Bila mak asyik bebel kat telinga suruh anak dia buat kek tapi bahan-bahan kat dapur tak cukup, jadi Ainaa pun cari dalam Facebook yang jual kek brownies memandangkan Ainaa pun dah lama terliur. Pernah buat sendiri brownies tapi tak jadi kedut-kedutan tu. Hehe Lebih baik beli je lah senang kan.
Sebenarnya Ainaa terliur yang CAKEENY punya tapi jauh nun di Jitra. Bila la nak dapat rasa brownies kak eny. Tapi sementara tu dah nak sangat makan brownies, Ainaa beli dengan CikLa atau LELA HOME BAKERY HQ. Kalau nak beli dengan Cikla boleh search di FB. Kek brownies cikla yang Ainaa beli adalah combo set fudgy brownies iaitu ada dua ganache. Chocolate dengan salted caramel. Rasanya? Sedap sampai anak-anak saudara Ainaa tak puas makan. Dah nak habis pun, tak sempat nak simpan esok-lusa sikit.
Size brownies pula size loyang biasa dan harga untuk combo brownies RM40 tambah RM5 cas delivery. Harga boleh tahan tapi berbaloi sebab sedap. Lepasni boleh repeat order nak rasa yang tiga ganache pulak (choc, caramel, cheese).
Orang-orang Kelantan yang tercari-cari brownies sedap boleh cari facebook LELA HOME BAKERY HQ dan dapatkan brownies dan pelbagai kek yang lain dengan CikLa.

1 Comments

  1. Brownies memang sedap... bila nak beli, tak cukup beli satu... berebut ngan anak.. hehehe

    ReplyDelete