AFB FEEDS

Jangan Mengeluh! - "Aku Penat Sangat"



Bermulanya bulan tiga ini, tiba-tiba je rasa semua kerja datang serentak. Biasa lah kan di pertengahan semester memang macam tu lebih-lebih lagi kalau kita ada terlibat dengan kelab, sibuk kita tu sampai bayang roommates sendiri pun tak sempat nak tengok. Pagi-pagi dah keluar pergi kelas balik dah maghrib lepas itu keluar semula ada meeting atau discussion dan bila balik bilik terus cari bantal. Itu lah yang Ainaa rasa untuk minggu ini. Kadang-kadang tu rasa serba salah sebab tak sempat nak tegur kawan-kawan sebilik, bila dia orang ajak makan sama-sama pun kita tak boleh nak ikut tetapi nak buat macam mana kan.... Student life memang macam tu. Tambah pula Ainaa sekarang busy dengan kelab Ainaa yang akan sertai ekspo minggu hadapan. Haa yang tu lagi lah, minggu ekspo lagi, mana nak hadap kuiz dan assignment. Oh, Ainaa bukan nak mengeluh. Tahu diri kita ni mana nak layak mengeluh hanya sebab itu kan.

Ainaa cakap Ainaa busy dengan ekspo yang akan datang minggu depan, sebagai balasan Ainaa dapat ilmu dan pengalaman. Untuk ekspo itu Ainaa jadi program manager buat kali pertama dan Ainaa dapat ilmu cara nak buat proposal walaupun bukan sepenuhnya yang Ainaa buat - Terima kasih president Social Entrepreneurship Club dan terutamanya Tasnim dan Syafaf yang tolong Ainaa buat proposal itu sampai jam satu pagi. Nampak tak kat situ? Buat apa mengeluh kita sibuk, penat sedangkan kita hanya korban sedikit masa rehat dan masa berhibur demi untuk dapatkan ilmu dan pengalaman. Kalau Ainaa tak join kelab ini dan tak sertai pun jadi mainboard club... Ainaa tak rasa Ainaa akan dapat ilmu perniagaan dan pengalaman kecuali la kalau Ainaa join mana-mana program usahawan macam Dr.Azizan ke itu lain la. Ini kita sendiri yang praktis, kita sendiri yang merasainya. Betul tak?


You Might Also Like

6 Surat Cinta

  1. Penat sementara dengan ilmu yang akan Aina dapat pasti ada gunanya pada masa depan, teruskan berusaha...

    ReplyDelete
  2. rasanya masuk minggu ke 4 sem nih , semua dah start busy dgn esaimen yang nak kena submit . huhu

    ReplyDelete
  3. all the best aina. seronok tau aktif mcm ni nanti dh hbs study mesti yg itu la kita rindu

    ReplyDelete
  4. Stay strong ena .. busy -busy tu jangai lupa rehatkan badan

    ReplyDelete
  5. Setiap kesusahan pasti ada hikmahnya. In shaa Allah.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    ReplyDelete