Pengalaman sahur Ainaa, bukanlah nak ceritakan pengalaman sahur di luar negera ke apa. Belum pernah sampai lagi. Tapi nak ceritakan pengalaman sahur di rumah dan di asrama.

SAHUR Ainaa dengan sekeluarga, dah biasa makan nasi. Tak nak macam mana pun makan nasi, mak Ainaa akan suruh makan jugak walau sikit. Nanti tak ada tenaga katanya kalau tak makan. Tapi makan nasi pun, sebelah petang memang lesu dan lembik je. Orang lain senang-senang pergi beli baju raya. Ainaa? Baru keluar setengah jam dah ajak mak ayah balik sebab migrane dan penat. Sadis sangat! Jelly betul dengan orang yang bertenaga walau puasa.

Dan ada juga hari yang akan kitorang satu keluarga tak terbangun atau terlewat untuk bersahur. Mesti akan ada dalam sebulan itu! Haha.

SAHUR kat asrama sekarang ni. Sahur makan roti dengan air kosong je. Kadang-kadang makan biskut. Tak pernah nak makan nasi sahur kat sini. 

Tetapi...... Boleh pulak Ainaa bertenaga? Pergi ulang alik ke kelas dengan asrama yang ada atas bukit itu, dan pergi ke bazar itu biasalah. Ini, siap boleh pergi hangout dengan kawan-kawan dari tengah hari hingga jam sembilan malam baru sampai ke asrama! Ada pulak tenaganya.

Yang Ainaa perasan, tinggal kat asrama ini jadi tak adalah manja sangat. Puasa sahur dengan roti je pun hari ditempuh dengan bertenaganya. Alhamdulillah. :') Kalau tak ada tenaga, memang tak tahu lah macam mana nak belajar. Dengan nak pergi kelas ke kelas tu jauh lagi. Hmm....

1 Comments

  1. Aina mmg hebat. Bila da kerja nanti, mst aina rindu saat ni

    ReplyDelete