#Nuffnang : Setelah Sekian Lama

Setelah sekian lamanya Ainaa langsung tak buka Nuffnang, dan tadi baru usha balik account Nuffnang. Alhamdulillah. Rupa-rupanya walaupun dah hampir empat bulan Ainaa tak hiraukan Nuffnang tapi masih ada iklan CPUV(cost-per-unique-visit) dan CPC(cost-per-click) yang masuk tak henti-henti. Walaupun tak lumayan tapi lama-lama memang membukit jugak kan.



Jangan Selalu Diusik, Nanti Terusik.


HATI PEREMPUAN janganlah selalu diusik, nanti cepat terusik! Betul tak? Orang perempuan ini kan ada hati yang lembut, cepat tersentuh, mudah tergores dan juga boleh terusik dengan kata-kata gurauan manis orang lelaki atau usikan kawan-kawan.



Sebagai contoh, kawan-kawan selalu usik cakap kita dengan lelaki tu sepadan ke, cakap lelaki tu ada hati kat kita, selalu 'kanen-kanenkan' kita dengan lelaki tu, atau orang lelaki sendiri usik kita yang ada berkaitan dengan hati padahal ianya hanya gurauan semata-mata dan yang sebelah perempuan pun tahu itu gurauan.

TAPI....... Hati perempuan ni sensitif. Jangan kerap diusik, jangan kerap bawa gurauan berkaitan hati dan perasaan. Nanti lama-lama boleh terusik tanpa kita sendiri sedar. Bahaya tau.

Pulang Seorang Diri


Yeay, esok balik Kelantan! Tak sabarnya...... Setelah sebulan tak balik, memang meroyan dah ni.


Kalau cuti sebelum ni Ainaa balik dengan abang Ainaa naik kereta dia tapi cuti merdeka kali ini Ainaa sorang-sorang je. Tak apalah kan sebab boleh belajar berdikari. 

Yang tak bestnya, cuti kejap sangat macam balik cuti hujung minggu je dan cuti yang penuh dengan assignment dan buku-buku. Huhu 

Tolonglah lecturer bagi kami cuti yang sebetul-betulnya cuti. Cuti tanpa assignment, tanpa buku, tanpa kelas ganti, tanpa lecturer!

Baru Merasai Tidur Yang Lena

Sejak di alam universiti, memang jarang Ainaa dapat tidur dengan lena. Biasa hujung minggu pun asyik tidur lewat dan ada je benda nak buat yang tak merehatkan badan dan tenaga kita. Keluar pergi mall lah, buat assignment laa, dan macam-macam.

Tapi minggu ini, Ainaa rasa yang Ainaa baru pertama kalinya dapat menikmati tidur yang lena setelah sekian lamanya, padahal hari minggu di mana setiap hari kelas mula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 4 dan 6 petang.

Mungkin sebab dah tak sabar nak balik Kelantan khamis ini. Itu yang minggu ni ceria semacam je. Dalam kelas pun bising duk melawak, menyanyi. Nampak tak keterujaan nak balik Kelantan kat situ? Sampai rasa tidur Ainaa pun betul-betul lena tak macam sebelum ni.


Indahnya kalau boleh kekal sampai ke akhir asasi ni. Tak larat dah asyik pergi kelas dengan lemau dan tak ada semangatnya.

Untungnya Semua Adik Beradik Perempuan

Untunglaah kan kalau kalau semua adik beradik kita perempuan. Boleh kongsi-kongsi cerita, bergosip di tengah malam, bercerita hal perempuan, shopping sama-sama. Tapi yang pening kepala nak melayan mak ayah laa.  Lebih-lebih lagi ayah. Haha. Anak perempuan memang banyak ragam dan cepat je nak cemburu kalau adik beradik yang lain dapat lebih.

Bercerita macam Ainaa ada pengalaman je. Hehe tak ada-tak ada! Adik beradik Ainaa yang lain semua lelaki, Ainaa seorang je perempuan. Ainaa bercerita tu berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang semua adik beradik perempuan.

