Kisah Benar: Dia Lupa Allah Itu Ada

 


Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya ...


Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.

Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..

x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft - ......1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi...macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..

Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!

ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..

Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah....berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!

Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..'abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati' suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??

suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg,sakitnya ya Allahhh.... Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang...sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..
Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..

Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?

Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..

Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~

Allah..
Allah.. Allah.. :'(

[ SUMBER :  DIARI HATI ]

PRU13: Saya Soal, Anda Jawab

| KLIK UNTUK KANTA PEMBESARAN |
Saya bertanya, korang jawab dalam hati.  =)
 p/s: nak jawab dalam komen pun boleh
1) Adakah pemimpin kita sekarang ini layak digelar pemimpin?

2) Adakah pemimpin kita sekarang ini menjalankan/menegakkan hukum Allah?

3)  Adakah pemimpin kita sekarang ini bersikap adil?

4) Adakah pemimpin kita sekarang ini boleh dirujuk jika rakyat ada
masalah soal agama/Islam?


5) Selepas anda meninggal, anda mahu jenazah anda disembahyangkan oleh
pemimpin kita sekarang ini atau tok guru?

Selamat Menjawab! 

PRU13 INI, PANGKAHLAH YANG LAYAK MENJADI PEMIMPIN NEGARA MENGIKUT ISLAM!!   

 ............................

|  CIRI - CIRI PEMIMPIN MENURUT ISLAM |
1. Islam - Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana Islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam;

2. Adil - Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam, ekoran betapa pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak di muka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam;

3. Ilmu - Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4. Melaksanakan hukum Allah.

5. Tidak berlaku zalim.

Ada dinyatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya,
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

#Nuffnang: Apakah Ini?

Assalamualaikum!
Selamat petang semua...

Sebenarnya dah lama dah nak tahu apa
kebenda yang terpapar di Nuffnang saya tu. Tapi baru
hari ni tergerak hati nak tanya. hehe

Mohon sifu-sifu blogger untuk jawab pertanyaan saya ini.



Haa! Yang kat atas tulah...
Nak tanya, apa kebendakah itu Proposed Blogbuster Campaigns ?

Giveaway Time? Sponsor?

Assalamualaikum!
Uiit! Tinggal beberapa hari lagi nak masuk
bulan 5 kan? Maknanya.... Saya akan sibuk sepenuh masa!
Oh yeah! Masa untuk menghafal! Ingat Ainaa, tahun ni kau exam SMU.

Dupp!! Dapp!! Dupp!! Dapp!!
Hati berdebar-debar apabila exam semakin menghampiri.
So saya tak dapat lah nak update blog selalu. So.....
IT'S GIVEAWAY TIME!!


 Nak buat GA bagi mengelakkan blog kesunyian.
hehe

Sponsor diperlukan?
Eeeiittt!! Aci tak kalau saya tak ambil sponsor?
Saya sorang aje yang sponsor? Sponsor...... NOVEL!!
Barulah syarat-syarat nak join GA pun SEDIKIT!! Kaaan?

Tapi kalau ada yang nak sponsor NOVEL/BUKU AGAMA@MOTIVASI/
MAJALAH boleh lah PM saya di SINI. Yang nak sponsor dress/tudung pun boleh.
Kalau nak sponsor review blog, edit or etc yang berkaitan dengannya.....
Saya dah tak terima kut.... Sorry!!

Bila GA ini bermula? 
1 MEI 2013 - 17 MEI 2014 sahaja!!


*SILA PM SAYA KALAU NAK SPONSOR. BAGI MEMUDAHKAN 
PERBINCANGAN ANTARA SAYA DAN SPONSOR.*


Pergh! Ayat skema habis. hehe ok! Bagi yang nak sponsor,
 PM details seperti bawah ni erk :

- BENDA MAHU DISPONSOR -
- UNTUK BERAPA ORANG -
- SYARAT YANG INGIN DILETAKKAN -
- LINK FB/BLOG/TWITTER -
*bagi memudahkan saya hubungi sponsor*


( DOAKAN SAYA UNTUK PEPERIKSAAN SMU BULAN 10 INI!!)


