First Giveaway By Cik AN


ASSALAMUALAIKUM!

[ klik banner untuk join ]

Siapa kat sini peminat novel? Anda nak menangi novel terbaru yang ada
tanda tangan penulis sekali? Ianya adalah novel Biasakah Aku Kau Cintai karya 
Ameera Elisha di bawah terbitan Karystos.





Harga: RM22 (Semenanjung)

RM25 (Sabah & Sarawak)



Caption

Andai Kesempurnaan Yang Kau Cari, Ternyata Bukanlah Diriku

Blurb
“Andai kau pergi kerana zaman silamku ini, sungguh aku redha Asyfar. Aku sedar kekurangan diriku ini. Aku tak layak untuk bergandingan denganmu. Namun, jika kau pergi kerana Rina, sungguh sukar untuk aku merelakannya. Hati isteri mana yang sanggup melihat sang suami bercanda dengan perempuan lain. Sungguh aku tak tega Asyfar.”

Dek kekecewaan yang makin menggunung, Eisya melarikan dirinya jauh dari Asyfar. Di kampung halamannya, dia mengubat luka di hati. Kehadiran Firdaus dan Asyman mula memberikan semangat yang baru dalam hidup Eisya. Semakin hari dua insan itu membuatkan hidupnya bersinar. Keakaraban itu disalah ertikan oleh Asyfar yang mula dihimpit api cemburu.

“Eisya!!! Sampai mati pun aku takkan ceraikan kau. Aku lebih rela gantung kau tak bertali daripada aku lihat kau bersama jantan lain. Jangan haraplah kau akan bahagia atas kesakitan yang aku tanggung ini. Langkah mayat aku ini dulu. Kau memang takkan bahagialah Eisya!”

Cinta milik Firdaus adalah cinta yang utuh. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Walaupun Eisya masih isteri orang, dia tetap jua setia menunggu.

“Eisya, walaupun awak isteri orang, saya akan tetap tunggu awak. Datanglah pada saya bila status Puan itu hilang dalam hidup awak. Saya cintakan awak. Teramat cinta. Saya akan tetap menunggu awak sampailah saya mati.”

Eisya terpaksa akur. Akur dengan takdir Ilahi. Biarlah takdir yang menentukan siapa yang akan jadi pemilik hatinya itu.

“Asyfar, BISAKAH AKU KAU CINTAI? Bisakah aku tetap menjadi sang kekasihmu dunia dan akhirat? Jika aku tak bisa, kau lepaskanlah aku. Dan kau, Firdaus, BISAKAH AKU KAU CINTAI sedangkan aku tak punya apa-apa yang perlu dibanggakan? Aku ini hanyalah pemilik nama NUR EISYA BALQIS…

Menarik tak? Peminat novel sekalian wajib join tau.
Kalau tak, rugi~ hehe Mana tahu ada rezeki boleh menang novel tu.
Bukan novel ni saja hadiahnya. Ada lagi hadiah misteri dari Cik AN.


TUNGGU APA LAGI? KLIK LAH BANNER GA DAN JOIN SEKARANG KALAU ANDA MAHU NOVEL BISAKAH AKU KAU CINTAI!!


Tarikh tamat GA adalah pada 30 Januari 2014.

Aktiviti Blog Untuk Tahun 2014


ASSALAMUALAIKUM!


Lagi dua hari bakal berlalunya tahun 2013 dan bakal tibanya tahun 2014. 
Pelbagai yang berlaku dalam masa yang setahun ini dan saya rasa tak perlu buat 
entry khas untuk kenangan-kenangan 2013. Biarlah ianya menjadi kenangan abadiku.... 

Cewah! Hehe Siapa nak tahu apa yang terjadi sepanjang 2013 ini korang tengok baliklah
 entry-entry yang lepas. Tupun kalau korang rajin nak baca entry berbillion
 yang ada pada tahun 2013. HAHA!

Okey, okey! Disebabkan tahun depan adalah tahun yang paling mengerikan bagi
 batch 97. SPM bep! Ya, tahun depan kami bakal menduduki SPM. 
Jadi, untuk elakkan blog kesayanganku ini menjadi sunyi sepi. Dalam kepala otak ni 
dah ada list aktiviti di blog untuk tahun 2014.


