Dulu masa mula-mula masuk UIA Petaling Jaya, abang Ainaa ada bawak pergi makan nasi kukus ada kat satu kedai ni. Sebab Ainaa asyik merungut kat sini susah nak jumpa makanan yang sedap-sedap dan nak jumpa kedai makan yang gerai-gerai pun susah. Yang ada, restauran.  Susah nak jumpa kedai makan macam kat Kelantan.

Dan semalam Ainaa keluar dengan abang Ainaa tengah hari dia bawa lagi ke kedai tu.





Rasa dia sebijik dengan yang selalu Ainaa makan nasi kukus di Kelantan. Dengan ayam berempahnya, pedas lagi sampai berpeluh-peluh, yang paling penting dijamin sedap! Restaurant tu nama Famous Ilham Nasi Kukus di Mutiara Damansara. 

Kau orang kena layan diri, nak beli nasi kena beraturt panjang (samalah dengan kedai nasi kukus di Kelantan) tapi kejap je kau orang akan dapat nasi dan ayam yang masih panas-panas. Jadi kalau nak pergi makan kat kedai Ilham ni jangan tak masuk kalau kau orang tengok kena beratur panjang. Layanan cepat dan pantas.

Harga pun berbaloi je dengan nasi kukus yang sedap. Lagi berbaloi dari kau orang pergi makan kat hotel tapi makanan tak sedap.

7 Comments

  1. tudia2...keroncong perut berbunyi suda

    ReplyDelete
  2. mutiara damansara? dekat la dengan IQ camtuuu

    ReplyDelete
  3. Ayam berempah tu yang best...rangup...makan pabas panas...
    Assalammualaikum, ,salam ukhuwah ye..

    ReplyDelete
  4. macam nk try... Elly kalau pergi Kelantan..memang cari Nasi Kukus sana..sbb nak yg "asli"...hihihi..
    tq Ainaa for sharing... ;)

    ceria2kan ke blog Elly...
    MY BUSINESS, MY LOVE, MY PASSION ~ BISNES SHAKLEE TURUN TEMURUN...

    ReplyDelete
  5. Kukus memang sedap.. kena pulak dengan kari yang piau... wooooo... wa cakap lu !!! http://emjay-freedom.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. dekat nilai pun kena beratur kalau nak beli nasi kukus T_T

    ReplyDelete