Drop Your Link And I'll BW Yours (Part 2)


GOOD MORNING SUNSHINE !!




Hari tu, dah buat entry INI. Alhamdulillah. Sempat terjah semua blog dan
tinggalkan komen di semua link yang ditinggalkan.

Jadi... memandangkan hari ini hari Sabtu. Cuti. Pagi-pagi lagi saya post 
entry ini untuk korang tinggalkan link blog korang. Akan saya BW kesemuanya 
dan tinggalkan komen sepatah dua. InsyaAllah !


Now, you can drop your link and I'll BW yours


Promosi Novel Sebanyak 20% Hanya Di MPHOnline !!


Assalamualaikum!




Memang dah lama saya menanti saat-saat ini. Menunggu MPHOnline buat promosi gila-gila.
 Tapi sayangnya promosi ni datang masa poket saya tengah kosong !! Aduhai! Dah la banyak novel-novel yang saya nak dan novel-novel baru lagi best termasuk dalam senarai promosi! 20% tu bepp... 
ingat sikit ke? Peluang ni datang jarang-jarang tau! Sekali datang kena rembat terus!!!


Alamak! Alamak! Macam mana ni. Tak ada siapa nak belanja ke?
Minta abang-abang yang ada belanja, semuanya buat tak tahu!! Cis, kejam punya abang.
Tak kasihan dah kat satu-satunya adiknya yang cun ni. Eh? Err... tolong abaikan ayat yang last tu.
Dah berjuta kali ni fikir jalannya macam mana nak rembat juga novel yang dipromosi 20% ni.
Nak keluarkan wang hasil berblog dan menulis cerpen? Memang tak laah.


Nampaknya, sekali lagi saya akan terlepas peluang yang sudah ada depan mata ini.
Tak apa.... Tak apa.... Tahun depan nak plan siap-siap. Tabung kena bahagikan kepada dua. Satu untuk
beli novel di PBAKL 2014 dan satu lagi untuk promosi mengejut yang dibuat MPHOnline.
Tapi tahun depan mampu beli ajelah. Baca novel? No..... No.... No... and NO!! SPM bep !!! SPM !!!!!!!   (◍•﹏•)


 Okey! Stop meroyan sorang-sorang. Offer 20%  itu saya tak tahu sampai bila. Tamat bila.
Jadi, lepas baca entry ini terus pilih novel-novel yang mahu dibeli dan bayar secepat mungkin ya.
Nak tahu senarai novel yang diberi promosi itu boleh ke SINI .  Pastikan korang sign up di SINI dulu ya. Kalau dah berdaftar, sign in aje. Tak perlu buat tutorial sebab dah ada langkah-langkah yang diberi.


[antara novel terlaris yang dipromosi sebanyak 20%]


Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi pihak mereka di SINI.
Dan kalau ada masalah dengan pembayaran, tak tahu macam mana. Boleh rujuk di SINI.
Hah! Senang kan? Cepat-cepat rembat promosi ini. Jangan jadi macam saya. Menyesal tak sudah. huhu

Status Nuffnang & 8Share


Assalamualaikum!


Hari ni, bukak aje laptop terus buka laman web Nuffnang dan 8Share.
Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !!






Earnings meningkat!! Yang Nuffnang kelmarin tak silap saya, saya tengok ada
dalam RM44+ macam tu. 8Share pula dalam RM36+. Nuffnang dah boleh nak cash out untuk kali ke-6. Dan 8share tinggal beberapa ringgit lagi nak cash out untuk kali pertama. Alhamdulillah!!

Blogger lain mungkin perkara ni dah biasa. Blogger yang hebat mungkin dah biasa
cashout RM100+ setiap bulan. Tapi saya, blogger yang cikai ni merangkap penulis jalanan ni....
Dah kira bertuah sangat dah ni. Bersyukur sangat-sangat dapat cash out setiap bulan walaupun
 jumlah cashout  sedikit dan tiada apa yang nak dibanggakan.

Apa-apa pun. Mana-mana kawan-kawan blogger yang belum ada apa perubahan dengan
Nuffnang ke 8Share atau mana syarikat iklan lagi. Teruskan mencuba dan teruskan berusaha.
Tak perlu ragu-ragu dengan wang yang kita dapat dari syarikat periklanan selagi tak ada iklan yang melanggar syariah Islam. Boleh baca artikel mengenai wang itu di entry INI. Dan kalau takut duit tu tak sampai ke, boleh tengok perkembangan Nuffnang saya di MY NUFFNANG.



Terima kasih kepada kawan-kawan FB merangkap blogger yang sudi klik dan exchange link 8share !!!



Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Adaptasi Novel)


Assalamualaikum!


Pada 18/11/13 merupakan episod akhir bagi drama Jodoh Itu Milik Kita.
Drama yang bakal menggantikan drama JIMK juga merupakan drama adaptasi novel iaitu
dari novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Novel BKATC ini merupakan karya ketiga E-man Sufi selepas
novel Suami Yang Kubenci dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati. Novel ini juga diterbitkan dibawah terbitan
Karya Seni yang sudah sebati di bibir peminat-peminat novel.


Buat pengetahuan anda lagi, drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini akan ditayangkan pada
9 Disember 2013 di saluran Astro Mustika HD (134).


Saya sudah baca novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini dan memang tak dapat dinafikan bahawa 
novelnya layak mendapat 5 bintang. Tak percaya? Boleh dapatkan sekarang di laman web
Karya Seni dan anda boleh dapat diskaun sebanyak RM3 jika beli secara online.