#1 : Review Blog Korang Setiap Bulan 

Yup! Patik mahu revie blog teman-teman blogger patik sekalian. Hee Saya akan review  
blog sesiapa sahaja yang ada kat 'Nuffnangers Who Recently Viewed Your Blog' 
yang ada kat Nuffnang tu. Tapi kalau masa saya nak review tu, kat nuffnangers viewed tu
 hanya ada beberapa kerat orang jea atau tiada langsung, saya akan review blog
 korang secara random.

#2 : Giveaway/Segmen Sekurang-Kurangnya 1 Kali 3 Bulan

Saya akan cuba untuk adakan masa buat GA/Segmen di blog. Harap ada yang mahu
sponsor untuk GA/Segmen saya. Kalau nak sponsor boleh PM saya kat SINI ya. Hehe
Nak cari sponsor awal-awal lah. Baru tak kelam kabut.

#3 : Menjadi Sponsor Untuk GA Blogger Lain

InsyaAllah, saya akan buka 'kaunter' kepada siapa yang sedang mencari sponsor.
 Hehe bukan sekaranglah. Mungkin saya akan cari blogger mana yang sedang mencari sponsor
atau pun senang cerita saya buat entry khas untuk menjadi sponsor jea. Tengoklah nanti.
Yang pasti, dalam sebulan tu... InsyaAllah saya akan sponsor GA sesiapa.


#4 : Blogwalking Blogger Yang Tinggalkan Komen

Yang ini... dah dua kali saya buat. Yang entry 'Drop Your Link And I'll BW Yours' tu.
Saya akan buat entry begitu untuk sekali sebulan. Siapa yang tinggalkan link blog dia kat
 entry tu, InsyaAllah saya akan BW dan tinggalkan sepatah dua kata sebagai jejak.

.............................

Itulah dulu aktiviti yang saya akan buat sepanjang 2014.
Harap-harap sempatlah nak buat semua tu.....

Anda Peminat Komik?


ASSALAMUALAIKUM!

Sejak minat komik sudah beralih ke membaca novel, memang saya dah tak beli komik. Baca komik yang online jea sebab duit banyak habiskan beli novel. So kalau nak kumpul koleksi dua-dua memang tak sempat pulus maa.....

Ada beberapa buah aje komik dengan saya. Tak silap dalam 9 buah macam tu. Terfikir-fikir nak jual ke tak. Kalau jual ada ke yang nak beli? Banyak kali terfikir-fikir. Jadi ni, nak tanyalah kut-kut ada yang berminat nak beli. Jual murah-murah. Condition memang okey.


Harga.... Hmm.... Tiga buah, RM10 termasuk postage semenanjung sahaja. Okey tak? Okey tak? Heee Kalau berminat boleh PM saya kat SINI

Beli untuk buat sebagai hadiah GA pun boleh. Murah dah tu. Kan? Saja nak cuba nasib promote kat sini kut-kut ada yang nak. Kalau tak ada, dalam kepala otak ni dah terfikir nak buat apa dengan komik-komik ni. Muehmueh

#Nuffnang: Korang Punya Macam Ni Jugak Ke?


Assalamualaikum!

Sejak akhir-akhir ni. Semenjak heboh follower hilang kat blog tu. Sejak hari tu lah saya rasa ada yang tak kena. Iklan yang datang menumpag ke blog semakin hari semakin banyak. Pulak tu ada jea kalau nak tekan kat mana-mana akan tiba-tiba keluar iklan melalui pop-out window.


Sebelum ini, kalau buka dengan Google Chrome baru saya nampak iklan-iklan yang datang menumpang itu. Tapi sekarang, buka dengan Mozilla Firefox pun dah nampak. Cuma.... saya tak pasti ianya iklan yang menumpang atau tidak. Sebab iklan itu muncul di banner iklan Nuffnang!

Saya tak rasa itu semua iklan dari Nuffnang sebab iklan itu semua seperti ada penipuan dan menggunakan model-model yang seksi! Sebelum ni.... selama saya menjadi ahli Nuffnang dan menampal banner Nuffnang di blog, tak ada pulak iklan-iklan berunsur macam ni.











See!! Saya yakin itu semua bukan dari pihak Nuffnang! Saya nak tahulah..... pengguna-pengguna Nuffnang sekalian, korang pun ada jadi macam ni jugak tak? Atau saya seorang jea ni... Kea ada masalah dengan PC saya ke apa?

