Semalam Ainaa saja-saja berlagak sebagai reporter dan 'interview' kawan-kawan sebilik tentang KENAPA LAST MINUTE PLAN SELALU MENJADI. Sebab Ainaa sendiri pun tertanya-tanya, kenapa benda yang kita plan dah berbulan atau bertahun lamanya selalu tak menjadi, selalu cancel sedangkan apabila last minute baru kita plan nak buat benda itu atau nak ke tempat itu... memang kebanyakkannya selalu menjadi! Nak jadi cerita, Ainaa paksa kawan-kawan sebilik untuk beri jawapan dan tak membenarkan dia orang beri jawapan cliche. 


last minute plan, last minute plan selalu menjadi, last minute, plan last minute, travel last minute, last minute travel, kenapa last minute plan selalu menjadi


KENAPA LAST MINUTE PLAN SELALU MENJADI?


-Keadaan Yang Boleh Berubah-

Kalau kita plan awal-awal, ianya belum tentu menjadi kerana keadaan boleh berubah dan kedaan juga tidak menjamin sesuatu itu akan berlaku. Bila plan yang dibuat berbulan sebelumnya, dalam tempoh tersebut macam-macam yang boleh jadi dan kita tak tahu apa yang akan berlaku. Sebab itu kita tidak boleh menjamin sama ada plan itu akan menjadi atau tidak. - Rara 

-Hati Manusia Yang Selalu Berubah-

Plan yang dibuat last minute ini selalu menjadi sebab jangka masa perkara itu yang akan berlaku adalah pendek dan kita sure boleh pergi ke situ atau buat seperti yang dirancang. Manakala bila sesuatu perkara itu kita plan dah lama dan awal-awal lagi tapi bila plan tersebut tak menjadi, ianya kerana hati manusia ini selalu berubah-ubah jadi ada kemungkinan untuk kita mengubah plan tersebut. - Tira 



Haa itulah jawapan yang dia orang bagi kat Ainaa bila ditanya hal tersebut. Bila difikirkan, memang betul plan yang dibuat awal-awal selalu tak menjadi kerana kedaan itu bila-bila saja boleh berubah dan begitu juga hati kita. Sebagai manusia, hati kita ini sering saja berubah tanpa dipaksa dan ianya berubah kerana keinginan kita. Sebagai contoh, Ainaa dengan roommates plan nak ke Pulau Langkawi bulan tiga ini tapi terpaksa cancel sebabnya tiba-tiba je tarikh mid-sem-break berubah dan tarikh Ainaa cuti pula bertembung dengan sepupu Ainaa kahwin.... Jadi memang terpaksa cancel la. Tapi, itu hanya pendapat masing-masing kan. Bila kita berbalik pada fitrah, semuanya ketentuan Ilahi.


KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN.



8 Comments

  1. Betul lah tuh.. Kadang LeYa pun selalu jugak buat... plan last minute memang selalu jadi..hehe

    ReplyDelete
  2. CR ngan kawan2 dulu plan 2bulan awal nk g jalan2 terengganu. Last2 tak mnjdi.
    Lama x lepas tu dua minggu sblm plan nk ke tganu trus jadi.hahaha.

    ReplyDelete
  3. betul. selalu mcm tu last minit bru jadi lepas tu kelam kabut. kdng2 okay je klau last mnit tp kdg2 serabut jugak

    ReplyDelete
  4. Setuju jgk tue.. kadang plan dah sehari dua .. sampai masa yg di plan tue ..tengok ada je salah sorang yang tak jadi pegi .kadang geram juga

    ReplyDelete
  5. Yang tak dirancang tu la biasa yang best, adventure kan kalau tak plan... redah je...

    ReplyDelete
  6. Plan ni tak payah lama2.
    Plan terus buat.
    Kadang2 tak ada plan pun jadi.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan sebab-sebab di atas tu. Saya paling suka kalau plan last minute ni sebab bila ajak je terus gerak. Kalau plan awal ni daripada 10 orang yang nak pergi jadi 2 orang je yang tinggal haha.

    ReplyDelete
  8. SETUJU sangat2... yang last minute slalunya lagi happy dripda y kita tlh rancang, kdang y kita rancang x jadi hati sedih then bila x rancang menjadi .. hati jadi teruja.. hikmah di sebaliknya.. betulah KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN..

    ReplyDelete