Masya-Allah!!
Semoga mereka mendapat keinsafan, Ya Allah!



    HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA :
·         Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah


    PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA :
-Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan
-Memperkecilkan tuntutan agama
-   Bangga apabila melanggar larangan Allah
- Menghina orang yang bertakwa
-   Menjunjung perbuatan maksiat
-  Tidak bersolat
-  Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai
-  Tidak membayar zakat yang difardhukan


  GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA :
- Musyrikin : Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid 
-Munafik : Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman 
-Murtad : Orang yang keluar daripada Islam 
-  A'shi Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya
 
 
AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA :
-akidah seseorang terhadap Allah akan rosak 
-segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia 
-akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat
 -dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain
 
 
CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA :
-taat dan patuh pada perintah Allah denga bersungguh-sungguh 
- meninggalkan segala larangan Allah 
- sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
- berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama


AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA :
·         umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun
·         agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
·         kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa
·         wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam

0 Comments