SINOPSIS BUKAN KERANA AKU TAK CINTA :



Semenanjung : RM24
Sabah/Sarawak : RM27


“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
 
 
 
DRAMA BUKAN KERANA AKU TAK CINTA DIBINTANGI OLEH :
 
 
Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat
 
Nelydia Senrose sebagai Mastura
 
Alex Yanz sebagai Uwais Ukashah
 
Lisdawati sebagai Hannah Maryam
 
Azhar Sulaiman sebagai Wahab
 
Iqram Dinzly sebagai Inspektor Aryan
 
Tony Eusoff sebagai Tiger @ Eric Foo
 
Adlene Tsen sebagai Airen @ Damia
 
 
 
GAMBAR DISEBALIK TABIR DRAMA BKATC :
 





















OPENING DRAMA JIMK :

video



LAGU TEMA : SALAHKAH - HAFIZ FT. ROSSA


- KLIK SINI UNTUK MENDENGAR OST DRAMA BKATC INI -



Macam best jeeer..... Macam bagus jeeer.... Hehe
Memang sesuai sangatlah Sharnaaz pegang watak Abang Jebat!
Drama ni ditayangkan pada musim cuti sekolah. Jadi boleh lah saya tengok secara online.
Nanti siapa-siapa nak tengok sekali, boleh ke TONTON ONLINE. Almaklumlah....
kat rumah cheq tak ada saluran Mustika HD. Heee....

Pengggoda, Menggoda, Digoda




PENGGODA + MENGGODA = WANITA



DIGODA  =  LELAKI 


Nampak tak disitu? Lumrah sebagai wanita menjadi PENGGODA.
Tapi wanita zaman sekarang, kebanyakkannya MENGGODA orang yang yang salah.
Kalau bujang lagi, belum nikah. Simpan dulu anugerah yang diberikan tu. Jangan nak main goda jea.
Lelaki pula.... memang dah lumrahnya ingin DIGODA. Jadi janganlah kita(wanita) senang-senang nak
goda lelaki yang bukan selayaknya digoda. Goda suami aje boleh. Pakwe ke tunang ke.... HARAM !!


Lelaki pun kadang-kadang menjadi PENGGODA
Kalau tak macam mana nak MENGGODA isteri kan? Wanita yang memang hatinya dah 
lembut dan mudah luntur..... Memang senang DIGODA. So lelaki pun jangan lah nak menggoda anak-anak dara ke mak-mak dara ke nenek-nenek dara!!  Kesian kat wanita yang memang mudah luntur ni. Uhuk!


Tapi yang bahayanya.... wanita yang goda lelaki ajnabi lah. Tu yang buat maksiat semakin berleluasa.


 Ini adalah peringatan untuk saya sendiri dan untuk perempuan/wanita/gadis di luar sana.
Toksah gataii sangat nak MENGGODA orang yang bukan sepatutnya DIGODA.
Kalau dah memang rasa nak jadi PENGGODA pi cakap kat mak nak kahwin. Nak berlaki.
Haa! Sonang cerita!! Apa susah kahwin awal? Lepas tu goda lah laki hang tu. Dapat pahala lagi!! Haha
 *Ni siapa yang gatal sebenarnya ni?*  


KFC Serendah RM4 !!


Assalamualaikum!


Malam-malam ni rasa laparlah pulak. Dan sudah tentu KFC menjadi pilihan keluarga.
 Tadi saya layarilah FB KFC MALAYSIA nak tengok kut-kut ada offer gila-gila macam hari tu. 
RM19.90 untuk lapan ketul ayam tak silap. Offer tu hanya ditawarkan di Kelantan
 pada hari Selasa sahaja. Tapi macam offer tu dah tak ada jea.........

Tapi tak kisahlah. Tetap boleh beli.
Dan ada offer yang lebih bagus. Harga KFC serendah RM4 !!


Berikut adalah harga yang di offer :

Combo 1: 1 piece of chicken and a carbonated drink for ONLY RM4.
Combo 2: 2 pieces of chicken and a carbonated drink for RM 7.50
Combo 3: 2 pieces of chicken and Cheezy Wedges for RM 8.95


Bukan tu sahaja. Malah ada offer yang lain lagi. 



Tak nak tulis panjang-panjang. Cheq dah lapar ni. 
Kan ada juga daku makan orang. kihkih


JOM KITA PERGI MAKAN KFC !!! 

Tambah Wang Saku Dengan Blog


Assalamualaikum!




Dulu.... Pertama kali buat blog, jadi blogger. Saya tak pernah terfikir pun
yang jadi blogger ni boleh buat pendapatan tambahan. Setelah setahun lebih aktif menjadi blogger
baru saya tahu dan terus mencuba. Memang tak ada niat pun nak berblog semata-mata nak dapatkan wang.
Tapi setelah mendapat cek pertama hasil menjadi blogger... Memang bersyukur sangat-sangat.
Tak sangka jadi blogger hanya suka-suka sampai boleh dapat wang. Hee

Syarikat perikalanan yang pernah saya daftar dan jadi ahli ialah HeartBeat, Churp-Churp, Nuffnang
dan 8Share. Tapi yang paling saya aktif Nuffnang lah. Dan wang saku yang saya peroleh dari blog setakat ini pun di bawah Nuffnang. Kalau heartbeat bagi saya agak susah nak peroleh earning buktinya sudah hampir setahun iklan itu terpapar di blog saya tapi masih belum pernah dapat cash out.