Paling untung kan, yang semua adik beradik perempuan ni kan, masa kahwin. Mesti habis riuh satu kampung. Kakak sulung kahwin, adik-adik semua jadi bridesmaids.





Meriah sangat kan! Kalau yang tak ada adik beradik perempuan macam Ainaa ni kena panggil kawan-kawan lah jadi bridesmaid. hehe

The Man From U.N.C.L.E

Ahad yang lepas abang Ainaa belanja tengok wayang dekat The Curve. Ainaa yang keluar dating dengan abang ni pun beratur lah panjang semata-mata nak hilangkan boring masing-masing. Dan cerita THE MAN FROM U.N.C.L.E yang jadi pilihan kami.


Tapi yang tak tahan, boleh pulak abang Ainaa potpet potpet sebab harga tiket mahal sampai RM16. Apa-apa jelah. Janji bukan duit Ainaa. muehmueh.



Movie THE MAN FROM U.N.C.L.E kau orang tengok pelakon dia siapa pun dah tahu kan cerita ni pasal penyiasatan. Ainaa boleh bagi lapan bintang untuk english movie kali ini. Memang best dan kadang-kadang tergelak sebab ada part yang lawak. Ainaa nak share jalan cerita pun tak sempat nak pergi kelas ni, yang pasti cerita ni memang sangat best!! 

Jangan ragu-ragu nak tengok cerita ni. Sinopsis kau orang google lah sendiri eh. Inchik google sedia menjawab.

Nasi Kukus Famous di Mutiara Damansara

Dulu masa mula-mula masuk UIA Petaling Jaya, abang Ainaa ada bawak pergi makan nasi kukus ada kat satu kedai ni. Sebab Ainaa asyik merungut kat sini susah nak jumpa makanan yang sedap-sedap dan nak jumpa kedai makan yang gerai-gerai pun susah. Yang ada, restauran.  Susah nak jumpa kedai makan macam kat Kelantan.

Dan semalam Ainaa keluar dengan abang Ainaa tengah hari dia bawa lagi ke kedai tu.





Rasa dia sebijik dengan yang selalu Ainaa makan nasi kukus di Kelantan. Dengan ayam berempahnya, pedas lagi sampai berpeluh-peluh, yang paling penting dijamin sedap! Restaurant tu nama Famous Ilham Nasi Kukus di Mutiara Damansara. 

Kau orang kena layan diri, nak beli nasi kena beraturt panjang (samalah dengan kedai nasi kukus di Kelantan) tapi kejap je kau orang akan dapat nasi dan ayam yang masih panas-panas. Jadi kalau nak pergi makan kat kedai Ilham ni jangan tak masuk kalau kau orang tengok kena beratur panjang. Layanan cepat dan pantas.

Harga pun berbaloi je dengan nasi kukus yang sedap. Lagi berbaloi dari kau orang pergi makan kat hotel tapi makanan tak sedap.

Tips Masuk U


Haaaa!! Siapa yang bakal melangkah ke alam universiti WAJIB baca tips ini. Yang telah berada di universiti atau baru masuk pun kena baca juga sebab banyak lagi tips yang kau orang tak tahu.




| TIPS PERTAMA | 

Rajinkan diri bersembang dan bercampur dengan pak guard dan makcik tukang sapu. Mereka banyak tahu 'rahsia' kolej dan kampus. Pak guard boleh buka cerita tentang suara orang menangis dan menjerit malam-malam pukul 3 pagi. Dia tahu bilik mana ada budak bunuh diri.Makcik tukang sapu tahu kat koridor mana ada budak kena histeria dan lompat dari tingkat tiga, jatuh bawah kepala bersepai. Dia tahu.Lepas tu dia tahu kat ampaian mana bebudak biasa nampak langsuir bergayut bila sidai baju pukul 3 pagi. 


