Surprise Box Dari Lazada!

surprise box dari lazada, lazada suprise box, lazada 5th anniversary sale, lazada malaysia, lazada.com.my

Surprise Box Dari Lazada!

Semalam tepat pukul 2 pagi Ainaa baru je sampai rumah di Kelantan dan hari sebelum-belumnya Ainaa memang dah risau bila dapat tahu Lazada sudah pos SURPRISE BOX ke kampung memandangkan Ainaa beri alamat rumah. Kalau nak bagi alamat hostel takut pula tak sampai atau hilang. Tapi nasib baik tengah hari tadi ada posmen hantar parcel dan bila tengok kotak besar tu Ainaa dah dapat agak mesti dari Lazada. Fuhh, nasib baik Ainaa sempat balik dulu kan jadi boleh la terima surprise box dengan riang ribenanya! Hehe

Yalah, siapa saja pasti suka kan kalau dapat surprise dan apatah lagi kalau barang tersebut adalah percuma! Ainaa pun tadi dengan tak sabarnya gigih buka parcel tu kat tangga sambil ditemani mak Ainaa, memang tak menyempat dah nak bawa naik bilik. Mak Ainaa pun terlebih excited pulak lagi-lagi bila Ainaa dah buka surprise box tu. Dan bila buka, haaa! Surprise!

BARANG-BARANG DALAM SURPRISE BOX

surprise box dari lazada, lazada suprise box, lazada 5th anniversary sale, lazada malaysia, lazada.com.my

  1. NESTLE NESTUM BANANA CARAMEL (SPECIAL EDITION)
  2.  NESTLE OMEGA PLUS
  3. NESTLE CHEERIOS OAT CRISP
  4. MAGGI HOT MEALZ (KARI KARI KAW)
  5. MAGGI HOT MEALZ (KARI LAKSA AYAM)

Fuhh, Lazada ni tahu-tahu je Ainaa suka makan, nanti boleh lah Ainaa cuba kesemuanya dan kalau tak silap Ainaa la produk yang Ainaa dapat ni ada yang perisa baru atau lain dari shopping mall. Mami dan Abah Ainaa pun dah siap-siap cop nak yang mana dan nak cuba jugak. Okey, sabar-sabar. Nanti malam dan esok pagi-pagi kita cuba semuanya dan kalau nak tahu sedap ke tidak, tunggu Ainaa up entry pasal produk makanan-makanan ni semua ya.

Kau orang pun jangan lupa shopping di Lazada sempena ulang tahu Lazada yang ke-5 ini yang akan berlangsung pada 22 MAC HINGGA 24 MAC 2017. JOM SHOPPING DI LAZADA!

11 ulasan:

  1. seronoknya ainaa makanan banyak.nestum tu sedap !

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu laa semua makanan plk tu haha

      Padam
  2. Bestnya dapat suprise box dari lazada. Jelesnya.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti cik renex ada rezeki next time boleh la usya camna nak dapat surprise box ni. heee

      Padam
  3. Bestnyaaaa Aina... macam mana boleh terpilih dapat suprise box ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe boleh pm aina kat fb atau dm ig @blog.nikainaa nnti aina bgtahu mcm mana boleh dpt ^.^

      Padam
  4. Wah tahniah. Saya pon jeles gak bila baca entry blogger pasal surprise box lazada ni. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe aina pun dlu xhbis fikir mcm mna org boleh dpt. tapi kali ni alhamdulillah ada rezeki :D

      Padam
  5. Wahhh, Macamana boleh dapat surprise box tu? Mcm best jeee.. Nakkk . hehe

    BalasPadam

DISCLAIMER

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di nikainaa19@gmail.com.

[PENAFIAN] www.nikainaa.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.