jammed tapi kereta tak bergerak-gerak, memang bukan kerja nak hadap. Jadi abah Ainaa call suruh kami balik semula. Suruh Ainaa dengan abang bertolak nanti malam.

Jadi kami bertolak pukul 9 setengah malam dan sampai pukul 11 lebih macam tu. Aduhai, ini pun sampai-sampai terus demam.tersangkut dalam jammed lama-lama punya pasal. Lepas tu, ni baru dapat tahu exam hari esok dipostpone! Argh. Kalau tahu Ainaa memang tak terburu-buru nak balik sini. Huh.

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.