Tak apalah. Belum ada rezeki lagi dengan yang lain.
Total earnings yang saya pernah dapat hasil berblog hanyalah RM300+.
Memang tak banyak tapi dah berbaloi kepada saya yang masih bersekolah menengah ini.
Dan duit itu semua saya tak pernah sentuh/keluarkan dari bank pun. Saya akan terus menyimpannya.
Buat simpanan kecemasan. Lagipun saya nak tengok sebanyak mana hasil saya berblog.

Korang marilah cuba sama-sama. Usahakan sama-sama.
Kalau anda bersabar dan yakin. InsyaAllah akan ada hasilnya. Bolehlah buat wang 
saku dan kurangkan beban mak ayah. Tak pun kalau anda dah hidup senang, sentiasa cukup. 
Boleh jea daftar dan hasil duit itu buat sedekah. Yang tu lagi bagus.

Dosa Kaum Hawa Di Alam Maya


Assalamualaikum!




Bukan hari ini saja, malah sudah bertahun-tahun sejak adanya FB di Malaysia 
kaum hawa mula membuat dosa di alam maya. Mereka membuat dosa dengan mengupload 
gambar mereka. Sekarang, muncul pula laman sosial yang bernama Instagram. Lagilah membuatkan
perempuan 'menggila' upload gambar mereka. Baguslah, teruskan saja.

Ops. Anda kena faham maksud upload gambar yang saya sebutkan ini.
Tak salah nak upload gambar kat FB, Instagram, blog atau mana-mana lagi laman sosial.
Saya tak kata tak boleh. Tapi ada syaratnya.


Gambar Kaum Hawa Yang Boleh Bawa Kepada Dosa :


- TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA -

Ramai dah kut yang tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut syariah Islam. Tapi kalau ada yang belum tahu, boleh rujuk di entry INI. Di entry tersebut ada nyatakan kesalahan dalam pemakaian kaum hawa. Harap dapat memahami serba sedikit.



- LIRIKAN MATA DAN SENYUMAN YANG MENGGODA -

Yang ni memang dah sah-sah salah. Sedangkan secara berhadapan dengan lelaki pun kita salah melakukannya kecuali suami kita, apatah lagi sebarkan gambar dengan lirikan manja dan senyuman yang menggoda. Yang disengajakan. Memang berdosa. Sebab lelaki ni 9 akal 1 nafsu. Nafsunya hanya ke arah perempuan. Atau lebih dikenali nafsu syahwat! Kadang-kadang, tanpa kita sedari pun nafsu lelaki boleh timbul tau? Nak tahu macam mana? Boleh rujuk di entry INI.



- BERTUJUAN MERAIH PERHATIAN/PUJIAN ORANG LAIN -

 Biasa tak kita ternampak orang upload gambarnya dan mereka tulis 'Saya tak cantik macam orang lain', 'saya biasa saja. tak comel pun' dan macam - macam lagilah! Dan sudah tentu yang update status begini adalah kaum hawa. Ada yang saja update status camtu dan ada kawan-kawan FB yang puji-puji. Mereka mahu dipuji. Mahu perhatian dari orang ramai lebih-lebih lagi lelaki. Macam nak jual rupa pun ada. Tapi tak semua begini. Kalau anda tak pernah ada niat macam ni mohon jangan terasa atau sentap ya.



Boleh anda nyatakan kenapa anda upload gambar anda?
Untuk rakan-rakan tahu yang FB, Blog atau Instagram itu milik anda?
Tapi perlu ke update gambar yang beriaksi 'duck face' atau 'pappy face' etc?
Atau ada niat tersembunyi? Mahukan pujian? Ingin menyatakan satu dunia bahawa anda
mempunyai wajah yang cantik, comel, ayu, kacak? Diri anda sendiri ada jawapannya.


 
- TEPUK DADA TANYA SAMA HATI -

Apabila Menerima Kunjungan Dari Jepun


Assalamualaikum!

Sebenarnya cerita ni cerita dah basi. Dah lama berlaku.
Tapi baru hari ini saya mahu kongsikan cerita apabila saya menerima kunjungan
dari Jepun. Bukan saya yang pergi ke Jepun ya. Yang tu InsyaAllah akan datang jika ada rezeki. hihi

Saya menerima kunjungan dari Jepun ini pada 20/08/13.
Haha Kan dah cakap, cerita dah basi. Dah nak masuk tiga bulan yang lalu.
Macam mana orang Jepun boleh sampai ke rumah saya ni? Ini sebab, kawan kepada abang saya
tu dia belajar kat Jepun dan mahir berbahasa Jepun. Jadi pada bulan tu, kebetulan dia pulang ke
Malaysia kerana bercuti dan kawan-kawannya dari Jepun juga mahu datang melawat ke negara kita ini.
Kira kawan abang saya tu jadi tourist guide lah kepada kawan-kawannya itu.



 Inilah mereka. Yang hujung pegang baby tu kawan abang saya. Dan baby tu
anak saudara saya. Tudiaa... mereka tengah makan goreng pisang dan cucur bawang yang dibeli.
Air teh ais dan biskut-biskut raya turut dihidangkan. Seronok saya tengok diorang yang jakun
melihat dan makan makanan yang dihidangkan. Hehe





 Seperti yang anda lihat. Mereka suka buat gaya 'peace' tu. Kata kawan abang
saya.... Orang Jepun memang suka bergambar. Lagi satu, saya dengan family banyak diamkan
diri saja. Hanya kadang-kadang apabila nak jemput dia minum dan makan suruh kawan abang
saya yang cakap. Bak kata mak saya, macam itik dan ayam. Haha

Kita tak tahu apa yang dikatakan dan mereka pun tak tahu apa kita kata.
Sama-sama tak faham. Mereka pulak kurang fasih dalam bahasa inggeris. Memang
senyum tunduk senyum tunduk ajelah! Hihi

Tapi adalah juga dengar mereka cakap bahasa melayu sepatah dua. Kawan abang saya
yang ajar. Ada sebut manis, comel, terima kasih dan ada beberapa perkataan lagi.