| TIPS KEDUA |

Bila dapat bilik, elakkan daripada pilih katil dekat dengan tingkap. Bila tutup, rasa lemas. Bila bukak malam-malam rasa seram.Tingkap menghadap koridor bahaya sebab malam-malam dengar bunyi selipar diseret. Bila dengar betul-betul ada bunyi 'Karipap! Karipap!'Makcik Karipap biasanya datang lepas pukul 3 pagi waktu kolej dah sunyi dan gelap. Yang belum tidur, sibuk basuh baju kat toilet hujung.Ada juga yang sibuk study pakai walkman, tak perasan Makcik Karipap jenguk di luar tingkap. Siapa Makcik Karipap? Tak siapa tahu.Tapi setiap U ada Makcik Karipap. Cuba tanya senior. Yang pernah nampak kata Makcik Karipap bongkok macam nenek kebayan, pakai tudung.Muka tak nampak.Di lengannya ada bakul rotan berisi batu nisan. Kalau ditegur di sebalik tingkap 'Dik, nak karipap?' jawab lah 'tak nak'.Selagi tak dijawab, takut Makcik Karipap masuk dan tunggu di hujung katil. Ramai dah terkena. Ingat ungkapan keramat ni: tak nak! 

| TIPS KETIGA |

Kalau dapat katil double decker, pastikan tahu bila rakan yang tidur di atas atau di bawah masuk tidur.Nak tahu kenapa?Banyak kes terjadi bila kita tidur jam 11 malam bila member belum balik, jam 3 pagi kita dengar dia balik dan panjat katil dalam gelap.Kita tahu member kita tengah tidur sebab spring katil kat atas bergerak-gerak dalam gelap. Lepas tu kita dapat Whatsapp dari member."Bro, aku study McD dengan geng malam ni. Esok ada kuiz. Ko jangan kunci pintu" Kita rasa menggelupur nak menjerit dalam gelap.Kisah benar.Pernah terjadi.Beringat sebelum kena. Katil double decker memang selalu ada kisah mistik.


| TIPS KEEMPAT |

Kalau rakan sebilik semua balik kampung dan kolej kamu hanya ada dua tiga kerat yang tak balik, jangan ambil risiko.Dulu ada kes budak yang tak balik kampung sebab malas naik bas berjam-jam. Lagipun ada member bilik atas yang tak balik.Malam itu waktu dia tidur, dia dengar budak bilik atas seret meja pukul 3 pagi. Bengang, dia pun naik atas - tapi dia tengok level tu gelap.Rupanya hanya dia yang tak balik. Takut punya pasal, dia tidur kat pondok Pak Guard sampai Subuh. ingat tu, jangan tak balik kampung. 


| TIPS KELIMA |

Kalau rasa nak buang air kecil atau air besar, buang lah sebelum tidur. Rumit kalau rasa nak terkucil pukul 3 pagi.Toilet nun di hujung koridor.Bila sampai sana, tolak pintu, tutup, lepaskan hajat. Tapi bukan lah toilet kolej kalau tak ada kisah seram.Pernah dengar cerita student pergi kencing pukul 3 pagi dan ghaib? Hilang. Lesap.Macam ditelan bumi.Sebulan cari tak jumpa.Malam tu, ada student tengah berus gigi dalam toilet pukul 11 malam. Bila dia tadah air dalam gelas nak berkumur, segumpal rambut keluar.Bila disiasat, rupanya budak yang hilang sebulan yang lepas ada dalam tangki air toilet tu.Tak siapa tahu macamana dia masuk dalam tangki.Mayat dah kembung dan perut dah pecah. Selama sebulan, students lain di level tu dah mandi air mayat... dan makan megi perisa air mayat.Hati-hati bila ke toilet ya.Itu mungkin kali terakhir kamu ke toilet sebelum hilang.


| TIPS KEENAM |

Elakkan daripada membasuh pakaian selepas pukul 12 malam. Pernah dengar kisah budak nampak 'benda tu' tergantung kat ampaian?Lepas habis perah baju, dia nak sidai kat ampaian tingkat 4. Level dia dah gelap. Semua dah tidur. Tapi dia suka basuh baju malam.Waktu dia nak sidai baju di tingkat 4, dia nampak di hujung ampaian ada bantal bolster yang digantung.Dia tak ambil pusing sangat.Tapi dia perasan 'bantal' tu berhayun-hayun. Bila ditengok betul-betul, rupanya pocong tergantung di ampaian. Ingat tu! Hati-hati ya! 