NOTA KAKI: SMU = PEPERIKSAAN MENENGAH UGAMA (SMU)

DELETE Video "Gwiyomi Malay Style Yang Super Cute"

PERHATIAN !!!
( SILA SEBARKAN INFO INI )

Sekarang ni demam gwiyomi semakin
menjadi-jadi di dunia. Tak nak cakap dunia. Kita
cakap Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang cuba tiru dan upload
dalam youtube kan. Okey, itu perkara biasa.

Tapi yang lebih kecoh sekarang ialah
Video "GWIYOMI SUPER CUTE" or whatever name.
Yang ada gambar perempuan bertudung muka ala-ala korea tu.

TOLONG!! SEBARKAN PERKARA INI :


" Pesanan dari PEMILIK/ORANG YANG DALAM video "GWIYOMI MALAY STYLE YANG SUPER CUTE!" atau sebagainya (yang pakai tudung muka macam ala korea tu~)

-Tolong delete/padam/buang/hapus video yang disebarkan itu, sama ada di YOUTUBE, FACEBOOK, TWITTER dan di seluruh media massa.-

Kesian la kat tuan punya badan tu. Dia buat video tu nak tujukan kepada suami dan kawan rapat dia. Tapi terlupa nak 'hide' -kan , jadi orang yang tak bertanggungjawab telah menyebarkan video tersebut!"

Please.... Sebelum nak kutuk sis yang comel tu,
fikir dahulu. Bukan salah dia 100% kerana upload video ke youtube.
Mungkin si suami belajar oversea dan dia pula tak dapat sent video tu. Maybe
sebab line yang slow or etc. Please.... think positive
'Husnizon' dengan orang lain. Bersangka baiklah. Jangan ajar mulut tu untuk
kutuk orang lain.

Sama-samalah kita memperingatkan supaya tak kutuk orang.
Cermin diri terlebih dahulu sebelum nak kutuk orang.
Pesenan untuk semua orang termasuk diri saya sendiri supaya tidak
bersangka buruk dengan orang lain.


Kafir Mempersendakan Agama Islam!!

Masya-Allah!!
Semoga mereka mendapat keinsafan, Ya Allah!



    HUKUM MEMPERSENDAKAN AGAMA :
·         Akan mendapat balasan dan azab yang dahsyat daripada Allah


    PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIANGGAP MEMPERSENDAKAN AGAMA :
-Mempermainkan dan mempersendakan ajaran islam sama ada melaui lisan atau perbuatan
-Memperkecilkan tuntutan agama
-   Bangga apabila melanggar larangan Allah
- Menghina orang yang bertakwa
-   Menjunjung perbuatan maksiat
-  Tidak bersolat
-  Makan disiang hari pada bulan ramadhan di khalayak ramai
-  Tidak membayar zakat yang difardhukan


  GOLONGAN YANG SERING MEMPERSENDAKAN AGAMA :
- Musyrikin : Kaum yang menyekutukan Allah dan penentang kuat agama tauhid 
-Munafik : Orang yang menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keislaman 
-Murtad : Orang yang keluar daripada Islam 
-  A'shi Orang islam yang melanggar perintah agama tetapi tidak mengingkarinya
 
 
AKIBAT MEMPERSENDAKAN AGAMA :
-akidah seseorang terhadap Allah akan rosak 
-segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia 
-akan mendapat balasan azab yang pedih di akhirat
 -dibenci dan tidak dihormati oleh orang lain
 
 
CARA MENJAUHI DIRI DARIPADA PERBUATAN MEMPERSENDAKAN AGAMA :
-taat dan patuh pada perintah Allah denga bersungguh-sungguh 
- meninggalkan segala larangan Allah 
- sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka
- berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama


AKIBAT TIDAK MEMELIHARA AGAMA :
·         umat islam akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun
·         agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
·         kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa
·         wujud ajaran sesat dalam masyarakat yang akan memesongkan akidan orang Islam

Lagu Sayang - Shae Versi Tauhid

( klik SINI )

Lagu "SAYANG" nyanyian Shae, yang ditukar ke versi tauhid.