Aduih! Iklan-iklan itu semua menganggu saya dan pelawat-pelawat yang datang tahu tak! Maruah saya pun tercalar jugak dengan iklan-iklan sebegini. Nanti orang-orang ingat saya sengaja nak tampal iklan-iklan mengarut dan seksi-seksian camtu.

Review: Mereka Yang Awesome! (Part 1)


ASSALAMUALAIKUM!

Dah beberapa hari dah tak bukak Nuffnang. Buka-buka jea tengok duit dah naik.
 hehe melebar senyum. Dan seperti biasa setiap kali saya buka laman web Nuffnang 
 pasti saya akan tengok tempat 'Nuffnangers Who Recently  Viewed Your Blog'. 


Kebiasaannya memang saya akan promote blog siapa yang ada kat situ tapi promote
kat fanpage dan facebook jea. Memandangkan FB kena block, so saya decided
promote blog korang kat blog saya mulai hari ini.

Tapi bukan setiap hari saya akan promote. Maybe setiap bulan.
Terserah kepada kelapangan masa dan kerajinan saya ini. muehmueh




1- Nadratul Syazwana
[ http://nad-lifeisfun.blogspot.com/ ]

Cute akak ni. hehe Tu yang terlintas dalam kepala otak saya ni masa mula-mula masuk ke blog sis Nadratul Syazwana ni. Blog yang simple and... PINK! hehe Jom singgah ke blog sis Nadratul Syazwana ini.

2- Aini Zakaria
[ http://www.ainizakaria.my/ ]

Apa yang saya paling suka dengan blog Nurul Aini Zakaria ini ialah header blognya. Comel jea. Bolehlah kalau korang nak buat tempahan dengan Aini Zakaria.

3- BearyBlossom's
 [ http://rosniemilindamatyamin.blogspot.com/ ]

Woo! Besarnya font header. hehe Jadi siapa yang rabun jauh tu tak perlu nak pakai cermin mata, font dalam blognya sudah sedia besar. Hehe kan bagus camni. Lebih cepat kita 'menangkap' apa yang ditulis. Jom kita ke blognya.

4- Blog Aku Penghibur
 [ http://www.akupenghibur.com/ ]

Blog abang blogger ni memang saya suka baca entry-entry di blognya. Entry yang ada pengajarannya dan isinya tersendiri. Memang wajib kena singgahke Blog Aku Penghibur!

5- Ayu Insyirah
[ http://www.ayuinsyirah.my/ ]

Blog yang simple dan.... Bunga-bungaan mawar menjadi pilihan sebagai penghias blognya. Hehe jom ke blog sis Ayu Insyirah !

6- Aqilah Qileh
[ http://qileh.blogspot.com/ ]

 Rasanya ini first time saya masuk ke blog Aqilah Qileh. Rasanyalah tapi tak tahulah kut-kut pernah cuma tak kusyuk sangat menjelajah blognya. Tuan empunya blog comel jea saya tengok. Dan blog yang simple. Kemas!

7- Strawberry Gurls
[ http://strawberrysgurls.blogspot.com/ ]

Cantik juga ya gabunga warna yang digunakan tuan punya blog Strawberry Gurls ni. Purple and Yellow! Pemiliknya ialah Mastura Aziz. Owh, sis ni... Memang pernah masuk ke blog sis tapi dulu lain.... kini lain. Hehe blog yang lainnya. Tuan punya tetap sama. Muehmueh

8- Belog Kaler Purple
[ http://belogkalerpurple.blogspot.com/ ]

Seperti nama blognya, begitu jugalah tema blog WNHaryizahTMR/JMR. Dan... seumpama... Rama-rama... Hehe menyanyi lagu Ella sikit sebab blognya penuh dengan rama-rama yang berterbangan di awan purple. hehe

9- Mama Darwiish
[ http://mamadarwiish.blogspot.com/ ]

Blogger Mama Darwiish ni, tak silap saya pernah sponsor dalam salah satu GA yang saya buat. hehe thanks to Mama Darwiish. Mari ke blog Mama Darwiish!

10- Blog Dila Elle
 [ http://dilaella.blogspot.com/ ]

Wah! Suka dengan blog akak yang cantik ni. Gabungan warna kelabu dan putih. Simple tapi nampak cantik blog sis ni. Jom ke blog sis Dile Ella!