| TIPS KETUJUH |

Sesetengah bilik ada 'sejarah' tersendiri. Kadangkala sejarah hitam bilik sengaja didiamkan oleh pihak kolej.Pernah dengar kisah student dapat bilik tempat bunuh diri?Malam itu dia tidur seorang sebab member balik kampung.Nak jadikan cerita, pukul 3 pagi bekalan letrik terputus. Kipas terpadam.Lampu koridor pun tak ada.Gelap gelita.Tapi dia dengar sesuatu.Bunyi kreok kreok kreok dalam gelap.Bunyi bilah kipas siling bergerak.Tapi letrik tak ada.Dia ambil fon tepi bantal. Suluh pakai skrin.Tahu apa yang dia nampak? Badan seorang lelaki dewasa tergantung dari kipas dengan seutas tali pinggang. Berpusing...Berpusing...Mata terbeliak dan lidah terjelir.Bunuh diri dek patah hati.Tindakan bodoh. Dan yang paling bodoh, tak ada siapa akan beritahu kita.Setiap bilik di kolej perlu diisi. Kalau ada yang tahu bilik tu pernah ada orang bunuh diri, ada ke orang nak duduk situ? Common sense.Cara nak atasi bilik pernah jadi lokasi bunuh diri?Jangan tinggal solat.Banyakkan baca ayat-ayat suci.Dengar CD hafizhamidun pun ok. 


| TIPS KELAPAN |

Kalau selimut asyik terjatuh atas lantai pukul 3 pagi, jangan dikutip.Biarkan.Kenapa?Tak pernah dengar cerita?Ada student ni perasan selimut asyik terjatuh atas lantai. Mula-mula jam 1 pagi.Lepas tu 1:45.Lepas tu 3:15. Dia tidur sorang malam tu.Katil sebelah kosong sebab member balik kampung. Bila selimut 'hilang' sekali lagi jam 3:30 pagi, dia tengok di hujung kaki.Tak ada.Selimut tak ada atas lantai. Dia hairan. Bilik tidur samar-samar sebab ada cahaya dari luar.Dia cuba intai bawah katil.Pun tak ada.Mana selimut dia?Sambil baring di atas lengan kanan, dia pandang katil sebelah. Selimutnya ada di sebelah.Tapi ada 'benda' berselubung.Seolah-olah berkapan dari hujung kepala sampai ke hujung kaki.Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.


Gurauan semata-mata. Jangan ambil serius ya. 

Cantik Mencarut


CANTIK MENCARUT?

Masuk ke alam universiti ni, macam-macam 'feel' orang yang ada. Dan salah satunya, m.e.n.c.a.r.u.t! Ainaa memang tak suka dengan mencarut, dan memang benci kalau perkataan yang mencarut tu keluar dari mana-mana mulut lebih lagi dari mulut perempuan. Sekolah dulu, alhamdulillah kawan-kawan Ainaa semua jaga mulut, jaga kata-kata. Ainaa bukan nak kata kawan-kawan sekarang tak jaga mulut tapi memang setiap hari telinga ni ada je terdengar orang mencarut. Ada je terdengar perkataan yang tak elok.


Si cantik mencarut. Kalau tengok orang cantik (maksud cantik kat sini merujuk semua perempuan) sedap je mata memandang tapi sayang.... Ramai orang kecantikannya dikaburi dengan kata-kata carut. Mulut langsung tak jaga. Kalau melatah ke, bercakap dengan kawan ke ada je yang dicarutnya apatah lagi kalau marah. Memang sakit telinga dengar. Macam-macam yang keluar dari mulut. Mungkin bagi mereka itu hanya gurauan dan memang dah terbiasa tapi yang terbiasa itulah yang bahaya.