 Seronok dia pegang baby. Hehe anak saudara saya kan bermata sepet.
Tapi kata orang-orang Jepun tu, dia kata mata anak saudara saya dah dikira besar oleh mereka.
Maknanya mata kita orang yang tak sepet, sederhana aje ni... Mereka nampak besar sangat kut. Haha





Sungguh! Saya kagum dengan perangai mereka yang hormatkan tuan rumah.
Sebelum keluar dari rumah, mereka tunduk hormat depan pintu rumah saya sambil ucap
terima kasih tak henti-henti.  Lambai-lambai ke arah kami walaupun kereta sudah 
bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

Seronok dapat tetamu macam mereka.
Paling suka masa dia panggil saya 'Ina-San'.  Ahak!
Masa tu dia terdengar kawan abang saya panggil saya jadi dia pun ikut.
Tapi tak berapa dengar dia sebut 'Ina' tu. Tapi macam lidah dia boleh sebut aje.

Jutaan terima kasih kepada kawan abang saya yang sudi bawak kawan-kawannya
dari Jepun ini datang ke rumah. Terima kasih juga kepada kawan-kawannya itu. 


Arigatou gozaimasu!  ☆*:.。. o(≧▽≦)o .。.:*☆

Jom Guna 'Japanese Emoticons' !


Assalamualaikum!

Sejak akhir-akhir ini, saya sering kali guna japanese emoticons atau dikenali sebagai
kaomoji emoticons. Heh, baru dua tiga hari ni guna sebenarnya.  Comel jea kaomoji emoticons ni.
 Perempuan kan suka emoticons ni? Tiap kali bersms/chat mesti anda kan?
Apa kata kali ini kita guna yang japan punya emoticons pulak?


Semua ini hasil kerjasama dengan inchik google :