11- Cikk Mira
[ http://www.cikkmira.com/ ]

Suka dengan blog akak ni! Sangat kreatif! Headernya paling awesome! Jom singgah ke blog Cikk Mira!

12- Alfira Hana Blog
[ http://alfirahana.blogspot.com/ ]

13- Diana Azhar
[ http://dianathewannababes.blogspot.com/ ]

14- AP Hours
[ http://aphours.blogspot.com/ ]

15- Vidolaaa
[ http://vidolaaa.blogspot.com/ ]

16- Syiera Firdaus
[ http://sayasyiera.blogspot.com/ ]

17-Alis Natasha Punya Blog
[ http://fluffypocoyogirl.blogspot.com/ ]


18- Mines
[ http://pinksolution91.blogspot.com/ ]

19- Farhana's Blog
 [ http://dikna-sya.blogspot.com/ ]

20- Gadis Februari Sites
[ http://ciktiqah.blogspot.com/ ]


Okey, yang mana blog saya tak komen apa-apa tu sebab tangan cheq ni dah
lenguih dah. Banyak dorh blog yang kena review. Dan dah alang-alang saya tengah review
blog korang ni, saya nak review juga pemenang salah satu GA yang saya sponsor.



1- Zack Is Here
[ http://fazahunhan.blogspot.com/ ]

Zack ya? Blog Zack memang kemas dah lapang jea bak padang bola. Hehe paling saya suka dengan lagu blog Zack tu. Lagu apa ya? Mari semua kita ke blog Zack

2- Arifah Lee's
[ http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/ ]

Purple. Kalau kawan saya tengok ni maunya menjerit sebeb dia pun memang suka warna purple. Maybe itu warna kesukaan sis Arifah. Apa yang saya nak komen ialah blog sis dah kemas cuma kalau kurangkan lagi gadget yang ada dalam blog. Letak scroll untuk gadget ke....

3- Hafidhzah Hasim Diary
[ http://akuedyedankoe.blogspot.com/ ]

Nak komen doodle kat header blognya. Cute sangat! Waaah! Serius, comel! >_<

4- Love is Our Resistance
[ http://simpledoubletriple.blogspot.com/ ]

Terfikir-fikir jugak masa nak review blog salah satu pemenang ni. Tak akan nak review blog GAnya? Try cari-cari jumpa jugak blog personalnya. Jom kita melawat blog Love is Our Resistance!

5- If a Mustache
[ http://ifamustache.blogspot.com/ ]

Blog kita sama simple. Putih jea. Bak kata ST12, putih-putih melati gitu~ HAHA


Terima kasih semua! Terima kasih sudi datang ke blog daku ini.
Lain kali silalah datang lagi. Hee = D

Drama Ariana Rose (Adaptasi Novel)



Akan berlalunya drama Playboy Itu Suami Aku, kita akan disajikan pula dengan drama
sebanyak 28 episod ini iaitu drama Ariana Rose pada 30 Disember ini.

Buat pengetahuan anda, drama Ariana Rose ini adalah sebuah drama adaptasi novel
dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose yang diterbit dibawah terbitan
KaryaSeni. Drama ini bakal ditayangkan di Slot Akasia pada setiap hari isnin
hingga khamis, jam 7 malam di TV3.


SINOPSIS THE WEDDING BREAKER / ARIANA ROSE :


[ ANDA AKAN DAPAT DISKAUN RM3 JIKA BELI DI SINI ]


Semenanjung : RM25
Sabah/Sarawak : RM28

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
 
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil



PARA PELAKON YANG BAKAL MEMBINTANGI DRAMA INI :

Nur Fathia                                                  Keith Foo

Tasha Shilla                                           Hisyam Hamid

Nabila Huda                                                    Arja Lee

Syatilla Melvin                                          Ziela Jalil

Mustapha Kamal                                       Liza Abdullah

Rahim Omar                                     Jasmin Hamid



PROMO DRAMA ARIANA ROSE :




BACA BAB AWAL NOVEL THE WEDDING BREAKER DI SINI :

( BAB 1 )
( BAB 4 & 5 )
( BAB 22 )


Jika anda tidak sempat untuk menonton drama ini, boleh menontonnya 

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.