Tolonglah kaum hawa terutamanya, jaga lisan kita! Bukan nak menunjuk-nunjuk sopan atau berlagak atau nak hipokrit tapi tolonglaaaaaaah ada perasaan malu untuk mencarut. Nampak elok ke perempuan mencarut? TAK, kan. Kaum adam, elok ke perempuan yang suka mencarut? Ainaa khususkan soalan tu pada kaum adam. 


JANGAN BIASAKAN DIRI DENGAN MENCARUT!!

Sweet 18 - Happy Birthday to Me!


Alhamdulillah.
Hari ini 19/08 genaplah 18 tahun Ainaa dipinjamkan jasad ini di dunia. Entah masih diberi peluang untuk bernyawa ke tidak esok dan esoknya lagi.  Walau usia 18 tahun itu sangat muda belia lagi tapi kita tak tahu ajal kita bila. Ajal tak mengenal usia.

Awat syahdu sangat pendahuluannya ni? Hahaha Bukan apa, peringatan untuk diri sendiri jugak ni.

Birthday tahun ini ada kelainan dimana roommates Ainaa buat surprise dan prank. Tapi entah kenapa dalam diam yang sebenarnya birthday kali ini Ainaa rasa sayu sangat. Rasa sepi. Mungkin sebab ini kali pertama birthday Ainaa tanpa mami abah dan keluarga. 

Ok, syahdu lagi.

Haaa! Wish kat Ainaa cepat sebelum jam berdetik melepasi angka 12. Kalau nak bagi hadiah ke nak belanja makan ke, boleh mintak alamat dengan Ainaa. Hehehe

Kena Prank Rupanya!

Baru entry yang lepas Ainaa update pasal pakaian Ainaa kena curi tu kan. Haaa, betullah. Tapi dalangnya kawan-kawan sebilik Ainaa! Cis mancis betul diorang tu. Kita bukan main kalut sampai menangis-nangis petang tu. 

Malam tu Ainaa baru nak tidur, diorang bising-bising Ainaa buat dek je. Masa tu bilik dah bergelap. Tapi sekali diorang nyanyi lagu happy birthday versi melayu, english dan korea sambil bawa lilin dan belon.... memang terharu tapi terharu tu jadi semakin terharu bila diorang buat keluar hanger bulat yang hilang tu. Aaaaaaahhhhh. Sengal! Rasa nak cekik orang pun ada.

Kan tak pasal-pasal dilabel 'manusia tak ada otak' kat entry lepas. Itulah nak prank orang sangat. Hahaha Memang Ainaa tak akan lupakan prank yang diorang buat ni. Ada je idea diorang nak kenakan kita.

Thank you Dekma-Ana-Rara-Tira-Ecana buat surprise plus prank tengah malam semalam. Pandai eh masing-masing berlakon depan aku sampai aku betul-betul percaya yang pakaian kena curi. Sweet pun ada kau orang ni.

Nantilaa.... Kita tunggu pulak giliran kau orang seterusnya!


Balasan Untuk Aku

Hari itu secara tak sengaja Ainaa rosakkan kawan Ainaa punya hardisk dan bila Ainaa nak bayar ganti rugi dia tak bagi. Memang selamat duit dan cukup berterima kasih kat dia tapi...... hari ini. 

Lepas balik dari kelas jam 6 petang tadi Ainaa terus basuh baju yang basah sebab hujan. Sekali lepas tu nak sidai baju, baru Ainaa perasan ampaian bulat yang kecil tu hilang! Wei!! Dengan baju-baju sekali pulak tu dia angkut! 


MANUSIA MANA YANG TAK ADA OTAK NI?? SADIS SANGAT HIDUP SAMPAI PAKAIAN AKU PUN KAU NAK CURI??!!


Ya Allah..... balasan untuk Ainaa agaknya. Duit tak habis bayar ganti rugi kat kawan tapi duit bakal habis nak beli pakaian yang hilang tu! Ya Allah, mintak-mintak orang yang ambil baju-baju Ainaa tu pulangkan balik kat bilik penyidai tu tak kira sama ada dia sengaja atau tak sengaja.