( ´ ▽ ` )ノ (。´∀`)ノ (((o(*゚▽゚*)o)))
(*´・v・) (*^▽^*) (´∇ノ`*)ノ
(^・ω・^ ) (^~^) (^凹^)
(=^-ω-^=) (=^・ω・^)y= (¬‿¬)
(★^O^★) (ノ^∇^) \(@ ̄∇ ̄@)/
\(^▽^@)ノ ⊂((・▽・))⊃ ヽ(;▽;)ノ
ヾ(@^▽^@)ノ o((*^▽^*))o O(≧▽≦)O
ლ(⌒▽⌒ლ) - =͟͟͞͞ ( ꒪౪꒪)ฅ✧ -(๑☆‿ ☆#)ᕗ
〜(^∇^〜) 〜( ̄▽ ̄〜) 。(⌒∇⌒。)
。^‿^。 。◕‿◕。 “ヽ(´▽`)ノ”
( ´ ▽ ` )ノ ( ´∀`) ( ^_^)/
( ^∇^) ( ͡° ͜ʖ ͡°) ( ⋂‿⋂’)
( ゚▽゚)/ ( ノ^ω^)ノ゚ (_´ω`)
(-‿◦☀) (-^〇^-) (‐^▽^‐)
(〜^∇^)〜 (〜 ̄▽ ̄)〜 (・∀・)
(.=^・ェ・^=) (・◇・) (。・ω・。)
(。⌒∇⌒)。 (“⌒∇⌒”) (((\(@v@)/)))
(((o(*゚▽゚*)o))) ((┌|o^▽^o|┘))♪ (︶ω︶)
(*‿*✿) (*´▽`*) (*^^*)
(*^▽^)/ (*^▽^*) (*^ワ^*)
(*¬*) (*~▽~) (*≧▽≦)
(*⌒∇⌒*) (*⌒▽⌒*)θ~♪ (/•ิ_•ิ)/
(/^▽^)/ (•‿•) (•̀ᴗ•́)و ̑̑
(•ิ_•ิ) (`・ω・´)” (´∀`)
(´⌣`ʃƪ) (´▽`ʃƪ) (´ω`★)
(´ヮ`) (^ _ ^)/ (^_^)
(^-^*)/ (^(I)^) (^(エ)^)
(^∇^) (^⊆^) (^▽^)
(^v^) (^ω^) ( ̄▽ ̄)ノ
( ̄▽+ ̄*) ( ̄ー ̄) (゜▼゜*)
(゜▽゜;) (°∀°)b (=´∇`=)
(=^・^=) (=⌒▽⌒=) (>y<)
(~‾⌣‾)~ (~ ̄▽ ̄)~ (~˘▾˘)~
(∩_∩) (∩▂∩) (∩❛ڡ❛∩)
(≡^∇^≡) (≧∇≦)/ (⊙ヮ⊙)
(⌒▽⌒) (⌒▽⌒)☆ (⌒▽⌒ゞ
(─‿─) (▰˘◡˘▰) (◍•ᴗ•◍)❤
(●´∀`●) (●⌒∇⌒●) (◐ω◑ )
(◑‿◐) (☆^ー^☆) (☆^O^☆)
(✌゚∀゚)☞ (✿´‿`) (❀◦‿◦)
(❁´‿`❁)*✲゚* (❁´▽`❁)*✲゚* (๑^っ^๑)
(n˘v˘•)¬ (o^^)o (o⌒.⌒o)
(v^_^)v (ღ˘⌣˘ღ) (ღ˘⌣˘ღ) ♫・*:.。. .。.:*・
(ॢ˘⌣˘ ॢ⑅) ~(⁰▿⁰)~ (ી(΄◞ิ౪◟ิ‵)ʃ)♥
(ᅌᴗᅌ* ) (っ˘ڡ˘ς) (ノ*゜▽゜*)
(ノ´ヮ´)ノ*:・゚✧ (ノ^_^)ノ (ノ>▽<。)ノ
(ノ゚▽゚)ノ 〈( ^.^)ノ (•ˇ‿ˇ•)-→
*(*´∀`*)☆ \(*T▽T*)/ \(^▽^)/
\(^ω^\) \(T∇T)/ ´・ᴗ・`
^ ͜• ^ °˖ ✧◝(○ ヮ ○)◜✧˖ ° °˖✧◝(⁰▿⁰)◜✧˖°
~(‾⌣‾~) ~(˘▾˘)~ ~(˘▾˘~)
~ヾ ^∇^ ~ヾ(^∇^) ∩( ・ω・)∩
∩(︶▽︶)∩ ≖‿≖ ≧(´▽`)≦
⊂(^(工)^)⊃ ⊙▽⊙ ⊙ω⊙
┌(˘⌣˘)ʃ ╭ (oㅇ‿ o#)ᕗ ▽・ω・▽
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆ ☆*:.。. o(≧▽≦)o .。.:*☆ ♪((└|o^▽^o|┐))
♫꒰・‿・๑꒱ ✖‿✖ ❣◕ ‿ ◕❣
꒰ღ˘‿˘ற꒱❤⃛ ー( ´ ▽ ` )ノ ヽ(・∀・)ノ
ヽ(;^o^ヽ) ヽ(;▽;)ノ ヾ(。・ω・。)
ヽ(‘ ∇‘ )ノ ヾ(@† ▽ †@)ノ ヾ(@^∇^@)ノ
ヾ(@^▽^@)ノ ヾ(@^▽^@)ノ ヾ(@゜∇゜@)ノ
ヾ(@゜▽゜@)ノ ヾ(@°▽°@)ノ ヾ(@⌒ー⌒@)ノ
ヽ(*・ω・)ノ ヽ(*≧ω≦)ノ ヽ(*⌒∇⌒*)ノ
ヾ(*⌒ヮ⌒*)ゞ ヾ(´▽`;)ゝ ヾ(^ ^ゞ
ヾ(^-^)ノ ヽ(^。^)丿 ヾ(^∇^)
ヽ(^Д^)ノ ヽ(=^・ω・^=)丿 ୧( ॑ധ ॑)୨
٩(^ᴗ^)۶ d(=^・ω・^=)b d=(´▽`)=b
o (^‿^✿) o(〃^▽^〃)o o(^^o)
o(^▽^)o O(≧∇≦)O o(≧∇≦o)
o(U・ω・)⊃ p(*^-^*)q ƪ(˘⌣˘)┐
ƪ(˘⌣˘)ʃ V(=^・ω・^=)v ʘ‿ʘ
о(ж>▽<)y ☆ ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ) ಥ‿ಥ
ヘ(^_^ヘ) ヘ(^o^ヘ) へ(゜∇、°)へ
川´・ω・`川 (◡‿◡✿) (✿◠‿◠)
(◕‿◕✿) (๑>ᴗ<๑) ლ(๏‿๏ ◝ლ)
(⁎⚈᷀᷁ᴗ⚈᷀᷁⁎) (⁎⁍̴ڡ⁍̴⁎) ♝ཻ༨͜♝ཻ)✩⃛
꒪̆౪̮꒪̆ (ⓥꇳⓥ*) \\\\ ٩(`(エ)´ )و ////
(๑✧◡✧๑) (๑>◡<๑) *✧₊✪͡◡ू✪͡
♪(๑ᴖ◡ᴖ๑)♪ (•ૢꆤ ˙̫̮ ꆤ•ૢ) ((ඏ.̫ඏ*))
(•ؔʶ̷ ˡ̲̮ ؔʶ̷)✧ (。◝‿◜。) (。≖ˇ∀ˇ≖。)
(๑^ں^๑) (*′☉.̫☉) (*´꒳`*)
ȏ.̮ȏ ( ்ͦˏ౦͜ˎ ்ͦ) ✾꒡ .̮ ꒡✾
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆ ((ꉺꈊꉺ)ꀢ༣ (ෆ ͒•∘̬• ͒)◞
∩˙▿˙∩ ॱ॰⋆(˶ॢ‾᷄﹃‾᷅˵ॢ)ӵᵘᵐᵐᵞ♡♡♡ (•⚗৺⚗•)


Apa lagi? Jom kita ramai-ramai guna kaomoji emoticons ini !!

Baju Love You Mr.Arrogant


Assalamualaikum!

Haa! Haaa!! Demam LYMA belum habis lagi rupanya.
Ni cheq nak tanya, ada siapa yang berminat nak baju LYMA ni tak?



Harga : RM35 (sehelai) dan RM60 (sepasang)


Tudiiaaa...... Tapi tak ada gambar Azlee dan Zara.
Gambar kartun sudah memadai. hehe
 


BERMINAT? PM SEGERA ----> SINI

Drama Sweetheart Fantasia


Assalamualaikum!




