[Sembang Blogger] - Hati-Hati Bila Anda Keluar Rumah Dengan Tergesa-Gesa!


Alahai, malasnya nak update blog. Biasalah, mood bercuti terbawa-bawa. Tapi tengok group EFG bukan main rajin, kita pun nak kena rajin jugak. Hehe So, ohyeah! Berjaya juga update satu entry. Huh. 

daaaannnn..........


AWAS!! HATI-HATI BILA KELUAR RUMAH DENGAN TERGESA-GESA!!


sebaaaaaabbbbbb..........


maaflah, gambar seksi sikit. Yang lelaki, tutup mata. Jangan nak intai!


Okey, sebabnya.... Biasalah, kalau terbangun lambat ke.... atau tengah duk pilih baju-baju, tayang kat depan cermin atau tengah berperang dengan anak-anak ke..... tupp tupp tak sedar jarum jam dah bergerak jauh. Kita ni, kalau lambat mula lah semuanya serba tak kena.


Dan, macam ni lah akan jadinya.......




Muahahaha! Selipar lain-lain jenis atau warna! Pernah tak jadi macam ni? Kadang-kadang tak kalut pun, tengah asyik berborak masa turun rumah... kita tak sedar apa yang kita sarungkan kat kaki. Baik mengaku, pernah tak kena macam ni? Hahaha

Saya pernah juga dulu-dulu, nak pergi shopping mall.... Langsung tak sedar selipar lain-lain jenis. Satu memang betul selipar yang selalu pakai, tang kena sebelah lagi selipar jepun. kihkih 

Yang tersilap pakai selipar abang pun pernah. Nak turun dari kereta tu baru sedar rupa-rupanya terpakai selipar abang. Punyalah besar! Kalau selipar cantik tak apalah jugak. Ni selipar yang 10 tahun dah pakai..... Huiii! Sengal betul. Nasib baik lah apabila dah dewasa ni, tak pernah dah berlaku macam ni.


Kalau nanti terjadi jugak? Cakap je.... "Ini fesyen lah. kau apa tahu?!" >____<

Makan Angin Boleh Kenyang Ke?


Soalan mintak penampar! Hakhak

Oklah, just nak cakap empat hingga lima hari ni tak update blog. Tuan tanah nak pergi singgah makan angin di negeri lain. Asyik makan angin Kelantan je. nak juga merasa angin negeri lain. Hohoho tak paham sudah. 



Baju-baju belum kemas, esok dah pun nak pergi. Selalunya, subuh-subuh baru kemas. Hahaha Bukan saya seorang, satu family macam tu. Buat relax je nak pergi bercuti. Bercuti pun last minute punya plan. Adeh! Nasiblah labu. 


Asalkan bukan plan awal-awal, tapi tupp tupp tak jadi. Yang tu bukan setakat frust menonggek, siap nak hantuk kepala kat dinding sampai tebus je! =____=

Drama Hati Perempuan (Adaptasi Novel)


Drama-drama adaptasi novel melayu terus-terusan dapat menarik perhatian pengarah dan orang ramai. Kali ini, novel dari penerbitan Penulisa2u yang bertajuk Hati Perempuan, karya Nur Ain Al-Abbas bakal menggantikan drama yang tengah hangat sekarang iaitu Teman Lelaki Upahan.




DRAMA HATI PEREMPUAN AKAN MULA DITAYANGKAN PADA 30 MAC 2015 DI SLOT AKASIA , SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 7 MALAM DI TV3.

Apa yang menarik dengan novel Hati Perempuan? Serius, saya tak boleh komen lebih-lebih sebab saya belum baca walaupun novelnya dah ada dalam koleksi. Kita tunggu saja kemunculan cerita ini.


GAMBAR-GAMBAR DISEBALIK TABIR DRAMA HATI PEREMPUAN :


















































[ GAMBAR DARI PELBAGAI SUMBER ]


BARISAN PELAKON :

Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril

Mia Ahmad sebagai Yuhanis

Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus



SINOPSIS NOVEL HATI PEREMPUAN :


Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berdekatan atau beli secara online di http://www.p2u.my dengan diskaun RM3 dan tiada cas penghantaran dikenakan.



Hati Perempuan - Nur Ain Al-Abbas
Terbitan : Penulisan2u
Harga : RM27 sem, RM30 sabah sarawak

[ SINOPSIS ]

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran
disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta
hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril?

Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 


[ BACA NOVEL HATI PEREMPUAN SECARA ONLINE ]


DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.