Ingat lagi tak entry yang lepas Ainaa ada update pasal JADI ISTERI DAN IBU MUDA. Hari ini Ainaa dengan kawan-kawan seramai sebelas orang semunya pergi dengan dua buah kereta ke rumah kawan Ainaa yang baru melahirkan anak. Yang tukang pandu Ainaa padahal sejak masuk universiti bulan enam yang lepas, memang tak bawak kereta terus. First time jugak Ainaa bawak kereta sejauh ni. Haha Alhamdulillah, semua selamat walaupun kawan Ainaa sound "Kecut perut aku wei. Dah la semalam tak solat taubat." HAHAHA Tahu-tahu jelah kalau dah dapat lesen lepas tu lama tak bawak tiba-tiba kena jadi driver. =P


Baby Muhammad Azhar. Dapat jugak aunty-aunty muda tengok baby dengan mama baby. Sanggup aunty drive jauh semata-mata nak tengok baby tau. Baby yang baik, diam je orang dukung, baby pasrah je aunty-aunty berebut nak pegang. Haha Kawan Ainaa baik-baik je, sihat macam orang tak beranak je. Cuba baby je kena kuning, tinggi jugak tak silap. Tak apa baby, baby minum susu kambing yang Aunty Farah bawak tu nanti insha Allah hilang kuning tu

.
Lepas dah melawat kawan Ainaa dan babynya, kita orang semua pergi rumah kawan lelaki yang sebenarnya ajak hari Ahad masa majlis perkahwinan abang dia. Tapi sebab kami semua ni esok dah nak bertolak ke universiti masing-masing jadi dia suruh kami pergi hari ini jugak.

Seronok dapat jumpa kawan sekolah dulu. Ada yang kali terakhir jumpa lepas exam SPM dan ada yang kali terakhir jumpa sebelum berangkat ke universiti. Terlepas rindu walaupun tak semua yang ada. Tak apalah ya kawan-kawan, tunggu cuti sem kita semua pergi lepak lepaskan rindu yang menggebu ini ya. >___<

3 Comments

  1. Tahniah buat kawan kak ainaa. Hihi kita suka melawat baby baru lahir. :)

    ReplyDelete
  2. best kan dapat kumpul dengan kawan-kawan lama.. bila jumpa balik terasa cepat sgt masa berlalu.. ada yg sudah kawen.. dah ada anak.. haha

    ReplyDelete