Assalamualaikum!


Pada 18/11/13 merupakan episod akhir bagi drama Jodoh Itu Milik Kita.
Drama yang bakal menggantikan drama JIMK juga merupakan drama adaptasi novel iaitu
dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Novel BKATC ini merupakan karya ketiga E-man Sufi selepas
novel Suami Yang Kubenci dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Novel ini juga diterbitkan dibawah terbitan
Karya Seni yang sudah sebati di bibir peminat-peminat novel.


Buat pengetahuan anda lagi, drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini akan ditayangkan pada
9 Disember 2013 di saluran Astro Mustika HD (134).


Saya sudah baca novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini dan memang tak dapat dinafikan bahawa 
novelnya layak mendapat 5 bintang. Tak percaya? Boleh dapatkan sekarang di laman web
Karya Seni dan anda boleh dapat diskaun sebanyak RM3 jika beli secara online.


SINOPSIS BUKAN KERANA AKU TAK CINTA :



Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27


“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
 
 
 
DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA DIBINTANGI OLEH :
 
 
Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat
 
Nelydia Senrose sebagai Mastura
 
Alex Yanz sebagai Uwais Ukashah
 
Lisdawati sebagai Hannah Maryam
 
Azhar Sulaiman sebagai Wahab
 
Iqram Dinzly sebagai Inspektor Aryan
 
Tony Eusoff sebagai Tiger @ Eric Foo
 
Adlene Tsen sebagai Airen @ Damia
 
 
 
GAMBAR DISEBALIK TABIR DRAMA BKATC :
 





















OPENING DRAMA JIMK :





LAGU TEMA : SALAHKAH - HAFIZ FT. ROSSA


- KLIK SINI UNTUK MENDENGAR OST DRAMA BKATC INI -



Macam best jeeer..... Macam bagus jeeer.... Hehe
Memang sesuai sangatlah Sharnaaz pegang watak Abang Jebat!
Drama ni ditayangkan pada musim cuti sekolah. Jadi boleh lah saya tengok secara online.
Nanti siapa-siapa nak tengok sekali, boleh ke TONTON ONLINE. Almaklumlah....
kat rumah cheq tak ada saluran Mustika HD. Heee....

2 Comments

  1. Haa tu lah kan, nampak macam best je.. Novel memang dah best dah sebab rare. Tak sabar nak tengok. :D

    ReplyDelete
  2. nak tengok tapi takde astro . hmm :/

    ReplyDelete