Betul kan? Orang "MELAYU" memang macam tu. Tak dapat dinafikan atau disangkal, walau kita sendiri orang Melayu tapi hakikatnya kita selalu cepat jatuhkan hukuman apabila melihat seseorang yang berwatakan alim atau sesiapa pun yang melakukan kesalahan walau kecil.

Sudah lumrah kita sebagai manusia ciptaan Allah yang bencikan perkara buruk atau jahat tapi kita tak sedar, kita sendiri sebenarnya berperangai buruk! Nak bencikan, benci lah. Tapi jangan sampai cakap "tak padan dengan pakai tudung labuh tapi perangai macam syaitan" atau "baik buang tudung tu kalau perangai macam tu" . Tak patut dan tak sepatutnya cakap macam tu.

Kita sepatutnya jangan bersikap mudah dan cepat jatuhkan hukuman atas kesalahan seseorang. Patut tanya dan nasihat dulu. Kalau mulut kita mencaci diorang dengan kesalahan yang dilakukannya, seolah-olah kita sengaja nak mengapi-apikan.

Siapalah kita kan. Hamba Allah yang sering melakukan kesalahan dan kesilapan. Manusia memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Bukan mahu menghina orang Melayu sedangkan Ainaa sendiri orang melayu. Cuma kita patut ubah sikap kita yang sering orang lain labelkan seperti "Janji Melayu".


 Jangan kekalkan perangai "MELAYU" yang buruk. Ubah diri jadi Melayu yang bersikap ciri orang mukmin.

1 Comments

  1. Yup..fikiran saya pun sealiran dgn Aina dalam hal ini.
    selalu dengar orang kata kat perempuan, drpd merokok lebih baik bukak tudung,
    seperti mengajak melakukan lebih dosa,
    dorang bercakap banyak ikut sentimen.

    ReplyDelete