Kalau tak kesian kat abah Ainaa kena bagi duit untuk beli baju-baju tu. Kau orang faham-faham jelah kalau dah disidai kat ampaian bulat tu. Memang mustahak sangat dah ni. Yang si pencuri tu pun boleh pulak nak main curi barang penting orang. Memang terdesak sangat dah kut mencuri sampai Ainaa pulak yang terdesak nak kena pergi beli. Huhuhu

**Ini rupanya perangai manusia kat asrama. Dan aku yang terkena. Huh.**

Malam Merdeka Raya

Hari sabtu yang lepas, Ainaa dengan kawan-kawan sebilik kena sertai majlis sambutan hari merdeka dan hari raya bagi mahallah Aisyah, asrama yang Ainaa tinggal. Mula-mula kami semua tak nak terlibat pun dengan persembahan tapi sebab Ainaa dengan kawan-kawan sebilik ni, keenam-enamnnya ada jawatan kat mahallah Aisyah so kita orang terpaksa join. 

Tapi mula-mula je rasa terpaksa join buat persembahan tu. Lepas duk berlatih untuk persembahan tu rasa syiok pulak dan jadi laa dengan rela hatinya kami join ramai-ramai buat teater malam tu.







Tudiaaa.... penuh bergaya berpakaian srikandi melayu vs. askar jepun, dan pakaian macam orang-orang dulu. Dengan bermisainya lagi. Baju melayu dan kain pelekat itu entah siapa punya yang kawan Ainaa rembat. Hahaha

Kita orang berlatih last minute tapi dapat tempat kedua. Alhamdulillah. Tak sia-sia bersilat bagai dan dapat luka kat lutut sebab kononnya jatuh kena tembak. Tapi jatuh atas jalan tar, macam mana tak luka lutut. Tapi...... best sangat! Memang berpuas hati.


Kepada kawan Ainaa merangkap roommate, Rara dan Ana TAHNIAH beb dapat anugerah QUEEN OF THE NIGHT dan menang CABUTAN BERTUAH. Mampu tumpang bangga je. ahak.


PERUBATAN NATUROPATI PERTAMA DI MELAKA

Definasi Perubatan Naturopati (Naturopathic Medicine or Naturopathy)


Yusmizee Naturopathic Center

Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Di Malaysia, terdapat dalam lingkungan 300 Natoropathy  bertauliah mengamalkan perubatan ini. Mereka menyediakan latihan dan pendidikan di terapi semulajadi, seperti pemakanan, hidroterapi, herba, tumbuh-tumbuhan / bunga, homeopati dan urutan (sekadar menamakan beberapa jenis). Pengamal perubatan semulajadi seperti ini mempunyai banyak ubatan dan cadangan untuk menyokong persekitaran yang sihat supaya tubuh boleh memulihkan diri sendiri. Mereka melihat setiap orang adalah unik melalui gaya hidupnya, diet, program senaman, keadaan mental dan emosi dan juga sejarah peribadi apabila membuat cadangan rawatan tertentu. Ianya menampakkan perbezaan kelainan yang besar di antara perubatan konvensional dan naturopati.

Naturopati boleh membantu seseorang dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan yang lebih baik, dari peringkat pencegahan untuk keadaan yang serius atau kronik. Oleh itu, orang ramai boleh mendapatkan pengamal naturopati (Doktor Naturopati yang bertauliah)  untuk memeriksa tahap kesihatan mereka, mendapatkan bantuan daripada sekecil-kecil penyakit seperti selesema atau alahan atau untuk merawat keadaan yang lebih serius seperti penyakit jantung atau kencing manis (diabetes).


Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka


Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah Melaka


Hari ini, di Negara-negara maju telah beralih kepada perubatan Naturopati kerana ianya lebih berkesan dan sangat selamat, Insya Allah ! Suatu kaedah perubatan yang telah di iktiraf oleh WHO dan perubatan dunia.

Naturopati adalah perubatan tanpa menggunakan bahan terlarang (dadah), bahan kimia dan tanpa melibatkan pembedahan. Semua rawatan semulajadi adalah naturopati. Yusmizee Naturopathic Centre, Alor Gajah, Melaka, adalah sebuah pusat rawatan dari rangkaian Pertubuhan Pengamal Utama Naturopati Malaysia.