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.

**** ****

Terbaaaiklaaah! Lagi kelaaas!
Lagu yang ditukarkan menjadi pesanan kepada
umat Islam lebih-lebih lagi kepada kaum hawa. Hayatilah lagu ini.
Cuba baca liriknya dan fahami. ALLAH! =)

Lestary TV3: Kisah Cinta


Setelah dua minggu berturut-turut telemovie pada
hari selasa, kini drama TV3 slot Lestary muncul lagi. Setelah
disajikan dengan telemovie Serindu Taj Mahal dan Andai Itu Takdirnya,
kita akan mengahayati drama Kisah Cinta.


Barisan pelakon yang bakal memainkan peranan masing-masing :


Shaheizy Sam
 Nur Fazura
Nadia Aqila Bajuri
Ungku Ismail
 Nazim Othman
Fazlina Ahmad Daud
Arash Mohd
 Kuza
Syahrul Ridzwan
 Tya Adnan


Sinopsis Kisah Cinta :

Konflik bermula dalam satu kemalangan tragis pada malam sambutan Tahun Baru 2013. Zainal dan Zaharah maut selepas kereta mereka dirempuh lori kontena dari arah bertentangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Berlaku kekacauan sewaktu pengurusan jenazah mereka dalam kalangan anak masing-masing. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri.

Azalea tidak pernah mengenali Zaharah dan begitu juga dengan Shah yang tidak pernah mengenali Zainal. Dalam erti kata lain, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Selepas selesai segala urusan tuntutan jenazah dan kedua-dua pasangan itu selamat disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan dan kemusykilan yang timbul daripada kejadian tragis yang menimpa ibu bapa mereka.

Akhirnya, mereka membenci antara satu sama lain selepas menemui jalan buntu dan mula menuding jari menyalahkan diri masing-masing atas kejadian yang berlaku. Sewaktu mengemas barang-barang peninggalan arwah ibunya, Shah terjumpa sebuah kotak yang mengandungi surat lama milik Zainal dan ibunya. Pada mulanya Shah mahu membuang saja surat berkenaan, tetapi dihalang Azalea. Menurut Azalea, dia juga menjumpai surat antara bapanya dan Zaharah. Azalea ingin tahu kesinambungan surat berkenaan.

Baginya, ia peluang keemasan untuk mereka menyelesaikan semua tanda tanya. Shah jelas tidak berminat kerana takut kebenaran akan melukakan hati semua pihak. Selepas dipujuk Azalea, Shah akur. Mereka cuba menyelami kisah sebenar Zainal dan Zaharah berpandukan kronologi cerita yang dapat mereka ungkapkan daripada surat berkenaan.

Mereka mula menjejakkan kaki ke tempat yang tertulis, mencari nama yang disebut dan memahami perkara yang diceritakan. Satu persatu kisah terungkai, dalam tidak sedar Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka. Bagaimanapun, perjalanan mereka bukanlah semudah itu. Pelbagai halangan yang harus ditempuh. Kekasih Azalea, Johar kurang senang dengan situasi ini. Marina, ibu Azalea juga tidak suka dengan usaha anak perempuannya itu.

Baginya, Zaharah adalah perempuan simpanan suaminya dan Shah seperti ibunya, bukanlah orang yang baik. Shah pula terpaksa mengorbankan waktu kerja sehingga dibuang kerja. Misi mereka untuk mencari jawapan terpaksa dihentikan. Hidup dan realiti mereka perlu diteruskan.


[SUMBER: KISAH CINTA LESTARY TV3]


Cerita ini bakal ditayangkan pada  23 April 2013 7 7 Mei 2013
di TV3 slot Lestary. Yakni setiap hari selasa.
Jangan lupa untuk saksikannya!