Kutahu.... Daku ini ketinggalan zaman. Hehe
Baru tahu hari ni jea kewujudan drama aklusif ini, Sweetheart Fantasia.
Nampak trailernya macam best aje. Terus tanya inchik google. Sekejap aje jumpa.
Jadi nak kongsi sedikit info yang saya dapat mengenai Sweetheart Fantasia ini.

Drama eklusif ini baru saja ditayangkan pada 11/11/13 lalu di Tonton.Com.My. Diinspirasikan
oleh dua jenama haruman yang terkenal iaitu SilkyGirl dan SGMen. Drama romantik
komedi ini mempunyai sebanyak 13 episod dibintangi oleh Emma Maembong
sebagai duta SilkyGirl dan Syarul Ridzwan sebagai duta SGMen.

Drama ini ditayangkan pada setiap hari isnin dan jumaat jam 12 tengah hari.

Lagi info tentang drama Sweetheart Fantasia :
 sumber : Media Hiburan
Bermula 11 November lalu, Silkygirl dan SG Men telah melancarkan sebuah siri web 'Sweetheart Fantasia' hasil lakonan duta bintang Silkygirl, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan di portal Tonton.  
Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. 
Menerusi 'SweetHeart Fantasia', Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baru yang pernah gagal dalam percintaan sebelum ini sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia.
Siri web ini turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dalam siri web ini. Sepuluh peminat bertuah telah dipilih dan ditampilkan sebagai pelakon dalam kesemua episod siri ini. Selepas tayangan episod akhir kelak, penonton berpeluang memilih ‘Aktor/Aktres Pembantu Terbaik” yang akan memenangi hadiah tunai serta barangan SILKYGIRL dan SG Men.
Malah bermula 11 November lalu, penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web.
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.sweetheartfantasia.com serta www.tonton.com.my 


Kita dah satu sedikit sebanyak info tentang drama ini.
Sekarang mari kita lihat pula trailer Sweetheart Fantasia.




Lihat saja drama eklusif ini tiba-tiba terdetik mahu buat GA yang hadiahnya
merupakan minyak wangi jenama SilkyGirl dan SGMen.




haha tunggu daku ini ada rezeki lebih laah ya laling 

Tutorial: Hijab Style


Assalamualaikum!

Siapa kata tutup aurat tak boleh bergaya? Zaman sekarang ni pun dah pelbagai
gaya yang digayakan oleh remaja zaman sekarang. Tak salah nak berfesyen tapi mestilah
style yang tidak bertentangan dengan syariah Islam yang telah ditetapkan.

Pelbagai hijab style yang boleh digayakan. Tutorial yang saya nak share ni, tutorial bergambar.
Terjumpa dalam pelbagai website. Jumpa aje terus save gambar.
Jom kita lihat HIJAB STYLE yang terkini.


TUTORIAL HIJAB STYLE BERGAMBAR :

*klik pada gambar untuk kanta pembesaran*































TUTORIAL HIJAB SYLE BERGAMBAR SERTA PANDUANNYA :

1- Tutorial Pashmina Sifon Polos

Caranya:
1. Tempatkan pashmina seperti pada gambar yaitu posisi menyilang dan dipentul supaya posisinya kuat.
2. Bawa semua sisi pashmina ke sebelah kiri dan ambil sisi yang berada di depan.
3. Bawa ke atas supaya bergelombang.
4. Rapikan posisi pashmina yang dibawa ke atas tadi dan pentul dengan rapi di atas kepala.
5. Ada 2 sisi pendek dan panjang.
6. Sisi yang pendek dipentul di sebelah kiri agak ke belakang untuk membuat gelombang tambahan.
7. Ambil sisi yang panjang dan bawa ke dekat pipi sebelah kanan.
8. Bros dengan rapi.
9. Ujung sisanya dibawa ke belakang agar punggung tertutupi.
10. Bros/pentul di bahu kiri dan rapikan.


Langkah-Langkah :
1. Pakai ciput ninja. Kenakan pashmina dengan panjang kanan dan kiri sama.
2. Bawa pashmina ke bagian belakang, ikat kuat.
3. Bawa pashmina yang sudah diikat ke bagian depan.
4. Letakkan pashmina kanan di atas pashmina kiri. Lebarkan pashmina di bagian kiri hingga menutupi dada, bawa hingga melewati bahu kanan.
5. Selesai, mudah bukan? Tidak perlu repot memakai peniti atau jarum pentul. Jilbab modis ini bisa dipakai untuk menghadiri acara keluarga, jalan-jalan dengan sahabat, kuliah, atau saat Lebaran.


1. Kenakan inner ninja, it a must.
2. Rentangkan shawl sifon di pundak.
3 dan 4. Ambil sisi kiri, dan taruh menyilang di atas kepala, dan lakukan hal yang sama pada sisi kanan.
5, 6, dan 7. Setelah kesua sisinya berada di belakang kepala, silangkan keduanya 2-3 kali, agar tetap kuat.
8 dan 9. Bawa kembali sisanya ke depan.
10 dan 11. Masukkan sisa tersebut ke dalam, dari bagian depan.
Taraaaa!!

Tips : Sebaiknya gunakan bahan sifon atau hycon (tipis dan tidak tebal) dan ukurannnya tidak terlalu lebar (75×225 cm).


