Berlagak busy betul Ainaa ni kan sampai dah dua hari tak update blog. Hehe. Tak busy mana pun sebenarnya cuma disebabkan 'SAKIT HATI'.... jadi tak ada mood nak update blog. Sakit hati dengan siapa/apa? Bukan dengan manusia, tapi dengan system. Mana tak sakit hati kalau tak boleh nak aktif password untuk log in student portal. Kalau tak boleh login macam mana nak daftar subjek. Selama Ainaa tak update, selama tu juga la Ainaa 'dendam' dengan sytem. Nak suruh orang daftar subjek cepat-cepat nanti section closed apalah tapi kalau 'system' pun lembab? Padahnya itulah, Ainaa tak boleh nak pre-register subjects wajib yang kena ambil jadinya kat sana kena register secara manual.

Bila tanya senior, dia cakap perkara biasa la tu. Ainaa yang baru ini yang tak biasanya. Yalah, di asasi semua disediakan..... schedule pun dah tersusun dan lecturer dah ditentutkan. Nak buat macam mana, masa tu masih 'tadika'. Pra-university kan. Semua kena 'suap'.

Apa-apa pun, sekarang masih pening kepala nak susun jadual yang asyik clash je.


3 Comments

  1. Moga sistem cepat ok..boleh uruskan pendaftaran subjek ya..amin..

    ReplyDelete
  2. Harap segala urusan ainaa di permudahkan..bawak bersabar banyak2 eh

    ReplyDelete
  3. Sabar buat pelan-pelan ya!!
    Mungkin terlalu ramai yang log-in so line busy.

    ReplyDelete