Punca Tidur Lewat

Pelik tak pelik kalau Ainaa balik kampung... duk rumah mesti Ainaa akan tidur lambat. Pukul 3 pagi selalu baru nak tidur tak pun kadang-kadang sampai ke subuh. Padahal kalau di hostel, Ainaa lah yang tidur paling awal dan Ainaa juga yang bangun paling awal. Lain betul tabiat kat asrama dengan kat rumah.

Ainaa agak punca Ainaa tidur lewat ni sebab bila kat rumah Ainaa mana ada nak risau kena buat assignment ke ada discussion, replacement class, basuh baju ke. Basuh baju pun jadi punca? Iyalah basuh baju bukan guna mesin, kena kerah tenaga guna tangan. Sebab itu juga di asrama Ainaa jadi rajin basuh baju tiap-tiap hari! Tak nak baju bertumbun punya pasal kan banyak-banyak tak ada tempat pulak nak sidai. Kalau di Uia PJ, memang Ainaa jarang tidur lambat. Kita akan hargai masa tidur tu bila kita tiada masa rehat di siang hari. Kelas Ainaa setiap hari dari pagi sampai malam siapa je tak 'pengsang' awal kan. Tu belum lagi lepas kelas malam ada buat discussion pula. Hurm... seksa betul nak hadap.

Kat rumah pula memang banyak sangat masa terluang sampai terbuang dengan benda-benda tak berfaedah. Benda yang kita tak boleh buat di asrama, benda tu la yang akan kita marathon. Tengok movie, baca novel sampai 3-4 pagi dan kemudian pulun tidur lepas subuhnya. Dasyat betul penangan 'aura' di rumah ni. Hehe.

Haila pelajar. Bila nak ubah feel tidur lewat tu agaknya.


Namun kadang-kadang ada juga Ainaa tidur lewat disebabkan insomnia. Yang itu nanti Ainaa cerita di entry seterusnya.

2 ulasan:

  1. jangan byk fikir sis.... minum susu dan baca al quran sebelum tidur... insyaaAllah boleh lena nanti

    BalasPadam
  2. Penangan balik rumah ni lain macam :)

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.