Mari kita lanjutkan dengan Tutorial Menggunakn Hijab Pashmina Glitter

Langkah menggunaknnya:
1. Mengenakn ciput ninja kemudian membentangkan hijab pashmina di atas kepala dengan sisi kanan lebih pendek
2. Mengikatkan salah satu ujung hijab sisi kanan dengan hijab sisi kiri
3. Menarik hijab sisi kiri ke kanan
4. Melingkarkan hijab sisi kiri di leher
5. Membentangkan hijab sisi kiri
6. Membentangkannya diatas kepala
7. Mengenakn bandana
8. Selesai


Tutorial jilbab pashmina modern


Step-stepnya:
1. Pakai inner ninja dan shawl dengan salah satu sisi lebih panjang.
2. Sematkan kedua sisi shawl di bawah dagu dengan peniti atau jarum pentul.
3. Bawa ujung shawl yang pendek dan sematkan di atas kepala.
4. Bawa tengah bagian shawl yang panjang dan gabungkan dengan bagian yang pendek tadi dan sematkan di atas kepala
5 & 6. Bawa ujung bagian shawl yang panjang dan sematkan di atas kepala
(Jadi sekarang ada 3 layer yang menumpuk)
7 & 8. Bawa ujung lainnya dari bagian shawl yang pendek dan sematkan di atas kepala, kreasikan sehingga membentuk efek drappery.
9. Done!


Langkah pengunaannya:

1. Menggunakn ciput ninja lalu meletakkan jilbab phasmina dengan simetris antara sisi kiri dan kanan

2. Mengikat kannya di bagian belakng

3. Mengambil bagian dlm sebelah kiri pashmina.

4. Menarik pashmina sebelah kanan melingkar ke atas kepala lalu mengkaitkan dengan ciput menggunakn jarum pentul.

5.6 Mengambil bagian dlm sebelah kanan pashmina lalu menyingkapkan ke bagian belakng sisi kanan berbentuk menyilang.
7. Merekatkan dengan beauty bross di atas kepala.
8. Menarik Bagian Kiri pashmina, lalu mengaitkannya dengan ciput menggunakn pin (jarum pentul\


Tutorial 4 Langkah Mudah Kreasi Hijab Paris
Sebelumnya siapkan dulu inner ninja dan jilbab paris (segiempat paris) koleksi sista semua .. dan berikut langkah – langkahnya :

1. Gunakan jilbab seperti pada model. Gunakan dengan kedua sisi sama panjang. Sisakan bagian belakang agak longgar.
2. Ambil ujung pashmina depan. Buat ikatan sederhana seperti pada gambar. Kalungkan ikatan tersebut ke belakang tengkuk.
3. Ambil salah satu sisi pashmina depan yang masih terurai dan tarik ke sisi wajah yang lain. Sematkan peniti atau jarum pentul agar tak bergeser.
4. Gunakan pita jepit pita manis Anda di salah satu sisi kening.

Selesaiii .. Mudah bukan???
Selamat Mencoba.. Semoga bermanfaat


Langkahnya:

1.Mengenakn ciput ninja lalu melipat hijab segitiga menjadi segi empat dan membentangkannya secara simetris diatas kepala

2. Melipat hijab segitiga menjadi segi empat dan membentangkannya secara simetris diatas kepala

3. Melilitkan kedua hijab disisi kanan.

4. Menarik Hijab bagian luar kedlm lalu merentangkannya kesisi kanan dengan menyematkan jarum

5. Menarik sebagaian kecil hijab sebelah kiri bagian dlm keluar lalu mengaitkannya menggunakn jarum

6. Menyematkan bros dibagian kepala


Tutorial Kreasi HiCara mengenakn hijab paris:

1. Mengenakn ciput ninja lalu melipat sebagian kecil hijab sehingga membentuk persegi panjang tidak simetris

2. Membentangkannya diatas kepala dengan posisi salah satu sisi lebih panjang, untuk tutorial ini kita akn membentangkannya dengan sisi kanan lebih panjang

3. Mengaitkan hijab sisi kiri dan kanan di bawah dagu menggunakn peniti

4. Menarik ujung hijab sisi kanan (sisi yg lebih panjang) ke sisi kiri
5. Melingkarkannya di kepala

6. Mengaitkan ujung hijab sisi kanan di bagian atas kepala menggunakn jarum pentul
7. Menarik semua sisa hijab sisi kanan ke arah depan
8. Membentuk segitiga ujung yg paling luar dari kerudung dengan simetris
9. Menariknya keatas kepala lalu menyematkan jarum pentul
10. Menarik ujungnya sampai ke bahu depan
11. Menyematkan korsace kesaygan kamu biar makin cantik,


Tutorial Hijab Praktis Pashmina Siffon
Bahan yang perlu disiapkan untuk memulai tutorial ini :
1. Ciput Ninja
2. Pashmina berbahan siffon
3. Jarum pentul atau peniti

Step by Step Tutorial Hijab Praktis Pashmina Siffon

1. Pakai ciput ninja. Kenakan pashmina dengan panjang bagian kiri lebih pendek.
2. Bawa ujung pashmina bagian kiri menuju atas telinga kanan. Sematkan peniti.
3. Sematkan peniti pada bagian kanan pashmina di dekat dagu agar lebih rapi.
4. Bawa sisa pashmina panjang menuju bagian samping kiri kepala.
5. Tahan di bagian dagu, beri peniti jika perlu. Bawa ujung pashmina melewati kepala bagian atas, sematkan peniti.
6. Hasil akhir hijab praktis pashmina siffon



Cara Berhijab Modern dan Syar’i

Berikut Step-stepnya:
1) Pakai #inner (dalaman) terlebih dahulu yah sista,
2) Kenakan pashminanya dengan posisi sebelah kanan lebih #pendek dari yang kiri (kiri lebih panjang)
3) Sematkan pentul disisi sebelah kanan biar ga gampang lepas sist
4) Ambil bagian #pashmina sebelah kiri, bawa kedepan melewati bahu kanan sista, lingkarkan menuju atas ke kepala (gambar 5)
kemudian semat dengan jarum (gambar 6)
7) Ambil ujung pashmina bagian kanan, bawa kebelakang kepala agar lebih kencang semat dengan jarum/bros kecil (gambar
Alhamdulillah… Finish!