Telemovie Andai Itu Takdirnya Bukan Adaptasi Novel!



( SUMBER FB )
 
Telemovie Andai Itu Takdirnya yang bakal mengisi slot Cerekarama TV3 nanti sebenarnya bukanlah adaptasi novel Siti Rosmizah. Hanya tajuk yang sama.

Rashid Sibir, seorang 'pengarah air mata' kini sedang menumpukan pada penghasilan filem keenamnya berjudul Andai Itu Takdirnya, yang akan menjalani penggambaran selepas Hari Raya tahun ini.
Masih mencari pelakon utama lelaki dan wanita untuk filem drama berat yang diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah itu, Rashid bagaimanapun membayangkan Nur Fazura sebagai teraju, di samping muka baru.


Tak tahu betul ke tidak.
Tapi saya rasa pun bukan sebab tengok promo
telemovie ni kat TV pun dah LAIN SANGAT dengan jalan cerita novel!
Bagi yang dah baca novel Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah maybe tahu.

Malam ni kita sama-sama tengok sama ada telemovie TV3 kali ini
adaptasi dari novel SR atau tidak. Yang saya tahu, novel SR akan DIFILEMKAN!


WAALLAHU A'LAM !!
 

Kecantikan Asli Peribadi Seorang Muslimah

 


Setiap insan pasti inginkan sesuatu yang menarik dan terbaik untuk perhiasan diri, tentunya perhiasan hakiki yang akan mendapat nilain terbaik disisi Allah s.w.t. Semoga petua di bawah dapat menjadi panduan untuk kita semua.


1) Jadikan "Ghaddul Basar"  (menundukkan pandangan) sebagai perhiasan mata, nescaya mata akan kelihatan lebih bening dan jernih buat selama-lamanya.

2) Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir, nescaya bibir akan semakin manis dan memikat hati semua orang.

3) Gunakan "Pemerah Pipi" dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang boleh didapati secara langsung di saloon keimanan, nescaya pipi anda akan kelihatan putih bersih dan berseri.

4) Gunakan "Sabun Istighfar" yang amat mujarab bagi menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan, nescaya akan lebih bersih dan suci serta menyenangkan hati semua orang.

5) Rawatlah rambut dengan "Jilbab Islam" yang dapat mengelakkan dari pandangan ajnabi, nescaya rambut kelihatan lebih bermaya dan menawan.

6) Hiasilah ke dua tangan dengan "Gelang Tawadhu' " dan jari jemari dengan "Cincin Ukhuwwah", nescaya tangan serta jari akan kelihatan lebih manis dan cantik.

7) Kalungkan leher denga "Kalung Kesucian" agar kelihatan lebih berseri.

8) Bedakkilah  wajah dengan "Air Wudhu' ", nescaya wajah akan lebih bercahaya dan anggun walaupun telah mengembara hingga ke akhirat.


SEMOGA IRAS WAJAH KITA IRAS MUSLIMAH SEJATI

#Nuffnang: Cek Kedua Sudah Sampai!


Alhamdulillah!
Rezeki bulan April...
Tak apalah sikit pun. Nanti lama-lama
semakin banyaklah dalam bank. Kaan? hehe

Setelah cek pertama sampai pada 14 Feb,
cek kedua pula menyusul pada 8 April.

Memang seksa nak tunggu cek dari Nuffnang sampai.
Sebab kena tunggu 2 bulan jugak dari tarikh kita cash out tu..
Macam cek kedua ni, saya cash out 1 Feb dan 8 April baru sampai.
Tak apa. Sabar itukan separuh daripada iman. =)


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata:

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah”
- (Surah al-Baqarah 155-157).