Tertubuhnya Yusmizee Naturopathic Centre adalah untuk memberikan perkhidmatan tersebut. Yusmizee Naturopathic Centre menyediakan kaedah rawatan naturopati seperti Rawatan Bekam, Akupuntur, Urutan Tradisional Melayu, Teknik Pembetulan Tulang pinggul dan tulang belakang, Terapi Hipnosis dan Penawar herba homeopati.

Yusmizee Naturopathic Centre


Yusmizee Naturopathic Centre juga menawarkan 3 harga yang berpatutan ;

1) Harga untuk rawatan pesakit biasa.

2) Harga untuk rawatan vvip.

3) Harga Ekslusif untuk penyakit kronik yang mengikut Protokol rawatan Naturopati.


Rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre lebih Islamik dan juga menyediakan perawat khas wanita untuk merawat pesakit-pesakit wanita.


Kursus Naturopati

Selain menyediakan khidmat rawatan, Yusmizee Naturopathic Centre juga menjalankan kursus-kursus dan ceramah berkaitan perubatan Naturopati.


Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre
Yusmizee Naturopathic Centre


Sebarang pertanyaan berkenaan Naturopati boleh berhubung terus dengan DrN Yusmizee ;


"Hubungi saya hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana saya boleh membantu anda belajar untuk hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik!"




DrN Yusmizee Bin Yusoff 

Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)

Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian).


Tel : 012-3556736

Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 

78000 Alor Gajah. Melaka







Gadis Melayu Berbikini


ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM!

Terkejut memang terkejut. Macam mana lah boleh terjumpa instagram 'gadis melayu berbikini' ni? Gelaran spontan untuk orang tu. Mula-mula ingatkan mat salleh ke apa tapi dua kali tengok, Ainaa jadi tertanya-tanya sebab muka ada muka melayu macam tu. Itu yang tangan gatal nak tengok instagram orang tu.

Sekali bukak...... pergh. M.E.L.A.Y.U! Nama pun terang-terang nama melayu. Aduhai cik kak, tak reti malu ke? Semua aset nak tunjuk, pakaian ke pantai/pulau pun berbikini je? Apa semua lelaki kat situ mahram kau ke yang senang-senang pergi tayang?


Ini namanya Melayu bukan Islam! 


Entah kat mana diletak Islamnya. Dimana letak malunya? Malah dengan bangganya tayang kat semua orang. Seolah-olah nak tunjuk dan bagitahu kat semua orang,


"eh, aku pakai bikini je tapi aku Islam"

"tengok ni semua, aku langgar perintah tuhan."


Huh. Apa-apa pun, harap orang yang buat semua tu insaf. Kembali lah ke jalan yang benar. Belum terlambat dan sebelum terlambat, untuk diri sendiri dan pembaca yang lain juga....


JAGA AURAT! 

JAGA MARUAH!

JAGA IMAN!

Akhirnya Aku Kena Denda Juga

Olalala~ Kena denda apa ni? Denda kat sekolah ke? Haaaa. Kena denda dengan pengetua EFG. Baru semalam wish birthday ingatkan boleh rasuah dengan entry tu. Kikiki.

Salah Ainaa sebab lambat tanda kehadiran kat group EFG. Petang semalam keluar beli barang lepas tu sampai je kat U terus kena pergi meeting. Hanset memang dah k.o tak ada bateri sampai pagi ini baru sempat nak cas. 

So dendanya kena buat entry ni. First time lambat tanda kehadiran, first time jugak kena denda. Fuhhh.....

Akhirnya, aku kena denda jugak!

Birthday Pengetua EFG


HAPPY BIRTHDAY BLOGGER MOMMY IRRA!! ^____^


Ini je Ainaa mampu buat untuk kak Irra. Hadiah birthday mintak dengan Kak Ana. Hikhik.


JOM RAMAI-RAMAI WISH BIRTHDAY KAK IRRA. KITA SERBU RAMAI-RAMAI!


Blogger Mommy Irra
IG : irrayyandotcom

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.