Tutorial Jilbab Segi Empat Romantic Two Tone

1. Gunakan inner jilbab ninja. Pasang jilbab two tone Anda dengan warna yang lebih cerah di bagian dalam. Kenakan seperti pada gambar dengan sisi sama panjang.
2. Ambil sisi kiri ke belakang, putar hingga melewati depan leher. Bila Anda ingin lebih rapi, bisa menyematkan jarum pentul di bagian kepala kiri atas agar posisi tidak bergeser.
3. Tarik bagian sisi kiri tadi ke atas kepala seperti gambar. Kukuhkan posisinya dengan menyematkan jarum pentul.
4. Sisi kanan yang masih terurai, ambil sedikit sisinya dan tarik ke belakang kepala. Tarik longgar agar bisa membuat lipatan yang anggun.
5. Bila Anda ingin menghadiri event dengan menggunakan style seperti ini, tambahkan statement necklace cantik seperti model dengan warna pastel yang lembut.
6. Untuk Melengkapi Tutorial diatas, silahkan simak Gambar dibawah ini



Cara Memakai Jilbab Untuk Kebaya

1. Gunakan Ciput ninja, lipat jilbab paris menjadi segitiga lalu kenakan dengan sisi sama panjang. putar kebelakang salah satu sisinya untuk menutupi leher seperti pada gambar.
2. Kenakan jilbab dengan sisi yang miring sebelah kanan didepan dan sebelah kiri tarik kebelakang seperti terlihat pada gambar lalu beri peniti dibelakang
3. Siapkan jilbab satu lagi untuk lapisan kedua disini warna kuning dan lipat dengan bentuk segitiga
4. Kenakan jilbab warna kuning dengan sisi yang lebih pendek dan sisi yang panjang menjuntai di belakang. lalu beri peniti agar tidak lepas.
5. Tarik kembali kedepan jilbab warna hitam
6. Lilitkan kembali jilbab warna hitam tadi ke atas kepala sehingga membentuk lapisan dengan jilbab warna kuning dan sematkan jilbab agar tidak bergeser
7. Ambil jilbab warna kuning dan lilitkan ke atas kepala seperti jilbab wrna hitam tadi, eits...jangan sampai ketutupan warna hitam yang tadi ya....jadi jilbab terlihat selang seling diatas kepala seperti terlihat pada gambar.
8. Ambil sisi yang pendek dari jilbab warna hitam
9. Pasangkan kembali ke atas kepala dengan selang seling yaaa....
10. Sudah selesai untuk lilitan di atas kepala. kini saatnya untuk membentuk sisa jilbab kuning.
11. Sisa kerudung yang ada dibelakang kita tarik ke salah satu sisi. Ambil karet gelang, lalu kita satukan semua sisa dan ikat kencang2 dengan karet gelang
12. Saatnya membentuk bagian tersebut menjadi korsase bunga yaitu dengan memberi kerut serupa smock yang kita buat dengan bantuan banyak pin (jarum paku).
13. Secara kontinyu kita bentuk banyak kerut yang pada akhirnya nanti akan membentuk korsase bunga yang alami (tanpa bros).


Tutorial Pashmina Cantik Layering Style

Step by Step :
1. Siapkan pashmina dengan panjang yang berbeda.
2. Sematkan sisi pendek di telinga dengan pin.
3. Tarik sisi pendek untuk telinga satunya dan sematkan dengan pin.
4. Tarik sisi panjang melingkari bagian atas kepala.
5. Jangan lupa sematkan pin supaya lebih aman.
6. Tarik bagian tengah Lapisan gabungkan dengan sisa bagian pertama ditarik ke atas.


Pashmina Sifon Motif Ethnic

1. Kenakan pashmina sifon dengan sisi kanan lebih panjang dari sisi kiri.
2. Pentul bagian depan kanan dan kiri agar posisi pashmina rapi.
3. Ambil bagian dalam sisi sebelah kanan yang panjang.
4. Tempatkan di atas kepala dan dipentul.
5. Sisi sebelah kiri digulung.
6. Sematkan bros pada ujung yang sudah digulung tadi.

TUTORIAL KREASI PASHMINA CANTIK WITH HEADBAND
Step by Step
1. Siapkan pashmina dengan posisi panjang sisi yang berbeda.
2. Sematkan ujung bagian pendek dileher
3. Ambil bagian tengah pada sisi panjang pashmina
4. Tarik keatas dan sematkan di bagian atas telinga
5. Pasang headband Anda
6. Ambil ujung sisi panjang pashmina
7. Putar keatas sampai melewati headband
8. Rapikan bagian atas dengan pin
9. Ambil ujung depan pashmina
10. Tarik kebelakang dan rapikan dengan pin



Wah, macam - macam gaya yang ada kan?
Tutorial dah ada, banyak tu. So pilih-pilih lah ya yang mana berkenan di hati.
Saya pun nak cuba jugak. ^_^

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.