Tapi sayang sebab bulan lepas dengan bulan ni maybe
saya tak boleh nak cash out. Sedih betul tengok trafik menurun mendadak.
Nak buat macam mana, saya sibuk. Start minggu ni pun kena balik pukul 4 stengah ptg.
Nasib 2 hari dah MC. Lega lah jugak terlepas dari kelas tambahan. hehe

Ada berita surprise sebenarnya nak bagitau.
Tapi bukan sekarang lah. Maybe next entry? Tunggu apabila
saya sudah bersedia mahu kongsi dengan korang yap? hehe

PBAKL 2013 Bakal Tiba!

| 26 April 13 - 5 Mac 13 |


Assalamualaikum!


OH NO !!
PBAKL 2013 bakal tiba!
Waaa!! Tapi sayang tak boleh pergi.
Hari tu tengok tike murah tapi tangguh punya tangguh
dah naik harga. Haritu tak sampai Rm100 pun tiket pergi balik!

Korang boleh pergi? Bestnya.... Jeles I ..........T_T
Tak apalah, maybe saya hanya kirim dengan kawan saya yang pergi.
Tapi tak tahu boleh kirim banyak-banyak ke tidak. Duit sehelai dua aje ada.
hoho ni kes borong hari tu laah!!

Buat pengetahuan korang, ada banyak novel baru yang best-best 
daripada penulis yang memang novel dia awesome!
Nak tahu novel apa yang bakal keluar? Okey, meh sini cheq nak bagitau.
Bukak mata luas-luas, tutup mulut dengan plaster sebelum air liur hang meleleh.
kihkih =P

Antara Novel Terbaru Di PBAKL 2013
1. Playboy Itu Suami Aku?! - Suri Ryana

| klik gambar untuk baca bab awal PISA |





2. Suami Tak Kuhadap - Rehan Makhtar

| klik gambar untuk baca bab awal STK |



3. Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Eman Sufi

| klik gambar untuk baca bab awal BKATC |


4. My Precious Iris - Melur Jelita

( BACA BAB AWAL MYPI )


5. Biarkan YM Terus Berbicara - Hanni Ramsul 

 (BACA BAB AWAL BYMTB)


Ada banyak lagi... Nak tahu boleh join
group INI.
Tapi nanti saya akan update cover MYPI dgn BYMTB.


(Maybe Entry Ini Menjadi Pelekat Kat Blog Ini Lepas  Ni)
 
 

 (

Doodle Dari FizGraphic

Assalamualaikum!
Aik? Tak pergi sekolah ke?
Hehe saya kurang sihat hari ni sebab tu tak pergi.
Bukan saja-saja yaa... Hari ni sakit-sakit pun boleh tersengih 
seperti kerang bucuk lagi. Kenapa?

Alaa.....
Tengok tajuk pun tahu.
Hari tu saya ada join segmen dari FizGraphic.
Dan saya 100 dari peserta terawal.

Comel tau doodle yang Hafizzi buat!
Bertambah pula dia colour dengan warna yang kita nak.
 hehe nak tengok? Meh nak kasi tunjuk. =P


 


comel tak? comel tak?
hehe =)

Jom terjah blog FizGraphic Dot Com


Terima Kasih Hafizzi Aziz !


1st Giveaway By Emas Putih

As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

Nasihat Kepada Orang Ramai



Assalamualaikum.
Ya Allah! Panasnya cuaca sekarang ni.
Berpeluh-peluh kat sekolah. Rasa nak ponteng ada jugak.
Panas sangat. Di dunia pun kita tak tahan panas apatah lagi panas azab api neraka!!
Nauzubillah!

Jadi saya nak kongsi info kesihatan ini dengan
rakan-rakan sekalian. Bacalah ya. Penting untuk kita.
 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

>>Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

>>Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).

>>Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

>>Penghidap penyakit sistem pernafasan.

>>Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

*Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah :

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), 
kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

>>Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
>>Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
>>Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
>>Hadkan aktiviti luar
>>Kerap berehat
>>Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
>>Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
>>Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

>>Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
>>Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
>>Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

>>Keluar dari kawasan yang panas
>>Tanggalkan pakaian yang ketat
>>Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
>>Gunakan kipas untuk sejukkan badan
>>Minum air setiap 15 minit
>>Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.